Khamis, 13 Oktober 2011

Bajet 2012;Kesan Kepada Golongan Swasta Pertengahan


Ni antara intipati Bajet 2012 yang aku pinjam dari wowberita.org .Meh kita tengok impaknya terhadap golongan pertengahan yang berkerja dengan syarikat swasta macam aku ni.
Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

-Lebuhraya JB-Nusajaya,muzium,agro projek nun kat Besut,projek sawit Lahad Datu dan Samalaju(where or what is that??)Projek-projek macam ni hanya dapat memberi kesan kepada penduduk di kawasan berkenaan.Bagus,tapi tak semua dapat rasa.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
-Ini pun bagus cuma tidak begitu memberangsangkan.Pengecualian duti import dan eksais sepatutnya melibatkan motorsikal berkuasa sederhana yang selama ni dianggap barangan mewah.Kerajaan patut memberi perhatian kepada pertambahan jumlah kereta di Malaysia.Untuk golongan macam aku,tak merasa.Gaji kecik,tak mampu pakai kereta hybrid.
RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
-Untuk sekolah,no komen.Wajib kena ada tiap-tiap tahun.
Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
-Durian runtuh?Besar atau kecil 'durian'nya?Better than nothing.Untuk kawasan yang tiada masalah bekalan air,sekurang-kurangnya cat balik garisan jalan.Dah tak nampak garisan,tau-tau je dah terjunam celah semak tepi jalan.
Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
-Good news.Terutamanya untuk ibu-ibu tunggal yang masih ada anak bersekolah.Nanti bila aku dapat anak pun,tak payah bayar yuran.
Pencen
600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
-Tiada kena mengena sebab kerja swasta...
Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
-Gaji naik,kualiti servis?Umur pencen tak perlu la naik,bagi can orang lain naik jawatan pulak...
Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
-No komen
Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
-No komen
Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
-Haaaa!!dalam banyak-banyak bajet tadi,yang ni je yang 'kena'.Tambah lagi subsidi bahanapi.Korang pulak bakal merasa yang mana?

Membezakan Barang Wajib dan Harus

Baca tajuk muka depan paper Kosmo semalam?Berpuluh ribu belia diisytiharkan muflis,sebelum ni akhbar The Star dah pun highlightkan isu ni dan aku ulas dalam entri Jangan Terbabas Dalam Perbelanjaan .
Puncanya simple je,tak tau beza keutamaan antara keperluan dan kehendak.Apa yang kita perlu dan apa kehendak nafsu serakah kita?

Keperluan
-Tempat tinggal,makanan,pekerjaan,pengangkutan,pakaian,hiburan asas(TV,radio etc.)

Kehendak
-Rumah teres dua tingkat,rusuk lembu panggang Tony Roma's,kereta dua-tiga bijik,pakaian mahal,hiburan lengkap(UniFi,Astro Super Pack)...sebagai contoh la.

Tak kisah.Nak apa pun boleh,duit masing-masing.Tapi utamakan perkara wajib,bil-bil elektrik,air,hiburan,internet,pinjaman peribadi,kad kredit..Lepas tu kira baki gaji berapa.Barang dapur dah beli ke belum?Perbelanjaan harian minyak,tol,makan tengahari,rokok?
Dah berumahtangga perbelanjaan memang lain macam sikit.Lain la bujang,bayar ansuran kereta,bayar sewa rumah(share 4 orang),enjoy sikit-sikit,tengah bulan dah start belasah megi pun apa ada hal.
Aku suka share kisah-kisah yang berlaku sekeliling aku.Sorang kawan yang aku kenal;baru-baru ni dia kesempitan wang dan cuba minta bantuan kewangan.Katanya nak bayar bil utiliti yang tertunggak.Sedikit keraguan kat situ bila dinilai balik dari cara hidup kawan tadi.Isterinya bekerja dan berkelulusan tinggi,ada dua unit kereta(baru dan lama),pengguna siaran TV berbayar dan melanggan perkhidmatan jalur lebar.
Jumlah bil utiliti yang tertunggak agak banyak.Mustahil bil tu tiba-tiba melambung dalam satu bulan.dah tentu bil tu accumulate sejak beberapa bulan lepas.
Bagi aku adalah sangat tidak bijak membiarkan bil tertunggak tapi masih melanggan jalur lebar.Kalau langganan tu sekadar digunakan untuk menziarah laman sosial,main game online,memang tak berbaloi langsung.
Pendek kata kena bijak buat keputusan mana yang wajib dan mana yang kurang penting.Kalau mampu,lain cerita ye dak?

Rabu, 12 Oktober 2011

Sony Recall LCD Bravia 40

Siapa pakai TV SONY?


Sony menjalankan prosedur memanggil balik sebanyak 1.6 juta unit TV LCD model Bravia 40 inci kerana terdapat beberapa laporan kegagalan fungsi termasuk beberapa bahagian 'cair'.Kesemua 11 kejadian dilaporkan di Jepun,tapi model tersebut dijual diseluruh dunia.
Model yang terlibat dihasilkan sekitar tahun 2007 hingga 2008.

Ada sesetengah orang cukup obses dengan barang Sony.Semua nak jenama Sony.Barang Sony yang aku pakai cuma PlayStation.LG win!

*Sumber DailyMail

Remaja dan Adrenaline Rush


Aku agak jarang balik kampung sebelum ni.Tapi lepas adik lelaki aku decide nak kerja kat bandar semula,tinggal mak aku dengan adik perempuan aku darjah empat.So,kena rajin sikit jenguk mak aku.Aku ada tiga adik lelaki bawah aku,semuanya dah habis sekolah.Sesekali bila ronda kampung ternampak bebudak baru kenal motor main wheelie tengah jalan,nak gelak pun ada bila tengok.Remaja la kononnya.Semua orang pernah lalu zaman remaja.

Tukar cerita asal balik...
Perjalanan hidup adik lelaki aku yang tinggal kat kampung tadi agak berwarna-warni.Sejak masuk sekolah menengah memang dia sekor ni je dalam keluarga aku yang selalu bikin hal.Hal dadah,gaduh,cuma tak semua benda jahat kat mukabumi ni dia buat.Arwah bapak aku cukup pening dengan adik aku sekor tu.Habis sekolah,pernah masuk lokap dua minggu.Kes gaduh kalau tak silap aku.Orang puasa kat rumah,dia 'puasa' dalam lokap.
Arwah bapak aku hantar dia masuk IKBN.Masuk IKBN Dusun Tua,jadi rusuhan pulak dah.Pernah keluar paper dulu,dah lupa tahun bila.Lebih kurang 2001-2002 mungkin.Habis belajar dia kerja optometris.Bila dia ditukarkan ke Melaka,dia buat perangai semula.Rumah sewa dia kena rush,jumpa barang(ice),dalam bilik dia.Masa tu bapak aku dah arwah.
Turun naik court jugak la mak aku.Dapat ikat jamin,lepas tu tahanan daerah dua tahun.Tu yang duduk kampung temankan mak aku.Sepanjang dua tahun,ada la dia buat kerja-kerja kampung,dapat kontrak sikit-sikit buat wiring.
Tapi apa la sangat hasilnya.Jarang dapat projek.Akhirnya dia terpaksa keluar dari kampung,kerja kat bandar.Umur dah tahap bapak budak,kerja tetap tak ada lagi.Sekarang sambung kerja optometris semula.Harap-harap dah cukup matang untuk fikirkan masa depan.

Itu kisah hidup remaja dia.Kehidupan remaja aku biasa-biasa je.Nak kata pandai,belajar pun biasa-biasa,bangang sangat jauh sekali.Heheh!Hidup sebagai remaja ada dua perkara menarik.Keterujaan buat benda baru(benda bodoh paling banyak)dan sukakan adrenaline rush.

Dari forum.lowyat.net
Sejak zaman sekolah menengah aku teruja dengan mesin.Bukan mesin basuh.Aku suka enjin.Kitar piston empat dan dua lejang cukup menarik perhatian aku.Apa kaitan mesin dengan zaman remaja?Nah...bawak motor laju atau istilah komersial media tempatan;mat rempit.
Istilah rempit digunapakai secara komersial agak baru jugak rasanya.Zaman aku dulu dah mula gunakan istilah rempit.Bezanya zaman aku dulu,rempit secara berhemah.Tak paham?
Berlumba pun ada,cuma jauh dari orang ramai.Tak menunjuk-nunjuk.Zaman tu nak menunjuk kat siapa,henpon 3gp pun belum wujud lagi.YouTube pun tak kenal.Lingkungan masanya lebih kurang zaman chatting guna MiRC32.
Mesin yang glemer zaman tu biasalah RXZ(model Catalyzer belum keluar),Yamaha SS/SS Two,EX5,Suzuki Panther ada la sikit-sikit.Cuma tak pernah aku jumpa mat resing pakai Suzuki Best.
Setakat ada motor je tak cukup,mesti mau laju.Nak bagi laju motor bukan susah.Dulu mesin aku cuma Yamaha SS 110 YPCS tahun 93.Tapi masih virgin masa bapak aku bagi aku pakai.Modified yang aku buat cukup light,saiz piston pun 0.50 je.Buat port & polish liang intake+ekzos,karburetor 'usik' sikit(maintain mainjet & pilot jet asal),tukar spring clutch resing dan dua bijik bearing crankshaft FAG.
Zaman tu belum glemer bearing SKF.Ekzos manifold aku biar standard.Body pun standard kedai.Bukan apa,buat mod tahap CubPrix kang relai enjin bila jalan jauh.Aku buka nak ajar orang merempit,bikin enjin pun kena buat calculation.Ada parameter yang kena amik kira.Main tarah je,jahanam enjin.
Hasil mod yang light tadi pun dah cukup untuk lari habis meter.Tak percaya?Kena percaya beb...
Keterujaan ada mesin laju ni lain macam sikit.Bukan untuk berlumba,cuma seronok ada mesin laju.Tak la kena tinggal bila join member-member round bandar Kuantan.

Tapi tu kisah lama.Cuma sesekali bila balik kampung terserempak budak-budak belum baligh bawak motor macam gampang,rasa macam nak sepak pun ada.Nak tayang wheelie kat siapa.Tak akan dapat kerja best hatta pandai wheelie keliling kampung sekalipun.Bebudak sekarang tau bawak motor je,servis fork depan pun tak pandai.
Besar nanti diorang taula betapa bangangnya sesetengah jenis keterujaan zaman remaja.Zaman sekarang ni bebudak tak berapa matang.Ramai budak Melayu dah kenal apa tu liquor,wiski dan beer.Patutnya pihak berwajib lebih tumpukan perhatian macamana nak halang bebudak Melayu minum benda haramjadah tu.Yes.Rokok memang mendatangkan mudarat,tapi arak???Think about it.
Hasilnya Mat rempit zaman sekarang adalah kombinasi alkohol+motor pekak+betina.Ianya bukan lagi semata-mata keterujaan terhadap mesin...

Panjang tak aku membebel?

Sesekali Tergelincir Juga


Gambar hiasan.Pinjam dari omaq.org

Hidup umpama roda...

Cuma dari pandangan mata aku,rodanya bukan seperti roda motorsikal atau roda Ferris.Aku lebih nampak kehidupan ni macam gear;bentuk macam roda cuma ada gigi gear.
Sebab apa aku cakap hidup macam gear?Apa yang kita buat setiap hari,semuanya selaras dengan apa yang berlaku sekeliling kita.Atau kata lainnya,synchronize.Macam gear berfungsi,gigi gear akan bercantum tepat dengan gear yang lain;sempurna setiap kali menjadikannya lancar bergerak.

Apa jadi bila 'gear' tak selaras?
Jawapannya simple.Disaster.Atau lagi senang nak faham,malang menimpa.

Petang semalam siapa yang lalu jalan dari lampu isyarat dekat Politeknik Shah Alam menghala ke Lebuhraya Guthrie(depan NST),tentu nampak satu kemalangan.Mangsanya seorang wanita.Aku tak pasti apa yang melanggarnya.Dari cerita kawan aku yang berhenti kat tempat kejadian,khabarnya langgar lari.Lori pulak tu.Betul ke tidak,wallahua'lam..Masa aku lalu kat situ,mangsa dah kaku tertiarap,aku rasa baru sangat berlaku.
Orang yang berhenti pun tak berbuat apa-apa kat mangsa.Aku rasa tindakan diorang agak tepat,sebab risiko menggerakkan mangsa tanpa prosedur yang betul hanya akan menambah kecederaan mangsa.Biarlah mereka-mereka yang ada pengalaman dan terlatih saja menguruskan mangsa.
Harap mangsa kemalangan semalam selamat.
Itulah namanya kemalangan.Kita tak cari kemalangan pun kadang-kadang kemalangan datang kepada kita.Itu yang kita taknak.Tapi tu semua dah tertulis,sesekali 'gear' kehidupan kita akan tergelincir dan tak synchronize dengan persekitaran kita.
Siapa-siapa yang memandu setiap hari,ingat satu perkara.Jangan jadi hantu bila pegang stereng.Pesan ni untuk aku sekali sebab kadang-kadang aku memandu.Wajib sentiasa alert dengan penunggang motorsikal.Disebabkan motorsikal bergerak dengan konsep gyroscopic(keseimbangan),senang nak tergolek.Kita mengalah sikit takpe.Keluar kerja awal,jangan kelam kabut guna lorong kecemasan bila sesak.Bagi la can kat mat/minah motor guna lorong tu.Bukan diorang meresing pun,pergi balik kerja macam kita jugak.
Kereta dah ada tiga lane,cukup la.Kang aku bagitau Menteri Kerja Raya tambah semua highway jadi enam lane sehala,amacam?