Telahan aku betul.
Malam semalam dia on terus projek buang sikit butt rod baru dia.
Sikit pengenalan dengan rod Bullzen kolaborasi Warner Bros 'the Joker' Limited Edition 2022. Rod one piece ini dibuat sebanyak 10,000 unit sahaja kalau tak silap lengkap dengan nombor siri. Dibina dengan material HDCC3 (High Density Carbon Composite Gen3), drag rod 30kg,Sea Guide ring, kemasan2 logo Joker dan compressed cork butt. Rod ni memang cantik dan adik aku beli spec PE1-3. Harganya RM398.
Sama juga isunya dengan rod Iguana aku, adik aku berhajat nak pendekkan sikit butt rod supaya selesa bermain casting kolam.
Jangan buat pelik ye, dia ada banyak rod casting tapi gatal tangan nak custom barang limited edition.Padahal last week dia baru beli rod Senses Counter Blow TR yang dipadankan dengan reel BC 13 Fishing Concept Z SLD.
Malam semalam dia whatsapp aku projek dia.
Ni aku kongsikan proses menjahanamkan barang limited,haha!
marking dulu bahagian mana yang nak dibuang |
kasi kukus daaa |
compressed cork berjaya ditanggalkan dengan jayanya |
potong bahagian bawah rod lebih kurang 3 inci,potong cork bagi ngam tulisan the Joker duduk tengah-tengah, sapu epoxy pada rod dan slide masuk cork butt. Selesai |
Rod Bullzen Iguana Elite custom (kiri) dan Bullzen the Joker custom (kanan) |
Modifikasi the Joker tak memerlukan kemasan semula memandangkan bahagian yang dipotong tak mengganggu cincin kemasan pada bahagian atas cork butt.Aku tak tau nama dia apa daaa..
Manakala untuk rod Iguana Elite,sedikit kerja2 merapikan rod perlu dibuat.Kemasan cincin logam dibahagian atas butt EVA foam perlu dililit semula benang dan disapu epoxy. Aku pilih warna emas sebagai tanda dia adalah Iguana Elite Limited Edition 5'9" yang aku sorang je ada,hahahah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan