Antara perkara yang agak menarik dan hangat dibincangkan sekarang ni ialah salah satu manifesto Pakatan Rakyat berkenaan pengurangan cukai kereta import.Ianya kedengaran sangat menarik kerana kesan langsungnya ialah harga kereta import akan sedikit murah berbanding sekarang iaitu sekitar sekali ganda dari harga jualan diluar negara.Kalau dekat wall Facebook tu melompat-lompat orang suka tengok harga dah kurang separuh.
Yang mana merancang untuk membeli kereta baru,pasti menahan niat buat sementara sehingga manifesto ini direalisasikan.Oklah,pada aku sendiri pengurangan cukai kenderaan import sangat baik.Bayangkan aku sendiri yang membeli kereta tempatan terpaksa membayar lebih RM63,000 untuk sebuah kereta kompak dengan kapasiti enjin 1.3.
Dua tahun pertama bayaran balik pinjaman dengan bulanan RM531 hanyalah untuk melunaskan faedah pinjaman.Itu kereta tempatan.Dengan implimentasi cukai dan faedah pinjaman bank sekarang,aku hanya mampu memandu Mazda 6 dalam mimpi saja.
Sekarang kita tengok sekeliling semasa kita memandu pergi dan balik kerja.Adakah kita berpuashati dengan keadaan trafik dijalanraya?Pergi kerja kena awal walaupun jaraknya tak sampai 30km.Balik kerja 5.30pm,45 minit dah tentu terbuang atas jalan.Ini keadaan sekarang,bayangkan tiga,empat tahun lagi.
Setiap tahun jumlah kereta baru yang didaftarkan semakin meningkat.Adakah ini selari dengan harga kereta tempatan?Orang tetap beli kereta walaupun mahal bukanlah disebabkan penduduk Malaysia berpendapatan tinggi.Puncanya adalah kemudahan pinjaman sewa beli.
Aku tinggal menyewa di kawasan perumahan kos rendah.Menurut kata pembeli rumah kat kawasan rumah aku tu,seunit rumah hanya berharga RM38,000.Itu harga 10 tahun lepas.Rata-rata pembeli rumah kat sini adalah golongan biasa-biasa dan sebahagiannya isteri tidak bekerja.Tapi yang agak menimbulkan persoalan,ada beberapa pemilik rumah yang mempunyai dua,atau tiga kereta.Yang pakai Honda Stream RS-Z pun ada!Harganya dalam lingkungan RM150k,lebih kurang empat kali harga rumah.Kenapa agaknya orang beli juga?
Sebab rakyat Malaysia kebanyakannya mampu,mampu berhutang...
Then kita tengok pulak harga rumah teres dua tingkat sekarang ni.Kawasan baru macam kat Saujana Utama pun dah cecah harga pasaran lebih 300k.Ianya akan terus meningkat ke tahap seterusnya selagi ada permintaan.Asas perniagaan adalah penawaran memenuhi kehendak pasaran.Selagi wujud permintaan yang kuat,soal harga tidak lagi menjadi masalah.
Pelik ke harga rumah makin mahal?Dulu-dulu ya aku pelik,sekarang tak lagi.Kalau aku jadi developer pun aku letak harga mahal,sebab permintaan banyak.Jual seunit teres dua tingkat RM400,000 pun berebut orang beli,apa sebab aku nak jual murah ya tak?
Kereta dan rumah ni lebih kurang je kalau di Malaysia.Mahal-mahal pun orang beli walaupun secara logiknya memang tak mampu.
Berbalik kepada manifesto pengurangan cukai kenderaan,bagi aku ianya baik tapi kesan jangka panjangnya perlu dikaji dulu.Kadang-kadang benda ni dijadikan kayu ukur oleh golongan berpendapatan rendah untuk merasa nikmat memandu kereta import.Segelintir lagi cuma mengambil kesempatan,maksud aku malas.Malas mencari duit ekstra,malas belajar tinggi-tinggi tapi nak hidup bergaya macam orang banyak duit.Golongan yang segelintir ni la yang paling suka sangat-sangat segala benda murah dan free.
Jujur aku cakap,aku pun sama macam orang lain.Suka benda-benda murah.Gaji aku pun tak besar,tapi tak layak mintak BR1M.Macam kat kedai pancing semalam la,ada ke patut kekili pancing harganya RM2200.00.Tapi dah barangnya terkenal dengan reputasi dan kualiti baik,ada peminat tersendiri,suka hati dialah nak jual harga berapa.Tetap orang beli juga.
Akhir kata,daripada menjanjikan kereta murah,ada baiknya diganti dengan rumah murah atau motorsikal kuasa tinggi murah.Banyak juga faedahnya.Harap siapa yang baca ni faham isi penting yang aku nak sampaikan.Read between the lines....
Next time aku nak tulis pasal maksud perkataan "macai" pulak.Glemer betul perkatan tu sekarang.Hehehe!