Sabtu, 20 November 2010

Arsenal 2-3 Tottenham Hotspur (20 November 2010)


Arsenal tewas di halaman sendiri apabila kesilapan demi kesilapan berlaku membolehkan pasukan tetamu menjaringkan  tiga gol di separuh masa kedua.

Sebelum waktu rehat,Arsenal mendahului dengan dua gol hasil jaringan Samir Nasri (12")dan Marouane Chamakh(27").Malangnya kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Tottenham menggandakan asakan di separuh masa kedua dan mendapat gol pertama hasil jaringan Gareth Bale.

Akibat ke'nakal'an Cesc Fabregas menahan bola menggunakan tangan,Tottenham mendapat penalti yang disempurnakan oleh Rafael Van Der Vaart menjadikan kedudukan 2-2.Arsene Wenger cuba menukar percaturan dengan memasukkan Robin Van Persie menggantikan Marouane Chamakh.

Tottenham menambah jaringan menjadikan kedudukan 3-2 apabila bola lambung hasil sepakan percuma Rafael Van Der Vaart kedalam kotak penalti Arsenal berjaya ditanduk kebelakang oleh Kaboul.

Arsenal cuba menyamakan kedudukan apabila Laurent Koscielny berjaya menanduk masuk hantaran sepakan percuma Van Persie,tetapi gol tersebut dibatalkan kerana kedudukan offsaid.

Disaat-saat akhir Arsene Wenger melakukan pertukaran pemain kali kedua dengan memasukkan Theo Walcott dan Tomas Rosicky untuk menggantikan Andrey Arshavin dan Samir Nasri.Tapi pasukan pelawat bertahan dengan baik hingga ke masa penamat.Cuma satu rembatan dari Tomas Rosicky berjaya dilakukan,dan ditangkap kemas oleh penjaga gol Tottenham,Gomes.

Tottenham akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan di halaman Arsenal selama 17 tahun.Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Aston Villa.