As salam semua...
Semalam aku terbaca berita tentang pegawai bank yang ditembak dari jarak dekat menggunakan shotgun oleh guard yang diamanahkan oleh pihak bank.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.Dalam kita berjaga-jaga dengan ancaman luar,rupanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.Hari ni pulak satu kes bunuh secara rambang (amuk) berlaku oleh pelaku yang dikatakan mengalami tekanan mental.Apa sudah jadi dengan negara yang kusayangi ni...
Tukar topik lain.
Minggu lepas aku dan keluarga dapat surat dari IADA Barat Laut Selangor berkenaan pampasan tanah yang diambil semasa projek pembesaran jalan.Projek tu siap lama dah,mak aku cakap sejak dia baru kawin dulu.
Baru-baru ni Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan untuk pembayaran pampasan,so kitorang adik-beradik yang mempunyai bahagian dalam geran dipanggil untuk perbincangan nilai pampasan.
Sebelum tu sedikit pujian untuk pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak lupa tanggungjawab menguruskan soal ini.Yang kedua,sepupu aku iaitu JKKK Kampung Sungai Leman dibawa menunaikan haji atas pembiayaan kerajaan negeri baru-baru ni.Juga tahniah disitu.
Berkenaan bahagian tanah yang terlibat untuk projek pembesaran jalan tu,keluasan yang diambil tak banyak mana pun,lebih kurang 0.011 hektar.Berdasarkan harga semasa pasaran tanah pertanian di kawasan tu,nilainya dianggarkan sekitar RM190,000/hektar.Maka nilai pampasan tu tak banyak,kurang sedikit dari RM2000.
Ya,memang tak banyak.Amaun tu pulak dibahagikan kepada tiga,makcik aku 2/3 bahagian dan part arwah bapak aku cuma 1/3 saja.Sudahlah 1/3,kami adik beradik dan ditambah nama mak aku,jumlahnya sembilan orang.Memang kuantitinya amat-amat sedikit,kelakar pun ada.Tapi bukan itu yang menjadi isu utama.Ia adalah amanah yang perlu diselesaikan oleh pihak berwajib.
Tetapi,walaupun jumlah pampasannya sedikit,setiap seorang dari kami yang hadir diberikan tambahan wang tanggungan perjalanan.Adik aku yang belajar di Terengganu diberikan RM400 dan kami yang tinggal di sekitar Lembah Klang menerima RM150.Ok apa?
Satu perkara lagi,pejabat IADA ni boleh tahan juga melilau nak cari walaupun terletak berhampiran jalan utama.Dalam surat panggilan perjumpaan tu pun alamatnya cuma IADA Barat Laut Selangor,Kuala Selangor.Untuk yang tercari-cari lokasinya,bangunan baru ni terletak di koordinat N 3 20'6",E 101 15'7".