Rabu, 17 Ogos 2011

Jadual Waktu Perlawanan EPL Minggu Ini

Tiga pasukan dominan Liga Perdana Inggeris,Chelsea,Arsenal dan Liverpool mencatatkan keputusan seri minggu lepas.Chelsea dan Arsenal seri dengan lawan masing-masing tanpa sebarang gol,manakala Liverpool kehilangan 3 mata berharga selepas jaringan Luis Suarez dibalas dengan jaringan cantik Larsson.
Hanya Manchester United yang mengutip mata penuh dari perlawanan pertama.Arsenal akan bertemu Liverpool tanpa kehadiran Gervinho selepas dikenakan kad merah akibat perbalahan dengan Joey Barton.
Jom semak jadual perlawanan minggu ni pulak.

Sabtu,20 Ogos 2011

Sunderland vs. Newcastle United
Time:18.55pm
Channel: Astro 813

Arsenal vs. Liverpool
Time:19.40pm
Channel: Astro 812/832

Aston Villa vs. Blackburn Rovers
Time:21.55pm
Channel: Astro 812/832

Everton vs. Queens Park Rangers
Time:21.55pm
Channel: Astro 813

Swansea vs. Wigan
Time:21.30pm
Channel: Astro 817/831

Ahad,21 Ogos 2011

Chelsea vs. West Bromwich Albion
Time:00.00am
Channel: Astro 817/831

Norwich City vs. Stoke
Time:20.00pm
Channel: Astro 817/831

Wolves vs. Fulham
Time:20.55pm
Channel: Astro 813/832

Bolton vs. Manchester City
Time:22.30pm
Channel: Astro 817/831

Selasa,23 Ogos 2011

Man.United vs. Tottenham Hotspur
Time: 2.30am
Channel: Astro 812/832

Selasa, 16 Ogos 2011

Rappers Banyak Pitih

Walaupun negara US mempunyai banyak hutang,tak semestinya diorang sedang berjimat cermat.Baru-baru ni aku dengar cerita rapper Lil' Wayne menukarkan wang USD250,000 kepada not USD1 dan menaburkannya disebuah kelab bogel.
Kali ni rapper dan jugak produser terkenal Jay Z dan Kanye West melakukan bodywork huduh keatas sebuah kereta mewah Maybach berharga USD373,000 dalam video klip terbaru,'Watch The Throne'.Menggunakan electric cutting machine dan jugak blowtorch,kereta Maybach tu ditanggalkan bumbung,pintu dan ditambahkan kit widebody yang caca-marba.Modal besar untuk mamat dua ekor ni buat video klip,tapi haram tak sedap lagunya.






Akhirnya Cesc Fabregas Milik Barcelona

Akhirnya kisah panjang perpindahan kapten dan pemain tengah Arsenal,Cesc Fabregas menjadi kenyataan.Dengan yuran perpindahan 35 juta pound,Cesc Fabregas menjadi milik Barcelona FC.

Cesc Fabregas mengikat  kontrak dengan Barcelona FC selama lima tahun.Keinginan beliau  untuk kembali ke kelab lamanya tidak dapat dibendung lagi selepas meninggalkan Akademi Barcelona semasa berumur 16 tahun.
Sepanjang bersama kelab Arsenal,Fabregas telah bermain lebih dari 300 penampilan dan menjaringkan 57 gol.

Isnin, 15 Ogos 2011

Setahun Sekali...

Opss!Maksud tajuk entri ni setahun sekali aku merepek.Lupa plak yang blog5zal ni dah berusia lebih setahun.Tak sangka aku masih rajin lagi nak menaip walaupun dah takde internet dirumah.Walaupun masih diupdate,frekuensinya agak berkurangan dengan ketara,maklum sajalah,komputer syarikat.Sepatutnya last week lagi aku nak post entri ni,tapi power down pulak.Terpaksa postpone ke hari ni.
Insyaallah bila ada rezeki lebih,aku akan adakan semula Internet dirumah aku.Mengenang balik blog ni setahun dulu,aku semangat giler nak update.Kalau tak salah aku,bulan Ogos tahun lepas aku dapat buat 33 entri.Habis rajin la tu.Takkan hari-hari aku nak menaip hal diri aku,hal aku pergi minum teh tarik,hal pergi pasar dan yang seumpamanya.

Artikel
Sejak bulan Julai 2011,setakat ni ada sebanyak 257 artikel rajin,suam-suam kuku dan yang malas pun ada.Tak termasuk entri yang aku tak publish,kadang-kadang rasa macam tak sesuai nak publish.Ceritanya biasalah berkisar tentang minat aku terhadap kereta,teknologi,isu luar negara dan sejarah.Tidak sesekali aku melibatkan diri dalam arena politik negara.
Kadang-kadang gua panas telinga jugak.Bebudak kilang gua selalu menceritakan kebaikan pembangkang.Masalahnya jiwa gua tak rasa pembangkang tulus.Gua admit dominasi kerajaan sekarang sangatlah membebankan rakyat dalam sesetengah perkara(tak semua ya,harap maklum).Tapi gua rasa pembangkang lagi teruk.Macam tu nak ambilalih tampuk pemerintahan negara?Alamatnya tergadai negara,dah banyak sangat pakai duit NED(National Endowment of Democracy).Ape,ingat Amerika bagi duit free ke?Tentu ada udang sebalik batu.
Nak sokong P*S?Pun sama,2x5.Barisan pemimpinnya aku tak nak komenlah,yang pengikut tegar ni memang tak boleh blah.Pakai serban,jubah kopiah tak lekang.Tapi bila bercakap macam tak pernah belajar agama,orang hulur duit laju je ambik.Gua dah tak percaya la dengan wayang kopiah ngan jubah ni.Skarang akhir zaman,semua orang pandai cakap pasal agama.Kena faham maksud tersirat gua.Senang cerita takde parti politik dalam Malaysia ni yang betul-betul menepati apa yang gua nak.

Statistik
Setakap cukup makan aje,tapi tetap ada peningkatan.
Bulan Mei jatuh dengan teruk sebab masa tu aku sibuk dengan urusan kahwin,lepas tu kembali meningkat perlahan-lahan.Kesimpulannya,bolehlah!

Followers
Pertamanya,terima kasih untuk blogger-blogger dan orang perseorangan yang sudi mengikuti blog ni.Sambil-sambil follow,dah tentu dapat tau apa post terbaru aku.Jumlah setakat ni taklah macam blogger hardcore,cukup untuk aku rasa masih ada orang diluar sana yang sudi membaca artikel tulisan aku.Ditambah pulak dengan ke'jarang'an aku mengemaskini.


Pageviews
Setakat ni jumlah pageview aku berjumlah hampir 40,800 sahaja.Terasa betapa keciknya blog5zal ni di dunia maya.Untuk orang glemer,entri dua perenggan pun riban-riban pageview.Nak buat macamana,kena jadi glemer dululah.

Template
Sebenarnya mata aku dah naik muak tengok template sekarang ni,tapi malas nak usik-usik.Gambar sebelum ni pun aku dah remove.Nanti ada pulak orang rasa menyampah tengok muka aku yang ditampal atas muka Jay Chou kat poster filem Initial-D.Belum ada idea menarik lagi macamana nak design template ngan header baru.

Inilah hasil usaha aku selama setahun,walaupun jauh lagi dari tahap all out ianya tetap membuat aku hepi menulis.Kekadang aku emosi dalam penulisan tapi sebenarnya aku bukanlah orang yang serius sangat.Emosional tu datang bila aku tak dapat lepaskan ke tempat lain,so ianya diterjemahkan dalam bentuk penulisan.Ok lah,mata gua dah stim.Semalam ngantuk driving dari kampung.Malam kang nak makan serawa durian mak aku buat semalam.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kitab Misteri Dari Peti Surat Rumahku

Lepas balik kerja malam semalam,macam biasalah,aku memang akan check peti surat.Alang-alang sebelum naik tangga.Aku nampak la satu buku kecik,macam rupa Quran kecik pun ada.Dalam hati aku cakap,mungkin sempena Ramadhan ni Jawatankuasa Surau Blok perumahan aku sedekahkan Al-Quran.Masuk je rumah wife aku nampak aku jinjit kitab tu.
Terus dia tegur kenapa aku ambik.Aku jawab dah orang bagi aku ambik le.''Entah kitab apa tah dia bawak balik'',ngomel isteri aku.Aku jawab la,Al-Quran kecik kot.Ada tulisan jawi ni.



Aku selak-selak mukasurat kitab yang bertulisan jawi ni,aku cuba baca tapi haram aku tak faham sebab tak ada tanda bacaan.Tulisannya memang jawi,tapi tak tau bahasa apa.Selang beberapa mukasurat,aku dah rasa lain macam.


Apehal ada gambar-gambar pulak ni??Sah,ni bukan Quran.Entah kitab agama apa pulak aku terbawak balik ni.

Ni gambar siapa pulak ni???

Bila aku tanggalkan kulit pembalut kitab tu,barulah terserlah rupanya yang sebenar!


What the f****!Kitab apakah ini??!!Aku nak check semula adakah kulit pembalutnya tu kulit ba....ba.....biiii!!!Tolong aku,siapa yang tau atau pernah tengok kitab misteri ni.Adakah ini kitab Taurat,Zabur atau Injil???