Jumaat, 19 September 2014
Komentar Axia
Baru-baru ni Perodua melancarkan model pengganti Viva iaitu Axia yang dibangunkan daripada platform Ayla/Agya.Sepertimana yang semua orang tahu,ianya adalah model rebadged dan diubahsuai kosmetiknya oleh Perodua.Ini biasa,tak ada yang peliknya bagi Perodua kecuali sesebuah pengeluar kereta lain yang tiba-tiba keluarkan model rebadge selepas sekian lama design kereta sendiri 100%.
Barangkali sudah menjadi teras syarikat,Perodua menumpukan perhatian kepada segmen pasaran enjin berkapasiti kecil yang sudah tentunya bertujuan untuk penjimatan bahanapi.Pertengahan 90-an dulu siapa sangka segmen kereta kecil rupa-rupanya mempunyai potensi pasaran yang amat besar di Malaysia.Kemuncaknya model Myvi meletakkan Perodua ditempat teratas selama beberapa tahun.
Trend pemasaran Perodua dapat dilihat dengan penamatan model-model lama untuk memberi laluan kepada model baru dimana kali ini Axia menggantikan Viva.Langkah ni penting untuk mengelakkan pertindihan slot pasaran dan juga persaingan sesama adik-beradik.Bila dah balik modal dan ada untung,cukuplah kan?Lagipun kos R&D rebadge taklah setinggi membina model daripada fasa atas kertas.
Oklah,cerita pasal keretanya pulak.Sebagaimana informasi yang banyak di internet,dimensi Perodua Axia berada ditengah-tengah antara Viva dan Myvi.Taklah kecik sangat dan cukup-cukup sesuai dengan saiz orang Asia.Tetapi ruang yang ada digunakan dengan optimum lalu menghasilkan sebuah kereta yang dikhabarkan cukup luas ruang simpanan dan kabinnya.
Bahagian interior berwarna hitam dan direka dengan kemas.Cuma di ruangan kaki pemandu kelihatan linkage stering yang tidak disembunyikan dengan baik.Walaupun tidak mengganggu pemanduan,nampak agak cacat jugalah .
Fungsi reminder buzzer untuk kunci,seatbelt pemandu dan juga headlamp aku rasa sama je dengan Myvi kot.Satu lagi benda yang aku rasa patut ada untuk kereta baru ialah reminder headlamp waktu malam.Banyak betul aku nampak kereta-kereta yang lupa pasang lampu,mentang-mentang la highway terang.
Dengan berat hanya 850kg(SE),Axia digerakkan oleh enjin baru 1.0 liter iaitu 1KR-DE2 yang berupaya menghasilkan 65hp pada 6000rpm.Ia adalah keluarga varian enjin 1KR dimana tiada VVT-i tetapi nisbah mampatan ditingkatkan kepada 11:1.
Kombinasi enjin dan berat kereta memadailah,sesuai dengan matlamat Energy Efficient Vehicle dan untuk itu Perodua meng’klaim’ penggunaan bahanapi sebanyak satu liter mampu memberi jarak sejauh 21.6km.Angka-angka ni aku tak pasti untuk pemanduan urban atau lebuhraya.
Dari segi performance enjin,handling dan safety produk Perodua kebiasaannya biasa-biasa saja walaupun spesifikasi tertinggi.Tapi mengatakan kereta Perodua sebagai keranda bergerak melampau pulaklah rasanya.Kalau yang pegang stereng tu beruk,bagi lah kereta apa pun.Hasilnya ke longkang juga.
B
Versi basic Axia dilengkapi sepasang airbag yang mana mandatori untuk semua kereta-kereta baru,manakala versi tertinggi disertakan ABS,EBD dan BA.Kalau skala internasional,feature ni dikira paling asas untuk safety standard.Harga yang ditawarkan bermula dari RM24,600 hingga RM42,530.
Dari segi rupa paras selepas ubahsuai kosmetik oleh Perodua,tak banyak aku nak komen cuma pendapat dua kupang aku,grill depan Axia SE dan Advance dibentuk terlalu besar.Agak tak berapa kena dengan spesifikasi dia yang low profile.Manakala lampu depan model asas Axia tak cantik. Itu saja yang kurang sedap dipandang.
Sesetengah orang masih lagi pelik kenapa model-model Perodua ni laku betul sedangkan secara amnya ia bukanlah kereta yang sedap dipandu,boleh dibuat berlumba ataupun cukup luas untuk keluarga besar?
Aku rasa jawapannya adalah kerana reliabiliti dan satu faktor lagi ialah ruang modifikasi JDM.Hasil godekan internet,aku terjumpa Toyota Agya versi TRD yang keren di Indonesia.
Satu kebetulan yang berimpak besar kepada Perodua ialah pertembungan dengan model baru Proton Iriz.Walaupun kelas enjin berbeza,pengguna tetap menilai dua kereta ni dalam satu liga yang sama.Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri,versi Axia termahal hanya berbeza sebanyak RM92 daripada versi paling murah 1.3 manual bercat solid Proton Iriz,manakala list spesifikasi Iriz jauh lebih baik untuk versi 1.6.
Siapa yang menang,sama-sama kita tunggu.Dari pandangan peribadi aku,kebarangkalian Iriz merebut penguasaan pasaran kereta kompak yang selama ini dikuasai Perodua amat tinggi.Model Perodua akan datang diharapkan akan menggunakan transmisi CVT sebab ada orang cakap gear automatik 4 kelajuan ni teknologi purba…huhuhu!
Rabu, 17 September 2014
Komentar tentang Iriz
Berita automotif tempatan yang paling panas buat masa ni tak lain tak bukan adalah berkenaan Proton Iriz.Tentatif harga dari blog Paultan menunjukkan lingkungan RM 42,888 untuk 1.3 manual standard hingga RM 62,888 1.6 CVT metalik.
Macam orang lain juga,aku pun jenis gatal tangan nak mengomen.Cuma orang lain takde blog,aku ada,haha!
Biasanya orang save the best for last,tapi aku nak bagitau pandangan aku yang best tentang Iriz dulu ye?Yang nampak tak best kemudian cerita.Sebelum tu aku nak bagitau yang aku sebenarnya tak into langsung dengan kereta-kereta Proton.Handling Lotus power sangat ke sampai boleh rasa masa hadap jem pergi balik kerja atau design Proton timeless sangat sampai tak jemu mata memandang walaupun 10 tahun lagi?Ke memang ada jenis orang yang tiap pagi pulun layan trek seround dua dulu sebelum punch card?
Macamana pun aku ni seorang yang realistik.Aku taklah taksub dengan sesuatu brand sampai tutup mata terus untuk jenama lain.Maka,inilah komentar awal yang aku boleh cakap berdasarkan informasi yang bertaburan dalam internet.
Spesifikasi atas kertas memang terbaik.Aku tak pedulilah berapa banyak airbag dan berapa bintang safety dia dapat.Yang aku perasan Iriz ada port USB untuk pengecasan gadget.Ini memang thorbaikkk.Leceh kot nak cas henpon dalam kereta kalau cuma bergantung pada soket pencucuh rokok.Port USB kat player audio biasa pulak tak mampu nak deliver cukup voltan untuk mengecas,setakat nak baca data boleh la.Time tu plak bini nak mengecas henpon sebab busy berWhatsApp,yang laki nak guna GPS.Memang cari pasal lah kan?
So,wujudnya port USB yang dedicated untuk tujuan mengecas semestinya satu value added yang layak diberi pujian.Serius aku suka ni.
Dari segi interior design,material,upholsteri dan susunatur ergonomik,not bad lah kot as long as warnanya hitam.Bukan apa,warna hitam ni warna ‘selamat’.Bila tujuan kereta dibina untuk kegunaan keluarga,kebarangkalian untuk berlaku tumpahan air sangat tinggi.Yang bujang bolehlah lagi maintain kebersihan dalaman kabin,tapi bagi yang ada anak kecik,redha ajelah kalau fabrik seat tu bertompok-tompok bekas susu atau aiskrim tumpah.Jengok pulak kat ruang kaki,bersepah dengan saki-baki jajan.
Pasal enjin aku taknak komen banyak,ok lah kot ada dua pilihan enjin.Rasa-rasa nak celen VW Polo ambiklah versi 1.6 manual.Mengikut kata-kata diehard fan Proton,enjin Proton ni powernya mak oiii…sehebat-hebat enjin dalam alam ni dengarnya.
Ok sori,jangan sentap plak,huhu!Pada jangkaan aku sesaran sebesar 1600cc dengan sistem VVT (ada VVT kan??) sekurang-kurangnya mampu produce tak kurang dari 110 hp.Lari lelaju nak pergi mana pun ye dak?Hangpa entry corner pun serupa sampan hanyut.
Sekarang meh tengok gambar Iriz tanpa camouflage yang dipandu Tun M ke Pavillion aritu.
Takpayah letak link kredit pun takpe kan?Terpampang besar watermark Paultan kat situ.
Dari sudut depan tiga suku ni secara keseluruhannya nampak inilah design Proton yang paling kemas aku rasa.Ada dinamik.Proportion lampu,gril dan garis badan berada di tempat yang betul.Paling aku suka ialah perincian pada headlamp.Rekaan yang tak terlalu kompleks tapi dalam masa yang sama tidaklah huru hara macam previous model.
Secara keseluruhan,model Iriz ni menepati matlamat asal pembinaannya yang bertunjangkan falsafah global small car.Macam ni punya rupa dan spesifikasi memang boleh pergi peringkat global senang-senang je.
Masa model ni masih lagi bersalut sticker camo,aku nampak wheel archnya amat kecik,mengingatkan aku kepada wheel arch Saga FL.Baru letak rim 15,tayar 50 dah senak nak muat sampai terkangkang-kangkang.Jangan ingat aku tak tau stail hellaflush pulak ye?
Berlainan dengan gambar diatas,wheel arch kelihatan sesuai dengan dimensi badan kereta dan saiz tayar yang memenuhi ruang.Maybe yang arch kecik tu model 1.3 kot.
Pertamanya lampu brek belakang.Bentuk keseluruhan ok,tapi yang aku tak berkenan ialah susunan LED yang diwarisi dari Exora.Ianya mengingatkan aku kepada gambar viral disebelah.Damnnn!Trauma betul bila aku mengekor Exora lama-lama.Membahayakan keselamatan tahu tak?Huhuhu!
Bahagian bumper belakang nampak sedikit aneh seperti ‘terpaksa’ dimuatkan pada ruang yang terhad.Kesudahannya ia nampak seperti terkopak.Engineer buat dimensi keseluruhan dan juga engineer platform wheelbase nampak macam gaduh-gaduh manja gitu.
Sorang nak body kompak,sorang lagi nak wheelbase panjang,maka jadilah macam ni bila digabungkan. Aku rasa kalau bumbungnya dipanjangkan lagi barang 100-150mm,barulah bumpernya terletak dengan cantik.Lagipun boleh tambah lagi kapasiti ruang simpanan belakang.Mungkin makan masa sikit untuk terima takdir bumpernya macam ni.
Rumusannya,dengan harga yang sesuai,spesifikasi yang amat baik dan juga rekabentuk yang terbaik,Proton Iriz mampu menjadi ikon kejayaan Proton di masa akan datang.Tak perlu soft turbo apa bagai,mengada-ngada sungguh fans depa ni.Pastu bila jual mahal salahkan DRB.Feature packed memang bagus,tapi kalau banyak yang meragam dari yang elok,sakit kepala juga.
Penutup Cerita Piramid…
Hampir tepat dua tahun lepas,aku tulis entri berkenaan piramid Alam Melayu dimana persoalannya masih lagi tidak terjawab,sehinggalah aku terjumpa gambar berikut.
Ini adalah lokasi piramid Alam Melayu yang terletak di Semenanjung Malaysia.Gambar ni aku crop dari gambar asal yang sebenarnya dah agak lama berada di internet.Cari lah kat internet nanti,aku pun lupa dah link dia sebab entri ni pun dah ready lama cuma tak dipublish.
Tercatat nama Srikandi dan juga nota “gunung Daik bercabang tiga” dibahagian bawah peta lama tu.Tak retilah aku nak decipher pantun Melayu lama ni.Lagipun aku tak dapat nak sahkan ketulenan informasi ni datangnya dari Cik Srikandi.
Marking lokasi piramid tersebut diatas peta lama Tanah Melayu adalah disengajakan.Biasalah,mana boleh dapat senang-senang beb.Jika di plotkan keatas peta moden,beginilah kelihatannya…
Ya,radiusnya amat besar untuk diteliti melalui Google Earth,ditambah lagi dengan kebanyakan kota-kota lama di Tanah Melayu ni musnah dengan teruk dan tiada usaha serius menjejaki sejarah Tamadun Melayu silam yang jauh sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Aku bekerja di persekitaran yang berkaitan dengan hutan dan biodiversiti.Dikelilingi pokok-pokok balak berharga yang ditanam hampir seratus tahun dulu membuatkan aku sedar akan satu fakta yang tidak enak tetapi itulah kebenarannya.
Balak-balak ini berketinggian lebih 60 meter dengan ukur lilitan pangkal melebihi dua pemeluk dan ada yang lebih.Sekarang bayangkan puing-puing kota berusia ribuan tahun yang jauh ditengah hutan rimba.Seratus tahun pun dah tinggi kanopi hutannya,inikan pula ribuan tahun.Benarlah kata-kata tuan Haji Shahpaskal,walaupun namanya piramid,ianya umpama tudung saji yang ditutup dengan tanah dan dibiarkan ditumbuhi pokok.Lagipun bentuknya tidaklah seperti piramid Giza.
Pengesanan secara tepat lokasi-lokasinya sudah tentu hanya mampu dilakukan orang yang berkemahiran dengan selok-belok hutan Semenanjung.Untuk kita yang biasa-biasa ni,jangan haraplah nak jumpa,hehe!Barangkali ianya lebih baik tidak dijumpai langsung untuk melindungi manusia di mukabumi ni dari bencana besar.
Kebanyakan kisah-kisah sejarah seakan dejavu.Sentiasa berulang-ulang.Contohnya peperangan.Manusia tak pernah berhenti berperang walaupun masing-masing tahu akibatnya ramai yang menderita.Manusia tak pernah belajar dari kesilapan.Pernah dengar kan yang perang dimasa akan datang akan mencapai tahap tepu dari segi teknologi dan akhirnya manusia kembali menggunakan panah dan tombak?
Perhatikan Amerika yang sangat advance pembangunan militarinya.Mereka ada teknologi rail gun,laser Avenger,adaptive camouflage dan beberapa lagi yang kedengaran sungguh komikal tetapi ianya wujud.Adakah ianya bagus?Kemuncak situasi dunia nanti,kita semua akan memusnahkan tempat kita tinggal dan bermula semula daripada awal macam orang dulu-dulu.
Pernahkah juga kita terfikir kenapa orang asli tak mahu menerima kemajuan macam kita?Ada seseorang pernah berteori bahawa orang asli ni merupakan suku kaum yang survive semasa dunia mengalami kemusnahan akibat tangan-tangan manusia.
Jadi orang asli ni dah embedded in their DNA bahawasanya kemajuan akan hanya mendatangkan kemusnahan.Sebab tulah diorang maintain dengan cara hidup simple dalam hutan.Ianya teori yang agak ekstrem tapi ada logiknya juga.
Akhir sekali,wujud sesetengah orang yang tahu rahsia Alam Melayu dan kehebatan tamadunnya,tapi tiada keperluan untuk didedahkan kepada umum…
2ZZ-GE
Enjin 4AGE samada dari varian 16V atau 20V adalah pilihan yang paling biasa untuk penambahan kuasa mudah untuk jentera Toyota.Nak kata besar sangat kuasanya tidaklah juga tapi sekurang-kurangnya ruang modifikasi terbuka luas dan sudah tentunya jauh lebih baik dari enjin asal yang tujuannya dibina untuk jimat bahanapi.
Lingkungan kuasanya pelbagai,dari 115hp hinggalah ke 240hp dalam keadaan NA dan seterusnya dengan bantuan pendesak.Bagi siri 20V samada Silvertop atau Blacktop,masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Khabarnya Silvertop mempunyai internal part yang lebih kuat untuk revving tinggi tetapi MAP sensornya mudah rosak.Manakala internal part Blacktop tidak sekuat Silvertop tetapi komponen elektrikalnya lebih baik.
Jalan yang terbaik adalah merojakkan kedua-dua enjin ni.Ini orang cakaplah,berdasarkan sumber bacaan dan juga maklumbalas dari pengguna.
Banyak forum yang bincangkan topik 4AGE ni,cuma kali ni aku nak fokuskan kat satu lagi enjin NA Toyota yang tak kurang hebatnya juga iaitu 2ZZ-GE.Nampak je kod “G” ni memang semua tahu ianya dibina untuk performance.So,bagaimana agaknya jika enjin ni diletakkan didalam engine bay siri Corolla sebaik saja halfcut Celica GT-S mula tiba di pasaran tempatan?
Sesaran | 1800 c.c |
Bore & Stroke | 82 x 85 mm |
Nisbah mampatan | 11.5 : 1 |
Sistem injap | DOHC 4,VVTL-i pacuan rantai |
Aspirasi | Natural |
Blok dan silinder | Aluminium dengan liner MMC |
Kuasa maksimum | 135kW/181hp @ 7600rpm |
Tork maksimum | 180Nm @ 6800rpm |
Berat enjin | 115kg |
Dibina berasaskan platform 1ZZ-FE dengan kolaborasi bersama Yamaha Motor Corporation,matlamat sampingannya selain dari memenuhi piawaian emisi terkini(masa tahun ia dibina) ialah untuk mencapai prestasi kelajuan tinggi,dan nisbah kuasa kepada sesaran enjin yang terbaik disamping mengekalkan dimensi asal.
Modifikasi siri Corolla SE ataupun SEG dah sinonim sangat dengan enjin 4AGE.Tapi jarang sangat kita dapat jumpa kombinasi Corolla tempatan dengan 2ZZ-GE.Aku yakin,ada banyak contoh diluar sana cuma ownernya jenis diam-diam ubi barangkali.
Kerja memasukkan 2ZZ-GE kedalam enjin bay Corolla tidaklah semudah memasukkan 4AGE,tapi itu cuma masalah kecik.Kalau kat Siam tu berlambak 2ZZ-GE ni duduk diam bawah hud enjin Vios walaupun enjin ni paling cocok sebenarnya dengan cesi Altis.Aku pernah baca satu statetment dalam majalah automotif tempatan,orang tak waras je modified Altis.
Tapi benda yang tak waras ni la kadang-kadang menghasilkan karya yang layak dihormati tak gitu?Sebagai contoh,aku pernah jumpa modifikasi Altis bernadikan 2ZZ-GE dengan kit badan penuh C-West.Memang rare kit dia,tapi ada.Original ke tidak aku tak tau.
Harga pasaran tempatan halfcut Celica 2ZZ-GE berkisar antara RM7500-8000.Berbaloi-baloi sudah tentu.Layan kondisi pekak sudeyyyyy!!
Selasa, 26 Ogos 2014
Xiaomi Mi4 vs. HTC One E8
Ok,semalam aku dah baca review GSMArena tentang flagship terbaru Xiaomi yang dinanti-nantikan iaitu Mi4.Smartphone ni tersenarai diantara calon-calon yang dipilih untuk program penggantian One X barai aku,hehe!
Untuk pengetahuan,HTC One X aku berada dalam kondisi tenat buat masa ni sebab kemalangan.Umpama pepatah lama,sudah jatuh diatas jalan tar,digelek motorsikal pula.Sebuah lagi HTC One X yang dibeli serentak untuk wife aku masih berkhidmat dengan baik kecuali prestasi bateri yang makin menurun.Tambahan lagi kapasiti bateri sebesar 1800mAh sangatlah 2012.
Secara keseluruhannya Mi4 Xiaomi baik tapi apa yang lebih penting bagaimana prestasinya sekiranya head to head dengan calon utama pilihan aku iaitu HTC One E8.Aku ringkaskan saja point-pointnya berdasarkan apa yang aku baca malam tadi.Kalau ada yang miss tu,maaflah.Ingatan tak berapa nak tajam macam zaman belajar dulu.
Kelebihan Xiaomi Mi4 mengatasi HTC One E8
- Dimensi yang lebih padat untuk skrin 5 inci dan juga kemasan premium aluminium dengan potongan jitu
- Memori terbesar yang ditawarkan 64GB dan RAM sebesar 3GB
- Kamera hadapan 8MP
- Rakaman video 4k
- FM radio
- Bateri sebesar 3080mAh
- Dilengkapi IR blaster
- Standard video codec yang lebih baik
- Harga sedikit murah berbanding HTC One E8
Kelebihan HTC One E8 berbanding Xiaomi Mi4
- Sedikit ringan hasil penggunaan material polikarbonat
- Perlindungan paparan Corning Gorilla Glass 3
- Slot Micro SD yang menyokong sehingga 128GB
- Stereo speaker dengan kualiti audio yang lebih baik
- Ketahanan bateri lebih baik berbanding Mi4 walaupun berkapasiti lebih kecil
- Prestasi hampir kesemua ujian synthetic benchmark mengatasi Mi4
Jadi yang mana jadi pilihan anda termasuklah aku sekali?