Ahad, 20 Februari 2011

Apakah Pekerjaan Anda?

Sejak kecil kita disuruh belajar setinggi yang mungkin,dengan harapan kita dapat pekerjaan yang baik dan bergaji besar.Bagi yang berjaya dalam pelajaran,dapatlah gaji dan jawatan yang besar.Manakala yang gagal,nasib baik jika mendapat pekerjaan.
Zaman sekarang semua perlukan wang untuk menyara kehidupan,bezanya mewah,sederhana atau kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Asasnya untuk mendapatkan wang,semua orang harus mempunyai pekerjaan.
Sektor manakan pekerjaan anda?Pengurusan?Perindustrian?Atau Perkhidmatan?dan dimanakah posisi anda dalam hierarki organisasi anda?CTOO?Pengurus?Supervisor atau sekadar pekerja bawahan.Semua jawatan seperti yang dinyatakan tak menjadi masalah sebab semua saling bergantungan.Bezanya cuma pendapatan,besar atau kecil.
Itu pun jika dapat menghabiskan sekolah sampai tingkatan lima.Bagaimana dengan yang kandas dalam pelajaran.Apakah pekerjaan yang mampu dibuat dengan tiada pelajaran?Zaman sekarang sangat berbeza,khususnya remaja Melayu.Banyak contoh yang memperlihatkan remaja Melayu memilih kerja.Aku cuba fokuskan pada remaja Melayu lepasan SPM.Kebanyakannya memilih kerja dan mahukan gaji besar.
Mahu gaji besar?tak jadi masalah.Masalahnya apa yang boleh diberikan oleh pekerja kepada syarikat supaya sumbangannya setimpal dengan gaji yang dibayar.
Itu baru soal win-win situation yang dimahukan pihak pengurusan syarikat.Bagaimana dengan prestasi kerja dan disiplin?Dalam sebulan MC,Emergency Leave dan datang lewat,masih mengharap gaji besar dan kenaikan gaji?
Ini apa yang aku nampak di persekitaran kerja aku.Kadangkala kelihatan dunia tidak adil.Bagi yang rajin bekerja dan berdedikasi terhadap setiap tugasan,malang pula bila bekerja dengan majikan yang lewat membayar gaji,gagal mencarum untuk kebajikan pekerja apatah lagi hendak menghargai pekerja dengan pemberian bonus.
Bebanding dengan beberapa manusia yang tidak bersyukur dengan pekerjaan sendiri.Berada didalam syarikat yang kewangannya kukuh,menjadikan mereka lalai dan sambil lewa.Tahi MC,emergency leave,lambat belajar,tidak efisien dalam pekerjaan,tidak proaktif dan malas,semuanya memacu syarikat ke masa depan yang gelap tanpa kita sedar.
Soalnya adilkah untuk kita yang berkerja di syarikat sama,tapi berusaha meningkatkan hasil syarikat,mengurangkan kos operasi,melaksanakan setiap tugasan dengan berkesan dengan harapan agar syarikat mampu bertahan lama.Sungguh tidak adil.
Pekerjaan yang senang,berada dalam tempat kerja bersih dan berhawa dingin,itupun belum cukup untuk mereka menghargai perkerjaan mereka.Jika itu pun tidak mampu,dengan sekadar keputusan SPM yang banyak subjek gagal,apa pekerjaan yang mereka mahu?
Dimanapun posisi anda bekerja,kerjalah dengan ikhlas.Kerana pekerjaan adalah sebahagian dari ibadah.Andainya berada di tempat kerja yang selesa,kenangkanlah bagaimana pengutip sampah,pekerja membaiki lebuhraya atau pekerja pembersihan tangki septik bekerja.Bekerja dalam suasana yang busuk,panas dan meletihkan.Bersyukur dengan pekerjaan anda dan hormati pekerjaan mereka,sebab tanpa mereka kehidupan kita sehari-hari pastinya tidak selesa.

Susah Nak Jumpa Burger Sedap!

Kadang-kadang bosan jugak hadap nasik je malam-malam.Pilihan aku sebagai ganti yang mengenyangkan tentunya burger!
Masa aku tinggal menyewa di Taman Bukit Kinrara Puchong sekitar tahun 2005-2007,ada stall burger yang produce burger sedap.Banyak stall burger,tapi tak semua sedap.Bila tabur je lada hitam kat daging burger yang sedang digoreng,mesti keluar terbau bau yang tak sedap.Rasanya plak tak la amazing mana pun.

Tapi berbeza dengan stall yang aku cakap tadi.Burger specialnya memang best.Sos lada hitamnya kena dengan kombinasi bahan dalam burger tu.Kadang-kadang brader tu belum sempat susun barang nak buka stall,aku dah tunggu kat stall dia.Tengok macamana preparation dia.Biasanya brader tu potong bawang besar,panaskan dapur dan gosok-gosokkan bawang tadi atas dapur panas.
Brader tu cakap,burger buat kat rumah tak sedap.Memang tak sedap macam kat gerai.Kenapa agaknya?Kat rumah,kita goreng daging burger atas kuali atau frying pan yang kita gunakan jugak untuk goreng ikan atau goreng telur.Sebab tu tak sedap.Dapur burger memang khas untuk masak burger je.Cuma brader tu kurang rajin buka stall,bakat buat burger tu ada,cuma kurang konsisten.Yang lawaknya brader tu penah mintak kerja dengan aku.
Entah apa nasib dengan brader tu,dah lama tak jalan-jalan ke Puchong.


Yang ni pulak stall Daily Burger.Hari-hari buka agaknya.Satu stall burger sedap yang aku jumpa dengan harga yang berpatutan.Nak kata murah tak jugak,tapi padan dengan apa yang kita dapat.


Asalnya stall ni diperkenalkan abang ipar aku.Agak lama aku tak datang beli burger kat sini.Tapi sejak dua bulan kebelakangan ni,aku akan singgah kat sini bila datang Seri Gombak terutamanya bila nak balik kampung.Aku ni jenis malas nak singgah R&R,sebab tak jauh sangat perjalanan.
So,burger kat sini jadi pilihan aku untuk isi perut.Stall burger ni terletak depan 7 Eleven Taman Seri Gombak.Tiga remaja yang menjalankan stall burger ni.Diorang memang pantas buat kerja.Setakat empat ketul burger special,tak sampai sepuluh minit tunggu.yang aku nampak,telur ayam sebakul,daging burger Ramly penuh satu meja lipat sedang di defrost.Sure kencang income bebudak ni.
Untuk burger special double favourite aku,dua daging burger bersalut telur setiap keping,mayonaise,sayuran segar,sos cili dan sekeping nenas.Sedap dan mengenyangkan!

Jumaat, 18 Februari 2011

Honda Malaysia Recall Jazz and City

Honda Malaysia Sdn.Bhd memanggil semula 21956 unit model City 2009 serta 1680 unit Jazz 2009 & 2010 untuk penggantian spring serta retainer didalam enjin.Spring sedia ada mungkin bengkok atau patah ketika enjin beroperasi menyebabkan enjin berbunyi kasar dan boleh mati secara tiba-tiba.Spring yang dimaksudkan mungkin spring injap berikutan kenyataan Honda yang menyatakan spring tersebut  dimampatkan oleh rocker arm ketika enjin beroperasi.
Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan.

Honda Jazz 2009


Honda City 2009

Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia,Yoichiro Ueno berkata syarikatnya sedang menyediakan alat ganti berkenaan dan segala kos yang terlibat dalam penukaran komponen terbabit akan ditanggung Honda Malaysia.

*Berita diolah dari bernama