Rabu, 11 Januari 2012

Tak Cukup HD?

Definisi tinggi yang ada belum cukup tinggi.
Daily Mail hari ni mendedahkan TV terbaru keluaran gergasi elektronik Korea,LG.TV skrin rata 3D bersaiz 84 inci ini beresolusi 3840x2160 piksel (8.3 juta piksel)berbanding HD Ready yang hanya 1200x1800 piksel (2.16 juta piksel).Malangnya buat masa ini belum ada sumber media yang menyediakan input setinggi itu untuk membolehkan pengguna menjamu mata dengan paparan Ultra HD.

Dunia digital sentiasa berkembang.Persaingan sengit menyebabkan pengeluar barangan elektronik akan berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain dan seterusnya menghasilkan produk yang semakin canggih.

Mantap Juga Ping Busuk ni

Memang ampuh!


Apekebenda yang ampuh ni?Cer citer skit?
Minggu ni aku agak busy dengan persiapan syarikat menghadapi audit FDA(Food and Drug Administration) dan juga dalam proses mencapai persijilan ISO22000:2005.Walaupun tak terlibat secara langsung,kerjasama semua pihak sangat penting.
Makanya,minggu ni entri agak kuranglah sebab tak dapat mengadap PC.Hari ni ada peluang sikit,aku cuba-cubalah menggunakan khidmat ping entri dari busuk.org.Nama je tak sedap,tapi memang terbukti berkesan beb!Konsepnya sama macam khidmat perkongsian entri yang lain,cuma keberkesanannya lain macam sikit.
Sebelum ni aku pernah juga guna yang lain,tapi tak berapa efektif.Benarlah kata-kata aluan admin dalam Read Me.Sekejap je entri yang aku dah ping,berada di kedudukan teratas carian Google.

Contoh carian untuk Acura NSX Hybrid selepas dipingkan menggunakan busuk.org:



Siapa-siapa yang belum cuba,jom meriahkan busuk.org terutamanya blogger-blogger baru.Maklumlah,masa aku baru blogging dulu pun kalau tak kuat semangat dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni.Jenuh buat entri,tapi haram tak keluar dalam Google search.Tapi bila dah faham konsep,sebenarnya simple je.Dengan adanya khidmat ping dari busuk.org ni,makin senang kerja kita.Bukan nak promote kat sini,tapi aku rasa benda ni baik,apa salahnya aku share.

Macam ni baru la semangat nak update,ok ka?

Selasa, 10 Januari 2012

Pemenang Anugerah FIFA Ballon D'Or 2011



3rd time winner,Lionel Messi


Japan Women Team Captain,Homare Sawa


FIFA Ballon D'Or Award - Lionel Messi


FIFA Women's World Player of The Year 2011 - Homare Sawa


Men's Coach of The Year - Pep Guardiola


Women's Coach of The Year - Norio Sasaki


FIFA Puskas Award 2011 - Neymar


Presidential Award - Sir Alex Ferguson


FIFA Fair Play Award - Japan Women World Cup Team

Legendary Henry; Arsenal 1-0 Leeds

Pukul 3.00 pagi tadi berlangsung perlawanan Piala FA antara Arsenal dan Leeds yang berkesudahan 1-0 hasil jaringan lagenda Arsenal,Thierry Henry.
Henry menggantikan Marouane Chamakh pada minit ke 65 dan pada minit ke 77,beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.Rekod jaringan Henry untuk kelab Arsenal meningkat kepada 227 gol.Menyarung jersi bernombor 12,Henry membuktikan kepada peminat Arsenal bahawa tugu beliau yang dibina sebagai lagenda Arsenal sepanjang zaman sememangnya berbaloi.

Apa nak dikata lagi tentang Henry ini?Sebelum aku mengenal Arsenal,aku terlebih dulu terpikat dengan gaya permainan Henry sehingga aku tahu apa itu seni bolasepak.

Isnin, 9 Januari 2012

Berita Padat

Hari ni mood nak menaip pun tak berapa nak ada,so aku padatkan semua sekali apa benda yang aku nak taip dalam bentuk point aje.Sebenarnya aku tak minat nak cerita pasal politik,tapi aku letak sikit-sikit tak apelah ya?
 
1.Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini,Hakim Datuk Muhamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat yang dihadapinya.Kes mula dibicarakan sejak 2008.
-malaysiakini

2.Perhimpunan penyokong Anwar atau dikenali sebagai Perhimpunan 901 dicemari tiga letupan bom buatan sendiri.Lima cedera dan sekurang-kurangnya tujuh kenderaan rosak.-malaysiakini

3.Ezani Farhana dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama selepas menewaskan pesaingnya iaitu Wahidan dalam pusingan akhir Masterchef Malaysia yang berlangsung semalam.Ezani memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan kontrak penerbitan buku masakan.

4.Datuk Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan dalam perlawanan akhir perseorangan di Kejohanan Super Series Terbuka Korea dengan tiga set.Hadiah kemenangan berjumlah RM235,875.