Jumaat, 9 Oktober 2015

Relevankah Kereta Lama

Banyak kali aku sebut dalam blog ni yang aku mahukan sebuah lagi kereta yang berstatus kereta lama.Alasan utamanya ialah aku dah malas nak berhutang dan potensi kereta tersebut dijadikan laju.Dah berapa tahun dok pung pang sana sini,keretanya tak muncul-muncul juga.
Tak apalah,anggap saja aku sembang kencang.
Kereta baru atau lama masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.Apa yang penting ialah macamana kekurangan-kekurangan tersebut diadaptasi dalam life korang dan seterusnya mengatasi kelemahan yang ada.
Betul,kereta lama banyak kelemahannya,tapi kereta baru lemah tang mana pulak?

Satu daripada kelemahan utama kereta baru ialah HUTANG.Gila kau ingat aku mampu beli kereta cash?
Mungkin ada persoalan yang muncul berbunyi begini;
‘Axia G baru berapa RM je sebulan’
Betul,tapi aku dah ada kereta kecik yang sesuai dikerah untuk angkut kami lakibini pergi kerja tiap hari,buat apa aku nak tambah sebijik lagi yang kecik juga?Hutang pulak tu.Sedan kelas segmen C pulak komitmen bulan-bulan confirm dah RM700++.
Sebab tu sebelum masa yang sesuai untuk aku mendapatkan kereta kedua ni tiba,aku manfaatkan dengan menganalisa kebarangkalian yang impaknya kurang membebankan.Bak kata orang-orang pandai agama,pilih mudarat yang paling kurang.
Berbalik kepada model kereta lama idaman aku sebelum ni,model yang paling ‘muda’ berusia hampir 15 tahun(rujuk entri lama).Jarang( tapi masih ada ) digunakan dalam keadaan pekak kecuali pemiliknya pakcik-pakcik yang tidak bernafsu kepada kelajuan.Bukan maksud aku kereta ni enjinnya tidak reliable,enjin asal masih mampu menjalankan tugas dengan baik cuma ianya dibina untuk tujuan kegunaan normal.
Pilihan yang ada tak lain tak bukan swap enjin.Dari pemerhatian aku,halfcut 4AGE 20V yang dibawa masuk kebanyakannya memiliki perbatuan sekitar 100,000 – 150,000 km.Secara am ianya boleh dikatakan berkeadaan baik,asalkan korang pandai memilih.Kadang-kadang nasib tak baik,mileage rendah tapi internal part dah macam cilake.
Bab enjin tak apalah,material dia logam.Yang agak merisaukan ialah pendawaian dan komponen-komponen elektronik.Benda-benda kecil ni yang selalu meragam tak kira masa.Buatnya problem datang tiap-tiap minggu,tak ke semak kepala.
Apa yang boleh dibuat ialah standby sebuah lagi kereta baru yang kecil dan murah bayaran bulanannya.Kereta baru ni lah yang akan memikul tugas harian,bukan kereta lama tadi.Kereta lama yang dah dibela baik-baik tadi bawak keluar hujung minggu saja.
Hasil pengamatan aku beberapa tahun ni nampaknya mungkin aku terpaksa melupakan niat untuk mendapatkan kereta idaman aku tu.Kemungkinan besar aku akan beralih arah kepada model yang lebih muda,sedan sederhana besar,berlainan jenama,reputasinya baik dan harga yang masuk akal.Yang paling penting sekali ialah ruang modifikasi.

Model apakah itu?



Bersambung…

Rabu, 7 Oktober 2015

Bangkit Dari Tidur Yang Panjang

Sepanjang aku menulis blog,ada masa aku rasa performance tulisan aku baik,tapi kebanyakan masa macam jilaka juga.Seingat aku,untuk aku hasilkan satu tulisan yang baik,masa dan network yang bebas pemantauan amat penting.
Dulu masa aku kerja kilang,masa terluang agak boleh tahan juga ditambah dengan talian internet yang tak dipantau sebagaimana talian internet gomen.Maka,hasilan karya lebih kerap dan kebanyakannya agak baik.
Salah satu entri feveret aku ialah entri Reaksi Dari Seberang .Entri ni aku tulis dengan berhati-hati supaya apa yang aku sampaikan itu jelas dan tiada hati-hati manusia yang sakit lepas membacanya.

Adakah aku seorang yang jujur dalam penulisan?
Maksud aku ialah adakah aku ni jenis lepas cakap atau jenis cakap berlapik / demi menjaga perasaan orang lain.

Ya dan tidak.

Bergantung pada situasi.
Terlalu jujur adalah baik untuk orang yang maksum,yakni orang yang hatinya suci bersih tanpa sebarang titik-titik hitam dan tidak melakukan dosa.Masalahnya sebagai manusia biasa,kita tidak maksum.
Terlalu jujur dalam berkata-kata kadangkala mengundang padah kalau isinya tidak difahami orang ataupun cara penyampaiannya salah.Andainya dikhuatiri kata-kata kita bakal menjurus kearah itu,adalah lebih baik kita tidak jujur dalam mempamerkan apa yang kita rasa.
Dalam sesetengah keadaan,adalah lebih baik kita bersikap begitu daripada menyakiti hati orang.

Waktu bila aku jujur?
Selalunya aku berlaku jujur di ruang komentar blog peminat tegar Proton.Aku akan cakap apa yang aku rasa nak cakap,orang nak terima ke tak aku tak kisah.Cuma ayat yang aku guna tak adalah kejam sangat.Tak semua benda pun perlu kena bash.Tapi jangan pulak jadi membuta tuli sampai semua benda nak puji.

………………………………..

Alamak…..lost sekejap.Aku nak tulis apa sebenarnya ni..

Ni lah masalah aku kebelakangan ni.Menulis blog ni kena ada momentum.Time datang gila dia sehari sampai tiga empat entri.Ni jangankan momentum,punya la tidor lama sangat sampai lima enam entri tulis sekerat je,lepas tu save kat draft.
Okay,aku dah nampak dah apa nak tulis lepas ni.Tetiba bertalu-talu pulak idea datang.Tapi esok-esok je lah ye?Hihihi!

*Jangan salahkan aku kalau tak faham apa yang aku merepek kat atas tu.Diam-diam sudah.

Isnin, 5 Oktober 2015

Today Is Monday

Assalamualaikum!

Nobody miss me right???
Hahahahahaha!

It’s okay since blog ni pun sunyi agak lama.Ada tiga entri yang ditaip separuh jalan,kemudian idea hilang.Apa nak buat…

Baiklah,aku akan usahakan sesuatu dalam masa terdekat ni untuk mengisi balik kekosongan yang ditinggalkan.
Jumpa lagi.

Jumaat, 24 Julai 2015

Beraya Dalam Lombong

3 Syawal lepas berlangsung satu upacara pertunangan ringkas adik lelaki aku di Kampung Kurnia Kuantan.Actually bukanlah macam majlis bertunang yang biasa kita tengok dalam TV.Family aku dan family sebelah perempuan sepakat untuk membuat majlis yang sesimple mungkin. Suasananya macam datang beraya je lebih kurang.Apa yang penting ialah niat rombongan kami dan penerimaan tuan rumah.
Sebelah keluarga aku tak ada ayah,so abang ipar aku bertindak sebagai kepala,diiringi dengan sepupu arwah atuk aku sebelah mak yang kitorang panggil ‘atuk muda’.Sebelah perempuan pun sama,pun dah tak ada ayah.Abang-abang diorang yang umur lebih kurang macam kitorang ni lah yang jadi kepala keluarga sambut rombongan.
Perbincangan dari segi hantaran dan tarikh,biar bakal pengantin decide sendiri.Kemudian sarung cincin tanda dan cincin tunang.Settle!
Maka selesailah cerita bertunang tadi….Masuk waktu Zohor,kitorang pun berangkat balik.Tak balik rumah pun sebenarnya.Selesai solat Zohor kat masjid Paya Besar (kalau tak silaplah),kitorang bertolak pula ke Sungai Lembing atas cadangan abang ipar aku untuk ke Muzium Sungai Lembing.Pasaipa beraya dalam lombong,aku pun tak tau,janji masa yang berbaki setengah hari dapat diisi.
DSC_0347
Inilah papan informasi berkenaan lombong bijih timah Sungai Lembing.Lokasinya jauh sikit dari muzium.Tempat ni dibuka untuk pengunjung merasai pengalaman berada didalam lombong syaf bijih timah.Lombong mineral biasanya jenis open pit,jenis-jenis syaf terowong ni dah tak banyak dalam dunia ni kot.Yang aku pernah tengok dalam Discovery Channel dulu,diorang tak guna cangkul,main bom je.Tunnelnya pun luas.
Lombong milik PCCL yang terkenal didunia ketika zaman kemuncak harga bijih timah dulu mencatat panjang keseluruhan 322km.Jauh baiii!Imagine akar pokok,macam tulah gamaknya laluan-laluan terowong mengikut urat mineral bijih.Bahagian terdalam ialah Lombong Myah pada kedudukan 700 meter dibawah perut bumi.Lain-lain info korang Google ajelah ye?Heheh!

DSC_0350
Tempat menunggu gerabak ‘keretapi’.Anak aku panggil ‘anak keretapi’,nanti dia besar jadi keretapi macam KTM Komuter.Lupa nak cakap,tiket masuk RM15 dewasa,bebudak free.
DSC_0353
Perjalanan masuk dalam lombong.Udara sangat fresh dan sejuk macam aircond.Lebih kurang 100 meter,keretapi(wagon?) berhenti.Kena sambung jalan kaki sampai kedalam.Choiiiii!
DSC_0357
Antara tunnel-tunnel yang ada.Sempit betul.Macamana la agaknya pekerja-pekerja lombong ni nak hayun cangkul batu.
DSC_0363
Bahagian terbesar dalam lombong ni,Lubang Sejuta Ringgit.Alkisahnya ada aktiviti perlombongan haram tak lama selepas lombong ni ditutup,sekitar tahun 1987.Bijih dibawa balik dan diproses dirumah.Anggaran nilai galian yang berjaya dibawa keluar ialah RM1,000,000.00.
Laluan masuk kedalam terowong tadi dengan berjalan kaki berakhir kat sini….Ruang ni menarik untuk diteliti,tapi lighting kurang memuaskan,so kebesaran chamber ni tak dapat dilihat.Figura pelombong yang tengah-tengah tu  mungkin tengah sakit pinggang.
DSC_0382
Ada banyak gambar lagi yang aku ambil,tapi tak bolehlah upload semua.Berat nak publish kang.Kawasan untuk diexplore pun ada lagi,iaitu replika lif yang membawa penumpang naik/turun sedalam 14 tingkat bangunan katanya.Lubang tu aku tak masuk,sebab lenguh dukung anak.
Masa lepak-lepak kat luar lombong ni ada satu pakcik dari mana tah,tanya mak aku datang dari mana.Mak aku jawab la Lepar.Dia pun cakap uiiiii jauh tu.Baik pergi KL dari pergi Lepar.Dalam hati aku,kurang ajar betul pakcik ni.Kalau kira jauh dari Kuantan,jauh lagi Perlis pakcik oii!Orang Pahang semua tau Lepar tu jauh sebab Pahang ni luas.Muadzam Shah pun jauh apesal tak mention?Bengong sungguh ni.Padahal jarak dari Sungai Lembing – Kuala Lumpur 400km.
Ini mengingatkan aku satu entri lama berkenaan projek jalanraya penghubung antara Jerantut – Sungai Lembing yang mana akan melalui Lepar Utara sebagai titik mula yang terdekat dengan Sungai Lembing.Patutnya projek tu siap 2016,dah dimasukkan pun dalam RMK-10.Tapi ape cerrr aku tak tau.Aku harap benda ni direalisasikan atas faktor jaringan strategik,bukan propaganda politik semata-mata.
SGLembing-Lepar
Jarak antara 2 titik diatas jika menggunakan jalan negeri dan highway (Lebuhraya Pantai Timur) ialah 208km!
Arkib SGLembing-Jerantut3
Arkib SGLembing-Jerantut

Jumaat, 10 Julai 2015

Teknik Mission Impossible

Aku terjumpa ‘idea’ ni semalam.Baca dah fahamkan.Ni aku copy direct je ni,tapi dengan pembetulan ejaan.Aku pantang sikit ejaan tak betul kalau cerita benda serius.Ini bukan idea kawan aku eh,aku tak kenal pun siapa punya idea dan siapa yang tukang post.
____________________________________________________________________________
Suami isteri bergaji RM 2k seorang tapi boleh memiliki 4 buah rumah + kereta yang selesa + RM 50k saving...Mustahil?
Idea ini dari sahabat saya Tuan Khairul Ezuwan
Situasi pasangan suami isteri yang bergaji bersih RM1800 setiap seorang. Ambil kenaikan gaji 10% setahun @ RM180 setahun.

A) Suami
1. Buat simpanan secara konsisten.Setiap bulan RM1,000 dalam ASB, pakai transfer online setiap kali dapat gaji. Pastikan Buku ASB dipotong. Lepas 1 tahun ada simpanan cash RM12,000
2. Keluarkan RM7,000 buat deposit.Cari rumah lelong yang berharga RM70,000 (cari mesti ada). Kos-kos lain masuk dalam pinjaman.Bayaran bulanan RM350. Gaji bersih waktu ini RM1,980. Masa ini DSR adalah 17%. Sewakan rumah tersebut RM600. Buat tenancy agreement. Gunakan semua RM600 untuk bayar installment bulanan rumah tersebut. Waktu ini baki
simpanan RM12,000 - RM7,000 = RM5,000.
3. Teruskan buat simpanan bulanan RM1,000 selepas 6 bulan beli rumah yang pertama tadi. Jumlah simpanan sekarang RM5,000 + RM6,000 = RM11,000.
Gunakan lagi RM7,000 untuk deposit sebuah lagi rumah lelong berharga RM70,000. Bayaran bulanan RM350 .Waktu ini Gaji RM1,980 + (RM600 (tenancy agreement) x 80%) = RM2460. DSR waktu ini adalah 27%. Sewakan RM600 rumah kedua ini.Buat tenancy agreement.Cuma bayar RM350 untuk installment rumah ini. Baki pulangan sewa RM250 buat bayaran extra kepada rumah pertama (target = habiskan rumah pertama dengan secepat mungkin).
Baki simpanan RM11,000 - RM7,000 = RM4,000 serahkan kepada isteri.
4. Buat pinjaman ASB 200K, Komitmen bulanan RM1,200. DSR waktu ini 65%. (Max. untuk DSR ASB 80%).
Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB. Total dividen compounding + value cancel = RM60,000
5. Dengan extra payment yang dibuat ke rumah pertama selama 3 tahun baki rumah tersebut tinggal RM44,000. Gunakan hasil ASB RM60,000 untuk buat full settlement rumah pertama. (rumah pertama bebas dari pinjaman). RM60,000 - RM44,000 = Baki cash RM16,000.Duit EPF Akaun 2 waktu ini ada RM10,000 .
6. Cari Rumah untuk duduk sendiri yang berharga 300K dengan monthly installment RM1500. Buat mark up loan. (cari rumah 10% below market value @ 0 deposit)
Dengan nett Gaji waktu ini RM2,520 + rental income .
Max kelayakan DSR 70% = DSR waktu ini ialah 52%

B) Isteri

1. Beli Perodua Kelisa terpakai yang berharga RM20,000 dengan bayaran bulanan RM300. Buat simpanan tetap bulanan dalam ASB RM200 sebulan. Selama 18 bulan = RM3,600. Dalam akhir step 3 suami, beliau serahkan RM4,000 kepada isteri. So total cash Ada RM7,600.
2. Beli rumah lelong yang berharga RM70,000 dengan bayaran bulanan RM350. DSR waktu ini 33% (RM300 Kereta + RM350). Sewakan rumah ini RM600 dan buat tenancy agreement. Bayar kepada pinjaman Rumah RM350, Masih Ada baki cash flow RM250.
3. Kekalkan komitmen simpanan bulanan RM200 tetapi tukar kepada kaedah pinjaman ASB RM75,000 . Installment bulanan adalah RM450. Gunakan RM200 + RM250 (cash flow sewa rumah) = RM450 sebagai installment pinjaman ASB tersebut. Potong Buku ASB, Jangan sentuh dividen selama 3 tahun. Selepas 3 tahun cancel pinjaman ASB . Dividen compounding + cancel loan = RM18,000 + RM5,000 = RM23,000 cash. Baki pinjaman kereta waktu ini RM9,000. Gunakan cash untuk buat full settlement kereta RM23,000 - RM9,000 = RM14,000. Duit EPF Akaun 2 waktu ini ada RM10,000.
4.Trade in Perodua Kelisa, beli Toyota Vios RM70,000 = installment bulanan RM800. DSR waktu ini 37%

DSR (Debt Service Ratio)
Suami pada step no.6 + Isteri pada step no.4 (hampir 5 tahun dari step pertama)
------------------------------------------------
Income:
Total Gaji waktu ini: RM2,520 x 2 = RM5,040
Sewa 3 biji Rumah = (RM1,800 x 80%) = RM1,440
Total nett income = RM6,480 (➕)
Hutang : RM350 (Rumah kedua suami)
RM1,500 (Rumah duduk sendiri)
RM350 (Rumah pertama isteri)
RM800 (Kereta baru isteri)
Total hutang : RM3,000 (➖)
Total DSR Suami + Isteri = 46%
Total cash di tangan :
Suami =RM16,000 + EPF keluar RM10,000
Isteri =RM14,000 + EPF keluar RM10,000
Total cash di tangan = RM50,000
Total income bulanan bersih = RM3,480
Memiliki 4 property dan kereta yang selesa

Ada masa-masa tertentu Kita perlukan sedikit pengorbanan untuk mendapat keselesaan & kesenangan pada masa akan datang, jika anda sanggup, anda boleh
ikut. Jika tidak sanggup, share lah juga perkara ini kepada orang lain, mungkin mereka perlukannya. Thanks baca sampai habis.
'Idea adalah pembuka minda, bukan semestinya pelaksanaan'. Padan kan situasi dengan keadaan diri anda sendiri’
___________________________________________________________________



Tak taulah korang baca sampai habis ke tidak.Aku dah baca berulang-ulang kali.Untuk orang lain aku tak pasti,tapi pendapat jujur peribadi aku,ianya tidak realistik untuk dipraktikkan.Aku ulaskan point nombor satu (suami) sahaja.
Situasinya pasangan bergaji bersih RM1800 seorang.Dalam step pertama,si suami dikehendaki membuat simpanan ASB RM1000 sebulan selama setahun.Baki gaji tinggal RM800 untuk survival selama setahun.

Persoalannya,
Bergaji bersih RM1800 dan sudah berkahwin kemudian berani membuat simpanan ASB sebanyak RM1000,ada sesiapa berani buat?
1.Sepanjang setahun tempoh menyimpan,pasangan ini duduk dimana?
-Tak perlu sewa rumah?
-Tak perlu belanja harian?
-Tak perlu bil-bil utiliti?
-Tiada komitmen taska anak dan consumables seperti lampin pakai buang?
-Susu?
-Barang-barang dapur?
Aku dapat bayangkan pasangan ini jika betul bergaji bersih sebanyak itu,pasti mereka tinggal di rumah kotak,tiada komitmen anak-anak,ibu-bapa dikampung,makan kutip dari tong sampah dan bergerak kemana-mana dengan berjalan kaki sepanjang satu tahun pertama.
Kecuali,apa yang dimaksudkan penulis ialah,gaji bersih RM1800 sesudah selesai menolak komitmen-komitmen wajib setiap bulan.Pada anggaran aku,pasangan diatas perlu sekurang-kurangnya RM3200 nilai gaji bersih diatas payslip setiap seorang.Total gross income RM6400 baru boleh mencuba.Pendek kata sesiapa yang bergaji RM1800 tak usah la berangan nak cuba-cuba kaedah ni.Step pertama pun dah lemas.
Apapun,mujur penulis mengingatkan pembaca tentang ‘idea’ untuk pembuka minda,bukan soal perlaksanaan.
Betul,idea beliau cantik secara teorinya tapi hanya segelintir pihak yang mampu mempraktikkan kaedah tersebut.Kalau tengok dari hasil yang diperolehi memanglah,tapi fikir la macamana bank nak approve loan rumah 300k dengan gaji RM1800?