Selasa, 26 Oktober 2010

Lockheed Martin Exo-Skeleton;HULC

Prototaip terbaru dari firma Lockheed Martin,exo-skeleton yang bernama HULC(Human Universal Load Carrier),untuk meringankan beban yang dibawa tentera,spesifiknya tentera US lah ye.Berat bebanan yang dibawa boleh mencecah 200 paun.Bayangkan nak angkut beban seberat tu di kawasan yang berbukit bukau,padang pasir dan sebagainya.
Exo-skeleton yang dilengkapi bateri ni mampu mengurangkan bebanan,dan membolehkan tentera berjalan lebih jauh dan bertahan lebih lama.Banyak bebanan yang dibawa bermakna banyak bekalan makanan,peluru,dan ubatan untuk diorang berada di medan pertempuran lebih lama.

Images from Gizmondo


HULC menggunakan bateri lithium polymer seberat 4 paun yang mampu bertahan selama 1 jam!? sekiranya berjalan pada kelajuan 3mp/h.Terdapat juga versi extended-endurance yang dilengkapkan silent generator,dimana generatornya menggunakan bahanapi JP8 jet fuel.Dengan setangki bahanapi penuh,mampu menggerakkan HULC selama 3 hari.


Images from lockheedmartin.com

Dengan binaan titanium yang diperkuatkan,HULC berfungsi dengan kuasa hidraulik anthropomorphic exoskeleton yang fleksibel,membolehkan tentera merangkak,mencangkung dan meniarap dengan mudah.
HULC tidak menggunakan sebarang alat kawalan,sebaliknya sensor pada HULC akan mengesan apa penggunanya mahu lakukan dan kemana arah hendak berjalan dengan bantuan on board micro computer yang akan mengharmonikan pergerakan.
Rekaan modular membolehkan pertukaran komponen untuk sebarang pengubahsuaian.Untuk keupayaan mengangkat bebanan,ia tetap mampu bekerja walaupun tiada bekalan kuasa.

Isnin, 25 Oktober 2010

Kenapa Aku Suka Arsenal



Perkenalan aku dengan dunia sukan paling terkenal di muka bumi ni agak lewat.10 tahun dulu aku sangat la tak faham kenapa la orang suka sangat dengan bola sepak,baca paper pun mula dari belakang.Tu belum lagi tengok statistic chart.Ape benda la yang dimaksudkan dengan P,M,S,K,J,M.
Lepas aku beli PSOne,aku mula berjinak-jinak mengenali dunia bolasepak melalui game Winning Eleven/Pro Evolution Soccer.Masa tu World Cup Korea/Japan tengah rancak.Dari game Winning Eleven la aku kenal apa tu offside,free kick,through ball,1-2,corner kick dan sebagainya.Kalau tak,sikit pun aku tak tau.
Bila dah minat bola,tentu ada pasukan dalam Liga Inggeris yang diminati.Bagi aku plak,aku sangat meminati Arsenal.Alasan utama aku minat Arsenal nak tau pasal apa?


Pasal managernya nama Arsene Wenger.
Bagi aku Arsenal dan Arsene Wenger ada chemistry.A.R.S.E.N.A.L dan A.R.S.E.N.E Wenger sangat serasi.Bagi aku jugak Arsene Wenger sangat bijak mencari bakat-bakat muda yang akan dilatih menjadi Superstar.Selain tu,Arsene Wenger bijak dalam berbelanja dan beberapa pemain berbakat yang dia dapat,just for free!
Berbanding pasukan lain yang berbelanja besar nak beli superstar,itu tak mengkagumkan aku kalau pasukan tu mantap.Yelah,player mahal-mahal takkan nak expect perform hampeh kot.Sebagai contoh perlawanan semalam,Arsenal vs Manchester City yang berkesudahan Arsenal menang 3-0.Betapa pemilik Manchester City melabur kaw-kaw sekalipun belum tentu menjamin kemenangan.
Contoh beberapa player yang telah menjadi superstar dibawah latihan Arsenal seperti Thierry Henry,Nicholas Anelka,Ashley Cole,Robin Van Persie,Theo Walcott dan Cesc Fabregas.Dulu siapa diorang ni?Nama diorang biasa-biasa je sehinggalah menjejakkan kaki ke Arsenal.
Dalam ramai-ramai bakat muda dalam Arsenal,buat masa sekarang ni aku kagum dengan prestasi Samir Nasri.Makin lincah dan berkeyakinan depan pintu gol.Ditambah dengan kehadiran Marouane Chamakh yang berkeupayaan menanduk bola dengan tepat,kepantasan Bacary Sagna di sebelah kanan dan Gael Clichy di sebelah kiri,aku rasa Arsenal berada dalam keadaan yang agak stabil.Cuma ketiadaan Thomas Vermaelen yang aku rasa agak kurang dari segi pertahanan.
Kalau sebelum ni Manuel Almunia sebagai penjaga gol utama,nampaknya Arsene Wenger dah mula bagi peluang kepada penjaga gol kedua,Lukasz Fabianski.Cuma satu je,muka Fabianski ni jambu,penyerang lawan tak gerun,haha!Mujur semalam dia beraksi cemerlang,Man of The Match tu!


Yang aku nampak,kebelakangan ni Wenger kerap menurunkan Marouane Chamakh,Samir Nasri,Andrei Arshavin,Lukasz Fabianski dan Alex Song untuk menambahkan pengalaman diorang.
Pemain berbakat lain macam Nicklas Bendtner,Carlos Vela,Theo Walcott,Robin Van Persie,Thomas Vermaelen,Laurent Koscielny dan Eboue disimpan dulu.Go,Gooners!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Life As We Know It & Perhatikan Anak Anda

Agak lama jugak aku tak menjejakkan kaki ke panggung favourite aku,Cathay Cineplexes di E@Curve.Kali terakhir aku menonton wayang maybe 3 bulan lepas,filem Shrek:Forever After 3D.
Oleh kerana kompeni aku bermurah hati memastikan pekerjanya tak kebosanan di hujung minggu,gaji pun dah dapat harini.Biasanya 25hb baru dapat,that's mean next Monday baru dapat gaji.Aku pun agak risau,sebab bajet ngam-ngam je tinggal,itu pun kalau tak keluar rumah hujung minggu ni.Bila aku online je semalam,tengok Maybank2u dah ada one day float,Yeahh!!
Macam biasa aku tunggu tunang aku jemput,pegi makan sama-sama then tengok wayang.List movie yang ada plak macam tak bleh blah je.At last ,kitorang ambik je movie Life As We Know It,Lakonan Josh Duhamel & Katherine Heigl sebab malas nak menunggu lama-lama.Aku punya expectation kat movie ni pun tak la tinggi sangat tapi apa salahnya tengok movie yang agak ringan sikit.



Tengok poster pun dah tau macamana plot cerita ni,about parenting.Tapi tanggapan aku mula berubah bila menonton.Perlahan-lahan aku dapat ikut jalan cerita yang tak terlalu rumit ni.Kisah Messer(Josh Duhamel) dan Holly(Katherine Heigl) yang berkawan baik,tapi terpaksa menjaga anak kawan mereka,Sophie selepas ibu-bapa Sophie mati akibat kemalangan.
Walaupun berkawan,Messer dan Holly kerap bertengkar dan kerana Sophie,mereka berubah menjadi penjaga yang baik.
Aku tak pandai nak mengulas filem,tapi filem ni berjaya dari segi penyampaian yang bersahaja,komedi dan serius diadun seimbang.Jalan cerita yang straight forward memudahkan kita memahami matlamat cerita ni dengan cepat.

Annoying Kids
Filem yang baik,cuma konsentrasi aku terganggu dengan beberapa kanak-kanak warga asing barisan depan aku  yang buat bising dan bergurau melampau-lampau.Nak je aku sepak seat depan aku tu.Aku pun hairan macamana bebudak tu boleh tengok movie macam tu.Aku rasa ada beberapa babak ranjang yang tak keterlaluan tapi tak sesuai untuk kanak-kanak.
Pasan aku pada parent,watch out ur kids.Jangan biarkan anak anda bebas berbuat apa sahaja.Kalau masih kecik pun dah perangai macam hantu,bersiap sedia la bila diorang dah besar.Kadang-kadang aku hairan tengok sesetengah parent yang biarkan anak-anak menyepahkan barang,buat bising dan mengganggu orang ramai.Sebab tu la kebanyakan budak-budak sekarang ni makin kurang hormat dengan orang tua.

Khamis, 21 Oktober 2010

Laman Web Rasmi Istana Terengganu Gagal Bahasa Melayu

Asalnya petang ni aku nak buat artikel pasal history Keris Panjang Di-Raja yang digunakan semasa upacara pertabalan Sultan.Entah macamana lain pulak yang aku jumpa.



Sedang aku meneliti keterangan mengenai Keris Panjang Di-Raja kat sini ,ada sesuatu yang buat aku rasa pelik.Tengok gambar kat bawah ni:


Dah siap aku highlight yang mana buat aku sakit mata bila baca.Siapa la yang buat website ni.Website ni website rasmi Istana Terengganu.Aku tak sempat baca semua,maybe ada lagi kesalahan ejaan.Aku harap pihak abytech yang mengendalikan laman web ni dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk memperbaiki ejaan Bahasa Melayu.
Bagi aku,perkara ni serius sebab kesalahan ni berlaku pada laman web rasmi istana.Hilang mood aku nak buat artikel keris,huh!

Escape From New York : Metal Gear Series

Sebelum ni memang ada aku dengar cerita yang Hideo Kojima mencipta siri game Metal Gear Solid berdasarkan satu filem Hollywood,Escape from New York.Aku tak pasti plak sebanyak mana Hideo terinspirasi dengan filem ni.
Sehinggalah beberapa malam lepas TV8 menyiarkan filem lakonan Kurt Russell pada tahun 1981 ni.Pada mulanya aku tak berapa perasan sangat persamaan filem ni dengan siri MGS,cuma aku agak teruja bila seseorang panggil Kurt Russell dengan nama Plissken.Pastu Kurt Russell ble plak sound mamat tu,"Call me Snake!".Wuaaa!!
Lagi la aku teruja!

Kurt Russell aka.Snake Plissken
Kurt Russell membawakan watak askar WWII pencen bernama Snake Plissken didalam sebuah filem arahan John Carpenter bertajuk Escape From New York.Antara persamaan yang aku nampak adalah Snake Plissken seorang tentera sama seperti Solid Snake,mata sebelah,infiltrate kedalam kawasan musuh menggunakan drone dan mempunyai gaya bercakap serta suara yang sama.

Escape From New York screenshot


David Hayter : Solid Snake/Iroquois Pliskin(MGS2)

Siapa yang tak kenal Solid Snake.Hero game Metal Gear Solid yang sangat glemer nih.Sememangnya Hideo Kojima terinspirasi dengan filem Escape From New York.
Solid Snake pernah menyamar sebagai Iroquois Pliskin selepas kejadian rampasan Metal Gear Ray dalam siri Metal Gear Solid:Sons of Liberty dan hanya menjadi 'sidekick' Raiden yang meneruskan misi seterusnya.
Mata kanan yang buta sebelah plak sebab terkena tembakan dari pistol Ocelot.



Jalan cerita memang jauh berbeza,cuma adaptasi karekter yang aku rasa sangat ketara.

.

Gemuruh Depan Kamera

Korang rasa korang gemuruh tak bila berdepan kamera?Nak plak bila tau shooting tu untuk live broadcasting.aku belum pernah ada pengalaman shooting 'live',tapi pernah la jugak jadi 'pelakon' masa TV3 buat shooting untuk segmen khas rancangan Nona dulu,haha!
Kira berani gak la aku,tu pun sebab pakai face mask,orang tak boleh cam muka.Letih siot,diorang ni shoot banyak-banyak kali,nak pilih yang mana ok.Berlakon filem sure berganda-ganda penat.
Korang layan la video kat bawah ni,kesian budak ni aku tengok.Gemuruh macam nampak hantu.

Rabu, 13 Oktober 2010

Redefined Bugatti Veyron

Model kereta terpantas didunia,Bugatti Veyron mengukuhkan lagi namanya dengan pelancaran model baru 2011 yang lebih berkuasa iaitu Bugatti Veyron 16.4 Super Sport.


Image from TopSpeed.com
Dengan pembesaran empat unit pengecas turbo dan intercoolernya,kuasa yang dihasilkan oleh enjin 16 silinder ini ialah 1200hp berbanding model asal yang berkuasa 1001hp.
Bahagian chassis dan juga stabilizer juga diperkuatkan serta dilengkapi dengan sistem gantungan terbaru untuk menampung kuasa yang terhasil.
Bahagian luaran juga menerima rekaan baru seperti pembesaran dan rekabentuk semula saluran udara hadapan,diffusser berkembar dan tip ekzos di bahagian tengah bumper.
Kelajuan maksimum purata yang dicatatkan adalah 431km/j(267bs/j) yang juga tercatat didalam rekod baru Guinness Book of Record,dan pecutan pada kadar 1.4G.
Lima unit pertama yang akan dihasilkan adalah limited edition iaitu versi 'World Record Edition'.Manakala kelajuan maksimum akan dihadkan pada 415km/j untuk melindungi tayar dan keselamatan pemandu.

1200hp...



Sama kuasa dengan enjin diesel 12 silinder yang menggerakkan MBT M-95 Degman.

Selasa, 12 Oktober 2010

Super Pedas!;Naga Jolokia


Sepedas manakah cili yang korang pernah makan?
Sampai berpeluh?
Air liur meleleh?
Tahap paling tinggi,sakit perut?


Itu pun baru makan cili padi.Cili padi atau nama inggerisnya Bird's Eye Chilli biasa kita gunakan untuk buat sambal belacan.Nak power lagi,makan mentah-mentah.Confirm meleleh air hidung.
Kepedasan setiap spesies cili diukur dengan skala Scoville Heat Unit.Apa yang menyebabkan cili pedas adalah kandungan capsaicin didalam cili.Makin tinggi nilai angkanya,makin berapi cili tu.Untuk cili padi,nilai kepedasan pada skala Scoville ialah 50,000-100,000.

Hottest Chilli In The World
Anugerah cili terpedas di dunia jatuh kepada..............Naga Jolokia/Bhut Jolokia!


Juga dikenali sebagai Ghost Chilli,cili yang berasal dari India dan terdapat juga di Bangladesh dan Sri Lanka.Tahap kepedasan cili ni ialah 855,000-1,075,000,bermakna 17 kali lebih pedas dari cili padi dan 28.5 kali lebih pedas dari sos Tabasco.Gila pedas!
Saiz cili Naga Jolokia ni adalah sekitar 60-85mm dan berwarna merah atau oren apabila matang.

Kegunaan
Kegunaan lain cili ni di India ialah untuk menghalau binatang liar seperti gajah.Aku pernah tengok dokumentari dimana penduduk kampung menumbuk cili ni untuk dijadikan 'sambal',tapi bukan untuk dimakan.
Diorang sapukan cili ni pada pagar tanaman kontan diorang untuk mengelakkan gajah menceroboh kebun sayur.Selain dari tu capsaicin dari cili ni berkesan untuk dijadikan pepper spray dan bom cili.Bagi peragut amatur dan perogol bersiri yang terbaca fakta ni dimana-mana,tahap kepedasan cili ni mampu menggoyangkan niat serong yang berputik bila ternampak wanita cantik.
Kadang-kadang yang tak cantik,tak seksi pun diorang balun.Tak apa,dapatkan sebotol pepper spray walaupun bukan dari cili Naga Jolokia.Gred pepper spray untuk Law Enforcement ialah 5,000,000-5,300,000 SHU(Scoville Heat Unit).Cukup pedas dah tu.

Isnin, 11 Oktober 2010

Tidur Petang & Portal Masa

Orang tua-tua selalu berpesan,tak baik tidur petang.Masalahnya aku ni jenis degil,walaupun aku jarang tidur petang.Apa-apa pantang larang orang tua-tua yang aku rasa tak ada kaitan dari segi fizik dan sains memang otak logik aku tak boleh terima.Contohnya makan pindah randah nanti isteri banyak(ok what??),tak boleh duduk atas bantal(time nikah boleh plak duduk atas bantal!LOL!),dan sebagainya...
Tidur petang plak aku tak pasti la apa natijahnya,tapi aku rasa mungkin 'penidur petang' akan mengalami mimpi aneh.Itu la yang terjadi kat aku.Mimpi aku sangat aneh,tapi aku rasa sangat amazing sebab berkaitan dengan dimensi keempat.


Susah nak faham apa tu dimensi keempat?Ia berkaitan ruang dan masa yang terbuka,membolehkan kita pergi kemana-mana tempat di dunia ni melalui satu portal ruang.Contoh paling senang,macam pintu ajaib Doraemon.Ia tergolong dalam kategori paranormal phenomena;sesuatu kejadian atau perlakuan yang melanggar hukum normal alam dan juga tidak dapat dihuraikan oleh sains.

Orang Hilang
Biasa jugak kita dengar kes-kes isolated dimana orang hilang secara tiba-tiba.Ada teori yang mengatakan orang hilang ni termasuk ke dimensi keempat.Salah satu kes di Malaysia yang aku pernah baca ialah seorang kanak-kanak hilang bila dia lalu kat sebatang pokok.Kes tu berlaku di sebuah kampung di Mentakab,Pahang.Aku dah lupa nama kampung tu.
Budak tu main kat halaman rumah dan tiba-tiba hilang.Saksi plak seorang budak kecik,umur lebih kurang 4-5 tahun yang tak berapa pandai nak bercakap.Bila mak dia tanya mana budak yang hilang tu,budak tu tunjuk kat satu pokok sambil menangis.
Di luar negara ada juga beberapa kes macam tu,cuma aku tak boleh nak cerita semula.Kang salah fakta.Apa yang aku alami ni cuma mimpi akibat tidur petang.Kalau betul-betul terjadi kat aku dah tentu aku tak boleh dah tulis blog ni.

Weird Dream
Ok,aku mimpikan yang aku berada kat luar negara sebab bahasa diorang aku tak faham.Senang citer macam kat negara orang putih,Tempatnya aman,nak lintas jalan pun tak banyak kereta.Yang aku tau aku datang kesitu dengan tunang aku.Entah macamana tetiba tunang aku hilang.Aku call ngan SMS tak dapat.Dalam mimpi tu sempat lagi aku fikir,tak dapat call sebab belum roaming ke operator telefon oversea macam O2 atau Vodafone kot.
Aku berjalan-jalan sampai kat satu pagar,sebelah luar pagar aku nampak macam satu jalan yang aku sangat kenal.sedangkan tempat yang aku berdiri tu tempat yang sangat asing.Lama aku berdiri perhatikan manusia berjalan kat sebelah pagar,tapi diorang buat bodoh je macam tak nampak aku.
Tetiba ada sorang lelaki muda tepuk bahu aku dari belakang.Dia cakap,"Jangan bagitau orang,tak ramai orang tau pasal benda ni".
Aikk???Cmana dia tau yang aku tengah hairan dengan apa yang aku nampak.Dunia yang aku berpijak sangat berbeza dengan dunia yang aku kenal di luar pagar.Maknanya aku termasuk ke ruang masa yang terbuka.Fuhh!

Reality
Then aku dengar suara adik aku,"Oit!Bangun!Nasik dah siap!...Dengan selambanya aku bangun,terus hadap nasik yang kurang air dan berlaukkan kari ayam.End of Story.

Rabu, 6 Oktober 2010

Beruntungnya Budak-budak Zaman Sekarang

Dah hampir 23 tahun keluarga aku menetap di sebuah Felda di Jerantut,Pahang.Sepanjang tempoh itu juga,berbagai rintangan dan ranjau yang keluarga aku harungi sehinggalah berada pada tahap yang agak selesa.
Sebelum ini mak ayah aku bekerja sebagai petani sawah di Sekinchan,Selangor.Keputusan drastik ayah aku memohon untuk menyertai program Felda mengubah keseluruhan perjalanan hidup keluarga aku.Ayah aku pernah bagitau aku,seseorang yang dia tak kenal langsung yang beritahu dia tentang tawaran Felda.Ayah aku pergi pejabat Felda kat Jalan Semarak,KL dan memohon untuk menjadi peneroka Felda.
Aku dapat rasa yang sangat kuat azam dan tekad ayah aku untuk memperbaiki taraf hidup.Bayangkan sebelum ni kami tinggal berhampiran pekan Sekinchan,lengkap dengan fasiliti asas api,air dan telefon.Sedangkan tempat yang kami akan berpindah entah macamana rupanya nanti.Kalau aku sendiri yang berada pada kedudukan ayah aku,aku sendiri tak berani ambil risiko macam tu.
Masa aku berumur 5 tahun lebih,kalau aku tak silap,kami pun berpindah ke lokasi si sebuah pedalaman Pahang.Walaupun aku masih kecik,tapi semuanya aku ingat dengan jelas.Kami sekeluarga naik sebuah lori yang penuh dengan barang-barang rumah.Barangnya tak banyak tapi lorinya kecik je.
Mak,ayah,kakak,aku,dan sorang adik lelaki aku duduk kat belakang.Atuk aku pun ikut teman sekali.Aku tak fikir apa-apa pun pasal tempat yang bakal jadi kampung halaman aku.Maklumlah budak-budak lagi.Makin jauh perjalanan dalam negeri Pahang,makin tebal hutan-hutannya.Jalan rata makin kurang dan diganti jalan tanah merah.Yang aku ingat,lori bergoyang-goyang bila lalu lopak.Waktu pun dah melepasi maghrib(aku agak-agak je),dalam hutan plak tu.Rupanya kami melalui jalan balak.


Inilah jalan utama ke kampung aku semasa tahun akhir 1980-an.Sanggupkah korang
meninggalkan keselesaan hidup di bandar untuk mencuba nasib disini.Gambar seorang guru
menolak motosikal untuk ke bandar.
*Gambar dari galeri Facebook SKLU8
Bila sampai kat rumah yang dah ditetapkan Felda.........mak aiii!Budak-budak Felda je yang mengerti.Rumah papan kecik yang dikelilingi rumput ekor kucing dan bersebelahan beberapa unit rumah.Bekalan air pun tak ada,apatah lagi elektrik.Kami sekeluarga mandi air dari anak sungai berdekatan rumah,waktu malam diterangi lampu minyak tanah.Bunyi-bunyi menyeramkam toksah cakap la.Dalam hutan tebal,aku rasa harimau pun berkeliaran je bawah rumah agaknya. Masa tu mak aku memasak guna dapur kayu.Kawasan belakang rumah yang banyak anak-anak kayu,mak aku tebang(iye,mak aku yang tebang),dipotong kecik-kecik dan aku adik beradik susun tepi rumah untuk dikeringkan.Bila musim hujan,kami beramai-ramai kutip cendawan.Walaupun kehidupan masa tu aku masih belum faham erti susah,yang aku ingat masa tu aku enjoy life kanak-kanak aku.Sarapan pisang rebus dan bubur nasi dah biasa bagi aku.
Setahun dua aku tinggal kat tempat baru,aku dah lupa keindahan sawah,kemanisan mempelam,keterujaan melihat mesin menuai padi dan makan malam diluar bersama keluarga aku.Yang ada disekeliling aku cuma jalan tanah merah,kesejukan air sungai,bauan kayu yang dibelah dan jelaga lampu minyak tanah dalam lubang hidung.Hiburan yang ada cuma TV Samsung hitam putih yang dikuasakan oleh bateri kereta.Masa kat rumah nenek aku,dah ada TV warna dan wajah yang aku paling ingat ialah Ezzah Aziz Fawzy di TV3 yang baru wujud tahun 1985.Zaman tu lesen TV kena bayar.Tak semua keluarga ada TV.
Masa berlalu dan kehidupan semakin baik bila jalan raya mula diturap,generator ayah aku berganti elektrik TNB dan bekalan air dari JBA Pahang mula disalurkan.Talian telefon mula dipasang kat rumah aku pada tahun 2000.Masa tu orang bandar dah mula gilakan telefon bimbit Nokia 3310,kampung aku baru nak dapat telefon.Ketinggalannya kitorang masa tu tuan-tuan...
Rumah asal Felda yang sempit pun dah ditambah baik memandangkan ahli keluarga yang semakin ramai.Mujurlah ayah aku ada bakat sebagai tukang kayu.Selain buat rumah sendiri,banyak rumah orang kampung yang ayah aku buatkan.Dek kerana kesibukan menyiapkan rumah orang,rumah kami sendiri tak berapa nak siap.Ayah aku meninggal dunia pada tahun 2005 kerana stroke ketika aku baru setahun belajar berdikari di bandar.
Dengan sijil Politeknik yang aku ada,aku merantau ke Puchong,berbekalkan dengan motorsikal Yamaha SS110 pemberian ayah aku.



Motor pemberian ayah aku.Sekarang dah tersadai kat Damansara
  Duduk menumpang di rumah flat bapa saudara kawan aku,aku tidur dalam stor.Kawan-kawan aku berhimpit tidur kat ruang tamu.Takpe la,ada jugak tempat berteduh.
Mula-mula aku bekerja di sebuah gudang simpanan skru.Bukan skru kecik-kecik,saiz skru jambatan pun ada.Kerja penat,dengan gaji RM650,kerja aku angkat guni-guni skru dan susun kat rak.Petang je mesti menung,aku belajar kat Politeknik,takkan kerja sama-sama dengan Bangladesh.Bukan aku nak menghina kerja tu atau nak kata sijil Politeknik ni bagus,cuma aku rasa aku bleh dapatkan yang jauh lebih baik.
Selepas tahun baru 2005,aku dapat kerja yang selesa di sebuah syarikat kosmetik Clara International.Gaji tak la best mana pun,RM750 je.Tapi banyak benda yang aku dapat belajar.
Dalam masa setahun lapan bulan,aku dah merasa jadi kelindan,operator packaging sampai la ke assistant production.dalam tempoh tu jugak gaji aku dah mencapai RM950.Masa tu la aku beli harta pertama aku,TV LG Flat CRT 29 inci.Masa tu TV LCD mahal gila.TV tu aku pakai beberapa bulan je sebelum aku hantar ke kampung.Kesian mak aku tengok TV 14 inci,kecik sangat.Sakit mata nak tengok Hindustan.
Bulan Ogos 2006,aku dapat tawaran sebagai Supervisor dari Ex-Manager aku dulu semasa bekerja di Clara International.Masa tu dia dah jadi Manager di syarikat BioHerbs Laboratories,anak syarikat Putri Binari dari Indonesia.Tawaran gaji sebanyak RM1200 dah aku rasa agak lumayan masa tu.Lepas setahun lebih aku kerja kat situ,aku sambung buat Diploma atas galakan dari Miss Pucca(http:/zamorange.blogspot.com),yang sekarang menjadi tunang aku.
Atas kepercayaan manager dan CEO,tak jadi masalah untuk aku bawa adik-adik aku bekerja sekali dengan Putri Binari.Memandangkan masa tu syarikat Putri Binari agak kurang stabil,aku terpaksa mencari pekerjaan lain kerana tanggungan yuran kuliah yang agak tinggi.
Perancangan aku sebenarnya aku akan bertukar kerja bila habis study,tapi rezeki aku lebih awal.Aku mendapat tawaran dari sebuah syarikat bioteknologi yang dinaungi oleh anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Tinggallah dua orang adik aku masih bekerja di Putri Binari.Bagi aku perjalanan mereka tak sesukar sepertimana aku dulu.Diorang tak perlu merayau mencari kerja,rumah disediakan dan lengkap.Pernah syarikat memberikan kami tinggal di sebuah kondominium di Damansara Perdana.
Dengan bertukarnya aku ke syarikat baru,alhamdulillah ada perubahan positif pada taraf kehidupan aku.Selepas aku dilanggar kereta Waja dari belakang,aku dah trauma nak bawa motorsikal.Sebulan lepas tu aku terus beli kereta baru.Selain lebih selamat,mudah aku nak menjenguk mak aku kat kampung.Kalau naik motor SS aku dulu,sakit pinggang nak sampai kampung.

Ni lah yang aku maksudkan dengan budak-budak sekarang beruntung.Kecik-kecik dah kenal komputer,DVD,PS2,TV LCD,laptop dsb.Ni gambar adik bongsu aku masa tadika.Dah boleh ON PC,cari folder dan Shut Down.Kira ok la,walaupun sekadar nak main game Flash je,hehe!
Berbanding dengan zaman aku,nak main Brick Game pun pinjam kawan-kawan punya.Paling hebat pun dapat menumpang main Famicom jiran.

Pengajian aku dah tamat,syarikat aku pun sedang membangun dan adik-adik aku dah jadi Production Executive dan Supervisor di Putri Binari.Sebagai anak sulung lelaki,aku gembira melihat mereka mempunyai pekerjaan dan kehidupan yang memadai dengan tahap pelajaran mereka.Tapi bagi aku,setinggi manapun pengorbanan kami,masih belum mampu mengatasi pengorbanan ayah aku,dan ketabahan mak aku mengharung kehidupan susah.

Isnin, 4 Oktober 2010

JetPack Selesaikan Masalah Trafik Sesak

Akhirnya,jetpack yang aku pernah tengok dalam game PS2 Metal Gear Solid 3:Snake Eater menjadi realiti.Dalam game tu,jetpack digunakan oleh salah seorang ahli Cobra Unit,iaitu The Fury.Dalam ramai-ramai ahli Cobra Unit,bagi aku The Fury paling leceh nak kalahkan.
Selain terbang,dia punya jetpack dilengkapi flamethrower.Tapi biasalah,kalau dah hero namanya,mestilah menang.Tengah The Fury dok terhendap-hendap,tembak jetpack dia dengan RPG.Huhuhu!

Cobra Unit:The Fury
Tapi The Fury dan jetpacknya hanyalah imaginasi pengarah game MGS terkenal,Hideo Kojima.Dalam Yahoo News hari ni,Martin Aircraft Company memperkenalkan Martin Jetpack.Buat masa ini,Martin Aircraft sedang menyiapkan tempahan sebanyak 500 unit Martin Jetpack untuk kegunaan kecemasan dan empat syarikat pertahanan yang dirahsiakan namanya.


Image from Yahoo News
Buat masa ni Martin Aircraft menumpukan perhatian pada pembelian daripada kerajaan,tapi sedang mencari dana untuk membangunkan sekurang-kurangnya satu kilang untuk memenuhi tempahan dari golongan kaya-raya Haji. Jarak penerbangan adalah sekitar 50.4km pada kelajuan 100km/j.Ketinggian penerbangan adalah kurang dari 8000 kaki.Nak buat apa tinggi-tinggi,minyak habis kang mati terhempas pulak.Tujuan asal nak elak trafik jem dan bahaya kemalangan jalanraya.Sementara harga mahal ni ok la lagi,ruang udara tak jem.Mana la tau dah murah nanti,bersepah mat rempit pakai jetpack.

Khamis, 30 September 2010

Dunia Fantasi di Wulingyuan National Park

Taman Negara Wulingyuan(juga dikenali sebagai Zhangjiajie) terletak di Wilayah Hunan,China.Disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1992,taman ini terkenal kerana terdapat kira-kira 3100 'tiang' quarsite sandstone dimana ada diantaranya berketinggian lebih 800 meter.
Formasi struktur dan tiang quarsite yang terbentuk adalah hampir seperti filem fantasi Avatar.Taman ini juga digelar 'Avatar Hallelujah Mountain'.
Sekiranya berkunjung ke negara China,taman negara ni adalah satu tempat yang berbaloi untuk dilawati.


Planet Avatar imaginasi James Cameron

Sebahagian dari pemandangan tiang batuan di Taman Negara Wulingyuan.



Rabu, 29 September 2010

Evolusi Kotak Kayu Buruk

Apekebenda menatang alah ni?Rupa macam kerusi tapi kenapa ada pengayuh mesin ais kacang??Mesin ais kacang 2 dalam 1 kot.Penat kayuh,boleh duduk,haha!


Sebenarnya ni lah rupa mesin basun terawal pada awal abad ke-19.How it work?Aku pun tak tau,tapi maybe pendayung tu digunakan untuk memutarkan agitator kat dalam tong kayu tu.

Iklan mesin basuh djaman old skool:


Mari mencuci baju suami sambil duduk!

Macam-macam design ada mengikut selera zaman ibu-ibu masa tu.Masa ni dah agak moden sikit sebab motor elektrik dah dicipta.








Kembali ke masa sekarang...

Yang ni mesin basuh LG.Aku memang suka barang LG.Bezanya dari mesin basuh biasa ialah mesin ni akan me'rawat' kedutan pada fabrik dengan steam semasa proses cucian.Lepas ni ada mesin basuh yang boleh lipat kain agaknya.



Turbo Besar Pinggan??Hmmmm....

Ape la sangat takat turbo besar ni...



Takde aku heran dee...
Meh la lawan kalau bran!

Selasa, 28 September 2010

Biasa Tengok YKK?

Cuba tengok zip seluar korang.Bukannya zip seluar korang terbukak.Perhatikan betul-betul,zip tu jenama apa.Walaupun bukan bertulisan YKK,sepanjang hidup korang,sure pernah terjumpa zip YKK.Tapi kenapa YKK?

YKK adalah zip buatan YKK Group,sebuah syarikat Jepun dan pembuat zip terbesar di dunia.YKK ialah singkatan dari perkataan Yoshida Kogyo Kabushikigaisha(Yoshida Manufacturing Corporation).
Pada 1935,Tadao Yoshida yang masa tu berumur 24 tahun,bekerja dengan sebuah syarikat pembuat zip.

Malangnya tahun 1936,syarikat tempat beliau bekerja dah melingkup.Beliau yang panas hati akibat kebengkrapan syarikat tersebut,akhirnya membuka kilang sediri di Nihonbashi,Tokyo.Pada Januari 1946,barulah beliau menggunakan trademark YKK.Dia panas hati tu aku pandai-pandai je tokok tambah.

Terdapat beberapa jenis zip yang dihasilkan seperti,YZip(untuk seluar jeans),Everbright,Excella,Conceal,dan Vislon(zip plastik).Sekarang ni organisasi Tadao Yoshida mempunyai 123 syarikat berkaitan yang beroperasi di 70 buah negara,270 kilang dan mempunyai 37,000 pekerja.Buat zip pun boleh kaya beb!

Bang&Olufsen

Kita biasanya dengar jenama barangan elektronik selalunya brand Sony,Sharp,LG,Toshiba dan sebagainya.Mostly brand dari Jepun.Dengar je brand lain macam skit sure kena tuduh cap ayam.Biasalah,kita banyak terbiasa dengan barang-barang dari Jepun,Sama la ngan aku pun,heee!Kali ni kita berkenalan dengan satu jenama yang gah kat oversea kerana kualiti produknya dan harganya yang kita boleh berangan jela nak pakai.Mahal merepek!

Jenama Bang & Olufsen sangat rare kat Malaysia ni.Tapi bagi yang mementingkan kualiti dan ketahanan,ditambah dengan duit banyak yang tak tau nak buat apa,sure pilih peralatan audio dari jenama Bang & Olufsen.
Bang & Olufsen ialah sebuah syarikat Denmark yang ditubuhkan oleh Peter Bang dan Svend Olufsen pada tahun 1925.Syarikat diorang menghasilkan peralatan audio visual dan juga telefon.Satu ciptaan diorang yang agak mengagumkan pada zaman dulu-dulu ialah diorang mencipta radio yang berfungsi dengan tenaga elektrik AC(alternate current).Macam yang ada kat rumah kita sekarang.Nampak biasa je kan?Tapi diorang cipta radio tu masa semua radio yang wujud,dikuasakan oleh bateri je.Baru la nampak luar biasa,huhu!
Selain menumpukan pada ketahanan dan kualiti produk,barangan diorang jugak mementingkan simplicity,funky dan rekaan yang nampak.....MAHAL!
Bang & Olufsen turut berkolaborasi dengan pembuat kenderaan seperti Mercedes Benz,Aston Martin DBS dan Audi,dengan memantapkan sistem audio kereta-kereta ni.

Antara rekaan-rekaan Bang & Olufsen:


BeoSound5(yang ni bagi aku paling cun)
-Digital music system
-Kapasiti 500Gb,sambungan Internet
-Touch Screen sliding menu
-Menyokong format WMA,WMA Loseless,MP3,WAV,ASF,dan AAC
-Format video,MPEG,MPE,MPG,AVI,VFW,dan WMV
-Harga AS$5,377/RM16,238.54






BeoSound6 Mp3 Player
-Sarung kulit premium
-Memori yang mampu memuatkan 1000 lagu
-Paparan LCD 128 x 160 piksel
-Ketahanan bateri selama 40jam
-Harga US$600/RM1812








BeoCenter 2
-Kombinasi CD,DVD dan Radio
-FM/AM radio dengan 99 radio presets
-DVD-Video, Video-CD, Audio CD, CD-R, CD-RW, CD-MP3, CD-WMA, DivX, JPEG playback support
-Menyokong NTSC dan PAL
-Harga US$4600/RM13,892

Gila ke hape sampai belas-belas ribu.Player DVD cap AKIRA tak sampai RM100.Sebulan sekali tukar baru pun ok lagi,heeeee!

Rabu, 22 September 2010

Khabar Dari Medan,Indonesia

Minggu lepas,aku approved satu friend request dalam laman sosial Facebook.Biasanya memang aku tak pernah check siapa yang request.Suddenly tonite,someone yang aku approved menegur aku.Aku cuak-cuak jugak nak jawab sebab dah biasa terkena.
Terkena pasal orang yang merequest friendship dengan aku tak check pun betul ke tak aku ni orang yang betul-betul diorang kenal.Pastu bila sembang,dah start mengarut ntah kenangan apa yang diorang flashback.(kes salah orang).Orang tu aku kenal,tapi dia yang tak kenal aku,haha!Senang cerita,removed from friends list.Setel!
But,tonite punya kes,memang tak salah orang.Member aku ramai yang nama Firdaus,but this one is different because aku dah tak jumpa dia sejak 1994.
Sejak naik ke sekolah menengah,langsung aku tak jumpa dia dah.Member aku ni bernama Firdaus Harun,dia orang Medan Indonesia.Sejak kecik aku kenal dia,parent dia berniaga kain.Macamana dia sampai ke Malaysia ni aku pun tak tau.Yang aku tau dia ni sangat la bijak,tapi nakal.Paling best bila raya aku suka pegi rumah dia.Dulu-dulu satu rumah dapat duit raya 20sen je.Tapi kat umah dia dapat 1.50sen wooo!
Banyak gak la kenangan aku ngan dia,paling aku ingat main golek-golek tayar.Kemain jauh kitorang golek.Bila aku fikir balik,ape kejadah faedahnya aku golek tayar motor tu,haha!
Masuk sekolah menengah,aku ngan dia dah lain sekolah.Dia sekolah agama,aku sekolah biasa je.Lepas tu aku tak dengar apa-apa cerita lagi dah.Sometimes teringat jugak sebab abang dia la remaja pertama kat kampung aku yang buat rambut mohawk.Bapak dia pun still ada lagi kat kampung aku,buka kedai ubat-ubat jamu.Cuma lepas dia balik Medan,dah tak pernah datang kampung aku lagi.
Bila jumpa kat Facebook,tak sangka dah macam-macam perubahan berlaku kat dia.Aku ingat dia dah jadi ustaz ke,rupanya jadi IT Technician.Dah kawin dan anak pun dah sorang.Ble la aku mintak tips memblogging!

Ahad, 19 September 2010

I'm Back

Mentang-mentang la raya,blog ni pun terabai.Betapa sibuknya aku sampai takde masa nak update apa-apa + speed internet kat kampung teruk sangat.Hilang mood aku.Dalam seminggu lebih ni macam-macam dah berlaku.

Pertamanya raya lah.Walaupun balik kampung agak lewat,mujur jalan tak jem dah abang ipar aku yang dah balik awal dua hari dah siapkan semua benda.Hari raya pun sederhana je sebab hari Jumaat.Lepas balik solat raya kami sekeluarga pegi ziarah kubur arwah abah aku.Aku pun heran nape nak tgu raya baru nak jenguk kubur,huhu!(sama la ngan aku pun).Kengkawan aku macam biasa la wat port kat umah aku.Nak bjalan pun takde mud sebab ari Jumaat.Hari raya kedua ngan ketiga baru la aku ada mud nak bjalan ke umah kengkawan.

Raya keempat aku pegi antar adik pempuan aku balik matrik Tangkak,tapi tak larat aku nak drive dari Jerantut sampai Tangkak,mau lebih 5 jam.Mujur adik aku semua ada lesen.Sampai Shah Alam je aku drive,lagipun bos aku menggelabah sangat nak ada orang jaga kilang pasal kontraktor wat keje.Tu la,wat keje bertangguh,projek pun melajak sampai raya.Pastu menyusahkan orang.kul 11 aku masuk keje,kul 4 aku dah blah balik Pahang semula.Sbelum raya aku dah cakap,aku ada urusan hari Isnin(antar adik aku),bos aku nak jugak ada orang kat kilang,camtu jela aku mampu buat.Kira ok la aku datang dari Pahang semata-mata nak tengok orang wat keje.

Selain hantar adik aku,aku pun nak kena buat preparation for enggagement aku.Rasa cam menyesal pun ada amik date dekat ngan hari raya walaupun lepas hari raya.Tapi semuanya bjalan lancar,alhamdulillah..Hari Khamis aku angkut family aku kat kampung bawak ke Gombak,Sabtu(semalam) majlis bertunang,malam semalam hantar semula mak aku balik Pahang dan petang tadi antar adik aku balik asrama Sek Agama Tenku Ampuan Afzan Jerantut,terus balik ke KL...Damansara actually..Sibuk tak aku?

Macam tu la rasa jadi anak sulung lelaki.dan satu-satunya ada kereta dalam keluarga aku.Papepun walaupun penat,aku senang hati dapat uruskan semua tu tanpa melihat mak aku or adik-adik aku naik bas...kan hati senang bila macam tu..So,motto hari ni Sayangilah Keluarga Korang!

Khamis, 9 September 2010

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 8 September 2010 (Rabu)

Sabar!!

Hari Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat 10 September 2010.
8 September(semalam) adalah hari raya untuk 9 orang mangkuk tingkat yang dah pun celebrate hari raya lebih awal.Tujuh orang lelaki dan dua perempuan berumur 19-62 tahun ditangkap oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis ketika sedang meraikan hari raya di Seriab,berhampiran Kangar.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Perlis dipetik sebagai berkata,(skema skit!) kumpulan tersebut mendengar khutbah hari raya yang disampaikan seorang yang bernama Shuit Ismail,51.

Kumpulan yang beraya awal ni dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dan mengaku bersalah kerana melanggar perintah Raja Perlis berkenaan Hari Raya.Ketua hakim Syariah Perlis menjatuhkan hukuman denda RM1000 dan penjara 6 bulan kepada Shuit Ismail.Yang lain dikenakan denda RM600 atau penjara 3 bulan.
Ketua Hakim Syariah mengatakan tindakan mereka memalukan umat Islam.Takde TV ke ape kat kampung diorang ni?(yang ni aku cakap,bukan ketua Hakim).Sukahati je nak raya.Mujur tak sambut  raya sebulan sekali,kalau tak nampak sangat dah gila,heeee!

Sumber:BERNAMA
*Kalau Bernama tipu,aku pun dapat saham sekali.

Selasa, 7 September 2010

OMG! Something Wrong With My Blog!

Tadi aku sengaja nak check value and ranking blog aku ni.Seronok pulak aku tengok blog orang punya value.

Tapi angka yang dipaparkan buat aku terkejut amat sangat.Betul ke analisis diorang ni??Refer kat gambar untuk detail.I'm speechless!

BIZ Information Value Analysis for blog5zal.blogspot.com

click to enlarge image

(sistem diorang ni dah mereng ke?)

Alexa Site Analysis for blog5zal.blogspot.com: 

click to enlarge image



Maklumat yang aku bagi tepat dan contact information aku yang Alexa display pun sangat betul.Diorang ke aku yang dah mereng sebenarnya???



Isnin, 6 September 2010

Alternatif Selain Dari QBB Ghee!*Updated*

Oklah.Isu ni dianggap jelas bila JAKIM dah tarik balik sijil HALAL dari pengedar utamanya.Semenjak aku kecik brand QBB ni dah memang sinonim dengan minyak sapi.Terutamanya bila ada kenduri kahwin.Confirm ada!
Bila brand yang glemer ni dah diragui,so tanggungjawab kita la cari alternatif lain.Sambil aku browse laman web JAKIM,terjumpalah the one and only HALAL ghee.Ni la dia:


Berjenama Enrico's,made from 100% New Zealand cows milk,dan diedarkan oleh Raviraj Sdn.Bhd.(promosi percuma lak kat sini).Hehe!Berbagai saiz ada,kecik,besar macam baldi cat plak.Maklumlah nak raya ni mana tau ada kuih yang pakai minyak sapi,nak buat nasik minyak pagi raya ke.
Aku ni tak minat sangat nasik minyak,so tak kisah kalau takde pun.Cuma saje nak bagi panduan kepada umat Islam yang keliru.Brand lain pun ada,cuma yang listed dalam direktori JAKIM cuma 1 jenama ni je.Untuk rujukan,sila ke laman rasmi JAKIM ni, http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory&type=P&cari=ghee&page=1 .

Brand ni pun ok gakk!













Ok2!!Aku gurau je..hehe!
Minta maaf ye?

Mencari Yang Halal Adalah Tanggungjawab Umat Islam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog5zal.

p/s:Update terbaru lepas aku semak semula senarai minyak sapi dalam direktori JAKIM petang ni.Ada banyak pilihan lain,lebih dari 40 jenis,(based on keyword 'ghee').So,jangan pening kepala.Semak je laman web diatas.Terima kasih!!

Ahad, 5 September 2010

Rekod Tembakan Sniper Terjauh

Seorang tentera British mencatatkan rekod dunia untuk tembakan tepat terjauh apabila menembak tentera Taliban pada jarak lebih satu setengah batu(2478.4 meter).Pada jarak sejauh itu,peluru mengenai mangsa sebelum sempat mangsa mendengar bunyi tembakan.

Craig Harrison menembak dua tentera Taliban menggunakan rifle Accuracy International L11583 di Wilayah Helmand,Afghanistan.
Raifal Accuracy International L11583
Tembakan pertama mengenai perut machine-gunner dan terus membunuhnya.Mangsa kedua yang terus mencapai senjata sebaik menyedari rakannya ditembak,turut terbunuh.

Jarak tembakan yang diukur menggunakan GPS mengatasi rekod sebelum ini yang dicatatkan oleh Tentera Darat Kanada,Koperal Rob Furlong yang menembak tentera Al-Qaeda dari jarak 2429.8 meter pada 2002.

Pada jarak sejauh itu,sedikit pergerakan halus akan mengakibatkan peluru tersasar berpuluh-puluh meter.Cuaca yang baik,tiada angin dan pandangan yang jelas membantu Harrison menembak sasaran dengan tepat.

.338 Lapua Magnum

Perjalanan Keretapi Termewah

Landasan Kereta Api Trans-Siberia,yang merintangi negara Rusia dari Moscow ke Vladivostok, pada awalnya diluluskan oleh Tsar Alexander II pada abad ke-19.
Pada masa kini,railway ni digunakan sebagai laluan 30% daripada keseluruhan eksport Rusia dan perjalanan ke seluruh negeri boleh dibuat hanya dalam tujuh hari. Ia jugak merupakan laluan untuk perjalanan kereta api paling mahal di dunia.
Keretapi Trans Siberian Golden Eagle

Golden Eagle Trans-Siberia Express ini dirasmikan oleh Putera Britain, Michael of Kent pada bulan April 2007.Untuk Gold Class kabin,ia dilengkapi dengan skrin LCD,power shower, pemanas lantai  dan penghawa dingin individu sementara chef di restoran keretapi ni menyiapkan masakan tempatan yang terbaik. Golden Eagle membawa pelancong kaya dan penumpang biasa hampir 6,000 batu dalam 15 hari, dengan kerap berhenti untuk perjalanan sehari.Penumpang akan menikmati perjalanan yang santai dan disajikan keindahan kawasan pergunungan di Ural.
Kos tambang kereta api paling mahal di dunia ni ialah $22,195 untuk bilik single atau $15,795 seorang untuk kabin kembar.

Bila Mata Tak Mau Lelap...

Sekarang dah pukul 4.34am...
Dok kat umah akak aku ni memang payah aku tido awal.Syok layan Discovery Channel,History Channel dan yang sewaktu dengannya.Tadi sempat tengok Crime Scene Asia,pasal Al-Maunah.
Tetiba aku rasa sangat emo bila tengok dokumentari tu.Aku rasa kecewa dengan jenayah yang menggunakan nama Islam sebagai 'lesen' untuk menghalalkan perbuatan orang.Dat's why kenapa agama Islam dikaitkan dengan terrorism.Dosa pertama sesat matlamat sebagai mujahidin,keduanya mengorbankan insan-insan yang tak berdosa.Ni la pertama kali aku rasa emosional bila tengok dokumentari criminal.
Tapi yang agak kurang 'cantik' kat mission tu bila pihak tentera dan polis macam 'clash or the titan' sikit.Sebabnya  dua-dua pihak dapat arahan yang berbeza.So agak mencacatkan mission tu,tapi mujurlah semua selamat. Citer tu pun dah lama,cuma masa tu tak banyak info yang dapat aku baca dalam paper.
Ok...
Arini pun agak penat.Aku ni kalau terlebih penat jadi mcm ni la.Tak mau tertido.Pukul 9.30pm gerak pegi Carrefour Wangsa Maju...Mak aiii!Ramainya manusia....Dengan jalan jem,lewat aku sampai sana.Parking pun tepi jalan je.Malas aku nak masuk dalam.Sah-sah melilau cari parking,kedai pun tutup.Terus pegi kedai barang perkahwinan.Aku nak cari bekas cincin n beberapa barang lagi yang tak lengkap.Kedai pun dah nak tutup,sambar jela apa yang ada.
Balik singgah Uptown Danau KOta plak.Sama jugak........Berduyun manusia!Kena park kereta jauh,menapak lagi dalam ujan renyai.Akak aku nak cari seluar untuk anak dia.Setel je semua terus chow.Kepala aku dah bdenyut kena ujan.Sampai umah,baring tengok tv lega la plak,hehe!Tu yang dok menaip ni.Alang-alang terus sahur je.
Yang aku pelik kul 4 tadi azan berkumandang.Heran gak aku.Tak pernah lak aku dengar azan kul 4 bila tumpang tido kat umah akak aku ni.Agaknya bilal masjid kejutkan orang bangun sahur kot??Tak pun jam tok bilal salah calibrate,hehe!

Sabtu, 4 September 2010

An Interesting Random Fact!

Tahukah korang posisi mata pada seekor keldai adalah untuk membolehkan keldai melihat keempat-empat kakinya?
????
Pelik kan?But it was real guys!
Jom kita ambik tau tentang beberapa fakta menarik yang ada pada kita dan berlaku di sekeliling kita.Informasi yang ringkas untuk menambahkan pengetahuan korang.

1.Dalam banyak-banyak perkataan Inggeris,perkataan 'set' adalah yang paling banyak maksud.

2.Bahasa Inggeris menyebut 'French Kiss' untuk kissing,dan bahasa France menyebut 'English Kiss'.

3.Bulan yang bermula dengan hari Sabtu akan jatuh hari Jumaat pada setiap 13 haribulan.

4.Madu ialah satu-satunya makanan yang tahan sangat lama.Ahli arkeologi telah menemui madu dalam kubur Firaun dan ianya masih elok.

5.Pada tahun 1936 di Perancis,seekor babi telah dijatuhkan hukuman gantung di khalayak ramai kerana membunuh seorang budak.

6.Coca-cola akan berwarna hijau jika pewarna karamel tidak diletakkan.

7.'Rhythm' ialah perkataan Inggeris yang paling panjang tanpa huruf vowel(a,e,i,o,u).

8.Walaupun kepala lipas telah ditanggalkan,ia masih boleh hidup selama beberapa minggu dan akan mati kerana kelaparan.

9.Lebih ramai manusia mati kerana sengatan lebah berbanding patukan ular berbisa.

10.Ramai manusia yang alergik kepada susu lembu berbanding makanan lain.

11.Unta memiliki 3 lapis bulu mata untuk melindungi matanya dari dimasuki pasir.

12.Korang tak boleh membunuh diri dengan menahan nafas.

13.Bumi adalah satu-satunya planet yang tidak dinamakan seperti nama dewa Greek purba.

14.Adalah menyalahi undang-undang di Iceland sekiranya memiliki anjing belaan.

15.Semasa lahir,bayi ada 300 tulang,bila dewasa cuma tinggal 206 sahaja.

16.Adalah mustahil untuk membuka mata semasa bersin.

17.Gula-gula getah tertua berumur 9000 tahun.

18.Secara purata,orang menggunakan tangan kanan hidup lebih 9 tahun berbanding tangan kiri(kidal).Aku kidal,(T_T).

19.Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh melihat warna biru.

20.Kebanyakan partikel habuk didalam rumah ialah sel kulit yang telah mati.

21.Rekod ayam terbang adalah selama 13 saat.

22.Adolf Hitler adalah seorang vegetarian dan mempunyai 1 testikel sahaja.

23.Perempuan mengelipkan mata hampir dua kali lebih banyak dari lelaki.

24.Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tak boleh melompat.

25.Manusia yang normal akan ketawa 10 kali sehari.

Jumaat, 3 September 2010

Kenapa Bugatti Veyron Mahal Sangat?

Bugatti Veyron adalah merupakan kereta termahal didunia.Kereta ni jugak adalah kereta untuk produksi yang paling berkuasa dan paling laju didunia.Direkabentuk dan dibangunkan oleh German Volkswagen Group,dan dihasilkan oleh Bugatti Automobiles SAS.Ia adalah hasil ciptaan Jozef Kaban.Actually,walaupun kereta ni dijual dengan harga yang sangat mahal,pembuatnya rugi sebenarnya sebab kos nak R&D kereta ni sangat besar,but diorang still boleh berbangga dengan achievement yang diorang dapat.



Versi biasa mencatatkan kelajuan 408.47km/j dan versi Super Sport mencapai kelajuan sehingga 431.072km/j.Untuk perbandingan,kelajuan tertinggi kereta F1 dicatatkan di litar Monza ialah 360km/j....sahaja.Apa yang menyebabkan Bugatti Veyron ni sangat-sangat WTF lajunya?Meh kita sama-sama kaji data teknikal yang ada kat kereta ni:

Enjin: 8000cc,16 silinder dalam susunan 'W',quad turbocharged(4 pengecas turbo),64 injap.
Kuasa:-versi biasa:1001hp(746kW)
          -versi Super Sport:1184hp(883kW)
Transmisi:7-speed DSG sequential(auto & semi-auto)
Berat:1888kg
Brek:8 piston hadapan,6 piston belakang.Cakera komposit cross-drilled carbon fibre yang diperkuatkan dengan silikon karbida ,brake pad(kasut brek) diperbuat dari aluminium aloi monoblok buatan AP Racing.Tak lupa jugak sistem ABS.
Nisbah kuasa/berat: 446.3hp/tan
Jumlah radiator:10 -4 radiator enjin
                             -1 heat exchanger intercooler
                             -2 air-cond
                             -1 radiator transmisi(sistem gear)
                             -1 radiator differential(sistem pacuan)
                             -1 radiator minyak enjin
Kos untuk menggantikan sistem transmisi kereta ni adalah 120,000 dollar.
Tayar yang digunakan juga khas untuk memberi kawalan cengkaman untuk kuasa menggila kereta ni iaitu Michelin PAX run-flat.Kos untuk menukar satu set tayar ni ialah 25,000 US Dollar.Tayarnya sahaja ya tuan-tuan...Untuk menukar tayarnya,kereta ni wajib diterbangkan ke Perancis sebab kat sana je boleh buka tayarnya dan upah tukar tayar sahaja 70,000 dollar (T_T).
Harganya setelah diconvert ke RM mengikut nilai tukaran semasa ialah RM5,196,900.Tak termasuk cukai,insurans dan roadtax,hehe!


Brape ringgit agaknya minyak kereta Simon Cowell (pengkritik American Idol) ni isi untuk pegi kedai runcit beli rokok!

Khamis, 2 September 2010

Legend of Baikal Lake Treasure

Tasik Baikal

Baru-baru ini penemuan kepada sisa-sisa keretapi awal abad ke-20 di kedalaman 700 meter tasik Baikal memungkinkan ada penemuan harta milik Tsar Russia terakhir yang juga dipanggil "Kolchak Gold'.Ianya ditemukan menggunakan MIR-1 mini-submarine.Sedikit info pengenalan berkenaan Tasik Baikal:

-Terletak di selatan bahagian Timur Siberia,Republik Autonomi Buryat,Region of Irkutsk,Russia.
-Berkeluasan 31500km persegi,sepanjang 636 kilometer dan mengandungi 23000 kilometer kubik air.Ia merupakan 1/5 daripada sumber air tawar di dunia.
-Tasik Baikal ialah tasik terdalam di dunia.Purata kedalaman ialah 730 meter dan bahagian terdalam sedalam 1620 meter.
-Sekiranya semua sungai yang besar seperti Volga,Don,Dneper & Yenisei,Ural & Ob,Ganges & Orinoko,Amazon & Thames dikumpulkan,ia akan mengambil masa hampir setahun untuk memenuhkan tasik Baikal.
-Tasik Baikal adalah tasik yang tertua iaitu kira-kira 25 juta tahun.

Beberapa bahagian dari keretapi itu telah dinaikkan ke darat.Ada lagenda disebalik cerita harta karun Tasik Baikal berkenaan dengan Laksamana Alexander Kolchak,seorang komander tentera laut Russia,penjelajah kutub,dan ketua kepada sebahagian dari anti-Bolshevik White Army semasa perang saudara Russia.Dan dikatakan emas Tsar Russia berada di daerah ini semasa Civil War 1917-1923.
Laksamana Alexander Kolchak

Tentera Laksamana Kolchak melarikan diri ke timur sepanjang laluan keretapi Trans-Siberia dan berhenti di tepi tasik Baikal berhampiran Irkutsk.Dengan Red Army mengejar mereka,White Army harus melarikan diri ke selatan China dan menyeberangi tasik Baikal yang beku.

Mengikut lagendanya,disitulah kemungkinan keretapi yang membawa simpanan emas Empayar Russia telah karam/terbalik/terbabas dari landasan(or whatever kind of accident).Secara kebetulannya pulak,penemuan yang mengejutkan itu bertepatan dengan kilometer ke-90 landasan keretapi Krugobaikalskaya di bahagian selatan tasik Baikal.

Satu lagi lagenda mengatakan  tentera White Army berjalan kaki dan mengangkut emas tersebut menggunakan kuda ketika permukaan tasik tersebut beku pada suhu -60 celcius semasa musim sejuk 1919-1920.Dikatakan juga jumlah emas Empayar Russia itu ialah *1600 tan!Belum sempat diorang sampai ke seberang,musim panas tiba masa diorang masih di tengah tasik.Maka tenggelamlah si Luncai dengan labu-labunya...ehhh!!Melilau plak.Tenggelamlah White Army dengan emas yang banyak tuh.

Walaubagaimanapun,ianya masih belum dapat dipastikan samada benar-benar terdapat harta karun Empayar Russia kat dasar tasik Baikal,atau sememangnya tak pernah ada pun kat situ.Alexander Kolchak je yang tau,hehe!


*Dailymail UK punya figure