Ahad, 22 Ogos 2010

Mercun Punya Hal

Asal bulan pose je mesti ada budak putus jari la,buta la.Pasal main mercun...Orang lain main mercun gak,tapi ikut SOP(Standard Operating Procedure),haha!
Semalam sorang budak nak putus jari sebab mercun bola meletup kat tangan.Kat mana berlaku aku tak ingat.Satu lagi rumah di Chabang Tiga,Kuala Terengganu yang dijadikan stor mercun telah meletup.Sorang budak 6 tahun meninggal dunia akibat letupan dan melambung setinggi 15 meter(Woww!! Berapa puluh kilo explosive) dan tersangkut kat atas pokok.(Takziah untuk keluarga arwah)..
Musim raya ni kalau takde mercun cam tak best plak.Aku suka mercun sebab best!Lagipun ada persamaan dengan bom,misil dan seangkatan dengannya.Zaman aku kecik-kecik aku suka bom sarang semut,ayam jiran,dan pokok bunga mak aku.Sampai raya semua pokok bunga togel,haha!Tak cukup main mercun,meriam karbaid pun ada.
Meriam karbaid ni ada macam-macam kategori.Meriam buluh,meriam tin,meriam paip PVC,dan aku punya kat kampung pakai culvert 150mm,pehh!!Dah dua taun meriam tu tak berasap kot.Tak larat nak main,penat nak reload karbaid,nak bajet ratio air:kalsium karbida,nak cucuh sambil tutup telinga...Huissh!!Banyak keje nya tu.
Tapi satu perkara yang paling penting...
Keselamatan perlu diutamakan.Nak main meriam/mercun pun ada SOP jugak.Jarak selamat(safe distance),explosive handling and storage,banyak benda kena amik berat.Bukan main cucuhhh je.Simpan stok mercun banyak-banyak,pastu isap rokok kat situ.Memang tempah tiket maut la.Dah la tak pose,isap rokok.(Ni sebagai contoh la,bukan spekulasi serkap jarang)Yang jadi malapetaka ni selalunya mengabaikan aspek-aspek camni la.
Yang injured pun bebudak kecik,parent kena awasi anak-anak.Maybe bukan parent yang belikan,tapi kena perhatikan selalu anak-anak main petang-petang ngan sape.Kalau orang tua dah ada akal pun injured,it happen because terlebih kreatif.Manufacturer mercun dan buat saiz yang non fatal to human,tapi gatal tangan nak bagi besar lagi.Tak cukup damage radiusnya,shrapnel pun kena tambah,baru powerrr!Keluarkan belerang boh dalam batang paip la,ape la.Nak jadi suicide bomber ke ape?Nak mampus?
Baik buat je bom berangkai ,ramai skit arwah,huhu!
So,nasihat aku,kalau nak main,main la dengan berhemah dan guna akal.Benda mercun ni memang tak boleh nak halang dari masuk negara kita.Ada la kat mana-mana sempadan yang bocor.Kepada ibu-bapa,awasi anak-anak anda.Jangan sampai raya tahun ni raya yang terakhir untuk anak-anak anda cukup anggota badan.
Kepada semua muslimin dan muslimat,selamat menjalani ibadah puasa dan tingkatkan amalan.Rajin-rajinlah ke masjid ye walaupun bulan Ramadhan dah habis,hehe!

Interesting War Invention(Reality and Fiction)

Peperangan semestinya membawa malapetaka.Aku pun tak suka perang,tapi apa yang terhasil semasa zaman peperangan dulu sangat menarik perhatian aku.Perlumbaan senjata antara negara-negara telah menghasilkan roket dan penerokaan angkasa.Bermula dari situ,adanya satelit,stesen angkasa,yang memberi kita faedah telekomunikasi,ramalan cuaca,pencerapan ladang dan siaran TV satelit.Itulah yang dikatakan ada hikmah disebaliknya kot,hehe!

Yang tersenarai kat bawah ni bukanlah berfaedah kat manusia,cuma bagi aku kemunculannya didalam dunia realiti dan fiksyen sangat menarik.Tak tau la korang rasa cmana.Pelbagaikan ilmu kan bagus!

1a.Realiti: Lockheed AC-130 Spooky  
                                     
 -Dibina oleh Lockheed Martin & Boeing(US) sebagai heavily armed gunship  untuk ground attack.
-Dilengkapi dengan 25mm Gatling Type cannon,40mm cannon dan meriam Howitzer 105mm(muncung berwarna merah di sebelah kanan foto).






1b.Fiksyen:Allies Harbinger Gunship(Red Alert:Uprising)


-Dibina oleh Allies(Red Alert 3:Uprising) sebagai Advance Support Bomber
-Dilengkapi 2 senjata 120mm Collider Cannon dan 25mm Eliminator chain gun
-Sangat memusnahkan sekiranya banyak unit menyerang serentak.






2a.Realiti:Balloon Bomb

                                                                                
- Dikenali sebagai fusen bakudan(Fu-Go),iaitu experimental weapon oleh pihak Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.
-Dilengkapi 15kg anti-personnel bomb dan 5kg (x4) peranti pembakar.
-Antara November 1944 hingga April 1945,pihak Jepun melancarkan lebih kurang 9000 Fu-Go.














2b.Fiksyen:Japan Empire Balloon Bomb Barrage(Red Alert 3:Uprising)
-Dimiliki oleh Empire of the Rising Sun(Red Alert 3:Uprising)
-Sebagai Top Secret Protocol untuk melancarkan serangan keatas mengejut keatas musuh.
-Lokasi jatuhan belon boleh dikawal ketika diudara.

3a.Realiti:Tesla Coil

















-Ciptaan Nikola Tesla pada tahun 1891.Tesla coil ialah litar resonant transformer untuk menghasilkan tenaga elektrik yang tinggi.
-Cahaya seperti kilat dalam gambar diatas ni ialah elektric discharge.Kalau kena kat korang,in an instant,korang bertukar jadi ayam panggang Kenny Rogers.

3b.Fiksyen:Soviet Union Tesla Coil(Red Alert 3: Uprising)
                                                                                                                                                                                                                                          
-Pertahanan perimeter oleh Soviet Union,sangat berbahaya kepada infantri personnel dan kenderaan ringan
 -Boleh ditingkatkan jarak dan kuasanya menggunakan Tesla Trooper
-Kelemahannya adalah mudah diserang dari udara


4a.Realiti:Cypher UAV


















-Sikorsky Chypher UAV(Unmanned Aerial Vehicle)ciptaan firma Sikorsky Aircraft pada akhir 1980-an.
-UAV ni adalah VTOL(Vertical Takeoff and Landing).Maksudnya ia bergerak naik dengan menegak menggunakan counter rotating rotor.
-Seberat 110kg,berdiameter 1.9 meter dan dikuasakan oleh 40Kw compact rotary engine.

4b.Cypher (Metal Gear Solid 2:Sons of Liberty)



















-Mengawal kapal yang membawa prototaip Metal Gear Ray dengan mengambil gambar strangers(Solid Snake) yang ada kat atas kapal tu.

-Sesetengahnya dilengkapi senjata automatik(Gun Cypher).

5a.Realiti:Davy Crockett
















-M28/M29 Davy Crockett Weapon Systems ialah pelancar recoilless nuklear taktikal untuk melancarkan peluru M388.
-Ciptaan Amerika Syarikat ketika era Perang Dingin.
-Merupakan sistem senjata nuklear terkecil yang pernah dibina.
-Menggunakan kepala peledak nuklear W54 seberat 23kg(kekuatan bersamaan 10-20 ton TNT)

5b.Davy Crockett(Metal Gear Solid 3:Snake Eater)







   
                                                                                       
-Selepas Solid Snake berjaya menyelamatkan tebusan(Sokolov),dia terserempak dengan The Boss.
-General Volgin dan The Boss berjaya melarikan semula Sokolov dan Solid Snake cedera parah.
-Volgin melepaskan tembakan Davy Crockett dari atas helikopter kearah lokasi Sokolov disembunyikan.
-Davy Crockett ni dihadiahkan oleh The Boss(US) yang berpaling tadah kepada Soviet.


OK,cukup la dulu setakat ni..Banyak lagi dalam draft tapi dah penat menaip dari pagi.Lain kali kita tengok plak invention-invention lain yang unik.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Jangan Pandang Remeh Sakit Selesema

Apa yang aku nak cite ni bukan selesema H1N1 or H5N1.Aku nak kongsikan pengalaman pasal selesema biasa.Nampak tak serius pun kalau stakat kena selesema ni.Telan panadol ngan tido banyak pun dah cukup.Bukan ape,si Pucca(http://zamorange.blogspot.com/) aku ni selesema plak.Dah la demam tak baik lagi.

Tapi jangan main-main.Selesema biasa pun bahaya kalau tak dirawat segera.Kali terakhir aku kena selesema,sangat teruk sampai dalam telinga bengkak.Aku memang alergik dengan habuk,nak plak kat tempat kerja aku,aku terdedah kat habuk.One day,aku lupa pakai face mask,tak lama pastu terus selesema.


Lepas 2-3 hari still tak elok lagi...Aku dah pelik dah,pehal xmau elok ni.Cukup seminggu pun tak elok.Telinga aku start jadi macam kurang mendengar(sbelah telinga) n rasa cam bengang.Bdenyut-denyut lak tu.Rupanya dah bengkak.

Tu pun aku tak pegi klinik lagi dengan harapan selesema tu pulih sendiri.Sampai la satu malam,lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga.Telinga aku rasa sakit yang......(susah nak explain),sangat sakit!Terus aku xboleh tido sampai pagi sebab tak tahan sangat.Cam nak nangis pun ada,serius!Nak pegi klinik subuh-subuh hari pun takde yang buka.lagipun aku nak pakai kad PM Care.

Aku tunggu depan klinik sampai buka,punya la tak tahan.Aku explain semua kat doktor,macam-macam ubat dia bagi.Siap kena amik gas lagi sebab doktor dengar pernafasan aku ada bunyi-bunyi asma sikit.

Mujur la dapat sembuh cepat lepas pegi klinik.Aku browse internet cari info pasal selesema.Rupa-rupanya,virus selesema ni boleh naik ke otak.Dah sampai otak tu paham-paham jela.The consequences could be fatal!So,jangan la main-main kalau kena selesema.

Aku rasa la virus selesema skarang dah mutated jadi lebih kebal kat ubat.Dulu-dulu mungkin dengan berehat je dah cukup.Kalau tak salah aku,selesema ni memang tak ada ubat yang khusus(dan kalau statement ni silap tolong betulkan).Bos-bos jangan potong gaji plak kalau staff amik cuti bila kena  selesema.
Selesema zaman skarang sangat bahaya.

Guiness World Record:Full Scale Gundam

Dah lama tak beli model kit Gundam(Gandamu),huhu!Sejak keblakangan ni,bajet ketat lak nak tambah collection baru.Dah mula berabuk collection aku ni,almari kaca tak beli jugak lagi.
Cmana aku bleh terjebak ngan Gundam ni sebab aku terbeli robot Keroro.Pastu rasa cam best plak.Slow-slow aku beli kit Gundam HG.Xle plak nak upload collection aku yang seciput tu sebab online ngan Vaio E Series adik aku.Takde plak fail gambar collection aku.(saje test best ke tak laptop baru nih).
Minggu depan baru aku dapat upload.Skang nak highlight kat Gundam full scale(1/1).Biasa yang dijual tu skalanya 1/100 atau 1/60.

Besau ni kalau full size:




Kemain bagaknya.Tak dapat imagine??Ni ada lagi:


Aku dok imagine,bestnya la rakyat Jepun ni..Mainan macam ni kalau kat Malaysia,nak plak orang tua cam aku ni yang main,sure kena gelak.
Gundam ni berdiri kat Shiokaze Park,Odaiba Island,Tokyo dan setinggi 18 meter.Ni adalah sebahagian dari projek Green Tokyo Gundam Project.Projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.
Didirikan pada Jun 2009 dan dibuka kepada orang awam pada 11 Julai 2009.Gundam full scale ni berjaya menarik lebih 4 juta pengunjung.Pada September 2009,Gundam ni ditanggalkan dan didirikan semula di Shizuoka pada Julai 2010.Korang boleh imagine cmana budaya ngan teknologi blend together dan membentuk masyarakat diorang.Resultnya,super cool!

Rabu, 18 Ogos 2010

Russian Military 'Toys'

Aku sangat minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan military,so hari ni saje je aku nak listkan 'mainan' tentera Russia.

Thermonuclear InterContinental Ballistic Missile(ICBM) RT2UTTH Topol M

Panjang:22.7m
Diameter:1.9m
Berat:47,200kg
Jarak maksimum:11,000km
Warhead:Single 550 kiloton warhead
NATO Reporting Name:SS-27 Sickle B


Yankee Class(Notch:Project 667AT) Submarine

Panjang:141.5m
Berat:11,500kg(submerged)
Kelajuan:Surface=13knot(24km/j)
              Submerged=27knot(50km/j)


Gorshkov Class Frigate (Project 22350)

Panjang:132m
Kelajuan:26knot
Berat:4500tan
Persenjataan:-1 x Arsenal 130mm
                    -2 x Kashtan CIWS
                    -8 x Oniks 3M55 anti-ship missile
                    -RPK-9 Medvedka-VE anti-submarine missile


Sukhoi PAK-FA T-50 (5th Generation Fighter Aircraft)

Crew:1
Panjang:19.8m
Lebar:14m
Max takeoff weight:37000kg
Max Speed:2600km/j(Mach 2.45)


Kamov Ka-50(Black Shark)

Crew:1
Panjang:13.5m
Max takeoff weight:10,800kg
Powerplant:2 x Klimov TV3-117VK turboshaft,1660Kw
Max Speed:390km/j
Persenjataan:-460 round 30mm Shipunov 2A42
                    -12 9K121 Vikhr anti -tank missile
                    -Vympel R73 air-to-air missile
                    -80 x 80mm S-8 Rocket
                    -20 x 122mm S-13 Rocket
                    -Kh-25 air-to-ground missile
                    -2 x 500kg bomb


T-90 Main Battle Tank(MBT)

Crew:3
Panjang:9.53m
Lebar:3.78m
Berat:46.5 tan
Persenjataan utama:-2A46M 125mm smoothbore gun + ATGM
                              -7.62mm coaxial machine gun
                              -12.7mm anti-aircraft machine gun
Enjin:V84-MS V12 four stroke multifuel diesel,1250hp made by Uralvagonzavod
Armor:-1st Tier:Composite amour
           -2nd Tier:Kontakt-5 ERA(explosive reactive armour)
           -3rd Tier:Shtora-1

Apa yang tersenarai ni sebahagian kecik je dalam inventori Russia Army.Tak larat aku nak listkan semua.Maybe bukan yang terbaik di dunia,tapi aku peduli apa,janji aku suka,haha!