Jumaat, 23 Disember 2011

Supercar Belanda;Savage Rivale Roadyacht GTS

Savage Rivale Roadyacht GTS
Ini adalah supercar dari pembuat kereta Belanda,Savage Rivale.Model Roadyacht GTS ni didatangkan dalam konsep convertible empat tempat duduk.Panel badan diperbuat dari karbon fiber,chrome steel chassis,dan di ruangan pemandu bahan alcantara,aluminium dan karbon fiber digunakan termasuk teakwood sebagai bahan pelapik lantai.
Powerplant?
Dibawah hud,enjin Corvette ZR1 lapan silinder bersusunan V yang menukarkan petrol kepada kuasa kuda setinggi 670hp dengan pecutan 0-60mph dalam masa 3.4saat.Kelajuan maksimum mencapai 205mph(328km/j).
Rim bersaiz 19 inci buatan khas Tenzo bersalut getah Toyo T-1R dan dihentikan tanpa was-was oleh angkup brek lapan dan empat piston monoblock buatan DBM yang mencengkam rotor bersaiz 380mm dan 350mm.Savage Rivale Roadyacht GTS ini hanya akan dibuat sebanyak 20 unit dalam tiga pilihan warna.
Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari KR1M iaitu $550,000.



Be@rbrick Yang Tomey

Be@rbrick keluaran Medicom Toy memang menarik.Dari patung beruang 'kosong',macam-macam boleh dibuat.Dulu aku rasa huduh je Be@rbrick ni,bila tengok lelama  agak berdebar jugak la.Ada banyak siri Be@rbrick contohnya Horror,Superhero,Flag,Animal dan beberapa lagi.
Harga berbeza-beza,contohnya Be@rbrick Series 23 berharga 399 yen(RM15.80).Be@rbrick No.000 siri World Wide Tour corak kayu saiz 1000% berharga 525,000 yen(RM20,790).Mahal sebab bersaiz besar(700mm) dan hand finished.

Be@arbrick Nightmare Before Christmas


Be@rbrick Naruto Shippuden


Be@rbrick Spongebob

Be@arbrick Toy Story

Be@rbrick Popeye

Be@rbrick Ironman Mark VI

Khamis, 22 Disember 2011

Sebenarnya Bersediakah Anda Untuk Berkahwin?




"Sebelum kawin kentut bau One Drop Perfume,bila dah kawin tetiba lak bau petai".

1.Pernah dengar ayat yang lebih kurang macam tu?Sebenarnya ayat tu bukan sekadar jenaka untuk pasangan bercinta.Kalau kita dapat fahami betul-betul,maksud tersiratnya terkandung kunci rumahtangga aman damai.Aih,jadi pakar rumahtangga la pulak.Ya,aku antara ribuan pasangan muda yang berkahwin dalam tahun 2011,jadi pengalaman aku sikit sangat."Like a speck of dust beneath our fingernail",kata Hades kepada Raja Argos dalam filem Clash of The Titan.

2.Baru-baru ni aku balik kampung,mak aku ceritalah isu-isu kampung yang terkini.Kata mak aku,ada pasangan yang baru kahwin beberapa bulan lepas dah mula bergaduh.Aku cakap,biasalah kalau bergaduh.Adat la baru kahwin,proses nak menyesuaikan diri tu kelihatan agak 'kasar' sikit.Yang tak bijaknya,sampai dibawa jumpa bomoh,konon nak bagi damailah.Aduyai...Sikit-skit punya hal pun cari bomoh.Bomoh ni kebanyakannya bomoh temberang dengan bomoh nombor ekor je.Bomoh nombor kat tempat aku pakai Mercedes SL Brabus,amacam?

3.Bila dah berkahwin ni suasana memang berbeza banyak berbanding zaman couple.Ayat-ayat sweet dah jarang diucapkan,tapi itu normal.Bukan kasih sayang kita terhadap pasangan makin kurang,cuma kita lebih realistik.Masa bercinta,semua yang tak baik kita seboleh-bolehnya sorok,biar nampak sifat yang mahmudah je.Betul kan?Cakap pun berlapik,makan pun sopan,sebagai contoh lah.Pendek kata biar pasangan kita nampak semuanya yang terbaeeekkk je.

4.Tapi kena berpada-pada dan bersederhana.Cover line secara berlebihan akan mengundang masalah bila dah berumahtangga nanti.Biar bakal pasangan hidup kita kenal siapa kita yang sebenar,dalam masa yang sama buang mana-mana perangai buruk sebelum berkahwin.Kalau loving sangat sekalipun,tak payahlah terlebih mesra,nak berkepit 24jam.Besi sekalipun kalau rapat dan ketat sangat,bila bergeser akan generate heat dan seterusnya lemah.

5.Macam tu jugak rumah tangga.Selesai je kenduri,balik honeymoon dan tinggal berdua,cabaran berumahtangga pun bermula.Masa tu lah kita akan kenal siapa pasangan hidup kita dan dia pun mula belajar untuk kenal diri kita.Yes,memang sesetengahnya bercinta sampai 4-5 tahun,tapi tak duduk serumah lagi mana nak tau perangai sebenar.Sikit sebanyak ternampak juga sisi buruk kita sebab kita manusia biasa.Mungkin masa tu baru kita tau pasangan kita cerewet serba serbi,buruk lantak,malas mandi(sebagai contoh),kita pun mula tunjuk perangai buruk kita.Tak payah lama la,seminggu pun cukup mesti dah mula berlaku pergeseran.

6.Tapi salah faham sikit-sikit tu adatlah,masih dalam proses suaikenal.Dalam masa yang sama kita pun kena mula belajar terima pasangan kita seadanya.Bila masing-masing dah faham,insyaallah gaduh kecik-kecik hal remeh temeh ni dah tak ada.Yang penting kena bersedia untuk berubah dan belajar perkara-perkara baru dalam alam rumah tangga.Contohnya,baru-baru kahwin orang lelaki mana tau perempuan ni ada mood swing.Ok,cukup untuk tahap suami-isteri.

7.Seterusnya keluarga mertua.Part ni memang mencabar sikit.Sesiapa yang dapat mertua dan adik beradik iparnya tak ramai,atau salah seorang ibu/bapa mertua dah tak ada,agak mudah sikit sebab tak banyak 'hati' untuk ditackle.Aku cerita sikit kisah keluarga mertua aku.Sebelum bertunang,aku tak pernah jumpa keluarga isteri aku.Bila aku jemput wife aku untuk keluar pun aku tunggu kat simpang je(beberapa puluh meter dari rumah dia).Balik dating pun sama.Bukan apa,dengarnya keluarga wife aku ni garang,bapak dia pun veteran tentera.Disebabkan nak kahwin,aku beranikan diri jumpa parent wife aku,bagitau niat nak bertunang.Aku memang ready kalau kena marah(sebab selalu culik anak dia kat simpang).Mujurlah pak mentua aku ni ok.Dah kahwin baru kenal,rupanya tak garang.

8.Menyesuaikan diri dengan keluarga mertua agak sukar,tapi kita kena ingat.Keluarga isteri/suami adalah keluarga kita juga.Macam aku lelaki dan adik beradik isteri aku ramai perempuan,so semuanya memang agak terbatas.Bersantai hujung minggu di rumah mertua pun sebenarnya agak sukar diperingkat awal.Takkanlah nak suka-suka hati buka baju,terlentang depan TV sepanjang hari,buat macam rumah sendiri.Nak taknak kena behave,dan keep in mind ini adalah rumah orang.Pandai-pandailah bersembang dengan ipar,kalau lelaki cerita la pasal bola ke,kereta ke.Ipar pun kena la main peranan.Bila nampak abang ipar/akak ipar melangut muka boring je,pergi la tegur.Cari idea untuk break the ice.Kalau diam je buat hal sendiri,duduk dalam bilik dah tentu la rasa bosan tu ada.

9.Sebelah lelaki biasanya agak mudah,asalkan isteri memahami.Isteri kena ingat,keutamaan seorang lelaki adalah ibunya.Apa juga yang dilakukan suami untuk ibunya perlu diredhai.Satu hari kita akan ada anak,dan bila dah tua tentu kita harapkan anak kita mengambil berat hal kita.Macam aku,aku agak beruntung isteri aku memahami dan tak kisah berjauhan dengan aku beberapa hari kalau aku ada urusan keluarga.Aku pun faham,orang perempuan dah tentu suka duduk rumah parent dia sendiri.Berkepit lebih-lebih sangat depan orang pun kalau kat rumah bergaduh buat apa.Asasnya,dipihak kita perlu ada sifat bertolak ansur,bersedia dan sentiasa sederhana dalam semua segi.Ewahhh!

10.Oh ya,entri ni adalah entri yang ke-401 termasuk beberapa entri yang aku tak publish.Entri aku memang tak kencang macam orang lain tapi diharap dapat beri sikit-sikit panduan yang bermanfaat.Trimas!

BerFacebook Biarlah Sederhana

Semalam,Gabrielle Joseph,16 membunuh diri dengan melompat kedepan sebuah keretapi yang sedang bergerak selaju 75mph kerana upset selepas janjitemu untuk menonton wayang dibatalkan.


Sebelum tu dia sempat mengupdate Facebooknya dengan memberitahu niatnya untuk membunuh diri.75 minit selepas tu dia dah pun patah riuk dirempuh keretapi,dan seperti biasa nyawa pasti melayang.
Hari ni berkenaan Facebook juga tapi berlainan MO.Simon Foxley,21 mangsa cyberbullying membunuh diri dengan cara menggantung diri pada 21 September 2011.Simon yang patah hati selepas gadis yang dikenalinya di laman sosial itu memadam profilnya sebagai rakan.Usahanya untuk menghubungi gadis tu diejek dan satu mesej 'go and die' telah buat Simon down habis.Inkuesnya diperdengarkan hari ini berkenaan kes tersebut.


Kat Malaysia ni alhamdulillah belum ada lagi rasanya tindakan nekad macam ni berkenaan dengan cyberbullying.Sebagai orang Islam,membunuh diri adalah satu perbuatan yang terkutuk walau apa pun puncanya.
Berkenaan laman sosial,ada sesetengah orang yang addict melampau sampai lupa tanggungjawab.Banyak kes kat Malaysia ni yang berkaitan laman sosial ialah kes laki/bini curang dengan kekasih lama,dan mengabaikan tanggungjawab.
Macam kes Jimmy Shanley dengan wife dia tu lah.Dalam paper cakap,wife dia kuat berjudi online,sibuk dengan laman sosial je sepanjang masa.Khabarnya diorang tinggal sebumbung cuma 20 hari.(sempat jugak la dapat sorang anak,Zahra Rania).Entah apa yang syok sangat online Facebook lelama aku pun tak tau.Bebaru ni aku block satu entiti yang rajin benor cerita hal politik,buat semak wall aku je.Dah la aku jarang buka Facebook.
So,beringat la ya.Jangan sakan sangat online tu.Semua nak share dalam Facebook(sesetengahnyalah..).Apa benda sekalipun dalam kehidupan kita ni bersederhana adalah yang terbaik.Selalu aku pesan kat bini aku,bila mood baik,jangan nak berkepit/manja sangat.Sebab nanti bila gaduh,situasi sangat teruk,dan kontra dengan kemesraan yang terlampau masa mood baik.Tak paham?Nantilah aku cerita panjang kat entri lain.

Rabu, 21 Disember 2011

Stim Juga Beruk Ni

Amoi ni adalah seorang pelajar dan model sambilan bernama Charmian Chen 22,dari Taiwan.Dua ekor beruk stim ni cuba mencabul kehormatan beliau ketika dia mengunjungi sebuah Sacred Monkey Forest ("sucilah sangat'....*Dr.Sentap Hatimaknak) di Ubud,Bali.



Kata staff taman beruk tu,beruk kat situ memang miang.Mana-mana pengunjung yang memakai pakaian ala kemban Nurul Ain Nordin,nak pulak colourful-striking gitewww memang selalu kena raba dengan beruk matyeh ni.Beruk tu ingat buah-buahan agaknya...Yeah!thats right beruk.Memang 'buah' pun,huhu!
Nama taman ni aku cadangkan ditukar kepada Pervert Monkey Heaven.Amacam?

*Oh Yeah Afdlin Shauki

info from Tempo Forum