Sabtu, 22 Oktober 2011

Hujan dan Motorsikal...


Lately hampir setiap petang hujan;kadang-kadang lebat...
Elok je time nak balik kerja,timing hujan pun sampai.Tapi Jumaat lepas punya hujan memang lebat.Yang naik kereta kena mengadap jem berjam-jam,yang naik motor kena randuk air dalam keadaan visibility yang rendah.
Kenapa mat motor suka lepak bawah jambatan bila hari hujan?

Bukan saja-saja nak melepak tunggu hujan berenti sambil isap Gudang Garam ori.Sebenarnya lebih kepada soal keselamatan.Kalau nak ikutkan,bukannya sebab taknak baju basah.Bila menunggang dalam hujan,basah memang tak boleh elak.Sarung GIVI raincoat pun kadang-kadang bocor jugak kalau hujan menggila.
Pertamanya visibility.Bila hujan lebat,pandangan jadi sangat terhad,walaupun waktu siang.Hujan Jumaat lepas,aku anggarkan boleh nampak dalam jarak 15 ke 30 meter je.Sangat bahaya kalau ada kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan tanpa buka lampu hazard.Brek pun kurang mencengkam,tambah lagi jalan licin.
Kedua,masa hujan lebat air bertakung.Meranduk air sedalam paras buku lali pun kadang-kadang boleh jatuh kalau kurang iman berhati-hati.Seeloknya kalau nak redah hujan jugak,guna gear rendah.Tunggang dalam kelajuan 30-40kmj je.
Ketiga,disebalik takungan air tersembunyi bahaya.Apa dia?Lubang.Kalau lekuk cetek tak apalah.Buatnya lubang tu muat tayar motor?Menonggeng baii!!
Aku jarang melepak bawah jambatan bila hujan.Paling tak pun aku singgah untuk pakai baju hujan je.Alang-alang basah orang kata,perjalanan kena diteruskan.Tapi,setakat ni alhamdulillah.Belum jadi kejadian yang tak diingini.Aku pun takmau jatuh motor woo!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Model Aksi 4" Real Steel

Filem zaman sekarang memang selalunya diikuti dengan model aksi.Tak kisah korang nak panggil apa,mainan,patung,figura,apa-ape jelah.Tadi aku cerita  pasal movie Real Steel yang best,meh tengok model aksinya pulak keluaran Jakks Pacific.





Gelanggang pun ada untuk diorama.

Pengeluar: Jakks Pacific
Ketinggian:4 "
Harga :$8
Artikulasi :Asas
Extra :Lampu badan,swappable limbs

Buy it entertainmentearth.com

Sunday Derby:Manchester United vs Manchester City

Minggu ni adalah minggu yang menceriakan untuk peminat Arsenal.Kemenangan 2-1 keatas Sunderland hujung minggu lepas hasil jaringan van Persie dan juga 3 mata penuh dalam perlawanan peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara.Semalam Aaron Ramsey menjaringkan gol di saat-saat akhir untuk meletakkan Arsenal di tempat teratas Kumpulan F mengatasi Marseille.


Buat masa ni Arsenal menghuni tangga ke-10 dengan 10 mata dalam Liga Perdana Inggeris dan akan menerima kunjungan pasukan Stoke City Ahad nanti.Stoke bermain dengan agak baik awal musim,hanya kalah dua dari enam perlawanan terakhir.
Perlawanan 'derby' yang diperkatakan sepanjang minggu,pertemuan Manchester United vs.Manchester City.Pendahulu liga yang konsisten setakat ni,City yakin mampu menang di Old Trafford,dan Manchester United cuba bangkit selepas perlawanan dengan Liverpool yang berkeputusan seri.Ramalan aku,mungkin Manchester City menang dengan gol tipis,atau berkesudahan seri.
Peminat MU dan Man.City,sarung baju AON dan Etihad Airways memasing,jam 8.25pm hari Ahad 23 Oktober 2011 di saluran Astro 812/832.
Perlawanan lain,tak berapa menarik.Hari Sabtu aku nak tengok Newcastle vs Wigan,hari Ahad Arsenal vs. Stoke City.Alamak!Match time overlap dengan derby match la pulak.

Bayi Dikelar,Gadaffi Terbunuh

Minggu ni tak ada update kecuali hari ni saja.Tiga hari bercuti,semalam sibuk dengan kerja semula.Nama je cuti Isnin sampai Rabu,tapi banyak kerja.Projek Poster kempen ISO 22000 belum siap lagi komputer pulak kena angkut.Adik aku dihantar bertugas ke wilayah bergolak Somalia Suzhou,China.Gatal nak bawak laptop.
Mujur Kak Min reception bagi aku pakai DELL XPS M1210 dia.
Windows Vista dengan RAM 1Gb je,tapi laju gila...

Okai,cerita panas akhbar dan media maya tempatan minggu ni pastinya kisah Bayi Dikelar Dalam Asrama.Ringkasan,pelajar perempuan 16 tahun yang memberanakkan bayi tersebut membunuh mayat bayinya sebab halangan keluarga untuk berkahwin dengan teman lelakinyaDisyaki meroyan.
.Kelaran dilakukan dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15cm.

Fakta kes:
Pelaku:Gadis bawah umur,16 tahun
Senjata:Pisau pemotong sayur
Lokasi:Asrama sekolah
Teman lelaki:Penganggur,27 tahun
Punca:Tekanan perasaan

Hubungan luar nikah dengan gadis bawah umur diletakkan kategori rogol(maaf kalau salah).Halangan keluarga khabarnya kerana gadis masih dibawah umur.Halangan keluarga punya pasal,jadi kes lain pulak.
Kejadian berlaku di Betong.Bukan Bentong ya?Betong terletak di Sarawak.
Dari mana datangnya pisau?Tak tahulah.Siapa yang bersalah?Kita tak layak nak hakimi orang lain.Cuma,bila berlaku kes kehamilan luar nikah,kahwinkanlah saja.Bukan ambil jalan mudah,cuma nak elakkan perkara-perkara yang macam ni terjadi.

Lagi berita terbaru,Kematian Muammar Gadaffi di Sirte,kampung kelahirannya.Konvoinya diserang pesawat drone UAV dan jet Perancis NATO.Dia cedera dalam serangan tu,tapi masih hidup.Beliau ditangkap oleh pemberontak NTC ketika bersembunyi didalam kolong.


Kematiannya akibat kecederaan yang banyak.Kos yang besar dilaburkan untuk menangkap/membunuh Gadaffi.Hasilnya sukses.Samada 'mereka' betul atau salah kita tak akan tahu.



Movie Time;Real Steel,Real Pain,Real Awesome


Dah agak lama aku tak menghabiskan duit untuk menonton wayang.Last movie Transformers 3:Dark of The Moon ,bulan Julai lepas.Semalam wife aku book tiket untuk filem Real Steel,dan dia belanja(thanks wifey!).Rasanya dah dua tiga minggu ditayangkan kat panggung tempatan.Mulanya expectation aku tak la tinggi sangat untuk cerita ni,lagipun sebenarnya wife aku ni suka apa-apa filem yang dilakonkan Hugh Jackman.
Ceritanya mengisahkan sukan tinju yang dah pun digantikan dengan robot humanoid.Alasannya?Lebih hiburan sebab orang suka tengok sukan ganas-ganas.Charlie Kenton(Hugh Jackman),bekas peninju yang kematian isteri 'menjual' anak tunggalnya kepada kakak bekas isterinya dengan harga $100k.Sementara keluarga kakak bekas isterinya melancong,anaknya,Max,tinggal dengannya.Max ialah watak yang dilakonkan pelakon kanak-kanak bernama Dakota Goyo.Kalau siapa perasan,budak ni membawa watak Thor semasa kecil dalam filem THOR.
Dengan pendahuluan $50k,Charlie membeli robot yang bernama Noisy Boy untuk bertarung dalam perlawanan haram.Over konfiden punya pasal,Noisy Boy dikalahkan dengan teruk oleh robot bernama Midas.
Masa diorang mencari spare part,Max terjumpa robot latihan generasi lama bernama Atom.Max berkeras nakkan Atom dibawa bertarung dan dia mencipta sistem kawalan alternatif selain kawalan jauh biasa.Perjalanan yang sukar untuk Max dan Atom,tapi akhirnya Atom layak menyertai ligaWorld Robot Boxing(WRB).Lawan pertama Twin Cities ditewaskan dengan mudah walaupun dikira sebagai underdog.
Max mencabar Zeus,Robot terkuat dalam WRB.

Noisy Boy vs Midas
Atom dibelasah teruk,tapi still boleh bertahan sampai pusingan keempat.Voice command sistemnya rosak,dan Atom dikawal oleh Charlie menggunakan kawalan alternatif(shadow-boxing mode).Charlie menggunakan bakatnya sebagai bekas boxer untuk mengawal pergerakan Atom.

Atom menentang Zeus
Tulisan je tak cukup untuk aku describe cerita ni.Apa kriteria yang kita pilih untuk jadikan sesebuah movie tu filem terbaik?
Untuk aku simple je,jalan cerita jelas,dan yang penting mampu menyentuh  perasaan.Ni bukan cerita cinta-cinta.Tapi dengan tayangan selama dua jam setengah korang tak perasan masa yang berjalan.Penuh keterujaan,terharu(sesuai ke perkataan ni), dan apa-apa sajalah.
Hubungan manusia dan juga objek memang sentiasa menarik.Senang cakap,filem ni filem terbaik yang aku tengok sepanjang 2011.Best!