Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kental. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kental. Papar semua catatan

Isnin, 14 Januari 2013

Edisi Gigil;Rooting HTC One X JellyBean

Disebabkan hari ni kebosanan yang amat sangat,tiba-tiba nafsu nak meng’rootingsmartphone muncul semula.Serius walaupun proses rooting berjalan lancar,tangan gua still gigil lagi ni.Korang semua sedia maklum yang proses rooting agak berisiko mengkondemkan phone korang,tapi tak taulah jiwa gua ni tak boleh tahan nak rooting jugak.

Sebenarnya sepanjang hidup aku belum pernah ada device yang virgin sampai betul-betul rosak.Semuanya pernah aku bega-bega/dismantle/tweak dan macam-macam istilah yang sewaktu dengannya.

Selepas melakukan kajian selama beberapa minggu dan membaca tutorial Unlock Bootloader dan Rooting One X di omghackers.com,maka bermulalah proses rooting.Oh ya,membaca tutorial sahaja tidak memadai,aku jugak menelaah video tutorial berkaitan rooting One X yang dihasilkan oleh cursed4eva.Carilah kat YouTube ya?

Pasaipa tangan aku gigil lagi nih?

 

Ok,sementara data-data dalam phone aku dibackup menggunakan Titanium Backup,aku merepek sekejap kat sini.Sebenarnya tak banyak tutorial berbahasa Melayu yang mudah diikuti untuk menjalankan kerja berisiko tinggi ni.Memang ramai mereka-mereka yang pro dalam kerja-kerja rooting,tapi tak ramai yang ada blog dan menulis tutorial.

Sebabnya kalau tersalah langkah,phone korang akan menjadi batu-bata mahal yang tidak berguna.Istilah sains perkomputerannya adalah bricking.Tak faham?Senang cakap phone korang jahanam.Proses ni memerlukan seseorang yang cukup ballsy untuk memperjudikan nasib smartphone yang berharga ribuan ringgit.Segala risiko tanggung sendiri okeh.

Kaedah rooting One X ni aku tak beranilah nak tulis takut salah guide,cuma apa yang aku boleh cakap ialah follow baik-baik tutorial dalam omghacker.com dan video rooting cursed4eva.InsyaAllah selamat.Sebaiknya smartphone korang tak ada apps yang berbayar sebelum Unlock Bootloader sebab semuanya akan hilang.Ingat tu.

Satu perkara lagi,tutorial tu untuk One X Ice Cream Sandwich,maka ada beberapa step yang kena switching antara Charge Only dan Disk Drive.Dalam JellyBean tak ada,maka cukup dengan enable usb debugging.

 

1.Unlocking Bootloader

Secara asasnya daftar di HTCDev,lepas tu pastikan dah download dan install ADT Google SDK dan seterusnya ikut langkah yang diberikan.Dalam tutorial cursed4eva,diorang terus skip ke Step 8 untuk melengkapkan proses Unlock Bootloader.

 

2.Rooting

Tonton video YouTube dan fahami langkahnya betul-betul.Kalau boleh salin stepnya atas kertas.Sebelum tu sediakan keperluan yang diminta seperti fail zip fastboot.rar yang siap sedia diunzip dalam Local Disc C:.

Jangan tertinggal command tambahan fastboot erase cache tu ya?

 

2013-01-14_15-49-37

Ini ajelah screenshot yang aku dapat ambik selepas buat validation guna Root Validator

 

Oklah,walaupun proses rooting dah selesai,sebenarnya aku masih blur nak buat apa sebenarnya kat phone aku ni.Orang cakap boleh bagi power la,save bateri la,internet laju la,memacam lagi ayat manis,hahah!Maybe selepas install custom ROM kot?Bagi aku masa untuk explore kelebihan rooting ni dulu,then kita cerita-cerita lagi kat sini.

Jumaat, 30 November 2012

Muka Gua Ganas,Tapi Hati Kaca…

Pagi ni aku cari video kat YouTube untuk didownload tapi terjumpa plak video yang menyebabkan mata aku masuk habuk.Sape plak sapu habuk guna bulu ayam ni weiii???

 

 

Video ni ditonton sebanyak 72,390,977 juta kali.

Manly tears,huuuuuuu…………..

Rabu, 21 November 2012

Gaza;Kisah DiSebalik Gambar

Assalamualaikum semua…

Sebelum aku rasa nak menulis entri ni,agak lama juga aku berfikir samada wajar atau tak memandangkan ilmu duniawi dan akhirat aku ni cetek je.Tapi berdasarkan satu ayat,’sampaikanlah yang benar walaupun ianya pahit’,aku usahakan jugak untuk memperbetulkan salah faham yang agak berleluasa kebelakangan ni.

Semenjak krisis Gaza-Israel kembali panas kebelakangan ni,bahangnya turut dirasakan umat Islam di Malaysia atas faktor persaudaraan sesama Islam.Maka berkobar-kobarlah semangat jihad menentang kezaliman Israel keatas penduduk Palestin.Kita dapat tengok di laman Facebook terutamanya,tentang kempen boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel dan juga foto-foto yang menunjukkan kemusnahan aset Israel yang dipercayai dibedil roket Qassam.

Roket Qassam merujuk kepada roket buatan sendiri yang dilancarkan oleh Briged Izz Addin Al-Qassam.Dari situlah roket tersebut mendapat nama.Maksudnya apa juga roket buatan sendiri yang dilancarkan Briged tersebut akan dirujuk sebagai roket Al-Qassam.Gambarnya carilah di Google Images.

 

Apa itu roket Al-Qassam?

Roket buatan Al-Qassam ialah terdiri dari berbagai variasi iaitu Qassam I sehingga Qassam IV yang merangkumi jarak jangkauan antara 3 hingga 14 kilometer dan mungkin lebih sedikit.Binaanya adalah mudah berdasarkan prinsip pembuatan yang pantas dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti tiub keluli,bahan api pepejal dan peledak.

Bahan api roket diperbuat dari campuran gula dan potassium nitrat yang dicairkan kemudian dituang kedalam acuan berbentuk tiub beserta fius pembakar.Setelah beku maka siaplah bahan api pepejal untuk mendorong roket Al-Qassam ini.

Manakala peledak didapati daripada artileri lama ataupun TNT yang ditambah cebisan logam(shrapnel) untuk menambah kesan kerosakan.Kadangkala peledak juga dibuat sendiri menggunakan urea nitrat.Fius peledak diperbuat daripada katrij peluru,spring dan paku.Kos pembuatan sebuah roket dianggarkan sekitar $800.

Secara asasnya roket Al-Qassam dilancarkan daripada tapak pelancaran dengan trajektori tertentu untuk menghentam sasaran.Memandangkan ianya terbang tanpa sebarang panduan GPS atau laser,ketepatan mengenai sasaran adalah agak rendah.

Ditambah lagi dengan perisai pertahanan Israel iaitu Iron Dome,peratusan roket yang sampai ke daratan Israel agak mengecewakan.Sesuatu yang pahit untuk kita semua dengar tetapi itulah realitinya.Iron Dome atau bahasa Melayunya ‘Kubah Besi’ merupakan satu sistem pertahanan darat Israel yang terdiri dari sistem radar dan roket pemintas Tamir.Sebarang roket yang memasuki ruang udara Israel akan dikesan radar,komputer menganalisis kelajuan roket,mengunci sasaran dan sasaran dimusnahkan diudara.

Tetapi sistem ini juga bukanlah insuran untuk keselamatan warga Israel.Kelemahannya ialah kos sebuah roket pemintas ialah antara $35,000 hingga $50,000 sedangkan ‘objek’ yang dipintas cuma berharga $800.Disinilah perlunya kempen boikot barangan yang menyumbang kepada kewangan Israel.Tabungnya perlu disusutkan.Tapi semalam aku lalu depan Mc Donald Seksyen 6 Damansara,still penuh jugak.Hangat-hangat taik ayam sungguh rakyat Malaysia ni.

Kedua,ini pendapat aku sahaja.Sistem Iron Dome mungkin boleh ditewaskan dengan serangan salvo ratusan roket Al-Qassam.Mana mungkin sistem radarnya dapat mengunci ratusan sasaran sekaligus dan hit ratio pasti meningkat.Cuma aku tak pasti berapa banyak roket dalam simpanan Briged Izz Addin Al-Qassam.

Setakat ni,roket tersebut adalah senjata utama memerangi Israel.Kalau ada senjata lain yang lebih canggih dalam simpanan mereka,wallahua’lam…

 

Kisah Di Sebalik Foto

Di perenggan awal tadi aku ada ceritakan sedikit keghairahan umat Islam Malaysia mengupload gambar-gambar dan di’LIKE’ pula oleh ribuan orang.Sekarang mari kita cari kebenaran disebalik foto-foto tersebut.

 

Foto 1

Screenshot_2012-11-20-20-06-54

Foto ini sebenarnya adalah foto jujukan gambar ujian torpedo Mark 48(Mk 48) keatas sasaran iaitu sebuah kapal Destroyer HMAS Torrens Tentera Laut Australia yang berusia 28 tahun.Torpedo dilancarkan dari kapal selam HMAS Farncomb kelas Collins,menyebabkan Destroyer tersebut terputus dua semasa ujian pada 25 Julai 2008.

 

Mark_48_Torpedo_testing

 

Foto 2

Screenshot_2012-11-20-20-10-47

Dipercayai foto ini sebenarnya adalah foto helikopter yang tidak diketahu jenisnya milik rejim Bashar Al Assad yang ditembak jatuh oleh pemberontak Syria menggunakan pelancar roket bahu Stinger.Sumber,The News Tribe.

 

Foto 3

Screenshot_2012-11-20-22-09-04

Foto diatas agak menarik juga cerita sebenarnya.Gambar diatas menunjukkan fasa pertama prosedur kerusi lenting(ejector seat) iaitu dengan menolak keluar kaca kokpit pada pesawat F18-C Hornet.

Kisahnya begini,Kapten Brian Bews (36) dari Tentera Udara Kanada sedang melakukan rutin latihan untuk pertunjukan udara yang bakal berlangsung di Lethbridge County Airport,Alberta.

Ketika melakukan manuver yang hampir ke darat,tiba-tiba enjin mengalami kegagalan dan beliau terpaksa melentingkan kerusi pilot sebelum terhempas.Kapten Brian Bews yang berpengalaman 1,400 jam penerbangan,selamat dengan hanya sedikit lebam.

Kejadian berlaku pada 24 Julai 2010 berdasarkan tarikh beritanya tersiar di akhbar.Sumbernya di Telegraph dan Lolyland.

Pilot ejects from fighter plane moments before crash

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (1)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (2)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (4)

Pilot ejects from fighter plane moments before crash (6)

 

Akhir kata,aku juga sedih sebenarnya bila mendapati gambar-gambar tersebut dimanipulasi dari gambar lain.Ianya mengingatkan aku masa perang US dan Iraq dulu.Bukan zaman Saddam Hussein mati ditembak tu,sebelum tu lagi.Yes,masa tu aku budak-budak lagi.Sebagai umat Islam dah tentu aku berharap Iraq yang menang,tapi kawan aku cakap US kuat,tak mungkin Iraq menang.Memang betul,Iraq tak boleh menang…

Diatas kertas jawapannya sudah diketahui,tapi sebagai umat Islam,yakinlah pada doa seluruh umat Islam di dunia supaya Allah S.W.T melindungi umat Islam di Palestin.Berkenaan gambar-gambar di Facebook tu,korang semua nilaikanlah sendiri.Aku tak sanggup berbohong semata-mata nak menyedapkan hati orang lain.Aku berpegang kepada prinsip menyampaikan berita yang benar walaupun ianya sukar diterima.Lambat laun ianya akan diketahui juga.

*rajin-rajinlah explore Google ya?

Rabu, 24 Oktober 2012

Carian Terbaik Semalam;EO1e

Semalam adalah satu hari yang bersejarah untuk blog ni sepanjang aku berblogging.Untuk pertama kalinya,blog5zal mendapat lebih 1000 pageview dalam sehari.Tapi bukan sebab entri yang aku tulis semalam.Puncanya adalah kerana ada sesuatu berita hot yang berkaitan dengan apa yang aku tulis tahun lepas.

 

Screenshot_2012-10-23-23-19-39

Yaaa….berkenaan dengan enjin EO1e yang dibangunkan Petronas lebih sedekad yang lalu.Tapi kenapa tiba-tiba ramai yang berminat nak tau pasal enjin ni?

Puncanya adalah kerana berita dalam Berita harian Online semalam.

 

Berita Harian   PROTON guna enjin PETRONAS-125818

Maka ramailah peminat-peminat automotif tempatan mencari maklumat berkenaan enjin EO1 ni dan ‘malangnya’ mereka mendarat di blog aku.Hehee!Patutlah tiba-tiba semalam apehal entri lama paling banyak dapat view pulak.Rupanya Google rankkan blog aku pada kedudukan yang agak baik dalam carian keyword enjin EO1e.

Bila aku siasat lagi ada seorang hamba Allah yang mengepostkan entri aku tu ke laman web forum carigold dan linkkan sumbernya ke blog5zal.Terima kasih banyak la ye?Keseluruhan jumlah pageview semalam adalah 1,214,paling banyak sejak aku mula berblogging.

Kalau PageRank 3/5 atau 4/5 fuhhh!Manjang dok atas je memang syok la tengok graf trafik.Ada yang aku tengok kat ping busuk tu sampai puluh-puluh ribu pageview sehari.Ape benda la yang diorang tulis agaknya.

Berkenaan niat Proton nak gunakan enjin EO1,baguslah kalau diteruskan semula.Bayangkan dulu masa zaman aku sekolah,beria keluar news dalam paper yang cakap enjin ni bakal digunakan Proton tahun 2000.Sekarang dah hujung 2012,sungguh lembab automotif Malaysia ni.Tahun 2000 dulu enjin ni memang breakthrough dalam pencapaian Petronas,tapi entah apa silapnya projek tu senyap.Lepas tu dengar khabar segala berkenaan tentang enjin ni dah dijual ke syarikat China,Nanjing,Anjing,Hanjing……….errr… apekebendatah.Mujur niat nak beli semula harta intelek tu muncul semula.Sekarang dah tak ada alasan lagi kenapa kita tak mampu buat enjin sendiri secara besar-besaran.

 

Kita kan dah develop enjin CamPro?

Jujur cakaplah,enjin CamPro ni macam balik ke zaman silam.Baru nak pakai teknologi cam profile.Cam profile ni kalau faham betul bukanlah teknologi yang perlukan PhD pun nak tau konsep dia.Kemudian muncul teknologi CPS.Bayangkan EO1e dah pakai VVT tahun 1999 dulu!

Maaf kepada peminat Proton,renung balik dengan hati yang terbuka,canggih sangatkah CamPro itu.Jawab balik dalam hati,memang tak canggih langsung.

Bila enjin lama nak dipakai zaman sekarang,standardnya dah lain.Maybe ada beberapa standard antarabangsa yang perlu dilepasi contohnya ujian emisi.Tapi tak kisahlah sebab foundation dah kukuh.Bila dah pandai buat enjin for sure tau material apa nak guna,parameter yang sesuai,FC,karekteristik tork enjin dan sebagainya.Pendek kata tak adalah nak mula dari A semula.

Kesimpulannya,satu berita baik yang diberikan oleh Proton selepas diambilalih oleh DRB Hicom.Harapnya berjaya direalisasikan dan janganlah ditunekan enjinnya menjadi kurang tenaga batin.Semoga Proton mampu menjadi entiti automotif nasional yang mampu berjaya di peringkat global.

Oh ya,sebagai pemain utama automotif tempatan,rupa kereta paling penting.First impression.Designer kena tau predict rekabentuk/fesyen masa depan.Kekadang benda yang dibuat tu memang up to date pada masa design tu dibuat,tapi bila kereta siap design tu dah jadi ketinggalan zaman.Wajib kena mampu meramal fesyen kereta.Sekian.

Selasa, 9 Oktober 2012

Felix Baumgartner Dan RedBull Stratos Project

Lagi tujuh jam setengah(ketika artikel ini ditulis),satu rekod baru pencapaian manusia akan cuba dicipta di New Mexico,Roswell melalui penerjunan skydiving dari aras 120,000 kaki.Projek yang bernama RedBull Stratos Project ini akan menggunakan belon helium yang membawa kapsul khas setinggi 23 batu(36.8) kilometer dari aras bumi.Rekod skydiving tertinggi adalah 102,000 kaki yang dicipta pada tahun 50-an oleh seorang lelaki bernama Joseph Kittinger.
Seorang penerjun skydiving berpengalaman bernama Felix Baumgartner,berumur 43 tahun akan terjun keluar dari kapsul dengan sut khas dan memasuki atmosfera bumi dengan jangkaan kelajuan 690mph dalam masa 30 saat.Baumgartner akan menjadi manusia pertama yang memecut melebihi kelajuan bunyi.
Terjunan itu dijangka memakan masa 10 minit untuk sampai ke bumi sebaik saja Baumgartner meninggalkan kapsul.Manakala kapsul akan terpisah dari belon helium sebaik sahaja penumpangnya terjun.
Mampukah manusia survive terjunan pada ketinggian seperti itu?Tidak,tanpa bantuan sut yang berteknologi tinggi.
Baumgartner suit

Sut khas berteknologi angkasa ini hampir menyamai sut angkasawan dengan life support sistem untuk memastikan Felix Baumgartner hidup dan tidak terhempas seperti nangka busuk.Sut tekanannya mampu menahan suhu +100 Fahrenheit hingga –90 Fahrenheit.Sekiranya beliau beku dan diselaputi ais,beliau akan dicatat dalam Guiness Book of Record sebagai Terjunan Mayat Tertinggi DiDunia.Sebanyak dua sut dibina oleh David Clark Company yang berpengalaman dalam pembinaan sut sebegini sejak 1941.
Untuk banyak lagi informasi,layari laman web RedBullStratos.com.

*Terjunan beliau ditunda ke hari Ahad kerana cuaca tidak mengizinkan iaitu angin bertiup agak kuat kira-kira 17 mph.-Telegraph UK

*Informasi jalopnik & redbullstratos.com

Jumaat, 21 September 2012

Bila Nak Kaya Kalau Macam Ni?

Kenapa tak boleh kaya dengan berblogging?

 

Kaya atau tak bergantung pada bagaimana kita mendefinisikan terma 'kaya' tu sendiri.Pada aku tak mungkin boleh kaya dengan hanya berblogging di Malaysia ni.Kalau nak dapat duit sampingan tu bolehlah,tapi berapa banyak kita mampu dapat?
Pengiklan akan membayar secara cost per click atau buffer earning yang mana ianya berkait rapat dengan berapa banyak jumlah pengunjung blog kita.Dalam hal ni,jumlah blogger yang mampu menjana pendapatan melalui berblogging sangat sedikit.Sebabnya bukan senang untuk blog kita jadi terkenal.
Pendapatan melalui blog datang dari tiga peyedia iklan blog utama iaitu Advertlet,Nuffnang dan Innity.Antara ketiga-tiganya Innity paling susah lepas kelayakan sebab pageview minima 100k sebulan kalau tak salah.Bagi yang berjaya beriklan dengan Innity,tahniah.

Screenshot_2012-09-20-22-07-03

Blog aku beriklan dengan Nufnang sebab senang.Tak lama lepas beriklan,dapat status Gliterrati.Aku tak pasti apa kelebihan status Gliterrati sebab sejak aku beriklan,tak ada apa-apa beza pun.Diawal-awal Nuffnang menyediakan iklan untuk blog aku,ada beberapa kali aku dapat buffer earning(sekarang namanya CPUV-Cost Per Unique Visit) antara Oktober 2010-Mac 2011.Lepas tu dah tak ada sedangkan masa tu pageview purata jauh lagi rendah dari sekarang.
Memandangkan dah lama aku tak tengok berapa 'ribu' duit Nuffnang aku,semalam aku check berapa jumlah terkumpul.Baru ada RM2817 sedangkan nak cashout paling kurang RM5000(sengaja aku tak letak titik perpuluhan).Takpelah,ada la jugak walaupun tak banyak.Tapi yang agak mengecewakan aku kenapa status Gliterrati aku bertukar jadi Non-gliterrati?Atas alasan apa?

 

Gliterrati
-Bermaksud Nuffnager Eksklusif yang TIDAK ada menyelitkan iklan,menyebut atau pautan kepada rangkaian iklan dari Asia Tenggara atau apa juga rangkaian iklan yang pihak Nuffnang rasakan sebagai pesaingnya didalam blog
-Gliterrati tidak perlu dipohon,sekiranya blog kita TIDAK melakukan apa yang dinyatakan diatas,welcome to Gliterrati club.
-Sekiranya ada perlanggaran terma kelayakan Gliterrati,crawler Nuffnang akan mengesannya dalam masa 4 hari dan secara automatik blog kita ditendang dari kelab Gliterrati

 

So,dimana letaknya pesaing Nuffnang dalam blog aku?
Walaupun blog ni blog aku dan aku menggodeknya sejak Mei 2008,rasanya tak pernah pulak aku promote iklan lain kat blog aku.Tapi kenapa Nuffnang tiba-tiba menendang blog aku dari kelab Nuffnagers Ekslusif.
Kali ni aku tak mau hantar ticket bertanyakan hal ni.Sebab pada diorang,'crawler' tu jauh lagi bijak dari manusia.Apa yang dah berlaku,biarkan saja dan ada baiknya aku 'ringankan' pageload time blog aku dengan mengremove beberapa widget*.Siapa faham SEO akan faham.

Kenapa aku cerita pasal Nuffnang panjang lebar sedangkan tajuknya lain?Inilah salah satu sebab kenapa tak boleh kaya dengan blogging.

 

*Gue serius ni pakkk!

Originaliti Dalam Penulisan

100-original-guaranteed

Semalam aku baca satu entri pilihan dari satu website ping yang popular sekarang ni.Sebagai seorang blogger,tuah datang kepada anda bila entri anda terpilih sebagai entri pilihan.Promosi free beb.Aku pun tumpang sekaki baca dan tinggalkan komen kat entri dia.
Hari ni aku cuba nak baca entri beliau sekali lagi tapi aku lupa pulak URLnya.So,aku search kat Google tajuk entri yang beliau tulis(tajuk entrinya memang aku ingat).Walaupun tajuk yang aku taip tu lebih 90% tepat dengan entri beliau,aku rasa agak pelik kenapa Google tak listkan di page pertama carian.Kemudian aku cuba klik satu laman blog lain yang tajuknya hampir serupa.
Bila aku baca satu persatu,sah entri yang aku baca semalam hampir sama dengan blog yang aku baru jumpa ni,cuma ayatnya diolah sedikit.Blog yang aku baru jumpa ni poskan entri tu 15 March 2012 dengan 29 komen.Entri yang jadi pilihan laman ping blog tersebut mengepos entri pada 18 September 2012 dan mendapat 49 komen.
Adakah pemilik dua blog ni adalah orang yang sama?
Aku rasa korang semua tentu dapat agak apa yang berlaku.Maaf,aku tak ada niat nak melagakan sesiapa.Cuma aku rasa macam kesian kat penulis asal entri tu.Perkara macam ni memang biasa berlaku dalam dunia blogging.Kita cuba bersangka baik sajalah.
Bukan sikit yang repost balik berita dari Kosmo Online,myMetro,DailyMail,Gizmodo dan macam-macam sumber lagi.Apa yang membezakan cuma olahan ayat kita sendiri,gaya dan identiti penulisan kita.Artikel macam tu bukan satu isu besar untuk dikongsikan sebab benda open source,kalau takut kita tulis berita salah,letakkan link asal.Dalam ertikata lain,memberi kredit kepada sumbernya.In case kalau kena blame pasal berita palsu,link asal la kena bertanggungjawab,haha!
Aku pun banyak ambik news dari berita-berita online,dan sesekali tu miss jugak nak letak link asal.Tapi setakat ni belum lagi share penulisan orang kat blog aku tanpa pengetahuan penulis asalnya.

Kadang-kadang aku terbaca juga status kat wall laman sosial tentang niat orang untuk berblogging.Bila timbul je minat,terus cari kat internet macamana nak mula berblog.Jalan paling mudah adalah dengan blogspot.Tapi,fikirkan baik-baik apa yang nak kita tuliskan dalam blog kita.Banyak topik yang popular untuk kita tulis,dan harus diingat apa yang glamour tu lah banyak saingannya.Kita baru,orang lain pagerank dan cecah 3/4,boleh beat ka?
Oleh yang demikian,tetapkan dalam hati matlamat kita blogging bukan nak cari glamour jalan singkat.Ia akan memakan masa sangat panjang,mungkin dua-tiga tahun untuk stabil.Kalau sanggup konsisten selama tempoh itu,selamat datang ke dunia blogging.Tak perlu kejar jumlah follower yang banyak,kita bukan Neelofa.Orang tak pernah kenal kita.Tawan hati pembaca dengan tulisan yang baik,teratur,dan original.InsyaAllah blog kita akan berada diparas yang baik.Kalau lebih rajin buat blogwalking,komen setiap blog yang dilawati,makin baik blog kita.
Aku boleh bagi contoh jumlah follower yang banyak tak penting sebenarnya.Yang paling penting di kedudukan mana blog kita dalam carian Google.Berapa pagerank,berapa sites linking in dan jugak ranking Alexa.Perhatikan blog ni,follower ada 170 je.Most of them bukanlah blogger pun,tapi dengan sokongan diorang dan pembaca diluar sana yang sudi membaca blog5zal ni,statistik yang dicatat agak baik sebenarnya.Itupun berlaku penurunan pageview,ranking Alexa dan sites linking in yang agak ketara lepas aku terminate broadband.
Sejak Mei 2008,dengan 170 follower(korang memang baik bangat),jumlah pageview melebihi 200,000 dan pageview semalam sahaja 483.Aku sangat berpuashati sebab kebanyakan topik entri yang aku tulis bukan ramai peminat pun,contohnya isu militari dan action figure.Orang lebih suka cerita hiburan/artis sebenarnya.Terpulang pada kita sendiri,blog kita menjurus kearah mana.Jadi diri sendiri,rajin-rajinkan menulis,berfikir diluar kotak dan jangan give up.Blogging tak boleh jadi kaya pun.Kejap lagi aku tulis entri lain,pasal apa tak boleh kaya dengan blogging.

Khamis, 30 Ogos 2012

Kenapa Bangsa Kita Macam Ini

Semalam aku baca satu blog politik yang menulis pasal video latihan komando yang makan biawak ngan monyet dan dalam masa yang sama berpakaian sekadar menutup anu.Memandangkan blog tu blog politik,aku assume penulisnya dan peminat blog beliau adalah golongan yang tidak mahu membuka mata terhadap pengorbanan orang lain dalam menjamin keamanan dan keselesaan negara.Apa yang mereka runsingkan adalah harga minyak naik,wang rakyat,ketelusan dan segala macam benda yang tidak pernah sempurna dan cukup.

Terkait dengan isu latihan komando makan biawak tadi,muncul ramai pakar agama dan politik yang meluahkan ‘kebijaksanaan’ masing-masing di ruang komen yang mempersoalkan kenapa perlu memakan biawak/monyet semasa latihan.

Dibawah adalah antara komen yang menarik aku kumpulkan dan jawapan untuk setiap komen dari sudut kacamata aku sebagai orang awam.

 

1.”Didalam beg tentera barat ada sedikit air zam-zam dan kurma untuk kegunaan ketika darurat”.

2.”Pendek kata darurat tidak boleh dirancang”

3.”Tak solat ke bebudak komando ni?”

4.”Adakah darurat itu mesti didalam hutan?'”

KOMANDO

Pertamanya kita kena faham apa itu maksud komando dan bezanya dengan tentera biasa.Komando ialah unit khas yang dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas kritikal seperti sabotaj,mematikan bahan letupan,pengumpulan maklumat,peperangan bukan konvensional dan mengekang keganasan.Tugasan-tugasan ini memerlukan kepakaran dan ketahanan yang melampaui batas manusia normal kerana risikonya yang tinggi.Gagal bererti maut ditangan musuh.

Keanggotaan dibuka kepada mana-mana anggota tentera dan pegawai yang berminat untuk menyertai latihan komando,tetapi harus diingat jumlah individu yang melepasi fasa latihan adalah sangat sedikit.

Fasa latihan berperingkat yang meliputi pelbagai aspek terutamanya ketahanan mental dan fizikal perlu dijalani oleh calon-calon yang sedia menyahut cabaran untuk menyertai unit khas ini.Tujuannya untuk menanam sifat no mercy kepada musuh.Antaranya aktiviti larian yang meliputi jarak ratusan kilometer,latihan survival(kat sini la timbul cerita makan biawak ngan monyet tu),latihan laut termasuk drown proofing(berada dibawah air dengan tangan&kaki diikat,mau try?)dan akhir sekali ujian E&E(Escape & Evasion),iaitu membuat serangan ke kawasan musuh dan berundur tanpa dikesan.Jurulatih akan bertindak sebagai ‘musuh’.Jarak pelarian ni adalah sejauh lebih 200km melalui hutan.Ada juga aku dengar lebih dari tu.Sekiranya tertangkap,gagal sudah semestinya,tapi yang peritnya mereka akan diseksa untuk membocorkan maklumat.

Aku percaya dalam 1000 lelaki yang sihat walafiat,satu pun belum tentu layak lulus ujian komando.Kembali kepada beberapa petikan soalan yang aku kumpul tadi berkenaan :

 

1.Kurma dan zam-zam dalam beg.Apa bezanya kurma dalam beg tentera barat dan ration dalam beg tentera kita?Semua tentera bawa bekalan makanan.US Marine yang berperang kat Iraq tu pun tak makan biawak pasir.Situasi perang masih belum mencapai tahap darurat yang sebenar.Situasi darurat yang dijalani komando kita adalah situasi darurat sekiranya ditawan musuh.Contohnya askar Yahudi tangkap kita,ingat diorang nak bagi kita makan nasik kandar ka?Kena pijak ada la.Satu lagi,bolehkah kita jangka musuh akan melayan kita dengan memberikan pakaian lengkap semasa dalam tahanan.Sebab itulah pakaian latihan komando ni seadanya saja.Hari panas ke,hujan ke,diorang wajib survive dalam semua situasi tu.

2.Darurat tidak boleh dirancang.Ya,darurat itu sendiri hadirnya memang tidak diketahui bila.Malaysia yang aman damai ni pun entah sampai bila agaknya.Latihan itu adalah persediaan,bersedia untuk menghadapi situasi paling buruk.Contoh paling mudah kalau mereka-mereka yang mengeluarkan komen ini celik agama pada tahap asas.Apakah tujuan kita beribadah semasa hayat masih ada?Sebab kita tau azab di akhirat nanti.Macam tu juga dalam latihan komando.Kita sudah boleh menjangka bagaimana ‘neraka’ dunia sekiranya ditawan musuh,sebab itu latihannya keras kung.Spring kancil potong pun tak keras macam tu.

3.Artikel tu berdasarkan satu video pendek di YouTube.Oleh kerana durasinya pendek,apa yang ditunjukkan cuma keadaan calon ketika menjalani latihan.Maka timbul soalan adakah mereka ini tidak solat.Kenapa tidak ditanya adakah mereka ini tidak buang air hanya kerana tidak ditunjukkan dalam video itu?Video tu pendek je,tidak menunjukkan keseluruhan hari latihan.Ketika latihan tiada halangan untuk bersolat.Islam itu memudahkan,tak mampu solat berdiri,boleh duduk,baring sampai tahap kedip mata pun boleh.So,tak baiklah kita anggap diorang ni tak solat.

4.Darurat dalam hutan je,kenapa tak darurat kat shopping mall.Ha,macam tulah agaknya maksud si pengomen dalam blog tu.Seperti yang aku cakap awal tadi,bersedia untuk situasi terburuk.Antara shopping mall dengan hutan mana lagi ekstrim?Sekiranya ramai komando lulus modul survival dalam shopping mall,belum tentu diorang lulus survival dalam hutan.Tapi kalau lulus dalam hutan,maknanya lulus celah gigi je survival dalam shopping mall sambil makan kuaci.

 

Sebagai orang awam,ada baiknya kita memahami terlebih dulu apa yang berlaku sebelum menunjukkan kebodohan di laman internet.Kerjaya diorang kadang-kadang meragut nyawa di peringkat latihan lagi.Aku pernah berkawan dengan seorang ex-komando yang badannya penuh parut,telinga dah tak berapa nak dengar sebab kena jerit dengan jurulatih atau selalu dengar bunyi GPMG meletup tepi telinga agaknya.Mental pun ada sedikit kecelaruan sebab tekanan latihan yang maha dahsyat dan memang betul ada sesetengahnya gila,demi nak memastikan negara kita aman damai.

Ramai orang tak appreciate aman damai ni sebab tak pernah rasa zaman ubi kayu ngan baju guni beras.Tak perlulah kita rasa semula darurat tu hanya untuk sedar dalam beberapa puluh tahun sahaja,lepas tu tak sedar diri semula.Tak lama lagi merdeka,bendera subsidi pun tak dapat lagi,huh!

Jumaat, 3 Ogos 2012

Atlit Angkat Berat Korea Selatan Cedera

Atlit angkat berat Korea Selatan,Jaehyouk Sa 27 mengalami kecederaan siku dislocated dalam cubaannya mengangkat bebanan seberat 162kg.Jaehyouk Sa yang berumur 27 tahun sebelum itu berjaya mengangkat bebanan seberat 158kg.

Beliau mewakili Korea Selatan dalam Sukan Olimpik London 2012 untuk acara angkat berat kategori lelaki 77kg.

 

article-2182414-1455B6A4000005DC-725_634x367

article-2182414-14555505000005DC-116_634x387

south-korean-weightlifter-jaehyouk-sa

south-korean-weightlifter-jaehyouk-sa1

 

 

Isnin, 23 Julai 2012

Koleksi Fighter Aircraft Pulak

Sebelum ni aku pernah tunjukkan koleksi Combat Tanks Collection(CTC) keluaran DeAgostini yang sekarang dah pun terkumpul sebanyak lapan unit.Belum ada yang tertinggal dan aku cuba untuk cukupkan 12 unit kesemuanya.Dengan izin poketlah.Dalam keterujaan aku mengumpul battle tanks,muncul satu lagi siri collectors item iaitu Fighter Aircraft Collection(FAC).
Konsepnya sama dengan CTC,dikeluarkan fortnighly(dua minggu sekali),set pertama berharga RM9.90,set kedua berharga RM19.90 dan siri ketiga pada harga standard RM29.90.Cuma tidak diberi percuma binder untuk mengumpulkan majalah yang disertakan dengan koleksi combat aircraft tadi.
CTC dikeluarkan oleh DeAgostini,FAC pula dikeluarkan oleh Amer Collection dari UK juga rasanya.Buat masa ini,koleksinya sudah masuk siri ke-4,iaitu pesawat MiG 29.Senarai pesawat yang lepas ialah:

1.Supermarine Spitfire (UK)
2.1942 Masserschmit (Nazi German)
3.P-51B Mustang (North USA)
4.Mikoyan MiG 29 ‘Fulcrum’ (Malaysia)

 

IMAG0188

Haaa!Itu yang speselnya.Nama negara dalam kurungan ialah negara pengguna pesawat tersebut.Dalam kes ni TUDM Malaysia terpilih sebagai pengendali MiG 29 walaupun ada negara lain yang lagi banyak jumlah MiGnya contohnya Poland.Sebab apa agaknya ya?Setahu aku MiG ni dahpun berstatus obsolete,tapi mungkin dek kerana kepakaran engineer tempatan mengintegrasikan sistem komputernya dengan misil-misil moden.

 

IMAG0232

IMAG0233

IMAG0234

Dalam laman web Fighter Aircraft Collection,sepatutnya siri ke-4 ialah model pesawat Harrier 'Jump Jet'.Tapi dapat MiG pun cun juga,versi TUDM plak tu.Siri lengkapnya kalau tak salah aku berjumlah 52 unit (fuuuuuu...........)Aku skip-skip aje kot memana pesawat lama yang buruk sangat rupanya.Aku tunggu pesawat A10 Thunderbolt,Sukhoi Flanker,Raptor,Eurofighter Typhoon dan beberapa pesawat era 70-80an yang aku rasa mantap dan relevan.Gundam MG boleh hold dulu.Gua nak main koleksi militer plak.Sebelum anak aku pandai merangkak,kena cepat-cepat sambar almari kaca pameran.Kang ada Gundam aku yang tak ada kepala pulak nanti.

 

RM29.90 darab 52 unit = perang dengan bini,huhuhu!

Rabu, 25 April 2012

Setahun Tak Update Pun Ada!

Memandangkan dah lama jugak aku tinggalkan blog ni,aku pun jenguk-jenguk la cerita menarik blogger-blogger lain yang aku follow.Itulah dia gunanya jadi follower.Bertuah kalau ada puluh-puluh ribu follower yek?Dengan menjengah ke blog kengkawan maya,at least aku tau la sikit isu apa yang tengah hot kat Malaysia ni.Tapi tak semua update dengan cerita-cerita yang sama.Ada yang cuma cerita hal peribadi dan aku tak nafikan ada sesetengahnya memang pandai bercerita.Seronok baca cerita diorang ni.

Satu lagi bila blogwalking ni aku teringat masa awal-awal aku kenal blog.Sibuk shout kat shoutbox orang.Maklumlah orang baru,kena la pandai-pandai bagi orang kenal.Tapi tu masa zaman ada Shoutbox.Skarang ada ChatBox je dah jadi malas pulak nak jerit sana-sini.Pertamanya semua detail nak kena taip semula,nama,URL,dan termasuklah ‘jeritan’ kita.Kalau 30 blog nak kena buat macam tu,memang tak efisyen langsung.

Cara aku masa ShoutBox dulu,klik kanan & Paste.Skrip mesejnya aku siapkan awal-awal.Senanggg..dan yang penting orang tak boleh cakap kita pakai software autoblogwalking ape benda nama tah.Ada lagi ke golongan macam tu?

Lepas ShoutBox tidak lagi free,aku ganti dengan ChatBox,tapi yang tak bestnya,makin banyak spam.Entah ape link yang diorang letak.Tapi aku taklah buang terus gadget ChatBox tu,cuma aku tengok gitu-gitu je.Aku lebih suka tengok update member-member dari Bloglist.

Dalam Bloglist ni pun ada sikit macam hairan jugak la.Banyak blog yang boleh dikatakan sebaya blog aku,tapi tak diupdate berbulan-bulan.Kemana diorang ni semua?Dah hilang semangat nak dapat duit banyak hasil berblogging?Hehe!

sleeping-at-computer

Part buat duit dengan blog lupakan sajalah.Aku pun dulu ada semangat macam tu jugak,tapi aku tak faham dengan Nuffnang ni.Dulu-dulu unique visitor aku ada la 20-30 orang je sehari,tapi agak banyak kali Nuffnang bagi BE.Sekarang ni boleh dikatakan 3,4 kali ganda visitor dulu,haram sebijik BE pun takde.BE yang terakhir aku dapat,setahun yang lepas.Aku pernah tanya kat Nuffnang,diorang cakap tu bukan keputusan diorang.Pengiklan yang pilih nak bagi kat website mana iklan BE ni.Lebih kurang macam tu la penjelasan diorang.Kalau dibandingkan sekarang punya statistik,’bodoh’ la kalau bagi iklan masa statistik sikit.Dalam masa yang sama,jimat duit tak payah bayar banyak sen kat aku,ye tak?Aku tak marah pun,cuma geleng kepala je,hehe!Kejap tadi aku check,ada la RM23.77sen.Macam pendapatan sebulan rakyat Burkina Faso pun ada.

Kalau nak harapkan duit baru nak rajin berblogging memang susahlah.Zaman give-up main blog ni mesti ada punya,tapi aku tak seronok abaikan benda yang dah bertahun-tahun aku usahakan.Sekurang-kurangnya aku ada platform untuk aku suarakan pendapat aku kepada masyarakat diluar sana.Apa barang luah perasaan kat Facebook.Sejak main blog ni,rasa macam dah tak best langsung tengok Facebook.

Tapi tetap juga aku jengah-jengah sekali sekala,tengok apa aktiviti kengkawan.Pesan aku,janganlah kita ghairah sangat share semua benda dalam Facebook.Rasa ada banyak benda nak sharing,sila buat blogspot.Free dan senang je.Kepuasannya lebih terasa……….

Isnin, 23 April 2012

Dhia Fatheeya berbintikan Aku

Assalamualaikum semua!

 

Amboiii….lama sangat tak update ni.Bukan apa,hari pertabalan Agong aritu wife aku selamat melahirkan baby girl.So segala apa yang berkaitan dengan blog ni terpaksa aku tinggalkan dululah walaupun tiap hari fikir apa la dah jadi kat blog aku yang lama tak update ni.

Pertamanya,aku dahpun selamat jadi ayah kepada seorang baby girl yang didaftarkan dengan nama Dhia Fatheeya.Dilahirkan secara normal di Gombak Medical Centre jam 9.33pm pada 11 April 2012 dan seberat 3.0kg.Maka sepanjang aku bercuti,bermulalah pengalaman membesarkan seorang anak.Mula-mula aku rasa agak takut seawal peringkat kelahiran sebab wife aku request minta aku temankan dia dalam labor room.

Tapi tak sangka start masuk labor room jam 7.30pm,aku dapat bagi sokongan moral sampai anak aku keluar.Dari situ aku dapat belajar betapa azabnya nak mengeluarkan seorang budak.Aku tak boleh imagine macamana sesetengah wife struggle untuk deliver baby tanpa sokongan ayahnya.Tambah aneh lagi macamana seorang perempuan boleh bersalin dalam toilet(luar nikah),agaknya tak sakit sangat kot ye kalau tak halal ni.

Bila semua dah selamat,aku cakap kat wife aku,satu stage dah selesai.Cabaran paling besar sebenarnya bermula bila keluar dari hospital.Waktu siang baby tidur cantiiikkkkk je.Tapi lepas pukul 12.00am,mula la merengek lapar susu.Adoiii…..

 

My Dhia Fatheeya:

DSC01083

DSC01084

Anak aku paling kurang dua kali mesti terjaga mintak susu.Pernah satu malam sampai empat kali menangis.Fuhhhh!!Mata stim mengantuk toksah cakaplah.Tapi nak buat macamana kan,anak tu rezeki dan amanah Allah S.W.T,kena la jaga sebaik-baiknya.

Ok lah,petang-petang sikit update lagi.Sambil-sambil jaga anak,sempat lagi aku siapkan ‘baby’ mecha terbaru,Gundam Astray Blue Frame.Nanti cerita panjang sikit dalam entri lain okeh?

Rabu, 4 April 2012

Jambatan Anzhaite di Hunan,China

Kekadang amazing jugak negara China ni.China memiliki negara yang luas dan sesetengah kawasan mempunyai rupabentuk mukabumi yang ekstrem serta jaringan jalanraya di lereng bukit seumpama siri dokumetari IRT Deadliest Road.

Di Jishou,Hunan China,sebuah jambatan dibina untuk mengatasi masalah kesesakan jalan di Jishou Hunan akibat jalan sempit dan banyak selekoh.Jambatan Anzhaite dibina merentas Dehang Canyon,setinggi 1102 kaki(335.88m) dan sepanjang 3858 kaki(1.176km).Sebanyak empat lorong disediakan,lorong pejalan kaki dibahagian bawah,diterangi 1,888 buah lampu jalan dan ia merupakan sebahagian dari Lebuhraya Jishou-Chadong sepanjang 64 kilometer;hampir separuh jarak lebuhraya itu adalah melalui 18 buah terowong.

Pembinaan bermula pada Oktober 2007 dan Jambatan Anzhaite mencatat rekod sebagai jambatan gantung tertinggi dan terpanjang di dunia.

 

Ada berani macam brader ni?

Anzhaite Bridge 3

Anzhaite Bridge2

Anzhaite Bridge

 

News & info:DailyMail

Isnin, 2 April 2012

Spesifikasi Mitsubishi Lancer Evo X Zizan

Ramainya post berita tentang kereta Evo X baru Zizan.Bagus,baguss…Rezeki kamulah Zizan ya?Dengarnya dulu Zizan ada Impreza,tapi aku tak tau plak version mana.Mitsubishi Evo X Zizan ni dibeli dari Mutiara Motor dan merupakan talaan khas M7 Jepun.Apa specialnya Evo X spec M7 ni?Meh tengok senarai performance part yang dipasang pada Evo X M7:

Zizan-beli-Kereta-Mitsubishi-Evo-X-M7-7
LUBRICATION
-M7 Pro Racing Oil 1000hp
-M7 Pro Racing B5 Brake Fluid
-M7 Super Gear Oil 75w-90
-M7 Super Gear Oil 75w-140
-M7 Super Street ATF Oil
EXHAUST SYSTEM
-M7 T-Titan Sports Muffler
-M7 Hi-Flow Centre Pipe
-M7 Hi-Flow Front Pipe
INTAKE
-M7 Super Power Flow Filter (Carbon Induction Kit)
-M7 Intake Pipe Kit
-M7 Suction Kit
ELECTRONICS
-M7 E-Bc (Electronic Boost Controller)
-M7 Throttle Controller Auto Pro-R
-M7 ECU Rom
-M7 Racing Meter SMD (Boost,Water Temp,Oil Temp,Oil Press)
BRAKE
-M7 Super Competition Brake Pad 700C (Front&Rear)
COOLING SYSTEM
-M7 Super Cooling Oil Catch Tank
-M7 Super Cooling Radiator Cap
-M7 Super Cooling Radiator Coolant
-M7 GT Performance Oil Filter (Magnet Type)
-M7 Competition Type-R Intercooler Kit
TURBO
-M7 Tune Up Actuator
SUSPENSION
-M7 Super Street Performance Damper
ENGINE
-M7 Stroker Kit 2.3l
OTHERS
-M7 Carbon Panel Meter
-M7 GT Oil Cap
Berapa hp yang terhasil secara tepatnya aku tak reti nak estimate,ada yang cakap lebih 450hp.Kereta ni kalau bikin tahap Dyno King,600hp pun boleh dapat.Dari result dyno test ni 375hp dalam tangan.Sumbernya disini. Besar mana horsepower tak penting,asalkan seimbang dengan sistem kawalan.Maksudnya kalau enjin Ferrari sumbat dalam KE70,tak semestinya boleh jadi king kat Sepang.
Oh ya Zizan,kalau ada ansuran bulanan(mana la tau beli kereta ni cash!),jangan tak bayar pulak.Kang Mail Lambung tarik kereta kamu.

M7 Full Automotive Products Range-134234
Informasi m7japan.com

Selasa, 13 Mac 2012

Setahun Sesudah Tsunami

Masa Jepun dilanda tsunami setahun yang lepas,banyak blog yang menunjukkan gambar-gambar selepas disaster.Aku suka tengok gambar-gambar macam tu tapi bukan sebab aku suka kemusnahan.Dari gambar-gambar tu kita dapat tengok betapa besarnya kuasa alam.Air laut yang datang dalam bentuk ombak besar membawa banyak tenaga untuk menghancurkan tembok,rumah,dan kereta.Yaaa..kereta.Aku pun suka tengok banyak kereta-kereta yang hanyut tersadai merata-rata.

Walaupun dah rosak dimasuki air,jangan risau.Semuanya akan dieksport sebagai half cut.Kat Malaysia ni ramai pembeli half cut dan dengarnya kat Jepun banyak orang tengah yang menguruskan half cut ni adalah orang Malaysia.Punyalah kebulur dengan half cut,ada sesetengah kereta tu dah dibooking masa kat Jepun lagi.Dalam gambar tsunami kat Jepun dulu,berlambak kereta-kereta comel tersadai.

Selepas setahun berlalu,kawasan yang dilanda tsunami hampir pulih.Meh tengok:

 

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-133712

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-134906

Tsunami  One year later Photos   Tsunami  One year later Pictures - Yahoo! News-134954

 

Lagi gambar disini

 

Images from Yahoo News,REUTERS/KYODO

Selasa, 6 Mac 2012

Dunia Fantasi Vladimir Manyuhin

 

Pernah tengok filem Apocalypto?Tapi cerita tu pasal kemusnahan tamadun orang asli.Memula aku ingat cerita tu tak best langsung,tapi bila DVD tu sangkut-sangkut aku rasa hangin jugak.Maksudnya bestlah tu.

Daya kreativiti tak ada sempadan.Hatta gambar selepas apocalypse pun nampak cantik sebenarnya jika diolah oleh tangan yang super kreatif.Masa aku main game Resident Evil 3:Nemesis dalam platform PSOne dulu,aku memang suka tengok latarbelakang bandar-bandar yang dah ditinggalkan manusia.Kalau dalam dunia realitinya,korang carilah gambar bandar yang ditinggalkan selepas bencana Chernobyl.Agak creepy tapi cantik sebab ada kisah yang menarik disebalik bandar hantu tu.Gambar kat bawah ni adalah karya artis Russia,Vladimir Mahyuhin yang cuba merealisasikan gambaran sebenar selepas apokalips melalui lukisan.

 

Apicalipsys_01-

Apicalipsys_02-

Apicalipsys_04-

 

Banyak lagi gambarnya kat sini

Jumaat, 2 Mac 2012

Super Fine Model Car

Dulu masa aku duduk Puchong,tiap hujung minggu aku suka berjalan ke IOI Mall.masa tu IOI tak sebesar sekarang,cuma yang menarik kat situ ialah kewujudan sebuah kedai Tamiya.Wajib aku ziarah tiap kali masuk ke IOI Mall.Aku teringat satu model Sprinter Trueno AE86 berskala 1:24 keluaran Hot Works Racing Factory yang memang detail habis.Sampaikan lambang Toyota kat hubcap pun ada.Set Hot Works tadi ialah AE86 standard tapi disediakan aksesori macam piping ekzos,rim Watanabe hitam,seat bucket sampailah ke pemadam api.Harga masa tu RM140 je,sekarang ni dah naik ke RM159.90(www.rcsmart.com.my).
Tadi aku sesaje search model car yang paling detail,so terjumpa dengan satu manufacturer yang aku rasa kerja diorang memang superb habis.Nama syarikat tu Amalgam Modelmakers yang mula ditubuhkan sejak 1985 dan terletak di Bristol UK.Setiap model dibina dengan tangan dan semasa proses permulaan membentuk sebuah master patterns,pasukan pakar pembina model menghabiskan masa selama 3 bulan untuk memperincikan setiap bahagian.Untuk proses pemasangan,sebanyak 250 jam diperlukan.Kalau kita tempah model kereta mengikut spesifikasi yang kita nak,biasanya memakan masa selama enam minggu untuk siap.Selain model kereta,Amalgam juga ada membuat model kapal layar dan model enjin kereta.Kita boleh tempah ikut apa yang disenaraikan dalam borang tempahan antaranya warna dashboard,parking sensor,BOSE HiFi system,stitching colour,dan memacam lagi.Macam tempah kereta mewah yang sebenar.Contohnya macam model Ferrari 599 GTB Fiorano,harga asasnya ialah GBP3350/RM15,368.1.Kalau tambah pilihan lain,harga akan meningkat.

Amalgam Aventador 1:8 scale
Amalgam Aventador Orange (5)

Amalgam Aventador Orange (4)

Mc Laren MP4 12C 1:8 scale
Mc Laren MP4 12c

Mc Laren MP4

http://finemodelcars.com

Jumaat, 20 Januari 2012

Bergadai Nyawa Tuntut Ilmu

Macam nilah kalau betul-betul nak tuntut ilmu.Dahlah berjalan kaki,menyeberang sungai pun kena bergadai nyawa.Lokasi adalah di Lebak,Indonesia.Jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Ciberang rosak akibat banjir.Ini sajalah yang tinggal.Jambatan lain yang terdekat kena berjalan sejauh satu jam setengah.Kat pedalaman Malaysia pun ada sebenarnya macam ni,cuma jarang diberi perhatian.
Tak macam di kawasan perumahan aku.Sekolah depan mata pun,pukul 8.00 masih ada lagi yang melepak hisap rokok,baju serabai,kasut kaler belacan dan beg pun macam takde isi je aku tengok.Nak jadi apa la bebudak ni.Lintas jalan pun tak reti guna jejantas,sanggup panjat pagar pengadang.Dilanggar dek kereta kang,sia-sia je mati.Aku pun musykil sebenarnya kelas start pukul berapa?Bukan 7.45 ke?



Sumber: Daily Mail

Ahad, 15 Januari 2012

Dapat Komen Emo,Apa Nak Buat?


Setiap kali kita menaip entri,besar harapan kita untuk melihat ada pengunjung yang akan sudi meninggalkan komen.Terutamanya blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogging.Memang biasalah kalau sesekali dapat komen,tak macam blogger glemer yang lain.Tak ada apa nak dimalukan,memang normal macam tu.Nak capai tahap terkenal bukan senang,kecualilah kita ni artis atau individu yang memang dikenali ramai. Pada pendapat peribadi aku lah,blogging ni memerlukan kombinasi bakat penulisan,kepakaran IT,rajin dan bonus kalau mempunyai rupa paras menarik.Rupa paras pun ada sedikit peranan juga,tak percaya,korang kajilah sendiri blog-blog perempuan yang ramai follower.Ini adalah realiti.Bila sampai level terkenal,percayalah,dengan entri paling ringkas sekalipun komen akan tiba bertalu-talu.
Tadi aku semak akaun Yahoo Mail aku,untuk tengok CommentLuv Notification.Dari situ aku akan reply komen-komen aku yang tak seberapa ni.Ada la sorang follower aku ni tanya,macamana nak jadi blogger pro.Terkedu gak aku,sebab aku rasa soalan dia patut ditanya kepada blogger yang ranking Alexanya 100,000 kebawah.Tapi takpelah,aku suka dan berbesar hati jawab soalan dia.Sikit sebanyak dalam perenggan pertama tadi dia boleh dapat sedikit klu macamana nak mencapai status pro.Istilah pro tu sendiri pun luas maksud sebenarnya.Pada anggapan aku,pro ni pakar dalam bidang IT lah.Boleh bangunkan web sendiri,template kemas,pageload cepat,isi kandungan relevan dengan carian Google,SEO tepat,dan macam-macam lagilah.
Untuk yang tak pro macam aku ni,kena banyak sabar.Mula dari bawah,guna platform Blogger dulu untuk memahami konsep dan asasnya.Dah biasa nanti baru switch ke Wordpress ke,sebab orang kata dan buku yang aku beli kata Wordpress ni mesra SEO.Memang amatur la pakai Blogger ni tapi apa ada hal kan asalkan kita faham konsep.Ramai juga yang berjaya dengan platform Blogger je.Terpulang pada citarasa dan keselesaan masing-masing.
Aku sendiri pun baru je nak belajar-belajar asas Wordpress,maklumlah cikgu tak ada.Kena belajar sendiri.Itu pun ada orang minta aku buatkan website untuk syarikat dia.Cabaran betul...Tapi tak apalah,kalau kita takut mencuba macamana nak tau boleh ke tidak kita harung cabaran tu.So,soal terkenal atau tak blog kita tu nanti,biar kita fikir kemudian je.Kalau nasib kita baik(dengan cara yang betul),cepatlah blog kita capai status yang kita nak.Silap gaya memang tak menang tangan nak mereply.Sampai tak boleh reply langsung pun tak best jugak,sebab membalas komen seumpama kita menghargai pengunjung blog kita.Ok Muhd Hafis ?Harap dapat sedikit motivasi dengan penulisan pendek aku ni.Sebenarnya aku tak layak langsung nak jawab soalan tu,tapi aku cuba bagi jawapan yang terbaik untuk hang.Haha!
Tadi jugak aku terbaca satu komen lagi pasal salah satu entri aku.Cuma komen yang datang dari pengomen bernama 'orang kampung' tu mengandungi emosi marah.Dia cakap aku bodoh dan macamlah aku ni stylo sangat.Katanya lagi blog aku pun macam cibai.Marah betul dia.Takpe,marah pun marahlah,komen juga ye tak?
Encik 'orang kampung',harap jangan berkecil hati dengan entri aku ya?Setakat ni aku rasa bahasa yang aku pakai masih lagi berlapik dan tidaklah celupar sangat.Aku tetap fikirkan sensitiviti pembaca blog aku.Mana la tau ada yang terasa.Kalau baca majalah Kereta,aku rasa encik 'orang kampung' boleh sentap jadinya.Lagi selamba dia bash mat kereta ah beng.Lari konsep memang terang-terang fail encik 'orang kampung' oii...Katakan aku pakai Kancil 660 pekak,tepek stiker DOHC dengan VTEC Inside besar-besar.Tak ke fail namanya tu.Tapi yelah,kereta masing-masing.Ikut selera depa lah nak bikin kereta rupa siamang sekalipun.Muhd Hafis,sila ambil perhatian ya?Nak jadi blogger yang baik jangan kutuk-kutuk orang tau,nanti kena marah.Apa yang berlaku sekeliling kita walaupun tahap kita nak gelak guling-guling sekalipun janganlah diupload ke laman blog.Menaip entri kena fikir dulu penerimaan masyarakat.Sebelum ni ada jugak komen yang macam ni.Orang tu marah aku cakap filem Cloverfield memeningkan kepala.Tapi,ada aku kisah???