Khamis, 10 November 2011

Real Life of Poker Champion

Memula dulu aku addict dengan game Premier Football dalam Facebook,lepas tu game masak-masak dalam Tagged,finally aku main game Texas Hold'Em Poker.Sekali terjebak,memang ketagih.Sampai tahap labur duit topup,buat beli chip.Mujur tak banyak,sekali dua je rasanya.Sampailah aku terminate Celcom Bebalband.
Dua minggu lepas aku ada update game Poker aku.Dari 100k,sampai la dapat 2.4m dalam masa setengah jam.Besoknya,turun balik,slightly lower than 1m.Nama pun judi,duit tak boleh pegang lama,panas!

Itu cerita duit/chip poker virtual.Yang ni real punya.Seorang remaja Jerman,Pius Heinz memenangi wang pertaruhan sebanyak $8.72m dalam World Series of Poker,menewaskan Martis Staszko dari Republic Czech.




Pius Heinz berumur 22 tahun asalnya dah give up,dan bercadang nak sambung kolej semula.How about now?Tak payah sekolah la dik.Bagi abah kau pegang duit tu ye,budak-budak tak boleh pegang duit banyak.

*Sumber DailyMail

Rabu, 9 November 2011

Pagerank Terbaik Malaysia


Dah beberapa hari aku menyebut pasa PageRank (PR) ni.Pasal hal dofollow yang tak menjadi tu la.Pagi tadi bila check,dapat jugak barang satu mata.Itupun belum pasti genuine atau tak.Jangan tengok ranking Alexa aku,memang tak boleh blah punya.
Kebetulan aku terjumpa satu blogger yang tinggal komen kat blog aku.So,aku lawat balik blog dia,dia pun ada menyebut pasal PageRank ni.Entri abangzack panjang lebar pasal benda alah ni,tapi takpe.Aku memang suka baca blog yang banyak tulisan.Puas membaca.Aku suspek blog dia ni boleh tahan kencang gak pageview dia walaupun follower dia ada 3 je.Bukan 3puluh,3ratus ataupun 3ribu.
Sekali lagi aku terjumpa mitos dalam berblogging.Angka follower yang ramai bukanlah penentu kejayaan di persada Google.Dan bukan matlamat semua blogger untuk mengumpul koleksi follower.Abangzack punya PageRank 2/10 dan PRnya valid.Mantap blog brader ni.Dari beberapa petua dalam entri dia,aku merayap ke beberapa blog lain yang glemer dimata Google.
Carian aku untuk keyword Highest PageRank Site In Malaysia membawa aku ke laman denaihati.com .Nama laman web ni memang surau habis,tapi PR4 jo!Ada disertakan beberapa petua dan juga senarai blog yang mempunyai PageRank terbaik dalam Malaysia ni.Satu lagi saranan beliau ,joinlah komuniti blogmalaysia.com .
Rasanya macam dah join,tapi iye ke?dah ke belum ni?ke sudah?

Lima contoh site di Malaysia yang mempunyai PR terbaik:
1.The Star Online 7/10

2.Lowyat 5/10

3.BERNAMA 6/10

4.paultan.org 5/10

5.TheEdge 5/10

Nampak apa persamaan lima website diatas?Semuanya berbahasa Inggeris dan majoritinya laman web berita.Sebagai contoh je,Kang aku cari lima lagi website dengan PR terbaik dalam bahasa Melayu pulak.



Lawak Ke Maharaja Lawak Mega?


Jumaat lepas dah minggu kedua Maharaja Lawak Mega bersiaran,dua-dua aku terlepas menonton dari awal.Mujur ada ulangan.Minggu pertama aku terkejut jugak kenapa barisan juri yang dipilih Astro ni latar belakangnya sangat bervariasi.Lelama aku faham,mungkin tujuannya supaya pandangan juri lebih kepada pandangan penonton biasa.
Nak menilaikan persembahan lawak ni aku rasa senang je,mampu buat orang ketawa tak berhenti,lawak la maknanya sesuatu persembahan tu.Minggu pertama judge banyak bagi komen yang biasa-biasa lagi,berbanding minggu kedua;agak pedas sikit.Komen Chef Wan memang tahap cili padi kampung,aku yang menonton pulak rasa serba-salah.Yang mana persembahan tak best langsung tu biarlah pengundi je tentukan kedudukan dan kelangsungan diorang dalam Maharaja Lawak Mega.Orang yang join pun bukan orang baru dunia komedi.Semuanya orang lama industri seni.Cuma ada beberapa kumpulan gagal buat aku yang serius ni gelak.
Bila sesetengah kumpulan buat persembahan,aku lari jauh sikit,just dengar bunyi lawak yang diorang cuba buat.Aku tak mau tengok sebab aku pulak yang rasa segan-silu orang tak bagi respon kat lawak yang dibuat.Sesetengahnya terlalu mencuba untuk buat orang gelak,dengan lawak stail lama.
Silap paling besar minggu lepas,banyak kumpulan libatkan judge dalam persembahan diorang.Dalam hati aku,'ada yang kena sound jap lagi ni'.Memang betul,Chef Wan tegur jugak akhirnya.Sebabnya jelas,bila dah dibuat berulang-ulang kali,diorang pun bosan/menyampah.
Pernah jadi dalam Raja Lawak berapa tah,Zaibo tegur peserta.Sikit-sikit buat lawak 'silau'.Yelah,Zaibo punya kepala kan licin berkilat.hangin la orang tu.
Lawak sekarang dah berevolusi,penonton kena berfikir sikit sebelum kita sedar yang sesuatu tu adalah lawak.Paling aku suka Nabil dan Johan.Diorang punya lawak memang diluar kotak.Sebelum ni aku ingat diorang ada join Maharaja Lawak Mega.Bila tengok peserta-pesertanya orang lama,harapan tak tinggi sangat.
Tapi bukanlah tak lawak langsung.Lebih separuh group still boleh buat rancangan tu menarik.Contohnya kumpulan Boboi(Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik),Adlin Aman Ramli,dari Indonesia Bawel dan Saehu.
Jadi peserta Indonesia lagi leceh,masalah bahasa jadi halangan.Tapi kalau dah lawak,kita gelak jugak.Lawak jenaka ni macam lagu umpamanya.Merentas sempadan negara dan budaya.Bahasa memang la tak sama.Contohnya rancangan Popcorn atau Just For Laugh.Janji gelak.
Dulu aku tak suka langsung Maharaja Lawak,ape motif tah rancangan tu diwujudkan.Macam rancangan realiti nyanyi-nyanyi la,habis rancangan,tah kemana juaranya.Masa tu aku pun tak faham apelah bakat si Nabil tu.Bila aku tengok semula Raja Lawak Musim Kedua,barulah nampak lawak dia memang outstanding.Kreatif habis.
Pastu filem lakonan dia,Lu Pikirlah Sendiri.Aku tak tengok kat panggung,tapi dalam Astro Ria banyak kali ulang.Sebenarnya cerita tu ok,jalan cerita clear.Cuma cara penyampaian kurang impak kat penonton.Overall memang ok aje.


Status Dalam Laman Sosial Korang

Pilihan status dalam laman sosial terlalu sikit.Macam kat mahkamah contohnya,kita boleh jawab ya atau tak.sedangkan jawapan yang tepatnya mungkin ditengah-tengah antara ya atau tidak.Macam tu lah jugak dengan status.Nak kata bujang,dah ada girlfriend/wife tapi tak nak mengaku.


Selasa, 8 November 2011

Permainan Yang Merbahaya

Masa korang budak-budak,pantang nampak mainan mesti bapak korang pening kepala.Selagi tak dibelikan,melalak-lalak sepenuh hati sampai dapat mainan tu.Masa aku kecik-kecik dulu,banyak jugak mainan aku.Sebelum ada adik la,bila dah ada adik,bapak aku dah tak rajin belikan mainan.Permainan bukan sekadar objek yang perlu kreatif dan enjoy dimainkan.Perkara utama,keselamatan dan kedua moral yang baik.Zaman dulu,radioaktif pun diorang buat main je.Gila.

Ni antara permainan yang di 'banned' sebab merbahaya dan tidak mengutamakan aspek moraliti untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Spanish Barbie
Barbie,jenama permainan yang sangat terkenal melancarkan kostum permainan bertemakan matador pada 1999.
Tapi mendapat bantahan dari peminat-peminat Barbie dan juga aktress Alicia Silverstone kerana ritual pembunuhan lembu.Mattel selaku pengeluar,menarik balik keluaran Barbie ni.


















Snacktime Kid Cabbage Patch Doll
Patung Snacktime Kid dilengkapi rahang mekanikal yang digerakkan oleh kuasa bateri.Apa juga yang disuapkan ke mulut patung Snacktime Kid akan dikunyah;termasuklah jari kanak-kanak.
Mattel menarik balik permainan ni pada tahun 1997.












Clackers
Objek permainan ni tak kelihatan merbahaya.Clacker atau juga nama lainnya Knockers/Click Clacks diperbuat dari dua bebola akrilik yang diikat seutas tali.Bila berayun,akan mengeluarkan bunyi 'ketukan' yang kuat.
Masalanya,bila hayunan terlalu kuat,bola akrilik akan pecah dan menerbangkan serpihan tajam ke merata tempat.
Clackers diharamkan pada 1985.
















Sky Dancers
Keluaran Galoob,Sky Dancers diinsipirasikan dari patung Barbie yang boleh terbang dengan pergerakan seperti helikopter.
Diletakkan pada tapak mekanikalnya,Sky Dancers akan terbang tinggi bila tali pelancar ditarik.Apa yang merbahayanya ialah,sayap Sky Dancers yang keras mendatangkan kecederaan yang agak serius jika terkena semasa berputar.
Galoob memanggil balik lebih 9 juta unit permainan ini pada tahun 2000.














Lawn Dart
Lawn Dart diperbuat dari besi dan dengan beratnya,ia mampu mem'bocor'kan apa jugak yang terkena sasarannya.
Permainan ni bertanggungjawab terhadap 7000 kecederaan.Pada 19 Disember 1988,Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna mengharamkan Lawn Dart dijual di US.








Atomic Energy Lab
Pada tahun 1951,AC Gilbert pencipta set ERECTOR,mengeluarkan U-238 Atomic Energy Lab.Menggunakan bahan radioaktif sebenar,pengguna boleh melihat laluan kabus yang terbentuk ketika partikel zarah  sinaran mengion.
Set permainan ni dibekalkan dengan empat sampel Uranium dan dijual dengan harga $49.50.













*Sumber bannedtoymuseum