Selasa, 8 November 2011

Backlink La Kononnya

Selamat kembali bekerja!
Ok ke raya haji tahun ni?Boleh la ye tak.Lepas sembahyang raya,masing-masing tebongkang depan TV sampai petang.Hari Ahad bersedia nak mengadap jem kat highway Karak.Yep!Normal untuk tahun-tahun kebelakangan ni.Contohnya perjalanan normal aku dari kampung ke KL lebih kurang 2 jam 30-45 minit.Semalam gerak jam 5.00pm,sampai rumah kat Damansara hampir 10.00pm.

FAIL #1
Lorong tunggal SmartTAG di tol Bentong sesak mengalahkan lorong tunai.Terbukti SmartTAG tak mampu mengurangkan kesesakan jalanraya kalau lorongnya cuma satu,lepas tu highway ada dua lane saja.Tiga lorong tunai,dua lorong Touch n Go,dan satu lorong Smart TAG,total ada enam lorong tol,berasak-asak kepada dua lane.Kesimpulannya tetap FAIL.Puncanya,kereta makin banyak....

FAIL #2
Last day aku update blog Jumaat lepas.Asalnya aku nak tukar dofollow jadi nofollow semula sebelum habis kerja.Last minute aku biarkan jugak,nak tengok kesannya sepanjang cuti raya Haji.


Dalam bulatan tu,pageview Jumaat lepas,dan seterusnya....Angkanya tak payah le aku tunjuk.Mengecewakan.Entah betul ke tidak teori backlink ni,aku pun tak taulah.Dua sebab yang aku rasa berkaitan dengan penyusutan pageview ni.Pertamanya,blog aku tak ramai pengomen.Kedua kemungkinan hari raya Haji,tak ramai orang browse internet,memasing sibuk menghadap sup daging/tulang korban.
So,kembali kepada asal,berblogging dengan cara yang paling asas,dan semestinya paling sukar.Terutamanya tanpa sebarang 'sifu',semuanya Google sudah...

Jumaat, 4 November 2011

The Adventure of Tintin:Secret of The Unicorn Trailer

Saya mahu tonton filem ni!

Beberapa kali jugak aku tengok poster teaser filem ni kat Cineplex Damansara.Filem yang berasal dari komik The Adventure of Tintin ni,difilemkan dalam bentuk CGI dan diarahkan oleh Steven Spielberg.Mengisahkan pengembaraan Tintin mencari harta karun kapal karam.



Tayangan bermula 10 November 2011 di Cathay Cineplexes.Ditayangkan juga dalam format 3D.

Fossil Decker Silicone Chronograph Sudah Siap!

Lepas menunggu sehingga sekarang;sejak 17 Ogos 2011 pesanan dibuat tak sampai-sampai,jam Fossil Decker Silicone Chronograph  aku dihantar ke sebuah kedai jam low profile di dalam pasaraya Giant Kota Damansara.Apek tu belek-belek sikit,dia letak harga RM120,satu minggu siap.Ok,beres!Bagi deposit RM10,tunggu sajelah dia call bila siap.Masa hantar tu 1 November 2011.

Malam semalam lebih kurang jam 7.15pm(3/10/2011),dia call bagitau dah siap.Aii!Cepat gila dapat spare part.


Macam ni la baru betul.Servis pantas.Harga tak jadi hal.Order cermin dari butik Fossil One Utama dah dekat 3 bulan,bila call takde orang angkat.Memang la murah dia letak harga,tapi berjanggut tunggu.Bebal betul.

Kesan Penukaran Nofollow Kepada Dofollow

Semalam aku cuba adjust blog aku.Bila check blog orang lain punya pagerank sekurang-kurangnya 1/10,dan ada jugak yang achieve 3/10,rasa nak buat jugak la adjustment ni.
Adjusment tu maksud aku tukarkan 'nofollow' kepada 'dofollow'.Satu lagi kaitannya sebab blog punya default setting adalah dofollow,so bila aku check kat Webmaster sites linking in kat blog aku '0'.Maknanya telur ayam.
Bila aku tukar 'nofollow' kepada 'dofollow',sites linking in menjadi 28.Settle bab sites linking.
Sebelum tukar setting,biasanya pepagi bila aku check blog stat,ada la barang 40-50 pageview,dan hari sebelumya antara 300-400 pageview.Tapi pagi tadi bila aku check........damn!


0 pageview!

Jadah apakah ini?
So,aku peratikan dulu pergerakan pengunjung untuk hari ni.Menjelang petang kalau jumlahnya jauh sangat perbezaan,terpaksalah aku kembalikan settting asal.Lantaklah pagerank 0,janji ada pelawat.

Khamis, 3 November 2011

Koleksi Gambar Selama Empat Tahun,Asalkan Lawa

Ini adalah gila tapi kreatif!Realitinya kalau nak buat dunia kagum dengan korang,memang kena ada sikit crazy effort.Tak kurang jugak yang gagal,habuannya kutukan-kutukan 'semangat' harus ditelan.
Sorang gadis yang mengupload videonya di YouTube dan menggunakan nickname Madandcrazychild,merakam ratusan gambar sejak empat setengah tahun lepas.Bermula 29 Mei 2006 hingga 12 Mei 2011,gambarnya dijadikan video time-lapse sepanjang 41 saat.DailyMail tersilap sikit menyatakan video tu sepanjang 41 minit.


Berhijab,huhu!


Videonya:



Pening aku,mana satu yang betul ni.Empat tahun setengah ke,tiga tahun setengah ke...Ahhh!Korang tengok la sendiri.Website dia http://clickflashwhirr.blogspot.com .Awek ni agak sweet dengan rambut pendek,cam Natalie Portman pun ada.Ngeee!Eh,macamana dia amik gambar centre je muka dia ek?