Jumaat, 12 Ogos 2011

Kitab Misteri Dari Peti Surat Rumahku

Lepas balik kerja malam semalam,macam biasalah,aku memang akan check peti surat.Alang-alang sebelum naik tangga.Aku nampak la satu buku kecik,macam rupa Quran kecik pun ada.Dalam hati aku cakap,mungkin sempena Ramadhan ni Jawatankuasa Surau Blok perumahan aku sedekahkan Al-Quran.Masuk je rumah wife aku nampak aku jinjit kitab tu.
Terus dia tegur kenapa aku ambik.Aku jawab dah orang bagi aku ambik le.''Entah kitab apa tah dia bawak balik'',ngomel isteri aku.Aku jawab la,Al-Quran kecik kot.Ada tulisan jawi ni.



Aku selak-selak mukasurat kitab yang bertulisan jawi ni,aku cuba baca tapi haram aku tak faham sebab tak ada tanda bacaan.Tulisannya memang jawi,tapi tak tau bahasa apa.Selang beberapa mukasurat,aku dah rasa lain macam.


Apehal ada gambar-gambar pulak ni??Sah,ni bukan Quran.Entah kitab agama apa pulak aku terbawak balik ni.

Ni gambar siapa pulak ni???

Bila aku tanggalkan kulit pembalut kitab tu,barulah terserlah rupanya yang sebenar!


What the f****!Kitab apakah ini??!!Aku nak check semula adakah kulit pembalutnya tu kulit ba....ba.....biiii!!!Tolong aku,siapa yang tau atau pernah tengok kitab misteri ni.Adakah ini kitab Taurat,Zabur atau Injil???