Jenama yang satu ni pasti ramai pemancing kenal. Aku tak pasti bila jenama Okuma mula menerjah pasaran tempatan, tapi seingat aku reel Okuma pertama aku pakai masa aku tingkatan 4, sekitar tahun 1998. Reel ketiga aku guna selepas reel D.A.M Quick dan satu lagi reel starter cap ayam. Itu satu-satunya reel dan barang pancing Okuma yang pernah aku guna.
Bila aku kembali aktif memancing, tak pasti kenapa jenama ni agak kurang aku cari. Selepas aku baca satu komen di Youtube yang menyebut nama Hakai, aku terus buat carian dan woww...aku kagum beb.
Reel baitcasting Hakai mula direview Youtuber tempatan sekitar 8 bulan lepas, tapi hasil carian di Shopee reel ni amat kurang dijual. Adakah disebabkan reel ni mahal? Harganya biasa-biasa saja sekitar RM650, mungkin dengan bajet sebesar itu pengguna lebih memilih reel Shimano Curado MGL.
Nak kata orang kita memilih jenama sangat pun tak juga. Contohnya 13 Fishing Concept Z SLD,harganya hampir mencecah 1k pun orang beli.
Soalnya orang mungkin ragu-ragu dan kurang promosi dari pihak Okuma sendiri. Sedangkan reel Hakai ni amat-amat lah berbaloi spesifikasi dan harganya.
Okuma Hakai dibina dengan cantik menggunakan material aloi magnesium LITECAST® untuk bahagian kerangka utama. Manakala bahagian spool menggunakan teknologi FLITE SPOOL™ dan FLITE SHAFT™ yang hanya seberat 9.5gram. Spool kolaborasi dengan Dream Tackle ni menampilkan sistem hollow spool shaft dan diletakkan galas bebola di setiap hujung shaft untuk kelancaran casting lure yang ringan.
Bahagian gear utama menggunakan material hardened brass yang diringankan dan sistem drag berkeupayaan tinggi karbon hibrid berbilang cakera yang mampu memberikan kuasa seretan(drag) setinggi 9kg.
Komponen pelaras drag pula diperbuat dari bahan karbon C-40x untuk kosmetik dan mengurangkan berat.Juga diletakkan tombol untuk pengguna setkan kekuatan mainline yang digunakan pada spool. Fungsi dia cuma untuk menyatakan kekuatan tali yang sedang dipakai. Takde la kita terlupa berapa paun tali yang kita letak kat spool tu.
Sistem brek biasa saja iaitu sistem magnetik, dan 6 ball bearing + 1 roller bearing. Tarikan utama reel ni pada pandang pertama adalah rupa dan berat keseluruhannya yang cukup ringan, cuma 167g. Curado MGL yang harganya hampir sama pun sedikit berat iaitu 185g. Daiwa Tatula lagilah berat,190g.
Walaupun warnanya cuma hitam, kau tengok shape dia. Smart gila kot.
Okuma Hakai ditawarkan dalam 3 set ratio 6.2:1 (HDT100), 7.3:1 (HDT100H) dan 8.1:1 (HDT100X) serta 2 kayuhan (kiri/kanan). Ketiga-tiga ratio kayuhan ni ditunjukkan oleh warna klip nat handle yang berbeza. 6.2:1 (silver),7.3:1(gold), 8.1:1(red).
Disebabkan aku baru je beli ATC Combat Plus V2, reel ni aku cuma mampu tengok jelah dulu. Bagi korang yang nak cari reel baitcasting ringan,padu,drag kuat,reel hensem kacak,harga tak mengarut ni la dia satu-satunya calon yang sesuai. Reviewer oversea cakap Hakai ni saing-saing reel mahal Daiwa Steez/Shimano Metanium.
Kalau jumpa beli cepat wei. Itupun kalau korang tak batak bunyi 'zinggggggg' masa casting la...