Petang tadi aku berjaya mendapatkan kekili sasaran sebagai teman rod Lemax Starmax Z 9 kaki iaitu RYOBI AP Power II 8000.Hasil kajian di forum-forum pancing dengan kata kunci kekili bajet antara RM200-RM400,beberapa jenis kekili dicadangkan antaranya Daiwa Fream J,Banax GT 3000,Ryobi AP Power,Daiwa OpusBull 4500 dan beberapa lagi.
Sesetengahnya menghampiri angka empat ratus,tapi Ryobi AP Power lebih menyerlah dengan reliabiliti dan harganya yang jauh murah berbanding yang lain,kata bebudak dan otai-otai forumlah.Selepas memantau lingkungan harga di forum-forum dan mudah.com,aku dapati harga termurah ialah RM230 di sebuah kedai di Klang.Kalau ada yang murah lagi aku tak pasti.Rezeki la kalau jumpa.
Atas saranan saudara Taufik Azman atau lebih dikenali sebagai Toficx Man dikalangan member-member aku,beliau menunjukkan sebuah kedai pancing di Klang.Lokasinya tak sempat aku nak set dalam GPS.Kedainya kecil sahaja.Di cermin depan kedai terpampang kadbod bertulis "harga tetap".Kompom tak boleh negosiasi nih!Tak apalah,masuk dulu tengok barang.
Ngam-ngam dalam kaca pameran aku ternampak kekili ni berposing cantik dengan tanda harga RM230 sebelah Daiwa Saltiga.Saltiga tu lagi cunlah,tapi tanda harganya agak kabur-kabur sikit,entah RM2200 atau RM220.0.Kalau RM220 memang aku sambar Saltiga tu.Bila aku tanya tauke kedai yang bermuka ketat sebab tak nak orang mintak diskaun,dia sebut Saltiga tu memang RM2.2k.Fuuuuuuuu!!!
So,aku terus buat-buat jatuh hati kat RYOBI walaupun kecewa dengan harga kekili yang lagi mahal dari downpayment kereta aku.Sebenarnya memang aku target AP Power je,malas nak belek kekili lain.Lepas dikayuh-kayuh sikit dan main-main dragnya untuk dengar bunyi "erangan" mesin kalau ditarik ikan,aku bersedia untuk membayar.
Kemudian baru aku perasan mesin ni tak ada suis anti reverse.Agak terkedu aku sekejap.Lepas bincang2 dengan Toficx Man,aku teruskan niat membeli kekili ni sebabnya fungsi suis on-off anti reverse tak berapa penting sangat.
Oh ya,spesifikasi asas kekili yang beratnya 595 gram ni ialah nisbah gear 5.0:1,drag maksimum 10kg,enam galas bebola,bail arm yang tebal,knob bulat aluminium dan spool dari material yang sama.Kapasiti tali yang boleh dimuatkan ialah 200 meter untuk tangsi berdiameter 0.435mm.Tapi aku penuhkan spool dengan tangsi 25 paun je.Cukup la kot agaknya.
Asyik dok puji je macam tak fair pulak ye tak?Mesin harga macam ni ada beberapa kekurangan.Antaranya berat,lebih setengah kilo tu.Agak bisa-bisa jugak otot lengan aku masa masukkan tali dalam spool.Kedua,tiada suis on-off one way clutch.Istilah one way clutch ni aku tak pasti betul ke tidak,kalau salah harap maafkan.Anti reverse kot.Macamanapun ianya terpulang pada pendapat masing-masing.Yang ketiga,"erangan"nya agak kurang nyaring.Maybe telinga aku yang problem,sebab hari-hari exposed kat bunyi mesin.
Lain-lain semua ok.Informasi tentang penggunaannya di medan pancingan bolehlah korang baca di forum kaki pancing.Yang ni 'bau kedai' lagi,heee!

*Nama lain untuk reel ni ialah Tubertini AP Power.Walaupun rupanya sedikit berbeza pada bahagian spool,sebahagian besar partnya adalah sama.Sangat susah nak mencari review yang baik tentang kekili ni apatah lagi bila ramai yang ragu-ragu ketiadaan model AP Power dalam senarai model di laman web RYOBI.
Kekili ni adalah kolaborasi antara Tubertini dan RYOBI.Untuk review yang agak panjang,boleh baca di totalseamagazine.com.Reviewnya sangat positif dan ada juga jawapan kenapa suis anti reverse ditiadakan pada kekili ni.