Isnin, 23 Julai 2012

Koleksi Fighter Aircraft Pulak

Sebelum ni aku pernah tunjukkan koleksi Combat Tanks Collection(CTC) keluaran DeAgostini yang sekarang dah pun terkumpul sebanyak lapan unit.Belum ada yang tertinggal dan aku cuba untuk cukupkan 12 unit kesemuanya.Dengan izin poketlah.Dalam keterujaan aku mengumpul battle tanks,muncul satu lagi siri collectors item iaitu Fighter Aircraft Collection(FAC).
Konsepnya sama dengan CTC,dikeluarkan fortnighly(dua minggu sekali),set pertama berharga RM9.90,set kedua berharga RM19.90 dan siri ketiga pada harga standard RM29.90.Cuma tidak diberi percuma binder untuk mengumpulkan majalah yang disertakan dengan koleksi combat aircraft tadi.
CTC dikeluarkan oleh DeAgostini,FAC pula dikeluarkan oleh Amer Collection dari UK juga rasanya.Buat masa ini,koleksinya sudah masuk siri ke-4,iaitu pesawat MiG 29.Senarai pesawat yang lepas ialah:

1.Supermarine Spitfire (UK)
2.1942 Masserschmit (Nazi German)
3.P-51B Mustang (North USA)
4.Mikoyan MiG 29 ‘Fulcrum’ (Malaysia)

 

IMAG0188

Haaa!Itu yang speselnya.Nama negara dalam kurungan ialah negara pengguna pesawat tersebut.Dalam kes ni TUDM Malaysia terpilih sebagai pengendali MiG 29 walaupun ada negara lain yang lagi banyak jumlah MiGnya contohnya Poland.Sebab apa agaknya ya?Setahu aku MiG ni dahpun berstatus obsolete,tapi mungkin dek kerana kepakaran engineer tempatan mengintegrasikan sistem komputernya dengan misil-misil moden.

 

IMAG0232

IMAG0233

IMAG0234

Dalam laman web Fighter Aircraft Collection,sepatutnya siri ke-4 ialah model pesawat Harrier 'Jump Jet'.Tapi dapat MiG pun cun juga,versi TUDM plak tu.Siri lengkapnya kalau tak salah aku berjumlah 52 unit (fuuuuuu...........)Aku skip-skip aje kot memana pesawat lama yang buruk sangat rupanya.Aku tunggu pesawat A10 Thunderbolt,Sukhoi Flanker,Raptor,Eurofighter Typhoon dan beberapa pesawat era 70-80an yang aku rasa mantap dan relevan.Gundam MG boleh hold dulu.Gua nak main koleksi militer plak.Sebelum anak aku pandai merangkak,kena cepat-cepat sambar almari kaca pameran.Kang ada Gundam aku yang tak ada kepala pulak nanti.

 

RM29.90 darab 52 unit = perang dengan bini,huhuhu!

Ahad, 8 Julai 2012

Kebenaran Disebalik Menjadi Usahawan MLM

Semalam aku dapat emel dari seseorang yang bertanyakan tentang produk pembelajaran online yang aku jual.Barang tu dah lama dalam simpanan aku,sejak sebelum aku bertunang lagi.Konon-kononnya nak buat duit dulu then baru kawin.Malangnya sekeping pun tak terjual. Macam tulah bisnes multi level ni.Modus operandinya senang,cari partner/downline untuk mengembangkan bisnes.Bisnes apapun semuanya berasaskan beberapa perkara yang sama.Ada produk,dan ada permintaan.Maka terjadilah urusniaga.Contohnya orang jual pisang goreng,produknya pisang goreng dan ada penggemar pisang goreng.Masalah dengan berniaga pisang goreng ni pulak lambat benor nak kaya.Sampai mati berniaga pun jangan harap dapat beli Ferrari.Tapi wujud segelintir manusia yang genius(kaki pembelit?),yang mencipta kaedah perniagaan canggih dan cepat buat duit.Cukup dengan satu produk,orang paling atas akan jadi jutawan sekelip mata. Katakan produk yang macam aku jual tu dijual terus kepada pengguna dengan kaedah perniagaan konvensional,hasilnya tetap sama macam goreng pisang tadilah.Lambat kaya beb!So,macamana nak cepat kaya?Jual secara pukal.Daripada orang beli sekeping,baik cipta kaedah untuk orang beli 10 keping sekaligus. Caranya mudah,cipta satu pakej yang membuatkan orang membeli secara pukal dengan menamakannya pakej usahawan.Orang macam aku ni yang bersemangat nak jadi usahawan pun terus beli dengan modal yang besar,(nama je usahawan,sebenarnya akulah pelanggan yang membeli secara pukal).Tanggungjawab aku pulak,jual barang aku kepada pelanggan,samada sekeping untuk satu pelanggan atau ulang semula MO yang sama dengan mengajak orang jadi usahawan macam aku. Makin kebawah makin susah sebenarnya nak yakinkan orang.Sebab tu mana ada perniagaan multi level ni bertahan lama sebab orang hilang kepercayaan.Berlainan kalau berniaga kaedah konvensional,memang lambat kaya tapi kepercayaan yang diberi pelanggan tu menjamin kelangsungan perniagaan kita.Sampai sekarang pun macam-macam produk yang dijual dengan kaedah sebegitu rupa,filter air made in China dengan modal puluh-puluh ringgit seunit diorang tutuh harga sampai dua tiga ribu. Memang le cepat kaya tapi ape konsep berniaga macam tu.Jadi usahawan konon,padahal kita la sebenarnya pelanggan yang membeli secara BORONG.Harap-harap ramai orang sedar tentang perkara ni sebelum terjebak.Duit yang kita usahakan kerja siang malam tu,belanjakanlah dengan bijak.Jangan tamak nak cepat kaya apatah lagi dengan kaedah menipu,urusniaga yang tidak jelas. Setakat nak jadi pelanggan tak apa,tapi tak payahlah jadi usahawan.Kita hanya jadi tool untuk mempercepatkan orang diatas kumpul duit berkepuk-kepuk.Zaman sekarang ni ramai tak ambil berat dari mana punca rezeki,bagi anak bini makan.Ingat,seronok didunia ni sekejap je..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 29 Jun 2012

Nasib Kamera Digital

Setiap apa yang ada di dunia ni pasti akan digantikan dengan yang baru.Orang muda menggantikan orang tua,kereta baru menggantikan kereta usang dan begitu juga nasib yang diterima oleh kamera digital kompak.

DSC01287
Sejak lima tahun kebelakangan ni,nilai pasaran kamera digital kompak menurun sebanyak 30% daripada $843 juta kepada $598 juta dan dijangka akan terus merudum.Puncanya adalah kerana kewujudan telefon-telefon pintar yang berupaya mengambil gambar berkualiti sebaik kamera digital kompak.Walaupun dalam beberapa segi kamera telefon pintar tak dapat menyamai fungsi kamera digital kompak,teknologi semakin berkembang dan tidak mustahil akan datang kamera telefon pintar mampu menyamai fungsi kamera kompak.Zum optikal barangkali.
Kita jangan terpedaya dengan cetakan pada kamera yang tertulis 20x digital zoom sebab digital zoom bukanlah zoom dalam ertikata yang sebenar.100x digital zoom sekalipun ia tidaklah menjadikan kamera tersebut lebih baik.
Digital zoom hanya membesarkan imej yang dikesan image sensor,maka sebab itu jika imej dari kamera digital dengan sensor resolusi rendah dizoomkan,imej akan menjadi blur.Nak cari kamera digital,dapatkan yang optical zoom,5 megapiksel pun sure cantik.
Maaflah aku selalu tersasar dari tajuk.Kamera digital kompak tetap ada pasaran dan permintaan cuma marginnya mengecil dengan ketara.Kebanyakan jurukamera profesional pun pasti menyimpan seunit kamera kompak digital untuk merakam momen penting.Apa kejadah nak pikul kamera DSLR merata-rata.Sekarang ni kan DSLR dah jadi gadget wajib untuk para peminat gadget walaupun hanya menggunakan setting AUTO untuk mengambil gambar.Bukan semua lah,ada la sikit-sikit yang macam itu untuk menampakkan wow factor jika dicompare dengan kengkawan yang lain.Ahaha!Heran gak aku,kekadang yang usung kamera besar-besar ni bebudak belajar je.Pakai PTPTN ek?
Jangan marah ye,kalau tak beli kamera macamana nak belajar amik gambar ye tak?Belajar teori je apa guna kalau tak ada barangnya.Macam main gitar juga,gitar kena beli dulu.Takkan belajar kod lagu,lepas tu tenyeh button controller PS2 main Guitar Hero.

Entri Yang Tak Mengundang Pageview

Hari ni aku terbaca satu berita kat Yahoo News tentang artis Malaysia yang dikatakan melahirkan anak luar nikah.Blogger-blogger mesti tau cerita panas ni jauh lebih awal.Apakan daya aku bukan blogger dunia hiburan dan siapa orangnya korang akan tau sendiri.Aku takmau tulis nama dia dalam blog aku.Jadi selebriti memang susah,segala tindak tanduk dan pergerakan kita diperhatikan.Everything should be perfect sebab orang biasa tengok dalam tv semuanya baik belaka,cantik,sopan,pandai mengaji dan sebagainyalah.Sedangkan artis pun sama je macam kita semua.Sekali sekala terlepas laku jugak di khalayak ramai.Kalau perkara remeh orang still accept lagi,tapi kalau perkara berat,akan ada pihak yang akan bongkar habis-habisan.Contohnya macam kes anak luar nikah tu.Betul,memang tak baik tulis cerita macam tu tanpa bukti,tapi kalau siap gambar bagai nak cakap apa?photoshop? Zaman dulu boleh la buat statement penafian macam tu sebab orang tak pandai beza antara gambar tulen dengan palsu.Masuk zaman Zarina Anjoulie sekali tengok pun dah tau memang ori punya.Aah,aku tengok gambar dia mcm investigator CSI sebab nak ensure gambar tu bukan fitnah semata,hehe!Seperkara lagi yang banyak orang abaikan,terutamanya penulis dan penggemar cerita panas macam tu.Cerita macam ni memang boom,siapa cepat post dalam blog gila-gila la pageview.Tapi ingat satu perkara,"kalau kita buka aib orang,one day orang akan buka aib kita".Hati-hati dalam mengejar glamor sebab glamor ni tak lama.Cukup masanya nanti,bukan itu yang jadi bekal untuk jawab soalan malaikat.Orang sekarang memang percaya betul dengan berita dalam blog.Sampai tak mau lagi dah dengar dari sumber lain.Tak apalah asalkan penulis blog dapat pastikan sumbernya sahih.Sebut pasal sumber informasi dari blog ni,aku biasa dengar kengkawan aku sebut diorang tak tengok berita tv.Kebanyakan info dibaca dari internet dan blog.Alasannya tv percuma siarkan berita bohong(kes politik la ni).Sama jugak bila berdebat dgn orang tegar politik,letak parang kat tengkok pun dia takkan baca news selain dari blog politik pihak kesayangannya.Pastu macam memperlecehkan orang yang tengok berita tv,konon hebat sangat la baca blog pihak dia suka.Sesetengahnya bukan orang sekolah tak habis,pandai-pandai belaka.Disebabkan aku ni jaga adab manusia bertamadun,aku senyap ajelah.Malas nak bermulut longkang.Setakat baca blog politik apa bagusnya,aku bukan takat baca,ada blog pun ha.Aku boleh tulis apa yang aku suka,betul ke salah ke aku punya pasal.Contohnya aku nak tulis "Kerajaan Meluluskan Tol Percuma".Aku boleh tulis je walaupun nampak sangat menipunya.Kalau pembaca blog aku bijak,diorang akan analisa dulu sesuatu yang aku tulis.Baca dari banyak sumber,bukan dari sebelah pihak sahaja."Jangan berani kata orang lain berada dipihak yang salah hanya kerana anda YAKIN anda betul".Ayat tu aku dah daftarkan paten sebagai harta intelek aku.Hehe! Buka minda,lapangkan dada(jangan buka baju depan webcam),tarik nafas pelan-pelan dan buangkan ego kita.Sebagai pembaca,bacalah banyak sumber dari mana-mana penulis yang kredibel dan sebagai penulis blog utamakan informasi yang mendidik pembaca.Tulis cerita macamana nak tukar rantai basikal pun tak apa. Sekian saja bebelan admin untuk hari Jumaat.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 27 Jun 2012

F-35B Belly Gatling Pod

Hari ni aku banyak rembat news dari Gizmodo,hehe!Siapa mengikuti perkembangan dunia militari tentu tau jet fighter stealth F-35 Lightning II yang boleh VTOL.Sebenarnya ada beberapa varian F-35 dan tak semua boleh vertical take off.

Ciri utama fighter jet generasi kelima sudah tentunya stealth.Stealth yang dimaksudkan bukan halimunan dari pandangan mata,tapi rekabentuknya dapat mengurangkan kadar pengesanan radar.Biasanya rekabentuk stealth jet fighter mempunya bentuk badan yang smooth,low radar cross section dan tidak ada hardpoint dibawah sayap.Tujuannya untuk mengurangkan janaan haba yang terbentuk akibat geseran dengan udara yang memungkinkan radar dapat mengesan haba yang terhasil.

 

Airplanes News, Videos, Reviews and Gossip - Gizmodo-164115

Gambar kat atas ni adalah sebuah F-35B dengan pod Gatling empat barrel GAU-22 dibawah perut jet yang menembak peluru 25mm pada kadar 3300 butir seminit.Tapi kenapa dipasang diluar badan?Sebabnya badan F-35 sudah sedia padat dan tiada lagi ruang kerana menempatkan lift fan yang besar untuk membolehkannya naik menegak.

Walaupun GAU-22 itu berketepatan tinggi,malang sekali ciri-ciri stealth terpaksa dikorbankan.Tambah enam lagi hardpoint,terus jatuh taraf jadi 4.5 generation jet fighter walaupun projek F-35 ini adalah projek pertahanan US termahal.Susah juga ya nak cipta jet yang betul-betul sempurna.Hatta F22 Raptor pun ada masalah oxygen supply dan masih belum combat proven walaupun canggih serba serbi.

 

Malaysia bila nak buat jet?Haha!Aku bukan nak memperlecehkan industri pertahanan tempatan tapi bila tengok mesingan Vita Berapi,bertakung air mata beb...Nak mencarut tak sampai hati sebab usahawan Melayu.Kapten Amir TUDM pernah cakap kat aku,STRIDE punya contribution terhadap pasukan pertahanan Malaysia masih sangat-sangat kecik…