Sabtu, 14 Ogos 2010

Upcoming New Metal Gear:Rising

Nampaknya Solid Snake dah pencen dari siri Metal Gear Solid(MGS),tapi takpe,mamat jambu dalam siri Metal Gear,semakin matang dan Raiden kembali dengan armor suit dan dia sendiri dah jadi cyborg!
















Kemunculan pertama Raiden dalam MGS 2:Sons of Liberty


Raiden sebagai sidekick Solid Snake dalam MGS 4:Guns of The Patriots


Dalam siri Metal Gear Solid 4,Raiden cedera parah setelah bertarung dengan Vamp.Dia diselamatkan dan menjadi watak utama penyambung Metal Gear saga selepas Solid Snake dipencenkan.Bagi pengarah asal,Hideo Kojima,Metal Gear Solid 4 ialah siri terakhir dalam senarai panjang game Metal Gear.Bagi peminat Metal Gear,berita tu sangat mengejutkan.Game ni dah terlalu lama tiada kesudahan dan Kojima menamatkan persoalan-persoalan dari siri sebelumnya dalam siri MGS 4.

Hideo Kojima tak lagi mengarah game ni dan diambilalih oleh Mineshi Kimura dan creative producernya Shigenobu Matsuyama.Untuk siri terbaru akan datang ni,tagline asal MGS iaitu 'Tactical Espionage Action' digantikan dengan tagline baru,'Lightning Bolt Action'.Sebabnya adalah kerana Raiden merupakan protagonis baru siri terbaru ni dan dalam bahasa Jepun,Raiden bermaksud,'thunder and lightning'.

Jalan cerita adalah diantara Siri MGS 2:Son of Liberty dan juga MGS 4:Guns of Patriot.


Dalam siri ni,Raiden banyak menggunakan pedang dan konsepnya ialah Zan-datsu,iaitu Cut and Take.Primary weapon untuk Raiden ialah pedang HF(High Frequency) untuk mencantas musuh-musuh cyborg atau musuh biasa.Dalam boxart diatas,Raiden berdiri sambil memegang sesuatu yang diambil dari musuh,iaitu Energy Spine.Energy Spine ni berguna untuk recharge semula tenaga Raiden.Cool beb!Cantas cyborg,pastu korek perut,hehe!

Sebelum ni MGS Series hanya special untuk platform PlayStation je.Tapi yang terbaru ni akan datang ke platform PS3,XBox 360 dan PC.




Screenshot dari siri MGS:Rising









MGS:Rising trailer

Lawak potong tembikai!

Pernah Tak Muka Korang Lumpuh Sebelah?

Bells Palsy ni bukanlah artis,gadget elektronik mahupun makanan segera.Kat sini aku nak cerita pengalaman aku menghadapi Bells Pulsy lebih kurang 1 stengah tahun dulu.Penyakit ni tak sakit,tapi korang akan terasa tension.Bells Palsy ialah satu penyakit dimana muka pesakit akan dis'able' separuh dan tidak boleh digerakkan...

Euuuuuu!!!Takotnya!Cmana nak makan,senyum,mengunyah nasik,makan roti canai atau mengenyit mata kat awek??Tension woo..

Sedikit cerita mengenai Bells Pulsy.Nak tau cara merawat mesti la kena tau ape benda Bells Palsy tu.Bells Palsy ialah penyakit dimana saraf yang mengawal sebahagian muka telah rosak diserang sejenis virus.Virus tu menyebabkan signal dari otak tak dapat disampaikan ke organ-organ di muka yang kita nak gerakkan.Dalam sesetengah kes,otot muka akan permanently lumpuh sekiranya tidak dirawat.Bahaya jugak penyakit ni.

Virus ni ada dalam setiap tubuh manusia tetapi tidak aktif.Apa yang menyebabkan virus ni aktif ialah akibat trauma,keadaan persekitaran,tekanan,metabolisma dan emosi yang tidak stabil.

Tanda-tanda terkena Bells Palsy

Berdasarkan pengalaman aku,sebelum kena sakit ni mata akan berkedip dengan rapidly dan kerap terutama waktu malam.Lidah terasa kebas sebelah dan susah nak senyum.Mata akan berair sebab kelopak mata tak boleh berkelip.Bahaya pada mata sebab terdedah kat habuk.Lepas dua atau 3 hari keadaan tu berlaku,muka akan completely disable sebelah.

Dalam tempoh dua ke tiga hari lepas terkena,cepat-cepat pergi hospital.jangan pergi klinik sebab doktor klinik still akan refer pesakit ke hospital.


How To Cure Bells Palsy?

Dari pengalaman aku,pesakit akan dirujuk ke Bahagian Neurologi hospital dengan segera sebab simptomnya hampir menyamai Stroke.Sekiranya doktor sahkan yang memang terkena Bells Palsy,jangan risau.Still boleh dirawat dan pulih dalam tempoh 3 minggu - sebulan.Yang penting dapatkan rawatan segera.


Preskripsi Doktor

Senarai ubat yang perlu dimakan selama sebulan tempoh rawatan:

1.Prednisolone(Corticosteroid) =12pcs x 7 hari,6pcs x 7 hari,3pcs x 7 hari,1pcs x 7 hari

2.Ascorbic Acid = 2pcs x 30 hari

3.Vitamin B Complex = 1pc x 30 hari

Selain dari makan ubat mengikut jadual,kena banyakkan rehat,tidur kat tempat gelap(aku pun tak paham kenapa doktor suruh aku buat macam tu),jangan bagi muka terkena angin dan sebelum tido,'tape'kan mata yang tak boleh tertutup tu.Bahaya kalau kuman masuk,kang infection lak.

Penyakit ni sangat jarang berlaku,cuma kalau kena sure gelabah punya.Masa aku kena penyakit ni,aku tengah sibuk stadi untuk final exam Sem 2,ditambah lagi kerja banyak kat kilang.Mujur sem tu dapat point 3.84,huhu!

Khamis, 12 Ogos 2010

Siapa Orianthi Panagaris?

Selalu aku dengar lagu Shut Up and Kiss Me & According To You dalam kereta time pegi keje.Ala-ala Avril Lavigne pun ada.Rupanya penyanyi lagu tu nama dia Orianthi Panagaris.
Sape dia ni sebenarnya?


Orianthi Panagaris(Orianthi) lahir pada 22 Januari 1985 di Adelaide,South Australia.Dia ni berketurunan Australia dan juga Greek.Dia ialah penyanyi cum penulis lagu dan juga pemain gitar yang hebat.

Dia dikenali ketika menjadi lead guitarist untuk Michael Jackson ketika konsert This Is It.Mula belajar bermain gitar akustik ketika berumur 6 tahun atas galakan abah dia dan beralih ke gitar elektrik ketika berumur 11 tahun.


Layan klip video minah ni..





Boleh tahan gak dia punya "goreng"!!