Untuk permulaan aku nak mulakan label baru(Herbs Garden) ni dengan herba yang pada aku paling glemer kat Malaysia ni,Tongkat Ali.Ramai lelaki yang aku rasa sure kenal Tongkat Ali ni.Dari tahap atok-atok sampai la bebudak skolah.
Produk Tongkat Ali pun berlambak-lambak kat Malaysia ni.Ada yang bagus,ada yang menipu,ada murah dan ada mahal.Terpulang kat bajet poket masing-masing.Tapi kat sini aku nak cakap(based on a little bit experience),
100% pure Ekstrak Tongkat Ali sebenarnya sangat
MAHAL!
Sebab apa mahal,teruskan membaca.Sebelum tu kena kenal dulu apa tu Pokok Tongkat Ali.
Ni la dia rupa anak pokok Tongkat Ali.Kalau dekat habitat asal dia,cepat sikit dia membesar sebab hidup dibawah teduhan pokok-pokok besar.Mungkin mencapai garispusat 6 inci dalam beberapa tahun sahaja.Tapi kalau kat kawasan bandar dan terdedah pada kepanasan,pokok ni lagi lambat membesar,lebih kurang 3 inci diameter untuk usia 7 tahun!Oleh sebab terlalu lambat pertumbuhannya,rasanya tak sesuai untuk ditanam secara perladangan.Sehingga sekarang majoriti Tongkat Ali yang dikomersialkan disini diperolehi dari hutan hujan Malaysia.
Pokok Tongkat Ali tumbuh tanpa dahan dan berakar tunjang.Walaupun perlahan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter.Daunnya tebal dan kalau kita renyukkan daunnya,daun tu tak pecah.Kalau kita koyakkan plak,daunnya berstruktur berserat halus.Bahagian yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak Tongkat Ali ialah bahagian akar sahaja.Pada batang dan daun juga terdapat bahan aktif tetapi sangat sedikit.
Kandungan bahan aktif yang terdapat pada Tongkat Ali ialah Glycosaponin,Eurycomanone dan Eurypeptides.Kesan positif bahan ni kepada manusia ialah sebagai penambah hormon testosteron selain meningkatkan kekuatan otot.Selain tu Tongkat Ali juga digunakan untuk merawat penyakit pening kepala,kurap,bengkak,antitumor,antiradang dan antioksida.
PROSES MENDAPATKAN EKSTRAK TONGKAT ALI
Proses untuk mendapatkan ekstrak tulen tongkat ali ialah dengan pengekstrakan(extraction),dalam bahasa kampung,merebus akar Tongkat Ali.Kandungan Ekstrak Tongkat Ali yang diperolehi sebenarnya sangat sedikit.walaupun air rebusannya banyak.
Kandungan aktif dan solid content yang terdapat dalam 100 kilogram akar Tongkat Ali adalah hanya sekitar 4.5-6.5 kilogram sahaja.Hasil sebenar Ekstrak Tongkat Ali adalah dalam bentuk debu(powder) yang larut air dan tidak meninggalkan sebarang mendakan.Kalau ada mendakan maknanya ada habuk akar Tongkat Ali yang diproses sekali.
Dari proses mendapatkan akar sehingga terhasil Ekstrak Tongkat Ali tulen,terdapat beberapa peringkat penting.Akar Tongkat Ali dimesin menjadi bentuk cip-cip halus untuk memaksimumkan perolehan kandungan aktif.Cip-cip tadi akan dimasak pada suhu tertentu selama beberapa jam menggunakan air bertapis.Ada sesetengah pengeluar menggunakan etanol untuk mendapatkan lebih ekstrak tetapi hasilnya dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.
Setelah dimasak,air rebusan Tongkat Ali ditapis sehingga jernih(berwarna seperti air teh O)untuk menyingkirkan habuk-habuk kayu dan melalui proses concentration(pemekatan).Kadar solid content yang asalnya sekitar 0.8-1.0% akan ditingkatkan sehingga 35-40%.Kepekatan ini adalah memadai untuk melalui proses seterusnya.
Tongkat Ali sebagai pokok hiasan
Peringkat seterusnya ialah pengeringan,tetapi bukan pengeringan biasa.Dalam industri makanan,biasanya ekstrak dikeringkan menggunakan kaedah Spray Dry.Kaedah ini menggunakan hembusan udara panas yang akan mengeringkan titisan-titisan halus ekstrak.
Tetapi untuk Tongkat Ali,kaedah ini tidak sesuai kerana kepanasan suhu yang digunakan akan merosakkan kandungan bahan kimia aktif didalam Tongkat Ali.cara terbaik adalah menggunakan kaedah Lyophilisation (Freeze Dryer).Cecair Tongkat Ali akan dikeringkan pada suhu sehingga -76 Celcius sehingga kristal-kristal air akan terpeluwap dan disingkirkan dari Solid Content.Hasilnya adalah ekstrak Tongkat Ali yang mengandungi kelembapan sekitar 2-4% sahaja(bergantung kepada kecekapan dan tuning resipi pada Freeze Dryer.Prosesnya memakan masa sehingga 3 hari.Maka terhasillah ekstrak Tongkat Ali dalam bentuk biskut yang rapuh dah dikisar sehingga menjadi debu-debu halus.
Oleh kerana prosesnya berperingkat,bahan mentah yang mahal dan peralatan yang juga sangat mahal,maka Ekstrak Tongkat Ali tulen sangat mahal.
Apabila dijadikan kapsul,hanya beberapa peratus sahaja kandungan ekstrak Tongkat Ali yang digunakan.Ini adalah kerana kesesuaian tubuh manusia untuk penerimaan kandungan bahan aktifnya.Terlebih dos mungkin mendatangkan ketidakselesaan perut dan badan menjadi panas.Kemungkinan juga tekanan darah akan meningkat.
Oleh itu jangan disalah anggap sekiranya pengilang hanya meletakkan peratus tertentu.Yang paling penting dapatkan maklumat mengenai pengilang dan latar belakang syarikat yang menghasilkan produk Tongkat Ali.Jangan membeli produk yang berharga murah kerana kemungkinan dicampurkan filler(bahan penambah seperti maltodextrin:berasal dari jagung)yang berlebihan dan termasuklah habuk-habuk Tongkat Ali.Ada juga syarikat yang meletakkan ekstrak Tongkat Ali terlalu sedikit sehingga tidak mendatangkan kesan langsung pada tubuh.
Dapatkan maklumat secukupnya,tambahkan ilmu dan jadilah pengguna yang bijak!
Dr.Ismail Tambi,Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif