Sepanjang minggu lepas aku buat sikit kajian tentang
RC tank sebab aku
plan nak beli sebijik.Tapi bukan
brand mahal punya la.Gila apa,cuba Google harga RC tank TAMIYA.Barang memang kualiti
superb tapi untuk orang yang baru berjinak-jinak baik mulakan dengan
brand biasa-biasa dulu.
Memula aku
search kat Mudah.my,ada la satu kedai kat Puchong Perdana yang dalam
websitenya banyak model RC tank.Harga pun memang murah dalam lingkungan RM230 je untuk skala 1/16 dan berjenama
Hen Long.
Brand Hen Long ni pun aku pelik sikit tak tau yang mana betul,Hen Long atau
Heng Long.Tapi masalahnya kedai tu habis stok pulak.
Modern tank memang tak ada stok langsung lah.
Option kedua adalah kedai
RC Dreamz yang terletak di Kelana Jaya.Kat kedai ni tak ada jenama Hen/Heng Long,semuanya stok jenama
VSTank (
VSP).Jenama VSP agak mahal sikit dan tak ada skala 1/16.Semuanya skala 1/24 yang mana dah tentu kecik sikit.Kat kedai ni stok
modern tank memang ada.
Planning asal aku nak beli model
T72M1 Soviet,konon-konon nak
modified jadikan model
PT91M Pendekar ATM.Tapi bila tengok depan mata nampak macam tak lawa plak sebab
turretnya kecik,
cannonnya panjang.Kalau PT91M tu memang cantiklah.Keduanya,aku baru sedar yang aku ni tak pandai membina
model art,haha!
So,tak payah berangan nak bina PT91M.Maka,aku beli tank
1/24 M1A2 Abrams Airsoft Battle dengan tema
camouflage NTC 3 Tone Desert.
Siri
Airsoft Battle ni ada mekanisma tembakan peluru pellet 6mm sejauh 25 meter manakala satu siri lagi dinamakan
IR Battle.
IR battle pulak menggunakan
infrared untuk ‘menembak’ tank musuh dan ada simulasi kerosakan.
Spesifikasi
tank yang aku beli ialah skala 1/24 dengan dimensi tinggi 142mm,lebar 152mm dan panjang 415mm.
Tank yang seberat 1.3kg ni mampu mendaki cerun setinggi 40 darjah dan bergerak dengan kelajuan maksimum 1.33kmj.
Manufacturer claim macam tu.Lain-lain spesifikasi,
turret yang boleh berputar 330 darjah,
cannon boleh dinaik-turunkan sebanyak 30 darjah,
recoilling action(
recoilling cannon untuk model
IR battle),bunyi-bunyian enjin,tembakan
machine gun dan juga tembakan meriam.
Kelebihan jenama VSP ni yang aku nampak kualiti buatan dan
detailnya memang cantik,sama dengan jenama
Tokyo Marui.Kumai
welding pun diorang
replicate sekali.
Tracknya juga betul,sama rupa macam
track Abrams sebenar yang ada blok getah dan rodanya ada tujuh.Dari segi ketahanan sistem mekanikalnya aku tak boleh komen lagi sebab baru sangat beli.Harga tidak termasuk bateri ialah RM399.
Kekurangannya pulak,ianya dioperasikan dengan menggunakan bateri AA 1.5V sebanyak 8 bijik,dan 6 bijik untuk
controllernya.Dua bijik bateri AA Alkali Panasonic Evolta atau Energizer berharga RM6.20.Kalau 8 bijik dah RM24.80.Langkah terbaik adalah mendapatkan
charging terminal dan bateri AA
rechargeable.Satu option lain adalah dengan menggunakan bateri alkali jenama biasa.Kebetulan aku pergi farmasi Watson's,terjumpa bateri alkali AA (jenama Watson's)dengan harga yang sangat berpatutan.Untuk sepaket bateri AA 4+2 pcs,harganya RM5.++.Dapat pulak potongan 50% untuk pek kedua.Maknanya,kita dapat 12pcs bateri alkali AA cuma pada harga RM 7.95.
Untuk jenama Hen/Heng Long,pakej pembelian didatangkan sekali dengan bateri
rechargeable dengan adaptor sekali.Hen/Heng Long punya besar sikit,skala 1/16 dengan berat 4kg.Bolehlah melenyek kucing yang sedang tidur diruang tamu.