Isnin, 9 Ogos 2010

Puasa Datang Lagi





Kejap je rasanya dah tinggal sehari je lagi nak puasa.Mujur tahun ni kerja pun tak membebankan memandangkan kerja-kerja expansion kilang still berjalan.Harap-harap lepas raya baru siap,haha!Santai skit aku.

Semenjak berjauhan dengan keluarga kerana bekerja di perantauan(pehh!!syahdu siot!),dah tak brape meriah la bulan-bulan puasa aku.Aku menyewa bilik,penghuni 3 orang je termasuk aku,masing-masing buat hal sendiri.Jumpa housemate pun time nak bayar sewa umah je.Bosan gila dok kat s.Alam ni.That's why aku lebih suka menghabiskan ujung minggu aku kat Flora Damansara.Stay kat TTDI Jaya ni sekadar nak mudah dan dekat pegi kerja je.

Rasanya dah 6 tahun aku bekerja di Selangor.Tempat mula-mula aku kerja kat Puchong,Disember 2004,kat kilang kosmetik Clara International.Abah aku bagi aku motor Yamaha SS110 ngan henpon Motorola dia,untuk aku mudah pegi kerja.Memula nak idup,biasa la.Menumpang umah orang,pastu ramai-ramai cari umah sewa.Segan la nak menumpang umah orang lama-lama.Gaji pun masa tu RM750,OT pun takde.Lebih stengah taun jugak la aku tido atas lantai parquet je.Boleh la nak idup.Ngan gaji banyak tu la aku wat belanja beli baju raya adik-adik aku,bila tiba bulan puasa dan raya.Beli TV pertama aku LG Flat CRT 29",bagi keluarga aku pakai kat kampung.

Balik raya tak jadi masalah,motor abah aku still mantop lagi masa tu.Raya puasa taun 2005,aku belajar buat ketupat ngan abah aku.Aku rasa raya macam tak complete kalau takde ketupat.Tak main la ketupat segera,daun kelapa la baru sedap.Biasanya aku balik awal 2-3 hari sebelum raya,buka pose kat umah,pi masjid solat terawih.Saf pun tinggal sebaris je.Hehe!Ramai dah balik kampung.Beza sangat dengan awal Ramadhan,4-5 baris jugak la.kampung aku tak ramai orang.Lebih kurang 250 keluarga je kot.Masa kecik-kecik tak pernah miss solat terawih,pasal nak makan moreh,haha!Siap tapau bawak balik.Sebelum tu dok main nyorok-nyorok je celah-celah kereta.Dah besar baik la sikit,tu pun kat kampung je.Kat sini sangat jarang aku dapat join solat terawih.

Dekat-dekat nak raya baru rasa teruja skit.Tapi ujung-ujung pose yang tak bestnya mak aku masak simple-simple je.Dia sibuk buat tempahan kuih raya.Time raya umah sendiri pun takde kuih.Tapi takpe,lagi best layan ketupat ngan kuah kacang mak aku.Da best in the world!Adik-beradik aku ramai,memang meriah.Tambah plak ngan abang ipar aku and sorang anak buah.masa tu la kitorang bergambar ramai-ramai satu famili.Rupanya tu la raya terakhir sebelum abah aku meninggal dunia lebih kurang sebulan lepas raya kerana Myocardial Infarction(serangan sakit jantung).

Pastu puasa dan raya aku seterusnya dah xbest sebab dah kurang sorang ahli keluarga,terasa sangat sebab abah aku yang sibuk ngan hari raya ni.Mak aku sibuk wat kuih raya,tak larat nak uruskan hal-hal lain.Mujur la aku sempat belajar buat ketupat,sehari dua nak raya aku suruh adik bongsu lelaki aku panjat pokok kelapa amik pucuk dia.Abang ipar aku lak pandai buat sate,keluarga dia memang orang berniaga makanan.Boleh la buat ilangkan rindu kat arwah abah aku.

Sedap gile dowh!


Zaman aku pakai motor,aku mampu bawak balik baju raya baru je.Alhamdulillah,taun lepas aku dapat beli kereta untuk mudahkan urusan keluarga.Nak balik kampung pun senang.Aku tiga beradik balik sama-sama,sebelum balik beli dulu stok-stok makanan kat Tesco Damansara.Penuhkan bonet ngan ayam,barang-barang kuih mak aku,(aku suka beli marinated mutton,boleh bakar kat umah),sabun cuci pinggan pun tak tinggal.

Satu lagi matlamat aku beli kereta sebab kesian ngan mak aku.Payah nak pegi mana-mana.Jiran-jiran ada pun takat mana la sangat nak kita harapkan.Prinsip aku,jangan menyusahkan orang.Memandangkan mak aku ni kerjaya dia membuat kuih-muih,stok raw material dia memang banyak.Takkan beli tepung sepeket dua,telur ayam satu sarang je kot.Tiap kali aku balik kampung,sure kena beli telur.Bukan sikit-sikit,kadang kadang 20 sarang.Musim raya ngan musim orang kawin sure sibuk je dia.Siang malam dok mengadap kuih,aku tengok pun penat.Kuih lain aku boleh tolong,tapi jangan la mintak aku tolong kacau dodol.Soriii beb!dah la penat,aku bukan makan pun dodol.Makanan manis-manis sangat ni aku xle blah la.Haha!

Walaupun tak dapat balik tiap-tiap bulan jenguk mak aku,at least aku dapat bawak dia kemana-mana yang dia nak.Tengahari aku antar dia balik Jerantut(dari KL),petang aku balik S.Alam semula pun aku tak kisah.Yang penting aku taknak tengok mak aku naik bas balik Jerantut.

Perkara yang paling gila aku pernah buat masa tahun 2008.Pagi Jumaat aku register sem 1 kat Poli S.Alam untuk sambung diploma,tengahari baru siap.Pastu pegi Sen Heng kat Puchong sambar laptop,senang nak buat assignment.Petangnya lepak kat umah abang ipar aku rehat-rehat.Pukul 11  malam aku drive balik Lepar Utara sebab pagi besoknya nak bawak mak ngan adik aku pegi Hotel Vistana kat Kuantan.mata dah berat,aku lelap jap kat Hentian Lanchang.Ingat nak lelap kejap je,rupanya sampai sejam.

Sambung drive,sampai kat umah aku dah dekat kul 4 pagi.Pukul 7 pagi ari Sabtu aku bangun siap-siap nak pegi Kuantan lak.Jauhnya sama macam balik KL semula.Sampai Kuantan dalam pukul 10.30,aku tido je dalam kereta.Petang Sabtu pukul 5.30 baru sampai Lepar Utara semula.Fuuuuuuuuuuuuu!!!Penat gila..

Sebab pagi Ahad aku kena datang daftar modul kat Poli S.Alam.Dapat rehat sekejap,aku drive semula balik KL plak.Penat cmana pun aku puas ati dapat penuhi permintaan mak aku sebab aku tak suka tengok dia susah.Jadi anak sulung lelaki memang banyak tanggungjawab,,umpama macam kita replace position abah kita.Cuma sekarang dah agak kurang,adik-adik aku dah besar,tau tanggungjawab masing-masing dan lega la pasal takde sorang pun yang perangai cam jin,hehe!Bkumpul ramai-ramai,tak sabar la nak rayeee!!

Ahad, 8 Ogos 2010

Benda Haram Ni pun nak Jual Ke?

Ni satu lagi benda pelik+haram.Tengok sekali,ape benda melingkar-lingkar ni.Fosil ke?Tengok plak tang item ni punya nama,Boar Tooth.Woaaaa!!!Haram sungguh benda nih.

Sebijik cam ekor tuan punya gigi,haha!

Setau aku la benda ni orang khurafat wat tangkal nak kebal.Kebal setare mane gokk!Try bedil skali!

Duit Bertuah??

Sambil-sambil browse collectibles item kat Mudah,tjumpa la benda alah ni.Tang duit syiling lama tu aku tak kisah sangat,tapi katanya duit ni bertuah.What theee.........!


Harga jualan RM500k!Sekali lagi What The....!Awal-awal lagi dah nampak malang pemilik duit ni.kalau korang ada duit yang boleh tarik duit,watpe jual kat orang.Pakai sendiri laaa.

Ada Ikan Ke Kat Flora Damansara??

Dua minggu lepas aku cuba satu tempat yang nampak macam ada ikan(sepatutnya) berdekatan dengan umah adik aku.Dengar cerita orang asli Damansara Perdana,tempat tu banyak ikan.So kitorang try ajelah mana tau ada rezeki.


Pandangan dari Blok F Flora Damansara

Dengar cerita asalnya tempat ni kuari batu tapi dah lama tak digunakan.Tengok gaya pun memang dah lama,dah naik hutan pokok petai kecik-kecik tu.Geram aku tengok tempat ni,nampak macam best je.Airnya bersih dan tak ada longkang-longkang kotor mengalir masuk kat tasik ni.

Kitorang pun try mancing kat tempat ni,guna teknik bottom fishing je.Takde plak ikan makan.Tapi tempat ni gile punya dalam.Sekuat-kuat ati aku baling umpan ngan batu ladung saiz 6,bila sampai ke dasar je,tali pancing yang timbul lebih kurang 1 meter je dari hujung joran.Kat Pulau Jemor pun tak dalam macam tu.

Anggaran aku lebih kurang 50-60 meter jugak la dalamnya.Sambil-sambil tu mancing anak-anak ikan pakai pancing bodo(cantas ranting pokok,ikat mata kail kecik + pelampung selipar buruk,hehe!).Dapat banyak anak ikan untuk wat umpan,seluang ngan anak talapia hitam.

Kelihatan blok Flora Damansara dari tebing tasik


Yeng dan juga anak talapia hitam yang banyak kat tasik ni


Yeng dan Mie,dengan talapia yang agak besar.Kalau ada Peacock Bass kan syok!

Pancingan bottom dengan umpan anak ikan hidup tak berkesan kat tasik ni.Anak ikan cepat mati,maybe sebab terlalu dalam,tekanan air yang tinggi agaknya punca umpan meninggal dunia cepat,hehe!Tu teori aku la,tak tau la pasal ape sebenarnya.Teknik casting pun tak laku kat sini.Takde spesies ikan menyambar.Kot-kot ada haruan ke syok gak.Tempat ni kalau dilepaskan ikan-ikan yang best,sure kecoh di kalangan kaki-kaki pancing.

So,minggu depan di bulan pose sementara menunggu waktu berbuka kitorang akan try lagi dengan teknik pelampung lak.Minggu ni tak sempat,dah plan tapi lewat gak aku  sampai umah bebudak ni.Dok menemankan orang pempuan beli kain kat Wisma Jakel Seksyen 7 Shah Alam.Orang pempuan kalau memilih kain memang lama bebeno.Ramai gak manusia ari ni kat Jakel.Nak dekat-dekat raya nanti lagi la tak hengat.kat Jusco One Utama pun dah start sale.apekan daya,bajet 'ketat'!

Khamis, 5 Ogos 2010

Tongkat Ali(Eurycoma Longifolia)

Untuk permulaan aku nak mulakan label baru(Herbs Garden) ni dengan herba yang pada aku paling glemer kat Malaysia ni,Tongkat Ali.Ramai lelaki yang aku rasa sure kenal Tongkat Ali ni.Dari tahap atok-atok sampai la bebudak skolah.
Produk Tongkat Ali pun berlambak-lambak kat Malaysia ni.Ada yang bagus,ada yang menipu,ada murah dan ada mahal.Terpulang kat bajet poket masing-masing.Tapi kat sini aku nak cakap(based on a little bit experience),100% pure Ekstrak Tongkat Ali sebenarnya sangat MAHAL!
Sebab apa mahal,teruskan membaca.Sebelum tu kena kenal dulu apa tu Pokok Tongkat Ali.





Ni la dia rupa anak pokok Tongkat Ali.Kalau dekat habitat asal dia,cepat sikit dia membesar sebab hidup dibawah teduhan pokok-pokok besar.Mungkin mencapai garispusat 6 inci dalam beberapa tahun sahaja.Tapi kalau kat kawasan bandar dan terdedah pada kepanasan,pokok ni lagi lambat membesar,lebih kurang 3 inci diameter untuk usia 7 tahun!Oleh sebab terlalu lambat pertumbuhannya,rasanya tak sesuai untuk ditanam secara perladangan.Sehingga sekarang majoriti Tongkat Ali yang dikomersialkan disini diperolehi dari hutan hujan Malaysia.

Pokok Tongkat Ali tumbuh tanpa dahan dan berakar tunjang.Walaupun perlahan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter.Daunnya tebal dan kalau kita renyukkan daunnya,daun tu tak pecah.Kalau kita koyakkan plak,daunnya berstruktur berserat halus.Bahagian yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak Tongkat Ali ialah bahagian akar sahaja.Pada batang dan daun juga terdapat bahan aktif tetapi sangat sedikit.

Kandungan bahan aktif yang terdapat pada Tongkat Ali ialah Glycosaponin,Eurycomanone dan Eurypeptides.Kesan positif bahan ni kepada manusia ialah sebagai penambah hormon testosteron selain meningkatkan kekuatan otot.Selain tu Tongkat Ali juga digunakan untuk merawat penyakit pening kepala,kurap,bengkak,antitumor,antiradang dan antioksida.

PROSES MENDAPATKAN EKSTRAK TONGKAT ALI

Proses untuk mendapatkan ekstrak tulen tongkat ali ialah dengan pengekstrakan(extraction),dalam bahasa kampung,merebus akar Tongkat Ali.Kandungan Ekstrak Tongkat Ali yang diperolehi sebenarnya sangat sedikit.walaupun air rebusannya banyak.
Kandungan aktif dan solid content yang terdapat dalam 100 kilogram akar Tongkat Ali adalah hanya sekitar 4.5-6.5 kilogram sahaja.Hasil sebenar Ekstrak Tongkat Ali adalah dalam bentuk debu(powder) yang larut air dan tidak meninggalkan sebarang mendakan.Kalau ada mendakan maknanya ada habuk akar Tongkat Ali yang diproses sekali.
Dari proses mendapatkan akar sehingga terhasil Ekstrak Tongkat Ali tulen,terdapat beberapa peringkat penting.Akar Tongkat Ali dimesin menjadi bentuk cip-cip halus untuk memaksimumkan perolehan kandungan aktif.Cip-cip tadi akan dimasak pada suhu tertentu selama beberapa jam menggunakan air bertapis.Ada sesetengah pengeluar menggunakan etanol untuk mendapatkan lebih ekstrak tetapi hasilnya dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Setelah dimasak,air rebusan Tongkat Ali ditapis sehingga jernih(berwarna seperti air teh O)untuk menyingkirkan habuk-habuk kayu dan melalui proses concentration(pemekatan).Kadar solid content yang asalnya sekitar 0.8-1.0% akan ditingkatkan sehingga 35-40%.Kepekatan ini adalah memadai untuk melalui proses seterusnya.



Tongkat Ali sebagai pokok hiasan


Peringkat seterusnya ialah pengeringan,tetapi bukan pengeringan biasa.Dalam industri makanan,biasanya ekstrak dikeringkan menggunakan kaedah Spray Dry.Kaedah ini menggunakan hembusan udara panas yang akan mengeringkan titisan-titisan halus ekstrak.
Tetapi untuk Tongkat Ali,kaedah ini tidak sesuai kerana kepanasan suhu yang digunakan akan merosakkan kandungan bahan kimia aktif didalam Tongkat Ali.cara terbaik adalah menggunakan kaedah Lyophilisation (Freeze Dryer).Cecair Tongkat Ali akan dikeringkan pada suhu sehingga -76 Celcius sehingga kristal-kristal air akan terpeluwap dan disingkirkan dari Solid Content.Hasilnya adalah ekstrak Tongkat Ali yang mengandungi kelembapan sekitar 2-4% sahaja(bergantung kepada kecekapan dan tuning resipi pada Freeze Dryer.Prosesnya memakan masa sehingga 3 hari.Maka terhasillah ekstrak Tongkat Ali dalam bentuk biskut yang rapuh dah dikisar sehingga menjadi debu-debu halus.
Oleh kerana prosesnya berperingkat,bahan mentah yang mahal dan peralatan yang juga sangat mahal,maka Ekstrak Tongkat Ali tulen sangat mahal.
Apabila dijadikan kapsul,hanya beberapa peratus sahaja kandungan ekstrak Tongkat Ali yang digunakan.Ini adalah kerana kesesuaian tubuh manusia untuk penerimaan kandungan bahan aktifnya.Terlebih dos mungkin mendatangkan ketidakselesaan perut dan badan menjadi panas.Kemungkinan juga tekanan darah akan meningkat.
Oleh itu jangan disalah anggap sekiranya pengilang hanya meletakkan peratus tertentu.Yang paling penting dapatkan maklumat mengenai pengilang dan latar belakang syarikat yang menghasilkan produk Tongkat Ali.Jangan membeli produk yang berharga murah kerana kemungkinan dicampurkan filler(bahan penambah seperti maltodextrin:berasal dari jagung)yang berlebihan dan termasuklah habuk-habuk Tongkat Ali.Ada juga syarikat yang meletakkan ekstrak Tongkat Ali terlalu sedikit sehingga tidak mendatangkan kesan langsung pada tubuh.
Dapatkan maklumat secukupnya,tambahkan ilmu dan jadilah pengguna yang bijak!

Dr.Ismail Tambi,Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif