Sejak jadi pelanggan Astro,dah makin jarang aku tengok rancangan berbentuk berita.Entah apa isu hangat sekarang aku pun tak tau.Kebanyakan berita aku baca dari internet.Betul yang ditulis,maka betullah informasi yang aku dapat.Balik kerja,buka TV terus tonton rancangan How It's Made,sambung dengan rancangan How Do They Do It.Lepas tu HBO,jenguk-jenguk ASSP/ESPN....macam tu lah setiap hari.Dah kurang minat nak tau berita tempatan.Kalau sesekali rasa macam dah lama sangat tak tengok berita,aku buka TV9.
Ada beberapa isu yang aku nak ulaskan kat sini berkenaan masyarakat kita.Maaflah,aku ni sesekali suka jaga tepi kain orang.Pertamanya aku nak kongsikan sesuatu yang tersirat tentang rakyat Malaysia (terutamanya Melayu),masih ramai yang KURANG berilmu.Sebab kenapa mulut aku cam longkang je hari ni?Kira ok lagi la ye tak sebab aku tak cakap ramai Melayu bodoh,cuma kuraaaanggg ilmu.Betul ke?
One Million Money Drop
Astro rajin buat rancangan macam ni sebab duit tak jadi masalah untuk diorang.Satu lagi rancangan berbentuk gameshow yang diadaptasikan daripada rancangan TV popular di luar negara.Apa yang menariknya,selain dari menguji ilmu pengetahuan peserta,hadiah yang ditawarkan sangat lumayan.Kalau dapat semua,boleh terus resign 24 jam.Jadah apa kerja dengan orang lagi dah,baik masuk kursus perniagaan,buka bisnes sendiri.
Minggu lepas aku sempat menonton rancangan tu,yang dihoskan oleh AC Mizal.Pemilihan peserta tak tahulah macamana Astro pilih.Bila aku tonton rancangan tu,aku terfikir apa kelayakan untuk menyertai rancangan One Million Money Drop ni?
Adakah Astro memilih hanya peserta yang biasa-biasa je?Aku yakin tentu ramai pensyarah,jurutera,doktor yang nak dapatkan duit mudah.Sangat malang bila aku tengok peserta rakyat Malaysia,kelahiran Malaysia tapi tak tahu antara tasik Kenyir,Chini,Titiwangsa dan Temenggor yang mana satu terletak di negeri Perak.
Tasik manakah yang terletak di Negeri Perak? |
What the fuuuu..... |
Lain la soalannya tentang Tasik Baikal ke,Tasik Okechobee ke....aduiiii...
Screenshot dari moneydrop.my |
Tengok screenshot diatas.Pasangan 'kacak' diatas menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan,'negeri manakah yang popular dengan masakan Masak Lemak Cili Padi'.Boleh pasangan kembar ni bahagikan wang yang ada kepada negeri Johor,Melaka,dan Negeri Sembilan.Empat pilihan jawapan,satu negeri lagi apa tah,aku tak ingat,negeri California kot.Dah tentu la jawapannya Negeri Sembilan,kalau tak,takkan la orang sebut Masak Lomak,kan bunyi N9 tu.Tersengih je AC Mizal,dia orang N9.Akhirnya pasangan kembar ni gagal walaupun mara ke soalan kelapan dengan bekalan RM20,000 saja.
Bila aku fikir balik,aku rasa Astro sengaja pilih peserta yang biasa-biasa je.Duit diorang pun tak habis.Bila interview untuk rancangan macam ni,elok jangan tunjuk pandai,buat bangang je.Dah layak join,baru keluarkan ilmu.Kalau kita pandai sekalipun,boleh lagi la nak buat-buat bodoh,tapi kalau diorang nak peserta yang kacak,jambu,jelita mana nak pinjam muka??Hehe!
Walaupun internet yang merupakan gudang ilmu dah jadi perkara biasa kepada masyarakat kita sekarang,masih ramai yang tak memanfaatkannya.Bila buka Google Chrome atau Mozilla benda pertama yang dibuka ialah?....Facebook,laman web politik(yang tak memberi input bermanfaat langsung),porno(damn true,rakyat Malaysia memang suka ni),gosip-gosip artis(maaf kepada pengendali laman blog hiburan) dan yang berkaitan dengannya.
So,terpulanglah,pilihan masing-masing nak baca apa.Aku tak mahulah ada yang cakap,baru blogging setahun jagung,dah banyak bunyi.
Minuman Keluaran Permanis Ada HIV?
Isu ni dah berlegar dalam beberapa minggu ni agaknya dalam laman-laman sosial dan juga wujud dalam bentuk SMS berantai.Dalam akhbar Metro Jumaat lepas pun ada satu kolum,penafian berita tu oleh Naib Presiden Pemasaran Permanis.(lupa bawa card reader,tak boleh nak upload gambar kolum paper tu).Khabarnya minuman keluaran Permanis yang mengeluarkan minuman berjenama Pepsi,Tropicana dan 7Up telah tercemar oleh darah pekerjanya yang mempunyai HIV.
Apa yang korang fikir bila terdengar berita macam ni?
Terus pos kat Facebook,"Euwwww...sumpah taknak minum Pepsi.",atau "Semalam I minum Pepsi kat KFC,agak-agak terjangkit tak,huhu!",atau "Boleh percaya ke ni?"
Benda ni lah yang buat aku cakap ramai Melayu kurannngggg ilmu.Main internet hari-hari,tapi buka laman sosial je yang tau.Pertamanya kita kena fikir beberapa perkara:
1)Macamana seorang pekerja berpenyakit serius boleh bekerja dalam syarikat consumer goods?
2)Sekiranya betul berlaku,tidakkah pihak syarikat mereject batch yang telah terkontaminasi?
Soalan yang paling penting:
3)Mampukah virus HIV survive diluar badan manusia,dan dalam kes ni dalam minuman berkarbonat Pepsi?
Langkah pertama kalau tak tau jawapannya,klik ruang searchbox Google,taipkan "How HIV Spread".So,immediately kita dapat tau possibility yang berita ni karut adalah tinggi.Kalau berita ni benar sekalipun,ianya lebih kepada isu jijik(sebab darah tercampur dengan minuman),bukan sebab penggemar Pepsi akan dijangkiti HIV.
Masyarakat kita mudah sangat forward benda-benda karut macam ni tanpa berfikir terlebih dahulu.Isu Pepsi HIV ni mengingatkan aku satu berita karut yang aku pernah terbaca dalam laman sosial jugak,tentang hati-hati membeli pad wanita dari China.Boleh termengandung anak tikus wooo!!Gila fiksyen.Tak sekolah betullah siapa yang sebarkan cerita tu.
Entah silapnya dimana aku pun tak pasti.Itulah dia realiti masyarakat Melayu kita.Orang tak baca bebelan panjang aku ni pun tak apa,asalkan aku dah jalankan tanggungjawab sosial,menegur masyarakat tentang apa yang aku rasa salah.Trimas!