Sabtu, 16 November 2013

Journey To Pantai Timur


As salam semua.
Rasanya lebih dua minggu aku tak mengupdate apa-apa dalam blog ni.Sebenarnya dua minggu lepas aku ada tugasan luar selama seminggu dan lepas tu sibuk menguruskan hasil tugasan.
Dari 4hb November sampai 9 November,aku berlegar-legar di sekitar kampung dan belakang rumah orang di Pantai Timur untuk tugasan projek germplasma pokok Patawali.
50 sampel perlu dikumpulkan dan kali ni sampel dari tiga negeri mempunyai jumlah yang agak samarata.

CABARAN MENTAL
Walaupun pokok ni boleh dikatakan agak popular ditanam di kawasan kampung,tapi nak mencarinya boleh tahan mencabar juga.

1.Kenderaan 4WD tak boleh dipandu perlahan sepanjang masa.Orang marah beb.Walaupun menggunakan kenderaan rasmi kerajaan.Masa tugasan zon tengah dulu aku terpaksa menyalakan lampu hazard.Mungkin lepas ni kena tampal stiker bertulis,"PENYELIDIKAN SEDANG DIJALANKAN.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI".
Bila kenderaan dipandu agak laju,macamana nak nampak helaian daun hijau muda bersaiz sekitar 10-15cm dari celah-celah pokok belakang rumah orang kampung?Mujur kami semua bermata helang.Driver pun memainkan peranan jugak,terutamanya yang berpengalaman.Diorang tau laluan mana yang banyak kampung lama.

2.Keadaan lokasi sampel kadang-kadang amat ekstrem.Disebabkan pokok ni banyak dibelakang rumah orang dan selalunya berhampiran tangki septik atau perigi buta,faham-faham sajalah macamana keadaannya tu.Kebetulan sekarang musim hujan,ambik kau!Kalau bukan kerana kerja,jangan harap la aku nak masuk tempat-tempat macam tu weii..

3.Pokok tinggi.Yang ni memang kerap kami jumpa.Agak banyak sampel yang terpaksa kami tinggalkan sebab tak dapat nak ambil.Pokok ni sifatnya memanjat dan kalau pokok yang dipanjatnya tinggi,tinggilah naiknya.Tak mau turun lagi dah.

4.Ragam orang kampung.Yang ni memang terpaksa kena hadap,terutamanya bila sampel dibela cantik dan tumbuh elok depan rumah orang.Antaranya ada yang sungguh-sungguh cakap tak ada pokok tu padahal dari jauh kami dah nampak pokok tu rimbun belakang rumah dia.Satu lagi jenis orang kampung yang berniat baik,tapi tak faham kerja-kerja kajian.
Sampel yang kitorang nak biasanya keratan matang yang tak terlalu tua da tak muda sangat.Diorang terlebih rajin tolong kutipkan sampel,tapi sampel tua.Boleh hidup jugak katanya.Tapi kitorang lebih mudah dengan bersetuju je apa orang kampung cakap.Yelah,dah mintak barang dia,takkan nak banyak songeh pulak.

Pemetik kelapa di Kampung Mahkota,Kuantan Pahang

LOKASI MEMBUTA
Sepanjang seminggu aku buat kerja luar,tempat tidur asal boleh je sudah.tapi taklah tido kat masjid.Maksud aku hotel murah yang harganya sekitar RM60-70 semalam.

1.Hotel Vista-Kemaman(RM70)
2.Hotel Sri Tanjung-Kuala Terengganu(RM70)
3.Hotel Selesa-Kota Bharu (RM65)
4.Hotel Gua Idaman-Gua Musang(RM60)

Yang terbaik Hotel Vista,boleh diharap hotel ni punya servis.Paling fail sekali Hotel Gua Idaman.Patut harga dia 30 ringgit je satu malam.Lodging kat politeknik Shah Alam lagi best.Panjang sangat dah plak entri ni ye?Aku sambung kemudian lah sebab nak cerita pasal nama-nama kampung yang unik aku jumpa.
Overall,Pantai Timur memang ohsem terutamanya makanan!















Selasa, 29 Oktober 2013

Jangan Poyo Ketika Study

Hujung minggu lepas aku sempat bersembang dengan adik perempuan aku yang tengah belajar kat UMT.Kebetulan dapat jumpa sebab urusan pampasan tanah (cerita dalam entri lepas),dan juga nak bawa dia pergi berurut sebab sakit belakang.
Dia didiagnosis mengalami masalah 'scoliosis',iaitu tulang belakang bengkok seperti huruf 'S'.Punca dia jadi macam ni sebab jatuh motor kena sondol dengan kereta.Dalam dok bersembang tu,termasuklah topik perbelanjaan masa zaman belajar.Sebelum tu dok melayan mak aku sembang pasal saudara aku yang juga pelajar UMT.Dari kisah saudara aku tadi,aku teringat kisah yang aku baca dalam Facebook pasal student mengencing mak ayah konon nak duit untuk belajar,tapi rupanya nak pergi melancong dengan boyfriend.Padahal mak ayah bercatu makan ikan kering kat kampung.
Pernah baca tak kisah tu?Bila boyfriend tanya "amacam,mak u bagi duit tak?"Pempuan tu jawab,"mak i busy,dia kat oversea..."Dafuq.

Saudara aku tadi takdelah sampai tahap macam tu,cuma cerita pasal dia mentrigger ingatan aku kat kisah sadis tu.Adik aku cerita la pasal spending dia duduk rumah sewa yang sebenarnya lagi jimat daripada duduk hostel.Memandangkan aku pun pernah jadi pelajar,aku pun ada kisah aku sendiri.
Masa aku study SAD(bukan sedih ya,Sijil Automotif Diesel) pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia diberi sebanyak RM4000.Aku dah lupa semester berapa baru dapat,semester 3 atau 4 macam tu lah.Masa semester satu,aku duduk hostel.Agak memudahkan tapi letih nak menapak pergi kelas.Semester dua aku duduk menyewa dengan kengkawan di kawasan perumahan Semambu Baru,Kuantan.Duduk luar tanpa transport sendiri amatlah sadis.Mujur ada kengkawan yang sama berkongsi kesadisan menaiki bas ke kelas.
Bas pulak lalu sekitar jam 7.15am,dah lah awal pagi,bas penuh dengan bebudak perempuan.Fuuuu!!Kitorang spesies alien,xble dekat dengan perempuan.Meremang bulu roma.Mujur di penghujung semester member aku bawa motor.Dapatla aku menumpang sekaki sampai habis semester.Tapi itu tak bermakna aku boleh berasa lega dan mengharap tumpangan sampai habis study.
Semester 3 adalah semester latihan industri(LI).Member-member serumah aku banyak cabut buat LI kat kampung.Aku dapat LI di sebuah bengkel di Jalan Teluk Sisek iaitu Kernol Industries Sdn.Bhd dengan elaun RM250 sebulan.Lepas la buat belanja bulanan.Masalah kat sini ialah transport untuk berulang alik.Masak la aku kalau nak panjat bas awam tiap hari.
Akhirnya aku dapat juga motor Yamaha SS buruk arwah bapak aku.Buruk luaran tak penting,yang penting aku senang nak pergi bengkel.Lepas tu loan pun masuk,RM2000 untuk pembayaran pertama.Dengan loan tu lah aku restore balik motor buruk warisan arwah abah aku sehingga menjadi champion kategori NA.
Bakinya aku huhahuha dengan member-member,selesai.Sikit je RM2000 ye dak?
Tapi aku masa umur tu tak pandai lagi spend duit kearah yang terlalu sesat.Zaman tu aku tak pandai main snuker,melantak fast food,melancong,bergaya dengan pakaian branded bagai.Enjoy life zaman student aku cukup dengan rokok,makan,ada duit isi minyak motor (masa tu petrol RON92 RM1.32sen seliter) dan kekadang layan game arked.Itu saja..Serius aku cakap zaman study dulu aku tak pernah beli makanan kat fast food.Apesal?Nampak cool ke makan fast food pakai duit mak ayah?
Sesak tahap ikat perut sekali pun aku tak pernah sampai kencing abah aku kekonon untuk duit belajar.Ingat ye para pelajar-pelajar sekalian,zaman study tak payahlah nak hidup macam orang dah berkerjaya.Study bebaik dapatkan result yang bagus,lepas tu dapatkan kerja yang bagus,kemudian kamu nak makan fast food duabelas baldi pun boleh.

*pembayaran loan kedua aku beli PSOne,dengan buat lesen kereta,amacam?haha!

Isnin, 28 Oktober 2013

Giliran One X Tuan Tanah Rosak

Hari ni berlaku sesuatu yang menyebabkan aku terpana sebentar.Aktiviti pagi aku sebelum masuk ofis ialah minum pagi sesorang kemudian masuk ke kampus tempat kerja aku melalui pintu belakang,iaitu pintu masuk berhampiran Kepong Botanical Garden (KBG).
Waktu pepagi biasalah ramai orang terutamanya bangsa Cina buat akitiviti jogging dan tai chi berirama.Memandangkan laluan dari pintu belakang untuk menuju ke kampus utama agak sempit dan hanya mampu memuatkan sebuah kereta pada satu-satu masa,aku tunggang superbike Honda 125ccaku dengan perlahan sambil slalom dicelah-celah joggers yang suka duduk tengah jalan macam takde orang lalu.Sedangkan bunyi motor dan rantai karat aku agak kuat umpama enjin empat silinder sebaris 998cc dengan ekzos M4 tanpa dB killer.
Dengan santainya aku pergi thumbprint di bangunan berhampiran sebab blok opis aku tak ada mesin thumbprint.On da way nak thumbprint tu aku nampak satu brader mendukung anaknya,maybe sebab motor Kriss dia rosak.Lepas thumbprint,aku gerak balik opislah.Nampak brader tadi masih lagi menapak sambil dukung anak dia.Aku pun patah balik,kot-kot jauh tempat dia nak tuju dengan menapak tu.Bolehla tumpangkan dia naik superbike aku.
Kemudian aku nampak brader tadi masuk ke kawasan perumahan kakitangan.Rumah dia agaknya.Ok,bukan rezeki aku untuk bantu dia hari ni.Sampai je kat ofis,pintu masih berkunci,tapi lampu menyala.Maybe Cik Munirah dah sampai tapi ke toilet agaknya.
Sambil tunggu beliau,aku raba-raba poket cari phone.Cadangnya nak online sekejap sementara menunggu.Raba poket kiri takde,poket kanan pun takde,poket jaket pun takde.Aku dah mula gelabah puyuh.Gila sebentar bila sematpon hilang wehhhh!!!Aku tak tau berapa cepat aku turun dari 1st floor dan tunggang motor,sedar-sedar je aku dah separuh jalan nak ke pintu pagar KBG.
Sampai satu kawasan berhampiran parking awam,aku ternampak satu objek putih tertiarap atas rumput tepi jalan.Sah memang sematpon aku.Memula aku nampak skrinnya macam calar-balar dan basah terkena embun kat rumput.Bila aku lap sikit dan tekan button Power,baru nampak Gorilla Glass dah retak seribu.Apapun fungsinya tak ada yang terjejas termasuk touch screen dan LCD.
Tapi yang paling utama,aku dapat semula phone tu.Data-data kat dalam lagi berharga dari nilai skrin yang bakal diganti.Cuma satu yang buat aku terfikir,kesan kerosakan fizikal kat body polikarbonat dan juga Gorilla Glass tu nampaknya macam lebih dari sekadar terjatuh dari poket.Maksud aku sematpon aku ni pernah jatuh dari aras lebih satu meter,tapi tak ada terjejas langsung.Kali ni housing polikarbonat sompek teruk dua tempat.Skrin pun mujur ada protector yang masih memegang kaca Gorilla Glass pada tempatnya.Kena gelek motor yang lalu lalang agaknya.
Kedua,tempat tu ramai orang lalu lalang untuk berjogging,tapi tak ada orang yang usik/bawa balik phone aku.HTC One X aku warna putih,tertiarap lak atas rumput hijau.Ketara sangat kontranya.Aku yang bawa motor agak laju pun dari lebih 10 meter dah nampak phone aku.
Banyak persoalan yang muncul di fikiran aku,tapi syukur alhamdullilah phone selamat dijumpai.Mungkin ada peringatan dari Allah S.W.T untuk hambanya yang sering lalai.

*Gambar phone yang rosak aku akan upload kemudian.Wife aku suruh ambik gambar dan tunjuk kat dia.Aku terus ?????????? dengan dia punya request.Korang ada skil cmana nak capture gambar phone sendiri guna phone kamera tu?PM aku kalau ada.

Khamis, 24 Oktober 2013

Sikit Lebih Baik Daripada Tak Ada Langsung

As salam semua...

Semalam aku terbaca berita tentang pegawai bank yang ditembak dari jarak dekat menggunakan shotgun oleh guard yang diamanahkan oleh pihak bank.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.Dalam kita berjaga-jaga dengan ancaman luar,rupanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.Hari ni pulak satu  kes bunuh  secara rambang (amuk) berlaku oleh pelaku yang dikatakan mengalami tekanan mental.Apa sudah jadi dengan negara yang kusayangi ni...

Tukar topik lain.
Minggu lepas aku dan keluarga dapat surat dari IADA Barat Laut Selangor berkenaan pampasan tanah yang diambil semasa projek pembesaran jalan.Projek tu siap lama dah,mak aku cakap sejak dia baru kawin dulu.
Baru-baru ni Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan untuk pembayaran pampasan,so kitorang adik-beradik yang mempunyai bahagian dalam geran dipanggil untuk perbincangan nilai pampasan.
Sebelum tu sedikit pujian untuk pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak lupa tanggungjawab menguruskan soal ini.Yang kedua,sepupu aku iaitu JKKK Kampung Sungai Leman dibawa menunaikan haji atas pembiayaan kerajaan negeri baru-baru ni.Juga tahniah disitu.
Berkenaan bahagian tanah yang terlibat untuk projek pembesaran jalan tu,keluasan yang diambil tak banyak mana pun,lebih kurang 0.011 hektar.Berdasarkan harga semasa pasaran tanah pertanian di kawasan tu,nilainya dianggarkan sekitar RM190,000/hektar.Maka nilai pampasan tu tak banyak,kurang sedikit dari RM2000.
Ya,memang tak banyak.Amaun tu pulak dibahagikan kepada tiga,makcik aku 2/3 bahagian dan part arwah bapak aku cuma 1/3 saja.Sudahlah 1/3,kami adik beradik dan ditambah nama mak aku,jumlahnya sembilan orang.Memang kuantitinya amat-amat sedikit,kelakar pun ada.Tapi bukan itu yang menjadi isu utama.Ia adalah amanah yang perlu diselesaikan oleh pihak berwajib.
Tetapi,walaupun jumlah pampasannya sedikit,setiap seorang dari kami yang hadir diberikan tambahan wang tanggungan perjalanan.Adik aku yang belajar di Terengganu diberikan RM400 dan kami yang tinggal di sekitar Lembah Klang menerima RM150.Ok apa?
Satu perkara lagi,pejabat IADA ni boleh tahan juga melilau nak cari walaupun terletak berhampiran jalan utama.Dalam surat panggilan perjumpaan tu pun alamatnya cuma IADA Barat Laut Selangor,Kuala Selangor.Untuk yang tercari-cari lokasinya,bangunan baru ni terletak di koordinat N 3 20'6",E 101 15'7".


Selasa, 15 Oktober 2013

Bebelan Malam Raya Haji

Nak tulis apa ye?Dok cerita pasal motor kang jemu pulak orang baca.
Tapi aku nak juga cerita sikit,hehe!
Sikittt je ye?

Baru aku tau mesin yang berlumba dalam MotoGP pakai bahanapi RON100.Sebelum ni pernah juga aku terfikir,lepas RON97 ada lagi tak RON yang lagi tinggi dari tu.Of coz ada,tapi bukanlah untuk kegunaan awam.
Benda ni banyak kali diperdebatkan tapi orang still tak faham-faham juga.Orang menilai keberkesanan atau bahasa pasarnya ke'power'an sesejenis bahanapi tu melalui nombor oktana.RON92 paling cap ayam sekali dan RON97 kira paling best lah.
Teori tu boleh pakai juga tapi tak tepat.Kena sipi-sipi je.Kalau rasa kereta power sikit pun tu bukan sebab petrolnya,tu adalah efek psikologi.Bezanya tak signifikan sangat pun.Pokok pangkalnya adalah menggunakan bahanapi yang sesuai dengan spesifikasi enjin.
Sebagai contoh EX5 Dream 110 dibina dengan spesifikasi nisbah mampatan 9.0:1,cukup sesuai pakai RON95.Setakat nisbah lemau macam tu tak ada guna pakai RON97.Kalau nak merasa juga petrol mahal,skim la head blok motor tu barang 1.5mm.Baru la ada benefit.
Sebab tulah aku sebutkan pasal MotoGP tadi.Dia pakai RON100 sebab nisbah mampatannya lebih 14.0:1.Jangan cuba-cuba bikin motor stok kilang dengan pressure macam tu.
So,ada pekdah ke tidak tuang petrol mahal walhal pakai enjin stok kilang?Rentikan le.

Aku pernah berdebat dengan kawan baik aku pasal petrol ni.Masa tu dia pakai Saga LMST.Dia kata sejak pakai RON95 enjin dia banyak karbon.Aku jawab puncanya tuning air/fuel ratio tak betul.Kereta hang pakai karburetor kan.Bila kali terakhir hang tuning?Macam tak pernah.......Haaa!Tu la pasalnyaaa!

Karbon banyak sebab combustion tak perfect,almaklumlah karburetor.Bukan salah petrol.Lainlah enjin yang pakai injector.Berapa banyak sensor yang feed data ke computer box untuk mendapatkan talaan paling optimum.Computer box tu cukup bijak dah untuk tentukan talaan yang terbaik samada pakai petrol RON95 atau 97.

Mujur RON197 tak ada.Kalau tak,petrol tulah yang orang anggap terbaik sekali di planet bumi.
Hah!Panjang juga aku meracau malam ni.Cukup la dulu ye.Besok nak raya Haji.Selamat Hari Raya dan selamat memandu sampai cramp petang besok,hehehehe!