Memaparkan catatan dengan label Teknik Fail. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik Fail. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

Untung vs. Rugi Isi Petrol Dengan Kaedah Liter

Lepas kenaikan harga bahanapi,tiba-tiba muncul teori pengisian minyak mengikut jumlah liter yang ter'viral' sekejap dalam Facebook.Menurut pencipta teori tersebut,kaedah ini lebih menguntungkan pengguna berdasarkan pemerhatian berikut;semua pam minyak menunjukkan paparan jumlah liter dalam angka sehingga 3 titik perpuluhan.
Contohnya macam ni,dengan pengisian RON95 sebanyak RM10 pada harga bahanapi seliter RM2.30,jumlah bahanapi yang dipamkan ke tangki adalah sebanyak 4.347 liter.Sedangkan sepatutnya jumlah yang seharusnya pengguna dapat adalah 4.347826087 liter.
Berdasarkan paparan jumlah bahanapi yang dipamkan ke tangki pengguna ‘hanya’ 4.347 liter,pengguna ‘kerugian’ sebanyak 0.000826087 liter,atau 0.826087 ml untuk setiap pengisian berjumlah RM10.
Dari kira-kira diatas,memang benar kita ‘kerugian’ hampir 1ml untuk setiap pengisian RM10 dan 5ml jika mengisi RM50.Itupun kalau ada lah manusia bangang yang isi petrol lima puluh ringgit tapi bayar kat kaunter lima kali;sekali bayar RM10.
Tetapi berapa nilai kerugian kita yang sebenar jika diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit?
Rujuk kira-kira matematik Darjah 1 dibawah:

Harga semasa bahanapi RON95 = RM2.30 sen seliter (1000ml)
RM2.30 sen (230sen) / 1000ml = 0.23
HARGA 1ML RON95 = 0.23SEN
0.23 sen x 0.826087 ml = 0.19 sen

Ertinya kita kerugian sebanyak petrol bernilai 0.19 sen untuk setiap pembelian sebanyak RM10,0.95 sen jika mengisi sebanyak RM50 dan seterusnya.

Persoalannya berapa banyak kerugian untuk pengisian bahanapi dalam sebulan atau setahun?

Katakan sebulan belanja petrol anda RM300.
0.95 sen x 6 = 5.7 sen x 12 bulan = 68.4 sen

Nampak dah sekarang? 68.4 sen setahun adalah jumlah kerugian selepas mengisi RON95 sebanyak RM300 sebulan selama setahun.
Wowwowowow!Lanjioooo betullah pengusaha pam minyak ni.Kita semua rugi 68.4 sen (297.4ml petrol RON95) lepas berbelanja RM3600.00 untuk petrol tahu tak??Hampir satu ringgit tu!
 IMG-20141020-WA0008
Sebelum tu fikir dulu.
Dalam setahun berapa banyak korang bazirkan duit.Makan berlebihan,spending untuk barang-barang yang tak perlu dan jugak hadap jem dalam setahun tu dah berapa liter petrol korang bakar sia-sia?Belum lagi kira yang jenis warm up enjin sampai 15 – 20 minit sehari.
Sekarang ni aku tengok ramai yang salah faham pulak.Paling kelakar tak boleh blah ada yang sebut lagi untung isi 10 liter daripada isi RM20.Sebabnya yang isi RM20 cuma dapat 8.695 liter.Of kos la dol!Isi 10 liter hang kena bayar RM23.Takkan tak nampak beza RM20 dengan RM23.Bayar lebih dapat la petrol lebih.Apa daaa…..

Ok lah,sekarang terpulang kat anda semua nak ikut kaedah mana.Kalau 68.4 sen setahun amat bernilai untuk anda,go for it.Tapi dalam masa yang sama,,jimatkan wang dari sudut lain juga.Pengiraan diatas ikut paparan jumlah liter dengan tiga titik perpuluhan.Andai ada pam yang display dua titik perpuluhan sahaja,siap genapkan lagi (4.35 liter/RM10 ),anda pula yang untung.
Daripada pendapat aku,keadaan sebenar tak semestinya selari dengan kiraan matematik.Aku jangkakan kerugian beberapa ml tu sangat minima berdasarkan kekerapan mengisi minyak.Lagi kerap berziarah ke pam minyak,lagi banyak rugi.Baik isi penuh tiap-tiap kali.Maksud aku isi minyak RM100 sekaligus tak semestinya anda rugi petrol bernilai 1.9sen.Sebab:

RM10 RON95 = 4.347826087 liter
RUGI = 0.000826087 liter / 0.826087 ml / 0.19 sen

RM100 RON95 = 43.47826087 liter
RUGI = 0.00026087 liter / 0.26087 ml / 0.06 sen sahaja

Kesimpulannya,kuantiti ‘kerugian’ petrol setiap kali pam digunakan sebenarnya sangat-sangat minima,lagipun teorinya berdasarkan display pada pam.Bukan saja petrol,apa juga mekanisma pengukuran bendalir mesti ada tolerance,cuma tolerancenya masih dalam julat yang mengikut standard antarabangsa.

Melampau sangat lah pulak sampai kuantiti kurang 1ml punya tolerance pun nak kira.Pam kat stesen minyak tu laju flow dia,mana boleh accurate gilababi.Kalau nak flow + kuantiti tepat,pam la petrol pakai pam HPLC.Seminit dia boleh pam minimum 0.2ml.

Display digital kat pam petrol tu ingat boleh harap?Yang penting ialah calibration berkala.So,teori ni tak masuk akal untuk dipraktikkan sebab ianya semata-mata berdasarkan anggapan ukuran bendalir sebenar disandarkan pada paparan angka di pam.

Nak berjimat pun janganlah sampai menyusahkan diri percaya dengan teori yang tidak terbukti tepat.Petrol baru berapa ringgit je,cuba kira kuantiti minyak enjin semi synthetic dalam tong plastik empat liter tu.Betul ke tidak jumlahnya empat liter.Lepas kita tuang masuk dalam enjin,baki dia tu mana kita campak?

Bai.

 

UPDATE

* Bermula 12 tengah malam Ahad lepas ( 1 Februari 2015 ),harga petrol RON95 ialah RM1.70 dan RON97 RM2.00.Ada sesiapa yang masih lagi praktikkan kaedah isi petrol dengan kaedah liter tak?Hihihihihihi…

Selasa, 10 Jun 2014

Cadbury;Kesian Mereka Ni…

Abaikan nama page.Nama page tak penting.Apa yang penting baca baik-baik sebelum share/bagi komen supaya tak nampak bodoh.Hangpa sokong la parti apa pun tak kisah,tapi mata jangan simpan dalam spender.

Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=254561754749544&set=a.126809530858101.1073741833.100005871641592&type=1&theater

5  Umno BN Beruk Negara

10262261_254561754749544_3011293090903724835_n

 

Perenggan 3:

“Keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan produk-produk coklat Cadbury lain yang diuji.”

 

Aku bukan nak sebelah pihak mana-mana.Kredibiliti dalam menyampaikan berita sangat penting supaya tak menjana dosa fitnah.Isu DNA babi dalam makanan halal bukan la benda baru,tapi entah pasaipa isu coklat Cadbury ni ramai yang melatah.

Sebelum ni sekitar 2012 kalau tak salah,daging burger Ramly juga dikatakan ada DNA babi tapi lama-lama kes tu senyap.Bukan senyap pasal orang nak sembunyikan fakta,isu tu senyap sebab tiada asas tuduhan yang kukuh.Barangkali DNA dikesan hasil daripada amalan ujikaji makmal yang tak mematuhi standard.Masa aku dengar berita tu aku cuma senyum sinis,sebab aku tau bagaimana Ramly menjaga sensitiviti dan keperluan halal untuk pengguna.Semua QC Melayu Islam,lengkap dengan pegawai berkelulusan Ijazah Syariah.

Orang Melayu Islam sangat-sangat alergik dengan babi.Benda haram lain ramai yang ambil mudah,tapi tang babi no way.Sampai ustaz-ustaz pun tak berapa sepakat.Apa yang susahnya pun tak tahulah,padahal kalau dah was-was tinggalkan saja.Banyak lagi coklat lain.

Suka benor pilih jalan susah,sampai nak samak mulut pun ada.Ajaran mana diorang belajar agaknya…

Kesimpulannya,niat kena baik,jangan cari salah orang saja.Terlalu banyak sangat nampak buruk orang,benda baik pun jadi salah.

Khamis, 9 Ogos 2012

Prison Break Versi Pemuda Brazil

Sekitar tahun 2007 dulu kalau tak salah,8TV menyiarkan satu drama bersiri bertajuk ‘Prison Break’,satu drama yang sangat mendebarkan,genius dan banyak twist dalam perjalanan ceritanya.Kisahnya adalah berkenaan seorang lelaki bijak yang sengaja menghumbankan diri kedalam penjara untuk melepaskan abangnya daripada hukuman mati.Jailbreaking diorang berjaya walaupun perancangan terpaksa diubah berkali-kali dan melibatkan ramai orang.Asalnya cerita tu tentang jailbreak,tapi berpanjangan sampai ke penjara Scylla dan konspirasi agensi sulit.Apapun cerita tu still jauh lebih baik dari drama ‘Lost’.Memula aku layan gak drama Lost ni,lelama makin lost aku dibuatnya.Tak faham.

Fiksyen Prison Break tadi cuba diadaptasikan kealam realiti oleh dua Brazilian tetapi dengan modus operandi yang berbeza,jauh lebih ringkas daripada kaedah yang dirancangkan Michael Scofield.Sidney da Cruz,24,dan Carlos Pereira,18 dipenjarakan di penjara Delegacia de Furtos Brazil atas kesalahan mencuri kereta.

Untuk melepaskan diri dari penjara,mereka menyamar sebagai bungkusan sampah yang dipenuhi dengan bekas makanan polistrin.Bungkusan ‘sampah’ yang diletakkan di tepi koridor itu bagaimanapun disedari seorang warden penjara yang ternampak plastik sampah itu bergerak.

Hukuman penjara mereka ditambah kerana cubaan melepaskan diri.

 

Kalau ‘sampah’ ni dihumban kedalam lori sampah yang ada pemampat tu tak ke mampos?

 

Jailbreak

 

Rio Ferdinand???

jailbreak1

 

Sumber Daily Mail

Rabu, 4 Januari 2012

Ivory Coast = Pantai Gading

Sukahati je paper Indonesia convert nama negara Yaya Toure, Ivory Coast.


Sumber : Tempo

Selasa, 8 November 2011

Backlink La Kononnya

Selamat kembali bekerja!
Ok ke raya haji tahun ni?Boleh la ye tak.Lepas sembahyang raya,masing-masing tebongkang depan TV sampai petang.Hari Ahad bersedia nak mengadap jem kat highway Karak.Yep!Normal untuk tahun-tahun kebelakangan ni.Contohnya perjalanan normal aku dari kampung ke KL lebih kurang 2 jam 30-45 minit.Semalam gerak jam 5.00pm,sampai rumah kat Damansara hampir 10.00pm.

FAIL #1
Lorong tunggal SmartTAG di tol Bentong sesak mengalahkan lorong tunai.Terbukti SmartTAG tak mampu mengurangkan kesesakan jalanraya kalau lorongnya cuma satu,lepas tu highway ada dua lane saja.Tiga lorong tunai,dua lorong Touch n Go,dan satu lorong Smart TAG,total ada enam lorong tol,berasak-asak kepada dua lane.Kesimpulannya tetap FAIL.Puncanya,kereta makin banyak....

FAIL #2
Last day aku update blog Jumaat lepas.Asalnya aku nak tukar dofollow jadi nofollow semula sebelum habis kerja.Last minute aku biarkan jugak,nak tengok kesannya sepanjang cuti raya Haji.


Dalam bulatan tu,pageview Jumaat lepas,dan seterusnya....Angkanya tak payah le aku tunjuk.Mengecewakan.Entah betul ke tidak teori backlink ni,aku pun tak taulah.Dua sebab yang aku rasa berkaitan dengan penyusutan pageview ni.Pertamanya,blog aku tak ramai pengomen.Kedua kemungkinan hari raya Haji,tak ramai orang browse internet,memasing sibuk menghadap sup daging/tulang korban.
So,kembali kepada asal,berblogging dengan cara yang paling asas,dan semestinya paling sukar.Terutamanya tanpa sebarang 'sifu',semuanya Google sudah...