Hari ni 1 Ogos 2011,pertama kalinya aku berpuasa sebagai seorang suami.Zahirnya nampak sama,apalah bezanya dengan berpuasa semasa zaman bujang.Sebenarnya agak banyak bezanya.
Semalam jam 9.30 pagi dah pun kena meneman isteri membeli kain di Jakel Shah Alam.Bukannya isteri tak pandai memandu,cuma katanya lagi 'best' kalau suami temankan.Lepas membelek-belek sekitar 20 gulungan kain,akhirnya aku bertindak.Aku pilihkan satu jenis kain yang pada mata aku nampak cantik.Actually bukan untuk dia,katanya untuk mak mentuanya(mak akulah tu).Selesai masalah memilih kain.Oh ya,sempat juga dia mengambilkan dua helai kain pelikat untuk dipakai ke solat terawih.
Itu soal membeli kain,hatta mahu membeli setin tomato puri dan sebotol sos pun si isteri rela menunggu aku balik untuk ditemankan membeli barang dapur yang sedikit itu.Rasanya situasi ini akan berlanjutan sehingga kami mendapat seorang anak.Orang perempuan ni bila dah ada anak,tak berapa nak berkepit sangat dah dengan suami,betul tak?
Usai membeli kain,kami terus ke NSK Selayang untuk membeli keperluan dapur.Katanya murah disitu.Sepanjang jalan dari Taman Pinggiran Gombak hingga lebih kurang 500 meter lagi untuk sampai ke NSK Selayang,jalan sesak teruk.Kebetulan semua orang bersiap-siap untuk menghadapi puasa,kereta tak dapat bergerak.Lebih kurang satu jam setengah kat situ masa terbuang,aku patah balik.Sakit kepala menghadap jem walaupun kereta berair-cond.Aku sempat cakap kat isteri aku,'jangan sebut-sebut lagi nama NSK.Kita beli je barang kat Tesco atau Giant'.
Hehe!Dia memang tau aku tak boleh tahan pergi tempat sesak-sesak ni,aku cepat rimas.Lepas tu mula la mood aku lari.Kami balik ke rumah mak mertua aku,berehat.Kata isteri aku pukul tiga kita pergi Giant.Lepas solat Zohor,isteri aku bagi panadol dua bijik,aku lelap sampai 3.30pm.Biasalah janji Melayu,janji pukul 3,dekat pukul 5 baru gerak.Dok menyembang pasal persedian raya,terawih,bla..bla..bla..
Termasuklah isu pakaian hendak ke surau mengerjakan solat terawih.Inilah yang aku katakan beza menyambut Ramadhan semasa bujang dan juga setelah berkahwin.
Semasa bujang,ketibaan Ramadhan tidak banyak bezanya.Keperluan dapur tidak perlu dibeli,bungkus je di bazar Ramadhan,merata tempat ada.Cuti raya pun tak kisah nak balik kampung berapa lama,selagi cuti tahun ada.Soal pakaian nak ke surau/masjid,pakai saja apa yang ada asalkan baik dan bersih.Baju raya?Lagi la tak payah serabut,last minute pun boleh beli.
Tapi tu semua kenangan silam,tak boleh lagi kekal macam tu.Persediaan kena dibuat awal,cuti pun kena rancang,supaya sama-sama bercuti serentak.Pakaian nak ke surau/masjid pun harus sesuai.Baju raya je tak payah pening,pakai je baju nikah hari tu untuk raya pertama.Hahaha!
Berbuka dengan menu apalah agaknya hari ni ek?