Isnin, 18 Jun 2012

HTC Evo 4G LTE Yang Agak Best

Sambil-sambil baca review HTC One X kat website Engadget tadi aku terbaca satu lagi keluaran HTC yang pada pengamatan aku,lebih sedikit baiknya daripada smartphone yang aku pakai sekarang.

Memang susah untuk puaskan hati semua pihak dan sudah tentu ada beberapa ‘kekurangan’ dalam apa juga smartphone terbaru yang berada di pasaran,hatta Galaxy S3 pun khabarnya S Voicenya tak berapa bagus.Hari ni 18 Jun 2012 bermakna lebih satu bulan setengah aku pakai HTC One X.Selepas Samsung melancarkan ‘peluru berpandu’ Galaxy S3,HTC One X tidak lagi diperkatakan orang.

Tapi generally setakat ni aku sangat berpuashati dengan performance HTC One X yang dikuasakan CPU NVidia Tegra 3 4+1 core walaupun dalam beberapa ujian benchmark nampaknya Dual-core 1.5GHz Krait lebih laju sedikit.Mungkin dalam penggunaan sebenar ianya sekadar milisecond yang tak semua orang perasan.Kalau task switching tu mungkin boleh dikategorikan sebagai lightning fast vs.smooth gitu.Kedua-duanya selesa dipakai.

Kekurangan yang agak ketara bagi HTC One X ialah ketiadaan dedicated button untuk kamera dan bateri yang masih agak kurang untuk menyokong paparan seluas 4.7 inci dengan resolusi 720 x 1280 piksel.Aku bukan nak buat review pasal One X,cuma agak ‘terkilan’ bila HTC ada mengeluarkan satu lagi platform ICS iaitu HTC Evo 4G LTE.

Antara kelebihan HTC Evo 4G LTE yang menggoyahkan iman aku ialah:

 

-Ada built-in kickstand,tak perlu sandarkan phone kat buku,dinding etc. bila menonton video.

-Terdapat MicroSD slot yang menampung sehingga 32Gb

-Dual-Core 1.5GHz Krait yang khabarnya lebih laju dari Quad-core

-Dibekalkan bateri Li-Po sebesar 2000mAh (One X 1800mAh)

 

Empat ciri diatas tiada pada HTC One X,manakala spesifikasi lain lebih kurang sama cuma Evo 4G LTE didatangkan dengan 16Gb internal memory(user available mungkin 9Gb selepas ditolak ruang OS).Agak best juga ye?Dari laman web Iawani,harganya sekitar RM1899-1999.

 

HTC-EVO-4G-LTE (1)

HTC-EVO-4G-LTE-kickstand (1)

HTC evo 4g lte

Figura Super Awesome Black Widow:The Avengers

Dalam filem Iron Man 2,aku suka tengok Scarlett Johansson yang membawa watak PA Tony Stark.Nilai tambah untuk seseorang yang cantik ialah ketangkasan dalam bertarung sebagai ‘pencerah mata’ kalau-kalau movie tu membosankan.

Kesinambungan watak yang dibawa Scarlett Johansson dalam filem Iron Man 2 diteruskan dalam filem The Avengers dimana aku belum berkesempatan untuk menonton DVD cetak rompaknya.Filem terakhir yang aku tonton di panggung rasanya filem Ghost Rider terbaru.Ok,dalam The Avengers,Scarlett membawa watak Black Widow.Watak macam tu pastilah ‘kena’ dengan sut kulit ketat warna hitam.Hot Toys mengeluarkan figura watak Black Widow yang hot ni dengan pemerincian yang amazing.

Figura ini setinggi 28cm,dilengkapi peralatan seperti pistol(kelihatan seperti Heckler&Koch P200SK),pergelangan tangan yang boleh ditukar dan gelang tangan Stinger.Boleh didapati Disember nanti dengan harga sekitar USD$190.Huuuuhh…

*Scarlet Johanssson ni masih lagi janda Ryan Reynold kan?

Black Widow1

Black Widow3

Black Widow6

Black Widow4

Black Widow5

 

*Sumber Kotaku

Rabu, 13 Jun 2012

Airbus A400M Untuk Malaysia 2015 Nanti

Baru-baru ni MAS menerima unit pertama pesawat Airbus A380,dari enam unit yang ditempah.Memang monster kapal terbang tu dengan dua dek dan mampu membawa 494 penumpang.

Satu lagi jenis pesawat yang menarik dan telahpun ditempah sejak 8 Disember 2005 ialah pesawat Airbus A400m ‘Grizzly’ untuk kegunaan pasukan pertahanan Malaysia.Sebanyak empat unit ditempah dan bakal memasuki perkhidmatan pada 2015.Berapa bilion kosnya aku dah lupa,dan dalam masa yang sama syarikat tempatan,CTRM mendapat kontrak untuk membekalkan komponen komposit pada badan pesawat ini.

 

a400m3

Projek pembangunan Airbus A400m sebenarnya telah tertangguh beberapa tahun dan terlebih budget berbillion Euro selepas mengharungi pelbagai karenah politik antarabangsa.Ia dibina dengan matlamat untuk berada ditengah-tengah antara pesawat pengangkut Lockheed 130 dan Boeing C-17 Globemaster.Sebanyak lapan negara terlibat dalam projek pembangunan pesawat ini iaitu Perancis,Jerman,Itali,Sepanyol,UK,Turki,Belgium dan Luxembourg menandatangani perjanjian pada Mei 2003 untuk membeli pesawat yang berjumlah 212 buah.

Pesawat pengangkut berharga 100 juta Euro ini mampu membawa bebanan seberat sehingga 37 tan dan keupayaan untuk mendarat di landasan yang berpermukaan kasar.Airbus A400m digerakkan oleh empat unit enjin turboprop Europrop TP400-D6 yang berkuasa 11,060hp setiap satu.

Spesifikasi:

Crew 3,4
Panjang 45.1m
Lebar 42.4
Tinggi 14.7m
Berat 76.5 tan
Berat maks. 141 tan
Enjin 4 x Europrop TP400-D6
Propeller 8 bilah,5.3m diameter
Cruise 780km/j
Jarak penerbangan 3298km
jarak berlepas 980m
jarak mendarat 770m

 

A400M Rollout

a400m1

a400m2

Toyol Exam Paling Superb!

final exam cheat sheet

Cerita ni tak ada gambar tapi agak menarik sebenarnya.Semua orang pernah jadi student dan bila namanya student,pasti sedia maklum dengan sesuatu yang bernama ‘toyol’ exam.Aku dulu masa belajar bukanlah budak bijak,apatah lagi genius.Tapi aku tak suka bawak toyol dan tak pernah pun membuat toyol.Masa exam aku suka kalau dapat duduk jauh dari kawan sekelas aku sebab aku tak suka kengkawan aku buat bunyi-bunyi ‘pssst’ atau sepak kerusi aku untuk mintak jawapan.

Tak dapat pointer tinggi tak apa yang penting jangan menipu masa exam sebab dengan keputusan exam tu kita nak mintak kerja,cari rezeki.Jangan berani makan rezeki dari hasil menipu okeh?Ini memang ramai yang tak ambil berat sedangkan bila cakap pasal babi semua kecoh haram.Makan rezeki haram tak apa pulak.Macam-macam pesen manusia sekarang….

But this one punya kes nak kata bangang tak juga,tapi still amazing skill menipu examnya.Seorang pelajar tertangkap semasa hendak menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti di Kazakhstan.Bersamanya terdapat ‘cheating sheet’ sepanjang 35 kaki dan mengandungi 25,000 jawapan untuk subjek matematik,sejarah,Russia,Kazhak dan beberapa subjek ‘pilihan pelajar’,kata akhbar Austrian Times.

Maybe semua jawapan peperiksaan tu ada dalam cheat sheet beliau tapi macamana nak selak kertas sepanjang 35 kaki masa exam???Obviously kantoilah.Untuk menyiapkan toyol sepanjang 35 kaki tu for surelah kena stadi jugak kan dan bukan kecik anak punya effort untuk siapkan 25,000 jawapan.Sepatutnya budak tu boleh survive exam tanpa membawa toyol tersebut ke dewan peperiksaan.

Pegawai peperiksaan yang mengantoikan budak tu harap tidak melupuskan bahan bukti sebab lagi 50 tahun cheat sheet budak tu boleh dilelong atau digadaikan kat Rick Harrison.

 

*News from Gizmodo

‘LEGO’ Besar di China

Burj Dubai dibina dalam masa lima tahun,dengan ketinggian 828 meter.Sebuah syarikat pembinaan China,BSB(Broad Sustainable Building) cuba mengatasi ketinggian Burj Dubai dengan membina sebuah bangunan setinggi 838 meter dengan 220 tingkat.Beza ketinggiannya dengan Burj Dubai cuma 10 meter,tapi syarikat BSB yakin dapat membinanya dengan hanya memakan masa selama 90 hari.

But how do they do it?

Syarikat BSB membina sebahagian besar komponen bangunan dikilangnya sebelum dipasang terus di tapak pembinaan.Macam main LEGO je,cuma ianya boleh dikatakan LEGO on steroid!Sebelum ni pada Jun 2010,syarikat BSB membina bangunan setinggi 15 tingkat dalam masa enam hari dan bangunan 30 tingkat dalam masa 15 hari.

Bangunan tertinggi yang diberi nama Sky City itu akan dibina di Changsa dalam wilayah Hunan.”Perang’ antara negara untuk membina bangunan tinggi nampaknya entah sampai mana tahapnya.

bangunan Changsa

 

*Info & news from DailyMail