Memaparkan catatan dengan label Arsenal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arsenal. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

Arsenal 2-1 Olympiakos,Match 2 Group F Champion League 2011


Jam 2.45 pagi tadi berlangsung perlawanan kedua peringkat kumpulan Champion League antara Arsenal dan Olympiakos di Stadium Emirates berkesudahan 2-1.Arsenal berada di tangga kedua dalam kumpulan F dengan empat mata selepas dua perlawanan.
Gol pertama Arsenal dijaringkan oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-8 permainan dan pemain pertahanan Andre Santos menambah jaringan pada minit ke-20.Tujuh minit kemudian David Fuster menanduk masuk menewaskan Sczesny untuk gol Olympiakos.
Keadaan tidak berubah sehingga tamat separuh masa pertama.Di separuh masa kedua,tiada gol dihasilkan.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu pendahulu kumpulan F,Marseille pada 19 Oktober 2011 di Stadium Stade Velodrome.

Isnin, 26 September 2011

Arsene Wenger Ada Senyum Sikit



Arsenal kembali ke landasan asal selepas dikecewakan 4-3 ditangan Blackburn minggu lepas.Minggu ni Arsenal melayan kunjungan Bolton Wanderers di Stadium Emirates yang berkesudahan 3-0.
Pada separuh masa pertama masing-masing terikat tanpa sebarang gol.Seawal 39 saat selepas separuh masa kedua bermula,Robin Van Persie menceriakan peminat Arsenal dengan golnya dari sudut sukar.
Gol kedua Van Persie dijaringkan selepas menguis hantaran lintang Theo Walcott didepan gawang Bolton iaitu gol yang ke-100 untuk pasukan Arsenal.Beberapa percubaan leret yang tepat ke pintu gol Bolton berjaya diselamatkan oleh Jaaskelainen.Gol ketiga Arsenal dijaringkan oleh Alex Song beberapa minit sebelum masa permainan tamat.
Arsenal menurunkan Czeszny,Bacary Sagna,Koscielny,Kieran Gibbs,Per Mertesacker,Aaron Ramsey,Alex Song,Mikel Arteta(Rosicky,81),Gervinho(Chamakh,85),Theo Walcott,dan Robin Van Persie(Arshavin,78).

Selasa, 20 September 2011

Apa Lagi Yang Tak Kena Dengan Arsenal...

Fan yang tengok game Arsenal Sabtu lepas sure menyumpah seranah dan geleng kepala sambil ratah saki-baki biskut raya.Gila ke hape sampai dua bijik own goal.Kesudahannya Blackburn menang 4-3.Dua perkara serius yang menyebabkan Arsenal terjunam ke kelompok bawah liga;pertamanya taktikal serangan yang 'perlahan' temponya dan yang kedua pertahanan yang fail.Fan Liverpool jangan gelak,team korang pun sama lemau.4-0 kena titik dengan Tottenham.

DailyMail
Nampaknya musim ni dua team otai tak menjadi.Tiada lagi istilah kekalahan lepas ni kalau masih bercita-cita nak jadi juara Liga.Dua pasukan lain yang masih berada atas landasan ialah Manchester United(gua cukup benci tengok team ni,tapi main cantik),dan Manchester City.

Team MU best,seimbang dari segi serangan dan pertahanan,cuma tak boleh blah dia punya fan.Terutamanya kat Malaysia.Budak-budak perempuan tak habis sekolah pun suka MU."Saya minat Cristiano Ronaldo,dia hensem"...jadah apa Ronaldo main dengan MU lagi.

Bila gua perhatikan cara Manchester United main,gua selalu perhatikan berapa ramai pemain dia berada depan gol lawan bila dalam posisi menyerang.Sekurang-kurangnya 5-6 pemain beb.Sangat mencukupi untuk 'menyapu' bola hantaran lintang atau bola yang terlepas dari pegangan penjaga gol.Pemain pertahanan still in position in case kalau kena counter attack.
Ditambah lagi dengan kepantasan trio Rooney,Chicarito dan Nani,segalanya kelihatan lancar untuk Manchester United menjulang Piala Liga musim ni.Berat jari gua nak taip macam ni,tapi gua ikhlas cakap.Gua rasa MU hardcore jangan harap nak puji pihak lawan.
News terbaru yang gua baca dalam SuratHarian (DailyMail),tok Wenger sedang mencari defensive coach untuk melatih pemain pertahanan yang setakat ni masih FAIL walaupun season ni dah membeli Per Mertesacker dan Andre Santos.
Dua perkara yang gua highlight awal-awal tadi kalau dapat diatasi,segalanya akan back on track.Gua sampai terpikir nak email Arsene Wenger semalam,hahah!

Jumaat, 9 September 2011

Arsenal New 'Army'

Gua malu tahap longkang bila tengok Arsenal kena belasah 8-2 minggu lepas.Main bola jadah apa,tiga match cuma dapat collect 1 point.Tengok minggu ni pulak ape cerrrr dengan lima orang lagi pemain baru.

1.Yossi Benayoun yang dipinjamkan dari Chelsea.Player Israel ni dijangka dipinjam sehingga tamat season 2011/2012 ni.Berumur 31 tahun.

2.Per Mertesacker dibeli dari Werder Bremen dengan harga 11.3 juta Euro.Pemain pertahanan berpengalaman untuk menyeimbangkan kelab Arsenal yang 'remaja' ni.Berumur 26 tahun,boleh dikatakan senior dalam dunia bola sepak Inggeris.Biasanya player bola kat sana umur 16 dah masuk level professional.

3.Mikel Arteta,pemain tengah yang dibeli dari Everton dengan nilai 12 juta Euro.Pun level senior,berumur 29 tahun untuk menggantikan posisi yang dikosongkan Fabregas.Mengikut undian dalam laman web Barclays,Mikel berada di tempat pertama dalam undian 'Most Impact Deadline Signing'.

4.Andre Santos,pemain pertahanan Brazil yang dibeli dari Fenerbahce pada harga 7 juta Euro.Berumur 28 tahun untuk menguatkan pertahanan remaja Arsenal yang selama ni lemau.Paling lemau gua tengok Johan Djorou.Vermaelen main best,tapi selalu injured.Carl Jenkinson selalu sangat tinggalkan posisi dia,bila kena counter attack,lintang pukang berkejorrr turun bawah semula.


5.Park Chu Young,pemain Korea Selatan yang bermain untuk kelab Monaco,dibeli dengan yuran perpindahan 3.4 juta Euro.Umur dia nanti gua Google.



Setakat ni lapan muka baru dalam Arsenal termasuk tiga yang dah dibeli sebelum ni,Gervinho,Alex Oxlade Chamberlain dan jugak Carl Jenkinson.Marah memang la marah dengan Arsenal,nama pun fan.Arsene Wenger terlalu obses dengan player muda.Kali ni beliau berbelanja besar mengalahkan orang nak sambut raya.
Tak pernah la gua tengok dia beli player macam beli biskut raya.Pemilihan pemain pun lebih seimbang.Gua dah cakap,pemain otai kena ada,especially posisi pertahanan.

Rabu, 13 Julai 2011

Malaysia VS Arsenal;Ryo Miyaichi

Rasa lega bila ternampak kelibat Samir Nasri menjalani latihan untuk perlawanan menentang pasukan Malaysia sempena Asia Tour Arsenal.Sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan persahabatan di Asia walaupun pintu perpindahan musim ni masih terbuka.
Robin van Persie,Jack Wilshere,Theo Walcott,Bacary Sagna,Alex Song,Tomas Vermaelen dan pemain yang baru diserapkan ke skuad utama iaitu Ryo Miyaichi kelihatan menjalani latihan.



Berumur 18 tahun,Ryo Miyaichi menyertai Arsenal pada musim panas 2010,dipinjamkan ke pasukan Feyenoord dan setelah tamat tempoh pinjaman,dia kembali ke Arsenal.Dilahirkan pada 14 Disember 1992,dan mula bermain bola untuk kelab sekolahnya iaitu Sylphid F.C di Nagoya.Ujian larian 100  meternya dikatakan 10.84 saat,dibawah sedikit dari Theo Walcott,10.30 saat.
Sepanjang tempoh pinjamannya ke Feyenoord,dia mendapat pujian untuk prestasinya yang mengagumkan sehingga media disana mengatakan corak permainannya adalah campuran antara Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo. Asia Tour memberikannya peluang untuk menunjukkan kualiti sebagai pemain tengah yang layak berada dalam pasukan utama.
Perlawanan malam ni jam 8.30pm di Stadium Bukit Jalil,dan bagi aku tak kisahlah siapa yang menang.Kalau pasukan Malaysia menang lagi bagus,sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat sebelum menentang Singapura.

p/s:dengarnya ada tayangan live di Astro Supersport 8.30 malam ni,sumbernya di aizatshafiq .Masa aku taip entri ni,takde plak announcement dalam website Astro.Kalau ada baguslah,tak jadi nak o.t lelama,hehe!

Khamis, 7 Julai 2011

Gervinho;Dari Lille ke Arsenal

Selepas kehilangan Gael Clichy yang berpindah ke Manchester City,adakah rumor yang mengatakan Samir Nasri dan Cesc Fabregas bertukar kelab akan menjadi kenyataan.Samir Nasri menjadi sasaran Manchester United dan Manchester City,serta Cesc Fabregas teringin kembali ke kelab semasa zaman remajanya,Barcelona. Apalah nasib Arsenal musim akan datang ni.Harapnya Samir Nasri belum terdesak untuk meninggalkan Arsenal.Untuk musim lepas,Samir Nasri lah pemain Arsenal yang paling ketara peningkatan prestasinya.Gael Clichy pulak,padanan seimbang kiri dan kanan bersama Bacary Sagna.
Untuk mengubati kekecewaan peminat Arsenal,kelab Arsenal telah pun melengkapkan perpindahan pemain Ligue 1 dari kelab Lille,Gervinho dengan nilai 11.2 juta pound.Pemain yang berasal dari Ivory Coast ni menyertai perpindahan masuk kedua ke Arsenal selepas Arsenal mendapatkan pemain pertahanan Charlton dan pemain Finland Bawah 19 tahun,Carl Jenkinson.
Gervinho atau nama asalnya Gervais Yao Kouassi dilahirkan di Anyama pada 27 Mei 1987 mula bermain di akademi bolasepak ASEC Abidjan dan kemudiannya menimba pengalaman di Toumodi FC.Hujung musim 2006/2007,dia memulakan karier dalam Ligue 1 bersama kelab Le Mans membantu pemain tengah,Romaric.Dalam 67 penampilan,beliau menjaringkan 14 gol.
Kemudian menyertai Lille pada 2009 dan dalam musim pertama,sebanyak  13 gol dihasilkan dalam 32 penampilan.Musim kedua menampakkan lagi keberkesanan Gervinho dalam membantu Lille apabila menjaringkan 18 gol dalam 42 penampilan seterusnya menjulang Lille sebagai juara Ligue 1,iaitu pertama kali  dalam tempoh 57 tahun.Beliau juga bersama-sama pasukan Lille ketika  memenangi Coupe De France,juga pertama kali untuk Lille sejak 1955.
Bagi Arsenal pula,sebagai persediaan jika kehilangan Samir Nasri dan Fabregas yang pastinya menjatuhkan moral penyokong dan pemain,Arsenal juga bersedia untuk mendapatkan penyerang Real Madrid,Karim Benzema.

Selasa, 15 Mac 2011

Jens Lehmann Kembali Membantu Arsenal


Jens Lehmann kembali ke Arsenal.

Bekas penjaga gol Arsenal yang meninggalkan kelab ini pada 2008 kembali untuk menyahut panggilan Arsene Wenger yang buat masa ni menghadapi krisis penjaga gawang.Jens Lehmann yang berusia 41 tahun akan menjaga gawang Arsenal sehingga hujung musim ini.
Penjaga gol muda Arsenal,Wojciech Szczesny terpaksa diketepikan selama enam minggu akibat kecederaan jari,Manakala Lukasz Fabianski akan berehat sehingga musim ini berakhir kerana baru sahaja menjalani pembedahan bahu.Vito Mannone pula sedang dipinjamkan ke Hull City.
Jens Lehmann merupakan salah seorang penjaga gol terbaik Arsenal dan pernah mengharungi musim 2003/2004 tanpa kalah dan seterusnya berjaya menjuarai Liga Inggeris.Cuma satu tugas berat untuk Arsene Wenger,iaitu meredakan 'perang dingin' antara Jens Lehmann dan Manuel Almunia.
Untuk peminat Arsenal,saksikan aksi 'comeback' Jens Lehmann Sabtu ini menentang West Bromwich Albion.

*Image & news from dailymail

Rabu, 9 Mac 2011

Barcelona VS Arsenal(3-1),Camp Nou 2011


Match Result: Barcelona 3-1 Arsenal

Barcelona
-Messi,45+3",71(pen)
-Xavi Hernandez 69"
Foul commited:N.A (Suci murni & football angel)

Arsenal
-Busquet,53"(o.g)
Foul commited: Sagna(yellow),Koscielny(yellow),Van Persie,(red),Wilshere(yellow)


Referee:Massimo Busacca
Commentary:Massimo BIASED!

Ahad, 28 November 2010

Aston Villa 2-4 Arsenal (27 November 2010)

Andrey Arshavin menjaringkan gol pertama Arsenal.
Empat gol diperolehi Arsenal ketika berkunjung ke Villa Park menentang pasukan tuan rumah,Aston Villa.Kemenangan yang 'wajib' untuk Arsenal setelah tewas dua perlawanan berturut-turut iaitu kekalahan kepada Tottenham Hotspur dan yang terbaru dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara ketika menentang Braga.
Gol pertama Arsenal menerusi percubaan leret Andrey Arshavin yang menerjah sudut kiri gol Aston Villa pada minit ke-38.Gol kedua melalui rembatan cantik Samir Nasri yang menyambut bola sepakan sudut pada minit ke-44.Samir Nasri merupakan pemain Arsenal yang mempamerkan peningkatan prestasi yang ketara musim ini.
Selepas rehat,separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah memperolehi gol pertama hasil sepakan kaki kiri Ciaran Clark setelah mendapat bola hantaran Bannan.Gol dijaringkan pada minit ke-51.Arsenal bertindak pantas menjarakkan defisit gol setelah Marouane Chamakh menyempurnakan through ball dari Tomas Rosicky.
Tandukan pemain Aston Villa yang terkena palang dan melepasi garisan gol menjadikan kedudukan 2-3 pada minit ke-70.Sekali lagi hasil usaha keras Ciaran Clark.
Minit ke-84,Arsene Wnger melakukan pertukaran dua pemain,Kieran Gibbs dan Denilson menggantikan Samir Nasri dan Andrey Arshavin diikuti  Johan Djourou yang menggantikan Tomas Rosicky pada minit ke-89.
Di minit-minit terakhir permainan,Marouane Chamakh  melakukan hantaran didepan pntu gol Aston Villa dan ditanduk masuk oleh Jack Wilshere.Gol tersebut merupakan gol pertama Wilshere untuk Arsenal.
Kedudukan pasukan buat masa ini Arsenal mendahului tangga liga dengan 29 mata setelah 15 perlawanan dan bakal dipintas Manchester United yang mencatat jaringan 6-0 menentang Blackburn ketika perlawanan masih berada pada minit ke-68 buat masa ini.

Jaringan:
Aston Villa:Ciaran Clark(51',70')
Arsenal:Andrey Arshavin(38'),Samir Nasri(44'),Marouane Chamakh(55'),Jack Wilshere(90')

Foto dan informasi diolah dari arsenal.com

Sabtu, 20 November 2010

Arsenal 2-3 Tottenham Hotspur (20 November 2010)


Arsenal tewas di halaman sendiri apabila kesilapan demi kesilapan berlaku membolehkan pasukan tetamu menjaringkan  tiga gol di separuh masa kedua.

Sebelum waktu rehat,Arsenal mendahului dengan dua gol hasil jaringan Samir Nasri (12")dan Marouane Chamakh(27").Malangnya kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Tottenham menggandakan asakan di separuh masa kedua dan mendapat gol pertama hasil jaringan Gareth Bale.

Akibat ke'nakal'an Cesc Fabregas menahan bola menggunakan tangan,Tottenham mendapat penalti yang disempurnakan oleh Rafael Van Der Vaart menjadikan kedudukan 2-2.Arsene Wenger cuba menukar percaturan dengan memasukkan Robin Van Persie menggantikan Marouane Chamakh.

Tottenham menambah jaringan menjadikan kedudukan 3-2 apabila bola lambung hasil sepakan percuma Rafael Van Der Vaart kedalam kotak penalti Arsenal berjaya ditanduk kebelakang oleh Kaboul.

Arsenal cuba menyamakan kedudukan apabila Laurent Koscielny berjaya menanduk masuk hantaran sepakan percuma Van Persie,tetapi gol tersebut dibatalkan kerana kedudukan offsaid.

Disaat-saat akhir Arsene Wenger melakukan pertukaran pemain kali kedua dengan memasukkan Theo Walcott dan Tomas Rosicky untuk menggantikan Andrey Arshavin dan Samir Nasri.Tapi pasukan pelawat bertahan dengan baik hingga ke masa penamat.Cuma satu rembatan dari Tomas Rosicky berjaya dilakukan,dan ditangkap kemas oleh penjaga gol Tottenham,Gomes.

Tottenham akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan di halaman Arsenal selama 17 tahun.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Aston Villa.

Isnin, 15 November 2010

Arsenal 2-1 Everton

Arsenal berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga,Chelsea selepas menewaskan Everton yang beraksi di tempat sendiri.Selain dari memintas kedudukan Manchester United,Arsenal merapatkan perbezaan mata dengan Chelsea yang tewas kepada Sunderland 3-0.
Arsenal mengekori rapat jumlah kutipan mata iaitu sebanyak 26 mata dan Chelsea masih menghuni tangga pertama dengan 28 mata.


Gol pertama Arsenal diperolehi hasil percubaan pemain pertahanan,Bacary Sagna pada minit ke-35 dari sudut sukar dan kapten pasukan Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48.Samir Nasri dan Marouane Chamakh juga berpeluang menambahkan jaringan tapi percubaan Nasri berjaya ditampan penjaga gol Everton,Tim Howard.
Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi jaringan pada minit ke-88 melalui percubaan Tim Cahill ketika berlaku kekalutan didepan pintu gol.Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras menafikan percubaan-percubaan Jermaine Beckford,Steven Pienaar dan Louis Saha.
3 mata penuh yang amat penting untuk menebus kembali mata yang ketinggalan akibat kekalahan kepada Newcastle minggu lepas.Perlawanan diadili oleh pengadil,Howard Webb.

Jumaat, 12 November 2010

Arsenal 2-0 Wolves


Setelah tewas kepada Newcastle United,Arsenal kembali ke landasan untuk mengurangkan jurang mata dengan pendahulu,Man.Utd dan Chelsea.
Terbaru,Arsenal menewaskan penghuni tangga kedua tercorot Liga Inggeris,Wolves dengan dua jaringan dari penyerang baru Arsenal,Marouane Chamakh.Masa jaringan yang menarik oleh Marouane Chamakh iaitu pada saat ke 39 permainan bermula untuk dia menjaringkan gol pertama,dan gol kedua diperolehi pada minit ke-90 permainan.
Jaringan pertama melalui tandukan yang menjangkaui penjaga gol Wolves,Marcus Hahnemann hasil hantaran lintang oleh Alex Song.Di saat-saat akhir permainan,Chamakh dengan tenang menjaringkan gol kedua untuk memastikan Arsenal mendapat tiga mata penuh untuk merapatkan jurang mata dengan penghuni tempat kedua,Man.Utd iaitu dengan 23 mata melalui 12 perlawanan setakat ini.
Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Everton di Goodison Park pada 14 November ni.Pada perlawanan sebelum ni,Everton seri 2-2 dengan Blackpool dan Arsenal tewas kepada Newcastle United 1-0.

Khamis, 28 Oktober 2010

Arsenal 4-0 Newcastle United(Carling Cup 2010)

Arsenal menang lagi!!



Momentum dari kemenangan keatas Manchester City baru-baru ni,skuad Arsene Wenger kesayangan aku berjaya membenam Newcastle United di St.James Park dengan empat gol dalam pusingan ke-4 Carling Cup.Sebelum ni,dalam pusingan ke-3 Arsenal menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 manakala Newcastle United mengalahkan Chelsea 4-3.
Gol pertama jaringan sendiri Tim Krul,penjaga gol Newcastle,ditambah jaringan Theo Walcott(53',88') dan Nicklas Bendtner(83').
Arsene Wenger menurunkan penjaga gol keempat,Wojciech Szczesny dan juga pemain pertahanan simpanan,Craig Eastmond.
Arsenal akan menyertai Manchester United,Wigan,Ipswich,Birmingham dan West Bromwich Albion ke pusingan suku akhir.Penentuan perlawanan untuk pusingan suku akhir akan ditentukan Sabtu ni.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kenapa Aku Suka Arsenal



Perkenalan aku dengan dunia sukan paling terkenal di muka bumi ni agak lewat.10 tahun dulu aku sangat la tak faham kenapa la orang suka sangat dengan bola sepak,baca paper pun mula dari belakang.Tu belum lagi tengok statistic chart.Ape benda la yang dimaksudkan dengan P,M,S,K,J,M.
Lepas aku beli PSOne,aku mula berjinak-jinak mengenali dunia bolasepak melalui game Winning Eleven/Pro Evolution Soccer.Masa tu World Cup Korea/Japan tengah rancak.Dari game Winning Eleven la aku kenal apa tu offside,free kick,through ball,1-2,corner kick dan sebagainya.Kalau tak,sikit pun aku tak tau.
Bila dah minat bola,tentu ada pasukan dalam Liga Inggeris yang diminati.Bagi aku plak,aku sangat meminati Arsenal.Alasan utama aku minat Arsenal nak tau pasal apa?


Pasal managernya nama Arsene Wenger.
Bagi aku Arsenal dan Arsene Wenger ada chemistry.A.R.S.E.N.A.L dan A.R.S.E.N.E Wenger sangat serasi.Bagi aku jugak Arsene Wenger sangat bijak mencari bakat-bakat muda yang akan dilatih menjadi Superstar.Selain tu,Arsene Wenger bijak dalam berbelanja dan beberapa pemain berbakat yang dia dapat,just for free!
Berbanding pasukan lain yang berbelanja besar nak beli superstar,itu tak mengkagumkan aku kalau pasukan tu mantap.Yelah,player mahal-mahal takkan nak expect perform hampeh kot.Sebagai contoh perlawanan semalam,Arsenal vs Manchester City yang berkesudahan Arsenal menang 3-0.Betapa pemilik Manchester City melabur kaw-kaw sekalipun belum tentu menjamin kemenangan.
Contoh beberapa player yang telah menjadi superstar dibawah latihan Arsenal seperti Thierry Henry,Nicholas Anelka,Ashley Cole,Robin Van Persie,Theo Walcott dan Cesc Fabregas.Dulu siapa diorang ni?Nama diorang biasa-biasa je sehinggalah menjejakkan kaki ke Arsenal.
Dalam ramai-ramai bakat muda dalam Arsenal,buat masa sekarang ni aku kagum dengan prestasi Samir Nasri.Makin lincah dan berkeyakinan depan pintu gol.Ditambah dengan kehadiran Marouane Chamakh yang berkeupayaan menanduk bola dengan tepat,kepantasan Bacary Sagna di sebelah kanan dan Gael Clichy di sebelah kiri,aku rasa Arsenal berada dalam keadaan yang agak stabil.Cuma ketiadaan Thomas Vermaelen yang aku rasa agak kurang dari segi pertahanan.
Kalau sebelum ni Manuel Almunia sebagai penjaga gol utama,nampaknya Arsene Wenger dah mula bagi peluang kepada penjaga gol kedua,Lukasz Fabianski.Cuma satu je,muka Fabianski ni jambu,penyerang lawan tak gerun,haha!Mujur semalam dia beraksi cemerlang,Man of The Match tu!


Yang aku nampak,kebelakangan ni Wenger kerap menurunkan Marouane Chamakh,Samir Nasri,Andrei Arshavin,Lukasz Fabianski dan Alex Song untuk menambahkan pengalaman diorang.
Pemain berbakat lain macam Nicklas Bendtner,Carlos Vela,Theo Walcott,Robin Van Persie,Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny dan Eboue disimpan dulu.Go,Gooners!