Kejap je rasanya dah tinggal sehari je lagi nak puasa.Mujur tahun ni kerja pun tak membebankan memandangkan kerja-kerja expansion kilang still berjalan.Harap-harap lepas raya baru siap,haha!Santai skit aku.
Semenjak berjauhan dengan keluarga kerana bekerja di perantauan(pehh!!syahdu siot!),dah tak brape meriah la bulan-bulan puasa aku.Aku menyewa bilik,penghuni 3 orang je termasuk aku,masing-masing buat hal sendiri.Jumpa housemate pun time nak bayar sewa umah je.Bosan gila dok kat s.Alam ni.That's why aku lebih suka menghabiskan ujung minggu aku kat Flora Damansara.Stay kat TTDI Jaya ni sekadar nak mudah dan dekat pegi kerja je.
Rasanya dah 6 tahun aku bekerja di Selangor.Tempat mula-mula aku kerja kat Puchong,Disember 2004,kat kilang kosmetik Clara International.Abah aku bagi aku motor Yamaha SS110 ngan henpon Motorola dia,untuk aku mudah pegi kerja.Memula nak idup,biasa la.Menumpang umah orang,pastu ramai-ramai cari umah sewa.Segan la nak menumpang umah orang lama-lama.Gaji pun masa tu RM750,OT pun takde.Lebih stengah taun jugak la aku tido atas lantai parquet je.Boleh la nak idup.Ngan gaji banyak tu la aku wat belanja beli baju raya adik-adik aku,bila tiba bulan puasa dan raya.Beli TV pertama aku LG Flat CRT 29",bagi keluarga aku pakai kat kampung.
Balik raya tak jadi masalah,motor abah aku still mantop lagi masa tu.Raya puasa taun 2005,aku belajar buat ketupat ngan abah aku.Aku rasa raya macam tak complete kalau takde ketupat.Tak main la ketupat segera,daun kelapa la baru sedap.Biasanya aku balik awal 2-3 hari sebelum raya,buka pose kat umah,pi masjid solat terawih.Saf pun tinggal sebaris je.Hehe!Ramai dah balik kampung.Beza sangat dengan awal Ramadhan,4-5 baris jugak la.kampung aku tak ramai orang.Lebih kurang 250 keluarga je kot.Masa kecik-kecik tak pernah miss solat terawih,pasal nak makan moreh,haha!Siap tapau bawak balik.Sebelum tu dok main nyorok-nyorok je celah-celah kereta.Dah besar baik la sikit,tu pun kat kampung je.Kat sini sangat jarang aku dapat join solat terawih.
Dekat-dekat nak raya baru rasa teruja skit.Tapi ujung-ujung pose yang tak bestnya mak aku masak simple-simple je.Dia sibuk buat tempahan kuih raya.Time raya umah sendiri pun takde kuih.Tapi takpe,lagi best layan ketupat ngan kuah kacang mak aku.Da best in the world!Adik-beradik aku ramai,memang meriah.Tambah plak ngan abang ipar aku and sorang anak buah.masa tu la kitorang bergambar ramai-ramai satu famili.Rupanya tu la raya terakhir sebelum abah aku meninggal dunia lebih kurang sebulan lepas raya kerana
Myocardial Infarction(serangan sakit jantung).
Pastu puasa dan raya aku seterusnya dah xbest sebab dah kurang sorang ahli keluarga,terasa sangat sebab abah aku yang sibuk ngan hari raya ni.Mak aku sibuk wat kuih raya,tak larat nak uruskan hal-hal lain.Mujur la aku sempat belajar buat ketupat,sehari dua nak raya aku suruh adik bongsu lelaki aku panjat pokok kelapa amik pucuk dia.Abang ipar aku lak pandai buat sate,keluarga dia memang orang berniaga makanan.Boleh la buat ilangkan rindu kat arwah abah aku.
Sedap gile dowh!
Zaman aku pakai motor,aku mampu bawak balik baju raya baru je.Alhamdulillah,taun lepas aku dapat beli kereta untuk mudahkan urusan keluarga.Nak balik kampung pun senang.Aku tiga beradik balik sama-sama,sebelum balik beli dulu stok-stok makanan kat Tesco Damansara.Penuhkan bonet ngan ayam,barang-barang kuih mak aku,(aku suka beli marinated mutton,boleh bakar kat umah),sabun cuci pinggan pun tak tinggal.
Satu lagi matlamat aku beli kereta sebab kesian ngan mak aku.Payah nak pegi mana-mana.Jiran-jiran ada pun takat mana la sangat nak kita harapkan.Prinsip aku,jangan menyusahkan orang.Memandangkan mak aku ni kerjaya dia membuat kuih-muih,stok raw material dia memang banyak.Takkan beli tepung sepeket dua,telur ayam satu sarang je kot.Tiap kali aku balik kampung,sure kena beli telur.Bukan sikit-sikit,kadang kadang 20 sarang.Musim raya ngan musim orang kawin sure sibuk je dia.Siang malam dok mengadap kuih,aku tengok pun penat.Kuih lain aku boleh tolong,tapi jangan la mintak aku tolong kacau dodol.Soriii beb!dah la penat,aku bukan makan pun dodol.Makanan manis-manis sangat ni aku xle blah la.Haha!
Walaupun tak dapat balik tiap-tiap bulan jenguk mak aku,at least aku dapat bawak dia kemana-mana yang dia nak.Tengahari aku antar dia balik Jerantut(dari KL),petang aku balik S.Alam semula pun aku tak kisah.Yang penting aku taknak tengok mak aku naik bas balik Jerantut.
Perkara yang paling gila aku pernah buat masa tahun 2008.Pagi Jumaat aku register sem 1 kat Poli S.Alam untuk sambung diploma,tengahari baru siap.Pastu pegi Sen Heng kat Puchong sambar laptop,senang nak buat assignment.Petangnya lepak kat umah abang ipar aku rehat-rehat.Pukul 11 malam aku drive balik Lepar Utara sebab pagi besoknya nak bawak mak ngan adik aku pegi Hotel Vistana kat Kuantan.mata dah berat,aku lelap jap kat Hentian Lanchang.Ingat nak lelap kejap je,rupanya sampai sejam.
Sambung drive,sampai kat umah aku dah dekat kul 4 pagi.Pukul 7 pagi ari Sabtu aku bangun siap-siap nak pegi Kuantan lak.Jauhnya sama macam balik KL semula.Sampai Kuantan dalam pukul 10.30,aku tido je dalam kereta.Petang Sabtu pukul 5.30 baru sampai Lepar Utara semula.Fuuuuuuuuuuuuu!!!Penat gila..
Sebab pagi Ahad aku kena datang daftar modul kat Poli S.Alam.Dapat rehat sekejap,aku drive semula balik KL plak.Penat cmana pun aku puas ati dapat penuhi permintaan mak aku sebab aku tak suka tengok dia susah.Jadi anak sulung lelaki memang banyak tanggungjawab,,umpama macam kita replace position abah kita.Cuma sekarang dah agak kurang,adik-adik aku dah besar,tau tanggungjawab masing-masing dan lega la pasal takde sorang pun yang perangai cam jin,hehe!Bkumpul ramai-ramai,tak sabar la nak rayeee!!