Memaparkan catatan dengan label What The.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label What The.... Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mac 2012

Super Fine Model Car

Dulu masa aku duduk Puchong,tiap hujung minggu aku suka berjalan ke IOI Mall.masa tu IOI tak sebesar sekarang,cuma yang menarik kat situ ialah kewujudan sebuah kedai Tamiya.Wajib aku ziarah tiap kali masuk ke IOI Mall.Aku teringat satu model Sprinter Trueno AE86 berskala 1:24 keluaran Hot Works Racing Factory yang memang detail habis.Sampaikan lambang Toyota kat hubcap pun ada.Set Hot Works tadi ialah AE86 standard tapi disediakan aksesori macam piping ekzos,rim Watanabe hitam,seat bucket sampailah ke pemadam api.Harga masa tu RM140 je,sekarang ni dah naik ke RM159.90(www.rcsmart.com.my).
Tadi aku sesaje search model car yang paling detail,so terjumpa dengan satu manufacturer yang aku rasa kerja diorang memang superb habis.Nama syarikat tu Amalgam Modelmakers yang mula ditubuhkan sejak 1985 dan terletak di Bristol UK.Setiap model dibina dengan tangan dan semasa proses permulaan membentuk sebuah master patterns,pasukan pakar pembina model menghabiskan masa selama 3 bulan untuk memperincikan setiap bahagian.Untuk proses pemasangan,sebanyak 250 jam diperlukan.Kalau kita tempah model kereta mengikut spesifikasi yang kita nak,biasanya memakan masa selama enam minggu untuk siap.Selain model kereta,Amalgam juga ada membuat model kapal layar dan model enjin kereta.Kita boleh tempah ikut apa yang disenaraikan dalam borang tempahan antaranya warna dashboard,parking sensor,BOSE HiFi system,stitching colour,dan memacam lagi.Macam tempah kereta mewah yang sebenar.Contohnya macam model Ferrari 599 GTB Fiorano,harga asasnya ialah GBP3350/RM15,368.1.Kalau tambah pilihan lain,harga akan meningkat.

Amalgam Aventador 1:8 scale
Amalgam Aventador Orange (5)

Amalgam Aventador Orange (4)

Mc Laren MP4 12C 1:8 scale
Mc Laren MP4 12c

Mc Laren MP4

http://finemodelcars.com

Khamis, 16 Februari 2012

Komplen Banyak,Dibenci Orang

MAKLUMAT LENGKAP PROTON P3-21A DIDEDAHKAN-141110

Ianya adalah berkenaan model global Proton yang berkod P3-21A.baca kat sini.
Screenshot ni aku ambik dari sebuah blog yang juga link asalnya adalah http://proton-sales.blogspot.com/201...a-beserta.html .Malangnya link asal hanya boleh dibuka oleh invited readers sahaja.
Apa yang menimbulkan sedikit kemusykilan ialah ujian full-frontal collision dilakukan dengan halaju 140kmj.Sebelum ni aku pernah highlightkan satu ujian perlanggaran 120mph.Serius Ford Focus jadi bubur besi.120mph adalah bersamaan 192kmj,memang laju pun.Dan momentum perlanggaran 140kmj hanya meretakkan cermin P3-21A?Itupun retak bukan sebab impak hentaman,sebab letupan airbag.Macamana tu?.Huish,biar betoi dik…Airbag meletup boleh retak cermin,kena muka driver mau bergegar otak.
Menurut apa yang aku baca dalam laman web safecarguide.com ,kebanyakan ujian perlanggaran hadapan dilakukan dengan halaju 64kmj(40mph).Korang check website tu nanti,semua NCAP ada.Agak malang bila laman web ANCAP,www.ancap.com.au/ tak dapat dibuka.
Oops! Google Chrome could not connect to www.ancap.com.au-145224
Harapnya dalam beberapa minggu lagi akan ada maklumat dan fakta yang lebih tepat tentang model terbaru Proton.Specnya menarik,cuma part collision test tu je yang ehem-ehem sikit.Just wait n see…


Update:*Buat masa ni hanya ada rekod ujian Proton S16 di laman web ANCAP.Belum ada update tentang rekod ujian P3-21A.Proton S16 ni kelihatan seperti Saga BLM.



Juara Pedas;Trinidad Moruga Scorpion

Sebelum ni aku pernah tuliskan mengenai cili super pedas Naga Jolokia/Bhut Jolokia dalam artikel ni.Selepas beberapa tahun,muncul spesies lain yang mempunyai kadar kepedasan lebih tinggi iaitu pada kadar 1.2 juta SHU(skala Scoville Heat Unit) berbanding Naga Jolokia yang berada pada kepedasan 1.075 juta SHU.Tak dapat bayangkan?Sebagai contoh,cili padi mempunyai skala pedas SHU pada kadar 50,000-100,000.

Trinidad Moruga Scorpion

 

Spesies tersebut ialah cili Trinidad Moruga Scorpion yang bersaiz bola golf.Ujian yang dijalankan oleh Chile Pepper Institute dengan menanam berbagai jenis cili dan menganalisa kandungan capsaicinoids;kompaun yang menghasilkan sensasi pedas/panas.

Menurut seorang pakar penganalisis senior di pusat kajian itu,mereka menggunakan empat lapis sarung tangan lateks semasa memetik kerana kandungan capsaicinnya mampu menembusi sarung tangan.

Satu fakta yang menarik ialah kepedasan cili bergantung pada cuaca tempat ia tumbuh.Sekiranya cuaca panas dan kurang mendapat air,cilinya lebih pedas.

 

*Sumber Yahoo News

Jaringan ‘Maut’ Shinigami Aaron Ramsey

“Kebetulan” yang agak menarik mengenai setiap jaringan pemain tengah Arsenal,Aaron Ramsey.

 

1 Mei 2011: Jaringan tunggal ketika menewaskan Manchester United di Emirates Stadium

2 Mei 2011: Osama Laden ditembak mati oleh US Navy SEAL di Pakistan

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095719

 

2 Oktober 2011: Menjaringkan gol ketika menentang Tottenham Hotspurs di White Hart Lane

5 Oktober 2011: Pengasas Apple,Steve Job meninggal dunia akibat kanser pankreas.

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095757

 

19 Oktober 2011: Jaringan disaat akhir ketika perlawanan kumpulan saingan Liga Juara-Juara

20 Oktober 2011: Muammar Gadaffi ditangkap pemberontak berhampiran kampung halamannya di Sirte dan meninggal dunia akibat kecederaan parah

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095821

 

11 Februari 2012: Ramsey menyumbang satu gol untuk Arsenal menang 2-1 keatas Sunderland

11 Februari 2012: Whitney Houston ditemui mati dalam bilik air di Beverly Hilton,LA.

When Arsenal player Aaron Ramsey scores, someone famous dies   Mail Online-095855

 

Susah la macam ni.Setiap kali score ada je orang mati.Sampai wujud Facebook page yang diberi nama “Saving an Aaron Ramsey shot is like saving someone’s  life”.Apapun semua ni sekadar informasi santai ye dak.Apa kena mengena jaringan gol dengan ajal maut orang lain.

 

*Sumber DailyMail

Khamis, 9 Februari 2012

KFC;Order Ayam,Dapat Sakit

Sudah tengok video KFC staff vs customer?Kang tengoklah sendiri kat YouTube ya.
Khabarnya customer marah sebab tunggu order lama sangat,dekat sejam.Kata paperlah,siapa yang ada masa tu je yang tau cerita sebenar.Memacam la komen keluar kat video tu,terutamanya bila sebut etika customer is always right.
Statement customers is always right pada aku hanya terpakai pada perniagaan yang memerlukan hubungan dua hala antara pelanggan dan penjual untuk jangkamasa panjang dan skala yang lebih besar.Contohnya antara pengilang dan pembekal bahan mentah,ambil contoh Proton dan vendor pembekal part kenderaan.Vendor kena jaga kualiti dan sebarang komplen dari pelanggannya(Proton),vendor perlu ambil berat.Katakan hubungan itu melibatkan urusniaga jutaan ringgit,vendor kena jaga produknya supaya tiada sebarang defect yang menjejaskan hubungan antara dua syarikat.Disini barulah terpakainya istilah customer is always right.
Berbalik kepada kisah yang berlaku di KFC dalam video tu,pelanggan mempunyai pilihan untuk ke tempat lain kalau stok ayam KFC habis.Pesanan dibuat dikaunter dan terus buat pembayaran,so di kaunter lagi kita akan tau makanan kita nak tu masih ada atau tak.Kalau menu yang lain ada tapi tak kena dengan selera kita,jangan buang masa.Sila ke restoran lain.Jangan buang masa dan paling malang,pesanan Kombo Ayam Spicy digantikan dengan Kombo Penumbuk dan Kaki Original.Pada akulah,KFC bukan kisah pun kalau kita tak nak makan kat restoran depa.Kita takmau makan,orang lain beratur tunggu turn.Pada diorang,takde ruginya kalau hilang sorang customer.Seriously.
Untuk KFC pulak,kenalah make sure stok cukup.Melampau betul sampai satu jam order tak sampai-sampai.Khabarnya kejadian ni berlaku di KFC branch Shah Alam(area mana tak pasti),kilang KFC bukan jauh pun.Dalam Glenmarie ni je ha...Ape ke payah sangat nak kontrol stok.Lain la KFC Ulu Tembeling yang habis stok,takde la pelanggan nak maki hamun.Bekerja dengan pelbagai ragam manusia ni memang la tekanan,tapi kena bijaklah.Pakai otak,bukan pakai kaki.Branch manager tak payah la menyorok dalam ofis,guna budi bicara untuk terangkan pada pelanggan kalau ada masalah.
Gua nak komen lebih-lebih pun bukan gua tau cerita sebenar,haissshhhh!!




Jumaat, 3 Februari 2012

Simpanan Emas Bank of England

Inilah rupa bahagian dalam stor simpanan bawah tanah Bank of England yang menyimpan jongkong emas berjumlah 4,600 tan bernilai 156 billion pound (RM 730,548,000,000.00,lebih kuranglah.)
Adakah ianya cukup banyak?

Tidak.Jongkong emas seberat itu hanyalah senilai 3.77% dari simpanan wang HSBC En.Kamal Ashnawi yang menggemparkan rakyat Malaysia minggu lepas.Oh ya,kunci bilik kebal ni sepanjang 1 meter.




Sumber:DailyMail

Jumaat, 20 Januari 2012

Bergadai Nyawa Tuntut Ilmu

Macam nilah kalau betul-betul nak tuntut ilmu.Dahlah berjalan kaki,menyeberang sungai pun kena bergadai nyawa.Lokasi adalah di Lebak,Indonesia.Jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Ciberang rosak akibat banjir.Ini sajalah yang tinggal.Jambatan lain yang terdekat kena berjalan sejauh satu jam setengah.Kat pedalaman Malaysia pun ada sebenarnya macam ni,cuma jarang diberi perhatian.
Tak macam di kawasan perumahan aku.Sekolah depan mata pun,pukul 8.00 masih ada lagi yang melepak hisap rokok,baju serabai,kasut kaler belacan dan beg pun macam takde isi je aku tengok.Nak jadi apa la bebudak ni.Lintas jalan pun tak reti guna jejantas,sanggup panjat pagar pengadang.Dilanggar dek kereta kang,sia-sia je mati.Aku pun musykil sebenarnya kelas start pukul berapa?Bukan 7.45 ke?



Sumber: Daily Mail

Khamis, 19 Januari 2012

Wikipedia;Dunia Tanpa Ilmu Percuma


Selain pelajar IPT,aku juga rasa menyusahkan bila Wikipedia tak dapat diakses.Wikipedia menutup laman bahasa inggerisnya selama 24 jam sebagai bantahan kepada dua rang undang-undang yang sedang dibahaskan di dewan senat iaitu SOPA(Stop Online Pirating Act) dan PIPA(PROTECT IP Act).IP disini bukanlah Internet Protocol tapi merujuk kepada Intellectual Property.
Kesannya keatas Wikipedia ialah kebarangkalian untuk terpaksa diofflinekan jika pautannya mengandungi kandungan yang melanggar peraturan SOPA.
Internet adalah gudang maklumat percuma.Apalah makna ilmu jika semuanya tak dapat dikongsikan.Walaupun sesetengah kandungan Wikipedia tidak tepat,secara kasarnya kita masih boleh mengetahui sesuatu perkara secara asas.Bukan pelajar IPT saja,aku sendiri suka membaca Wikipedia.Masa zaman belajar dulu,main copy paste dari Wikipedia ni memang dah jadi perkara biasa.Tapi tak boleh la copy paste,print pastu terus submit kat lecturer.Kena jugak tokok tambah sikit dari sumber lain.Kalau Wikipedia blackout seminggu,ramai la tak hantar assignment ye dak?Mujur sekarang tengah cuti semester.
Meh sain petisyen disini  untuk meyakinkan UNESCO bagi menyenaraikan Wikipedia sebagai Digital World Cultural Heritage Site yang pertama.

Jumaat, 13 Januari 2012

Ferrari F430 Kemalangan Di Lebuhraya KLIA Extension

Percaya atau tak,untuk gambar-gambar kemalangan dibawah,aku terpaksa membayar RM15.40.Bukan bayaran untuk harga gambar-gambar ni,amaun tersebut terpaksa aku bayar sebab lalu tol dari Kota Damansara- KLIA dan KLIA- Kota Damansara.
Sebenarnya macam ni.Hari ni adik aku yang 'pandai' sangat tu akan balik dari Suzhou China dan dijangka tiba jam 7.15pm.Sedang elok aku lepas tol KLIA,dia call dari China bagitau tak jadi balik hari ni.Mangkok betullah!Tak cakap awal-awal,pastu kata dah bagitau aku beberapa hari lepas.Kalau dah bagitau buat apa aku rushing sia-sia pergi LCCT?
Ngam-ngam sampai roundabaout,terus aku U-Turn masuk tol semula.Tetiba aku nampak keadaan sedikit sesak lebih kurang 500 meter dari roundabout tadi.Rupanya ada kemalangan.Uiiiii.....Ferrari tuuu...Wife aku suruh aku berenti.Elok jugak tu,aku pun tak pernah tengok Ferrari eksiden secara live.Kalau tak salah,kereta ni adalah Ferrari F430.





Masa ni cuaca agak mendung baru lepas hujan.Macam biasalah,kereta power macam ni mana boleh jumpa trek licin,mesti bersepah punya kalau tak pandai kontrol pedal.Tengok ruang pemandunya dengan airbag yang kembang rasanya semua selamat.Luka-luka pun takde ni.Haha!Sukahati je aku teka.Pastu aku sembang-sembang la dengan orang yang ada kat situ.Ada pakcik India tu cakap driver Ferrari tu lelaki India ngan pasangannya.Cuba tengok gambar nombor 2.Ada pasangan India kat sebelah kanan.Ada mat motor tu pulak cakap drivernya mati.Memandai je mat motor tu.
*Lokasi sebenar kemalangan adalah di Lebuhraya KLIA Extension sebelum tol untuk susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Khamis, 12 Januari 2012

Nak Tambah Dah Tak Boleh


Jumlah blog yang aku follow ada 320.Bila aku nak add lagi,keluar macam ni pulak?Macamana nak buat yek?Nak stop following tak sampai hati pulak,tapi ada jugalah beberapa blog yan aku stop following sebab dah tak wujud ataupun entri terakhirnya raya puasa tahun lepas.
Nanti kalau ada follower aku yang cakap'follow kita balik ya?',cmana nak buat tuh?Dah tak boleh dah ni haaa!


Jumaat, 6 Januari 2012

Ex Tiger Wood;Marahkan Nyamuk,Rumah Dirobohkan

Meh kita dengar perbualan antara janda Tiger Wood,Elin Nordegren dengan penjual rumah di North Palm Beach.Perbualan di curi dengar oleh agen CIA yang menyamar sebagai pekerja Alam Flora:

Elin : Bang,rumah abang cantik la.Nak jual tak?
Tuan Rumah : Kamu ada duit ke?
Elin : Ada la sikit bang,simpanan hasil berniaga pisang goreng,samosa,keropok lekor,...bla..bla..bla..
Tuan Rumah : Kamu ni jangan memain,rumah ni mahal tau.Bilik air je ada lapan.
Elin : Abang jangan ingat saya takde duit bang.Walaupun saya janda,tengok la handbag saya ni,Hermes Birkin bang!
Tuan Rumah : Abang letak harga $12 juta,ada bran?(minah ni bukan ada duit pun...)
Elin : Berehhh bang!bagi nombor akaun,besok saya bank-inkan pitih.

Maka rumah pun bertukar tangan....


Memang la lapan bilik air,tapi kalau semuanya jamban cangkung buat apa!Arrggghhhh!!(Maka Elin pun terus RAAAAAGE dan disodok rumah tu sampai licin)


sumber Yahoo News

Di China,Minyak Masak Pun Palsu


Di China,selagi boleh dipalsukan,apa pun jadi.Terbaru,pengeluar minyak kacang palsu diserbu di Zhongtang.Pihak berkuasa tempatan menyiasat Yonglong Food Factory hasil penemuan lebih 4 tan minyak substandard dan dipercayai berbahaya oleh seorang wartawan Southern Metropolis Daily yang menyamar.
Kilang tersebut mencampurkan minyak soya,minyak sawit yang diragui puncanya,minyak cottonseed dan esen cottonseed untuk meniru rupa minyak kacang yang sebenar.Minyak cottonseed mentah boleh menyebabkan kemandulan kerana ianya toksik.
Minyak kacang palsu tersebut dijual kepada pengeluar makanan di Guangdong,Hunan dan Jiangxi dengan harga 92 yuan berbanding 100 yuan untuk 5 liter minyak kacang asli.Menurut seorang pakar dari Persatuan Minyak dan Bijirin China,sekurang-kurangnya 30 pengeluar minyak makan (edible oil) di daerah itu menghasilkan minyak kacang palsu.Majoritinya adalah perniagaan berdaftar.
Kita tengok gambar diatas.Jangankan HACCP,asas GMP(Good Manufacturing Practice) pun fail....

16 Tahun Hilang;Cincin Kahwin Terlekat Pada Lobak

Selepas hilang selama 16 tahun,seorang surirumah bernama Lena Paahlsson dari Sweden menemui semula cincin perkahwinannya yang terlekat pada sebatang lobak merah!



Lena kehilangan cincin perkahwinan bertatahkan tujuh berlian kecil itu di dapur rumahnya pada tahun 1995.Dipercayai cincin itu terjatuh kedalam sinki dan bercampur dengan kupasan kulit sayur-sayuran,seterusnya berakhir dengan menjadi baja kompos atau makanan ternakan mereka.
Sisa-sisa sayuran atau najis ternakan mereka digunakan untuk menyuburkan tanaman dan selepas 16 tahun,cincin tersebut ditemui semula tersarung pada sebatang lobak.

sumber nydailynews

Rekod Tuna Termahal 2012

$736,000 atau RM2.3 juta ialah nilai seekor tuna sirip biru seberat 269kg yang berjaya dilelong di pasar Tsukiji,Tokyo Jepun,dan memecahkan rekod harga tertinggi tuna sirip biru.Rekod tahun lepas ialah RM1.302 juta.
Pemenang bidaan ialah Kiyoshi Kimura,pemilik Kiyomura Co. yang mengendalikan rangkaian restoran Sushi-Zanmai.Harga sekilo isi ikan tuna ini dianggarkan 210,000 yen atau RM8,421.



Sumber DailyMail

Rabu, 4 Januari 2012

Tasik Flora Damansara Dulu Dan Kini

Gambar ni diambil lebih kurang dalam bulan Ogos 2010.Satu-satunya tempat memancing yang dekat dengan rumah aku.

DULU:

Dari tebing tasik,

SEKARANG:


Sayang,tempat yang cantik macam ni terpaksa dikorbankan atas nama pembangunan.Gambar yang aku capture ni pun agak lama juga sebenarnya,5 April 2011.Kalau sekarang ni,separuh tasik tu dah ditambak.Airnya dah rupa teh ais ceroi kedai mamak kedekut susu.Aku rasa lereng tepi lereng curam tu nanti ada banglo atas air.Sape mau beli???

Jumaat, 30 Disember 2011

Astro Masuk Air


Mereng betul la Astro ni.Jadah apa Arsenal vs Wolves live Isnin dengan Selasa?


Robin van Persie cuba mengcover malu dengan memakai baju dan helmet NFL selepas gagal menewaskan penjaga gol Wolves,Hennessey VSOP.Eh,jenama arak tu kan?
Berita betulnya,Arsenal vs Wolves live hari Selasa 11.00pm,keputusan seri 1-1.Arsene Wenger chat dengan aku kat fesbuk tadi dia cakap Johan Djourou tengah training bancuh sirap tongkat ali.Besok lawan QPR,Chamberlain turun main.

Khamis, 8 Disember 2011

Nyaris Gua Tertipu

Kosmo!Online ni saje je bagi gua saspen.Terkejut gua baca tajuk ni:


Pesawat pejuang termoden?

Bila aku baca artikelnya baru la aku faham ape benda yang dikatakan pesawat pejuang termoden tu.Bukan maksudnya pesawat mikro purple kat atas tu yang termoden sebenarnya.Nasib baik aku baca dulu artikelnya.
Isi pentingnya adalah berkenaan LIMA 2011 yang akan berlangsung hujung minggu ni.Aku teringin nak pergi,tapi mesti hotel mahal,tambahan lagi musim cuti sekolah ni.
Pesawat pejuang termoden yang dimaksudkan adalah empat calon yang disenarai pendek oleh kerajaan Malaysia sebagai pengganti kepada pesawat MRCA Mikoyan Gurevich MiG-29N TUDM yang sudah mencapai tahap obsolete.
Calon pengganti yang berpotensi adalah pesawat BAE Eurofighter Typhoon yang baru menjalankan misi sebenar di Lubnan,Dassault Perancis dengan pesawat Rafale,Boeing F/A-18D Super Hornet dari US dan Saab JAS Gripen yang buat masa ini dioperasikan oleh jiran kita,Royal Thailand Air Force(RTAF).
Yang manakah menjadi pilihan Kementerian Pertahanan?Sama-samalah kita tunggu.Khabarnya antara 12-18 unit akan dibeli untuk menggantikan 16 pesawat MiG 29N.

Kedua,gambar beruang anjing besar:

Dah rupa beruang grizzly anjing Newfoundland ni.Memang spesies anjing ni besar.Yang jantan boleh capai berat 60-70kg.Rekod terbesar 120kg dengan panjang 6 kaki dari hidung ke ekor.Gambar ni pulak menampakkan macam anjing ni besar betul.

Perbandingan dengan saiz manusia:

Agak besar juga sebab bulu tebal sangat gamaknya.

Khamis, 24 November 2011

Tertangkap Ikan Tuna Seberat 400kg

Tahun lepas,seekor tuna seberat 754 pound (342kg) dilelong pada harga $396,000 di sebuah pasar di Jepun (Tsukiji Market).Berapakah harga seekor tuna dengan berat mencapai 881 pound (399.6kg)??
Harganya dianggarkan menghampiri $500,000,malangnya untuk nelayan Massachusett bernama Carlos Rafael,ikan itu dirampas pihak berkuasa kerana tertangkap menggunakan jaring.


Menurut undang-undang Akta Konvensyen Tuna Atlantik,adalah salah menangkap bluefin tuna dengan menggunakan kaedah selain dari memancing,hand-line ataupun tempuling.Rafael menerima amaran bertulis tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.
Ikan itu dibayar dengan harga $5,000 dan menurut Rafael dia lebih rela menyedekahkan ikan itu daripada dijual dengan harga yang begitu murah.Tuna tersebut akan dijual ke luar negara dan hasil penjualan akan masuk ke poket NOAA(National Oceanic and Atmospheric Association).Malang sungguh Encik Rafael!

*sumber Reuters

Segalanya Tentang Wang Ringgit

Entah dari mana aku nak mula...

Kalau semua benda dalam dunia ni boleh dinilaikan dengan duit,apa yang jadi agaknya?Aku dah lama bersedia untuk hadapi benda-benda macam ni.Kerana DUIT,keluarga berpecah belah,bermasam muka,tak mahu tegur menegur.Salah faham berlaku,buruk padahnya.
Bila sebut soal duit,semua nak duit.Kalau boleh apa bentuk pertolongan harus dalam bentuk duit.Kalau pertolongan tu bukan dalam bentuk kertas yang dipanggil duit,orang mudah lupa.
Tapi tak semestinya duit jadi ukuran.Sesetengah pertolongan tak semestinya mampu dinilaikan dengan duit.Malangnya,pertolongan semacam tu yang orang mudah lupa.

Antara Kedekut dan Keperluan
Beban sarahidup di bandar ni tak siapa boleh bayangkan berapa jumlah yang memadai.Pendapatan sederhana suami isteri mencecah 5k sekalipun aku masih boleh katakan cukup-cukup makan.
Aku agak lali dengan gelaran 'kedekut' sebab peduli apa aku dengan gelaran tu.Orang lain tak nampak betapa berhati-hatinya aku supaya perbelanjaan tak terbabas.Itu pun kerap terbabas juga,mujur isteri banyak membantu.Banyak benda yang aku nak,tapi kekangan kewangan lebih utama.Sabar,sampai masa akan dapat juga.Keutamaan adalah nafkah yang sememangnya wajib untuk ditanggung ketua keluarga.Tanggungjawab yang takkan habis.Setahun sekali bila sampai masa,roadtax kereta hampir expired,tayar kereta pun dah nipis,servis etc.Pernah orang lain fikir,mana nak kaut duit untuk semua tu?Orang tak pernah tanya,dan kita sendiri pun tak perlu nak tunjuk rasa tertekan depan orang ramai.Sebaliknya,orang tak tahu yang kadangkala masalah kewangan menyebabkan kita berbalah dengan isteri.

Tidak Mudah jadi Abang
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang diluar sana mengecewakan harapan adik-adik korang?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang tinggalkan ibu korang berseorangan dikampung?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang bergaduh dengan mertua semata-mata ingin berbakti kepada ibu kandung korang?
Dan sebagai seorang abang,berapa kerapkah korang balik menjenguk ibu dikampung?


Sokongan Isteri
Aku bersyukur mempunyai isteri yang memahami tanggungjawab aku kepada keluarga.Malahan tak pernah lupa buahtangan,sentiasa memberi sokongan moral untuk aku kerap pulang ke kampung.Bunyinya mudah,tapi dengan air liur,takkan sampai kemana.Perbelanjaan bahanapi,tol,servis semuanya bernilai jika diterjemahkan dengan duit.Kalau sebulan dua kali balik kampung?Kiralah sendiri.Kalau bukan isteri aku membantu,entah berapa bulan sekali baru aku dapat menjenguk kampung.
Aku mungkin kurang risau kalau ibu yang ditinggalkan tahu menunggang motorsikal atau memandu kereta.Masalahnya ibu aku bukanlah ibu-ibu moden seperti dibandar.Soal barang keperluan,sakit demam,soal keselamatan,sentiasa aku fikirkan.

Terlupa Atau Tak Nampak?
Tapi orang mudah lupa...
Kalau pertolongan itu bukan dalam bentuk wang ringgit,tak siapa pun ingat.Aku sedikit terkilan bila isteri aku menjadi 'mangsa' keadaan.Sesekali aku menghadapi kesulitan,rupanya menjadi isu 'hangat' yang menyebabkan segala-galanya dilupakan orang.
Andai siapa yang berkenaan terbaca,tolong faham kenapa selepas ini pertolongan dari aku akan jadi maha berat.Seberat-beratnya...




Jumaat, 11 November 2011

Filem Angry Bird?

Angry Bird jadi filem?Tak sure samada trailer ni fanmade movie atau memang dalam produksi.Tapi burung-burungnya FAIL siot.Apesal tak buat CGI je?