Khamis, 24 November 2011

Figura Tintin Adventure

Lepas filem ditayangkan,macam biasalah,figura akan menyusul.(apasal ayat ni macam aku dah ulang banyak kali??)Figura dari filem Tintin untuk dipertimbangkan samada mahu dipamerkan dalam almari kaca korang.



Keluaran Plastoy,set pertama Tintin dan motorsikal berharga 25 Euro,set kedua Tintin,Haddock dan aksesori berharga 19.80 Euro dan ketiga collector box mengandungi semua karekter,kapal terbang (10pcs) berharga 29 Euro.Boleh dibeli disini .

Yang Tak Seronok Dilihat


Pagerank is valid tu dah agak melegakan,tapi bila baca 'memo' dalam kotak merah tu yang jadi tak syok pulak.Katanya very little quality backlink.Sumpah aku tak tau macamana nak create quality backlink.Jenuh dah baca tutorial dalam blog/entri orang lain,tapi still tak faham jugak.
Adakah maksudnya pagerank dan backlink berkait rapat dengan jumlah/kuantiti sites linking in?Buat masa sekarang,macam ni lah kedudukan Pagerank aku.Rujuk entri lama ni untuk cerita dulu-dulu.

September 2010
Screenshot diatas ni masa aku pakai domain blogspot dulu,lama dah.Bulan September tahun lepas.Tengok sites Linking In ada berapa?Punyalah banyak,padahal aku takde usik apa-apa pun.Tau taip entri je masa tu.Pagerank pun aku tak tau lagi apekejadahnya masa tu.Siap dapat 4 bintang review tuh!
Statistik Alexa sekarang?Ni dia:

November 2011
Lagi teruk dari dulu yang lama.Itupun ranking Alexa dah turun slow-slow,kalau tak dekat 4 juta lebih.Kesimpulannya?Aku tak pasti Alexa ni waras ke tidak,haha!

Segalanya Tentang Wang Ringgit

Entah dari mana aku nak mula...

Kalau semua benda dalam dunia ni boleh dinilaikan dengan duit,apa yang jadi agaknya?Aku dah lama bersedia untuk hadapi benda-benda macam ni.Kerana DUIT,keluarga berpecah belah,bermasam muka,tak mahu tegur menegur.Salah faham berlaku,buruk padahnya.
Bila sebut soal duit,semua nak duit.Kalau boleh apa bentuk pertolongan harus dalam bentuk duit.Kalau pertolongan tu bukan dalam bentuk kertas yang dipanggil duit,orang mudah lupa.
Tapi tak semestinya duit jadi ukuran.Sesetengah pertolongan tak semestinya mampu dinilaikan dengan duit.Malangnya,pertolongan semacam tu yang orang mudah lupa.

Antara Kedekut dan Keperluan
Beban sarahidup di bandar ni tak siapa boleh bayangkan berapa jumlah yang memadai.Pendapatan sederhana suami isteri mencecah 5k sekalipun aku masih boleh katakan cukup-cukup makan.
Aku agak lali dengan gelaran 'kedekut' sebab peduli apa aku dengan gelaran tu.Orang lain tak nampak betapa berhati-hatinya aku supaya perbelanjaan tak terbabas.Itu pun kerap terbabas juga,mujur isteri banyak membantu.Banyak benda yang aku nak,tapi kekangan kewangan lebih utama.Sabar,sampai masa akan dapat juga.Keutamaan adalah nafkah yang sememangnya wajib untuk ditanggung ketua keluarga.Tanggungjawab yang takkan habis.Setahun sekali bila sampai masa,roadtax kereta hampir expired,tayar kereta pun dah nipis,servis etc.Pernah orang lain fikir,mana nak kaut duit untuk semua tu?Orang tak pernah tanya,dan kita sendiri pun tak perlu nak tunjuk rasa tertekan depan orang ramai.Sebaliknya,orang tak tahu yang kadangkala masalah kewangan menyebabkan kita berbalah dengan isteri.

Tidak Mudah jadi Abang
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang diluar sana mengecewakan harapan adik-adik korang?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang tinggalkan ibu korang berseorangan dikampung?
Sebagai seorang abang,sanggup tak korang bergaduh dengan mertua semata-mata ingin berbakti kepada ibu kandung korang?
Dan sebagai seorang abang,berapa kerapkah korang balik menjenguk ibu dikampung?


Sokongan Isteri
Aku bersyukur mempunyai isteri yang memahami tanggungjawab aku kepada keluarga.Malahan tak pernah lupa buahtangan,sentiasa memberi sokongan moral untuk aku kerap pulang ke kampung.Bunyinya mudah,tapi dengan air liur,takkan sampai kemana.Perbelanjaan bahanapi,tol,servis semuanya bernilai jika diterjemahkan dengan duit.Kalau sebulan dua kali balik kampung?Kiralah sendiri.Kalau bukan isteri aku membantu,entah berapa bulan sekali baru aku dapat menjenguk kampung.
Aku mungkin kurang risau kalau ibu yang ditinggalkan tahu menunggang motorsikal atau memandu kereta.Masalahnya ibu aku bukanlah ibu-ibu moden seperti dibandar.Soal barang keperluan,sakit demam,soal keselamatan,sentiasa aku fikirkan.

Terlupa Atau Tak Nampak?
Tapi orang mudah lupa...
Kalau pertolongan itu bukan dalam bentuk wang ringgit,tak siapa pun ingat.Aku sedikit terkilan bila isteri aku menjadi 'mangsa' keadaan.Sesekali aku menghadapi kesulitan,rupanya menjadi isu 'hangat' yang menyebabkan segala-galanya dilupakan orang.
Andai siapa yang berkenaan terbaca,tolong faham kenapa selepas ini pertolongan dari aku akan jadi maha berat.Seberat-beratnya...




Rabu, 23 November 2011

Corat-Coret Sukan SEA Ke-26

1)Ganjaran RM10,000 untuk setiap pingat emas pertama yang dimenangi atlit Malaysia kelihatan jauh lebih kecil berbanding Indonesia.Dikhabarkan,setiap emas yang dimenangi akan diberi ganjaran 200 juta Rupiah(RM72,000).

2)Seperti kebiasaan dalam temasya Sukan SEA Ke-26,penonton tuan rumah tidak menghormati lagu kebangsaan negara lain.

3)Aaliyah Choong Hanifah ialah atlit termuda yang memenangi emas iaitu pada usia 8 tahun.

4)Semasa dalam perjalanan untuk ke stadium bagi perlawanan akhir bolasepak antara pasukan negara menentang tuan rumah,petugas media tempatan dan pasukan Malaysia terpaksa menempuh halangan dan ejekan provokatif penyokong-penyokong Indonesia.Semuanya terbalas apabila Malaysia menang 4-3 dengan penentuan penalti.

5)3000 polis dan enam ekor anjing digunakan sebagai langkah keselamatan semasa pertemuan final bolasepak Malaysia vs Indonesia.

6)Dua penyokong bolasepak Indonesia maut semasa perlawanan akhir Malaysia vs Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

7)Kontinjen Malaysia meraih sejumlah 59 emas,50 perak dan 82 gangsa;mengatasi sasaran awal 40-45 emas.Tuan rumah mengungguli kutipan pingat dengan 476 pingat,182 emas,151 perak dan  143 gangsa.

8)Pemain Indonesia yang berasal dari Kepulauan Papua,Titus Bonai atau dipanggil 'Tibo' mempunyai tabiat aneh;beliau sering menggoyangkan jaring pasukan lawan sebelum freekick diambil.Tetapi semangat kesukanan dan professionalisma beliau harus dipuji.


Ganjaran Untuk Pasukan Malaysia B-23


Durian runtuh!
Pingat emas dapat,duit pun dapat.Pasukan kendalian Ong Kim Swee bakal menerima ganjaran RM30,000 seorang termasuk pegawai pasukan B-23.
Presiden FAM,Sultan haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan sumbangan peribadi atas kejayaan menumpaskan Indonesia dua kali di Stadium Gelora Bung Karno dalam Temasya Sukan SEA.
Ganjaran lain yang bakal diterima ialah dari FAM sendiri.

*Sumber Kosmo