Monday, April 8, 2013

Journey To Kuala Kurau

Hujung minggu beberapa minggu lepas boleh dikatakan antara hari yang paling banyak perjalanan dalam hidup aku.Perancangan awal untuk ke rumah saudara jauh sebelah mak aku ditambah dengan perjalanan tambahan disaat akhir,menjadikan sepanjang hari kereta aku bekerja keras.
Mak aku dilahirkan di Kuala Kurau,Perak sebelum arwah atuk dan nenek sebelah mak aku membuat keputusan berhijrah ke Sekinchan Selangor.Tahun bila aku tak pasti,mungkin awal 70-an dulu.Oleh sebab itulah masih ada cabang saudara-mara yang tinggal disana.Kali terakhir mak aku kesana mungkin ketika zaman remajanya dulu.
Di pihak aku walaupun pertalian saudara sudah agak jauh,tidak ada salahnya untuk mengenali cabang-cabang persaudaraan walaupun mungkin kunjungan ke Kuala Kurau Perak itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidup aku.Lagipun,best apa berjalan ke tempat orang.Sekurang-kurangnya...”oh,aku pernah sampai sana”.Pernah tengok stesen minyak Buraq Oil?Haaa,nanti aku cerita.
Persediaan pertama adalah memastikan kesihatan kuda tunggangan aku.Dari segi enjin tak ada masalah sebab balik dari kenduri di Alor Star dulu aku dah tukar minyak enjin semi sintetik Perodua.Paling pekak pun boleh lagi belasah sampai 7000km.Tapi masalah yang satu ni memang wajib kena atasi.Aku perasan handling kereta aku semakin sampah masa perjalanan pergi balik ke Alor Star tu.
Sabtu lepas aku bercadang nak rotate tayar memandangkan dah hampir setahun dilenjan lepas tukar rim.Bila nak rotate dah tentu kena balancing semula.Masa balancing la baru aku perasan rim dah hampir kesemuanya bengkok.Tak repair tak boleh juga sebab driving pun dah tak best sebab vibration kuat.So,dua rim yang paling teruk bengkoknya terpaksa dibakar dan diketuk semula.Kos pembaikan sebiji rim RM80.Repair dua biji rim+balancing+rotate telah mengepau bajet aku sebanyak RM188.
Aku pun tak sangka agak fragile juga rim-rim ni sebabnya sesekali bila aku check lepas mengharung perjalanan yang teruk,rim nampak ok je.Rupanya bahagian dalam rim yang menerima lebih tekanan setiap kali aku mengharung jalanraya Malaysia yang teramat cantik ni.Aku ni pulak jenis takde nak berhati-hati sangat sebab aku yakin suspensi aku tak keras mana pun.Nampaknya lepas ni aku tak boleh terlalu ambil mudah permukaan jalanraya yang akan dilalui.Konfigurasi tayar 205/40/R17 memang tak boleh belasah lasak sangat.Mungkin lepas ni kalau aku tukar tayar lagi,mungkin aku akan trade in dengan rim 16 sahaja.Pakai rim 17 memang kereta nampak hensem,tapi kalau asyik bengkok je lama-lama rim pun dah tak kuat lagi.
Ada member yang suggest rim original(rim aku pakai sekarang ni SSR Type C RS imitation dari Taiwan),masalahnya rim original mahal nak mampos.Dengarnya rim secondhand halfcut Jepun saiz 17 inci dengan PCD 100 empat lubang boleh cecah 6k tuh!Rim dah 6k,takkan sarung tayar cap ayam kot.Koman-koman kena pakai Potenza,baru kena gaya.Dengan pendapatan aku suami isteri rasanya lebih bijak untuk membeli keperluan dapur daripada meleburkan duit kearah itu.
Petang Sabtu selepas Maghrib,aku dan keluarga bergerak ke Sekinchan.Mak aku dan adik-adik aku dahpun sampai ke Tali Air 8 lebih awal.Lepas check in Harbour Viev Hotel,pergi makan sekejap,lepas tu gerak ke rumah arwah nenek aku.Lebih kurang jam 11.30pm,balik semula hotel.Tujuan aku memilih untuk tidur hotel adalah kerana nak mengelakkan kesukaran menunggu giliran mandi dan juga mengawal anak kecik aku yang maha cergas itu.Kat hotel pun orang dah nak tidur,dia masih mundar-mandir meronda satu bilik.Bayangkan kalau tidur kat rumah nenek aku.Habis merata dia merayap.
Lebih kurang jam 3.00 pagi wife aku dapat panggilan dari mak mertua aku yang bagitahu anak saudaranya meninggal dunia di Lumut,Perak.Katanya jenazah dahpun dalam perjalanan ke Terengganu untuk dikebumikan di kampung halaman emaknya.
Keesokan pagi,lebih kurang jam 7.45,dengan tiga buah Myvi dan sebuah Vios kami semua memulakan perjalanan.Hasil perbincangan dengan wife aku,kami buat keputusan untuk singgah ke Pengkalan TLDM Lumut untuk menziarahi jenazah dengan harapan sempat sampai kesana sebelum jenazah dibawa ke Kuala Terengganu.
Sebaik melepasi jambatan Sungai Bernam,aku terpaksa menukar mod pemanduan ekonomi kepada mod sport untuk mengejar masa.Mujur jalanraya yang menghala ke Hutan Melintang,Perak agak baik,lebar dan lurus untuk mengizinkan aku memandu pada kelajuan hampir 140kmj dikawasan kampung.Lebih kurang jam 9.00am,maka sampailah kami di pintu masuk Pengkalan TLDM.Group lain yang terus ke Kuala Kurau dahpun sampai ke kawasan Pantai Remis.Alhamdulillah,kami sempat menatap wajah arwah adik Ika dan turut serta menyertai solat jenazah.
IMAG0843
Selepas van jenazah mula bergerak ke Kuala Terengganu,kami singgah sekejap di rumah AyahMan(panggilan untuk pakcik wife aku) dan menyambung semula perjalanan ke Kuala Kurau sekitar jam 10.30am.Perjalanan sejauh 134km ni melalui jalan kampung merentasi Pantai Remis,Terong,Lebuhraya Utara-Selatan dari tol Changkat Jering dan keluar di tol Taiping Utara,dan melalui Jalan Gula.
IMG-20130327-WA0001
Salah satu jambatan yang banyak di Perak

Walaupun ada bantuan GPS Waze,ianya tidak banyak membantu sebab lokasi rumah yang nak dituju ni ditengah sawah dan tiada maklumat dalam pengkalan data GPS.Dengan tangki bahanapi yang semakin susut dan lokasi rumah yang tak dapat dikenalpasti,agak menggelabah jugalah memandu dikawasan kampung yang dikelilingi sawah padi.Ada juga aku terserempak beberapa stesen minyak mini dengan nama dagangan BuraqOil,tapi agak suspen juga aku nak singgah memenuhkan tangki.
Walaupun jenamanya agak kelakar,setelah diGoogle jenama bahanapi ni agak popular di perkampungan kawasan utara Semenanjung.Akhirnya jumpa juga stesen minyak berjenama komersil,BHPetrol di pekan Kuala Kurau.
Lepas isi penuh kat stesen minyak BHP,aku teruskan lagi perjalanan sampai ke Balai Bomba Kuala Kurau dan menunggu adik aku jemput,hasil bantuan GPS location sharing.Keluar dari jalan utama,kami memasuki jalan kampung yang sempit dan sungguh 60-an.Memang anak kampung kat sini toksah berangan la nak lowered dan pakai tayar low profile.Elok beli Perodua Kembara 2ndhand.
Kereta terpaksa diparkir jauh dari rumah kenduri dan ditambah dengan cuaca Khatulistiwa jam 1.30pm,memang mencabar betullah nak makan nasi minyak orang Kuala Kurau ni,heeee!
Persekitaran kampung Parit Abas,Kuala Kurau ni memang terasa suasana kampungnya.Dikelilingi sawah padi yang luas,aku boleh bayangkan kesukaran hidup kat sini sekitar tahun 60-70-an dulu.Petak-petak sawah agak berselerak,dan sistem jalan kampung yang sempit mungkin disebabkan kawasan ni tidak dirancang dengan baik diawal pembukaannya dulu,berbanding kawasan Sekinchan yang agak baik susunatur jalan kampungnya.Tak percaya boleh tengok Google Earth.Dulu-dulu orang tak sangka kereta banyak macam sekarang.
Walaupun perjalanan agak mencabar dan meletihkan,aku tetap seronok sebab dapat menjejakkan kaki di tempat kelahiran mak aku dulu.Dalam masa yang sama,sempat juga singgah ke Lumut.Sebenarnya aku suka bila ada peluang masuk kedalam kem tentera,tapi saja suka-suka nak masuk dah tentu la tak boleh.Lagipun tujuannya nak menziarahi jenazah,bukan nak jalan-jalan dalam kem.Aku cuma dapat tengok kapal TLDM dari jauh je,itupun tak nampak nombor pennant.Entah KD apa agaknya tu.
Tepat jam 3.00pm,aku gerak balik Damansara semula.Perjalanan balik agak mudah dengan panduan GPS,tapi aku terus pilih untuk guna lebuhraya.Tak boleh tahan redah jalan kampung.Jalannya taklah teruk sangat tapi terpaksa membontoti kereta lembab memang aku tak boleh tahan.Harapan aku paling lama pun tiga jam dari tol Taiping Utara dan keluar ke tol Kota Damansara.Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang.Sepanjang perjalanan balik hujan turun dengan lebat menyebabkan aku terpaksa berhenti di R&R Gua Tempurung sebab visibility sangat teruk.Ingatkan boleh la nak ke tandas,rupanya R&R Gua Tempurung ni cuma tempat untuk rehatkan badan je.Lebih kurang setengah jam,aku teruskan lagi perjalanan untuk berhenti di R&R Tapah.Punya la ramai manusia.Rehat lagi dalam setengah jam pekena jambu potong sambil menyedut nikotin,baru la rasa agak fresh sikit.
Rasanya hampir jam 8.00pm baru aku sampai ke Damansara.Kat bawah ni summary perjalanan aku Ahad lepas:
1.Sekinchan-Pengkalan TLDM,Lumut=125km
2.Pengkalan TLDM,Lumut-Kuala Kurau=133km (tol RM2.20 dari Changkat Jering-Taiping Utara)
3.A190 Kuala Kurau,Perak-Kota Damansara=295km(tol 34.30 dari Taiping Utara-Kota Damansara)
Jumlah jarak=553km
Kos bahanapi=RM60

Next,Holiday In Pangkor!

Post a Comment