Isnin, 12 Disember 2011

Bertudung dan Konsert



Dua gambar diatas ialah petikan artikel dari akhbar sisipan Pancaindera (kalau tak salah,aku ni cepat pelupa pulak sekarang ni,padahal baru semalam aku amik gambar ni).Tak kisahlah,ia adalah mengenai konsert kumpulan Far East Movement yang popular dengan lagu Like A G6.Sure korang biasa dengar lagu tu,agak layan jugak la tapi lepas aku tengok videoklipnya aku jadi segan pulak.Apekejadah aku dengar lagu macam tu?Takde motif langsung.
Ok,menurut artikel akhbar tu,konsert tersebut dicemari beberapa aksi kurang sopan yang melibatkan minuman keras.Baca betul-betul tulisan yang aku tandakan dengan kotak warna merah dalam gambar pertama.Nampak?
Minuman keras?Bertudung?
Jadah apakah wanita bertudung menonton konsert sampah macam ni?Bukan tak boleh pergi konsert,tapi...Budak-budak sekarang makin pelik la...

Gambar dua,DJ Junior menonggang botol arak.Dah tak terkejut aku tengok,for sure bukan Muslim.Videoklip lagu Like A G6 tu pun asyik tunjuk orang menonggang arak je.Masa aku pergi Sabah ari tu,nama DJ paling pelik aku pernah jumpa,DJ Dildo.Serius huduh nama tu.Baik tukar nama,letak DJ Terung.