Khamis, 4 April 2013

Usik-Usik Manifesto PR

Antara perkara yang agak menarik dan hangat dibincangkan sekarang ni ialah salah satu manifesto Pakatan Rakyat berkenaan pengurangan cukai kereta import.Ianya kedengaran sangat menarik kerana kesan langsungnya ialah harga kereta import akan sedikit murah berbanding sekarang iaitu sekitar sekali ganda dari harga jualan diluar negara.Kalau dekat wall Facebook tu melompat-lompat orang suka tengok harga dah kurang separuh.
Yang mana merancang untuk membeli kereta baru,pasti menahan niat buat sementara sehingga manifesto ini direalisasikan.Oklah,pada aku sendiri pengurangan cukai kenderaan import sangat baik.Bayangkan aku sendiri yang membeli kereta tempatan terpaksa membayar lebih RM63,000 untuk sebuah kereta kompak dengan kapasiti enjin 1.3.
Dua tahun pertama bayaran balik pinjaman dengan bulanan RM531 hanyalah untuk melunaskan faedah pinjaman.Itu kereta tempatan.Dengan implimentasi cukai dan faedah pinjaman bank sekarang,aku hanya mampu memandu Mazda 6 dalam mimpi saja.
Sekarang kita tengok sekeliling semasa kita memandu pergi dan balik kerja.Adakah kita berpuashati dengan keadaan trafik dijalanraya?Pergi kerja kena awal walaupun jaraknya tak sampai 30km.Balik kerja 5.30pm,45 minit dah tentu terbuang atas jalan.Ini keadaan sekarang,bayangkan tiga,empat tahun lagi.
Setiap tahun jumlah kereta baru yang didaftarkan semakin meningkat.Adakah ini selari dengan harga kereta tempatan?Orang tetap beli kereta walaupun mahal bukanlah disebabkan penduduk Malaysia berpendapatan tinggi.Puncanya adalah kemudahan pinjaman sewa beli.
Aku tinggal menyewa di kawasan perumahan kos rendah.Menurut kata pembeli rumah kat kawasan rumah aku tu,seunit rumah hanya berharga RM38,000.Itu harga 10 tahun lepas.Rata-rata pembeli rumah kat sini adalah golongan biasa-biasa dan sebahagiannya isteri tidak bekerja.Tapi yang agak menimbulkan persoalan,ada beberapa pemilik rumah yang mempunyai dua,atau tiga kereta.Yang pakai Honda Stream RS-Z pun ada!Harganya dalam lingkungan RM150k,lebih kurang empat kali harga rumah.Kenapa agaknya orang beli juga?
Sebab rakyat Malaysia kebanyakannya mampu,mampu berhutang...
Then kita tengok pulak harga rumah teres dua tingkat sekarang ni.Kawasan baru macam kat Saujana Utama pun dah cecah harga pasaran lebih 300k.Ianya akan terus meningkat ke tahap seterusnya selagi ada permintaan.Asas perniagaan adalah penawaran memenuhi kehendak pasaran.Selagi wujud permintaan yang kuat,soal harga tidak lagi menjadi masalah.
Pelik ke harga rumah makin mahal?Dulu-dulu ya aku pelik,sekarang tak lagi.Kalau aku jadi developer pun aku letak harga mahal,sebab permintaan banyak.Jual seunit teres dua tingkat RM400,000 pun berebut orang beli,apa sebab aku nak jual murah ya tak?
Kereta dan rumah ni lebih kurang je kalau di Malaysia.Mahal-mahal pun orang beli walaupun secara logiknya memang tak mampu.
Berbalik kepada manifesto pengurangan cukai kenderaan,bagi aku ianya baik tapi kesan jangka panjangnya perlu dikaji dulu.Kadang-kadang benda ni dijadikan kayu ukur oleh golongan berpendapatan rendah untuk merasa nikmat memandu kereta import.Segelintir lagi cuma mengambil kesempatan,maksud aku malas.Malas mencari duit ekstra,malas belajar tinggi-tinggi tapi nak hidup bergaya macam orang banyak duit.Golongan yang segelintir ni la yang paling suka sangat-sangat segala benda murah dan free.
Jujur aku cakap,aku pun sama macam orang lain.Suka benda-benda murah.Gaji aku pun tak besar,tapi tak layak mintak BR1M.Macam kat kedai pancing semalam la,ada ke patut kekili pancing harganya RM2200.00.Tapi dah barangnya terkenal dengan reputasi dan kualiti baik,ada peminat tersendiri,suka hati dialah nak jual harga berapa.Tetap orang beli juga.
Akhir kata,daripada menjanjikan kereta murah,ada baiknya diganti dengan rumah murah atau motorsikal kuasa tinggi murah.Banyak juga faedahnya.Harap siapa yang baca ni faham isi penting yang aku nak sampaikan.Read between the lines....

Next time aku nak tulis pasal maksud perkataan "macai" pulak.Glemer betul perkatan tu sekarang.Hehehe!

Rabu, 3 April 2013

Dapat Juga RYOBI AP Power II Reel!

Petang tadi aku berjaya mendapatkan kekili sasaran sebagai teman rod Lemax Starmax Z 9 kaki iaitu RYOBI AP Power II 8000.Hasil kajian di forum-forum pancing dengan kata kunci kekili bajet antara RM200-RM400,beberapa jenis kekili dicadangkan antaranya Daiwa Fream J,Banax GT 3000,Ryobi AP Power,Daiwa OpusBull 4500 dan beberapa lagi.
Sesetengahnya menghampiri angka empat ratus,tapi Ryobi AP Power lebih menyerlah dengan reliabiliti dan harganya yang jauh murah berbanding yang lain,kata bebudak dan otai-otai forumlah.Selepas memantau lingkungan harga di forum-forum dan mudah.com,aku dapati harga termurah ialah RM230 di sebuah kedai di Klang.Kalau ada yang murah lagi aku tak pasti.Rezeki la kalau jumpa.
Atas saranan saudara Taufik Azman atau lebih dikenali sebagai Toficx Man dikalangan member-member aku,beliau menunjukkan sebuah kedai pancing di Klang.Lokasinya tak sempat aku nak set dalam GPS.Kedainya kecil sahaja.Di cermin depan kedai terpampang kadbod bertulis "harga tetap".Kompom tak boleh negosiasi nih!Tak apalah,masuk dulu tengok barang.
Ngam-ngam dalam kaca pameran aku ternampak kekili ni berposing cantik dengan tanda harga RM230 sebelah Daiwa Saltiga.Saltiga tu lagi cunlah,tapi tanda harganya agak kabur-kabur sikit,entah RM2200 atau RM220.0.Kalau RM220 memang aku sambar  Saltiga tu.Bila aku tanya tauke kedai yang bermuka ketat sebab tak nak orang mintak diskaun,dia sebut Saltiga tu memang RM2.2k.Fuuuuuuuu!!!
So,aku terus buat-buat jatuh hati kat RYOBI walaupun kecewa dengan harga kekili yang lagi mahal dari downpayment kereta aku.Sebenarnya memang aku target AP Power je,malas nak belek kekili lain.Lepas dikayuh-kayuh sikit dan main-main dragnya untuk dengar bunyi "erangan" mesin kalau ditarik ikan,aku bersedia untuk membayar.
Kemudian baru aku perasan mesin ni tak ada suis anti reverse.Agak terkedu aku sekejap.Lepas bincang2 dengan Toficx Man,aku teruskan niat membeli kekili ni sebabnya fungsi suis on-off anti reverse tak berapa penting sangat.
Oh ya,spesifikasi asas kekili yang beratnya 595 gram ni ialah nisbah gear 5.0:1,drag maksimum 10kg,enam galas bebola,bail arm yang tebal,knob bulat aluminium dan spool dari material yang sama.Kapasiti tali yang boleh dimuatkan ialah 200 meter untuk tangsi berdiameter 0.435mm.Tapi aku penuhkan spool dengan tangsi 25 paun je.Cukup la kot agaknya.
Asyik dok puji je macam tak fair pulak ye tak?Mesin harga macam ni ada beberapa kekurangan.Antaranya berat,lebih setengah kilo tu.Agak bisa-bisa jugak otot lengan aku masa masukkan tali dalam spool.Kedua,tiada suis on-off one way clutch.Istilah one way clutch ni aku tak pasti betul ke tidak,kalau salah harap maafkan.Anti reverse kot.Macamanapun ianya terpulang pada pendapat masing-masing.Yang ketiga,"erangan"nya agak kurang nyaring.Maybe telinga aku yang problem,sebab hari-hari exposed kat bunyi mesin.
Lain-lain semua ok.Informasi tentang penggunaannya di medan pancingan bolehlah korang baca di forum kaki pancing.Yang ni 'bau kedai' lagi,heee!
*Nama lain untuk reel ni ialah Tubertini AP Power.Walaupun rupanya sedikit berbeza pada bahagian spool,sebahagian besar partnya adalah sama.Sangat susah nak mencari review yang baik tentang kekili ni apatah lagi bila ramai yang ragu-ragu ketiadaan model AP Power dalam senarai model di laman web RYOBI.
Kekili ni adalah kolaborasi antara Tubertini dan RYOBI.Untuk review yang agak panjang,boleh baca di totalseamagazine.com.Reviewnya sangat positif dan ada juga jawapan kenapa suis anti reverse ditiadakan pada kekili ni.

Isnin, 1 April 2013

Rod Pancing Lemax Starmax-Z Series

Semalam aku ke kedai TCE Tackle Shah Alam sebab nak beli set pancing baru.Set pancing terakhir yang aku beli sebelum ni sangatlah asas.Bayangkan dengan bajet tak sampai RM100,aku dapat beli rod,kekili dengan tali.Imagine la betapa cap ayamnya jenama yang aku beli.Entrinya ada aku tulis kat sini.Tapi harga bukan penentu hasil pancingan.
Setakat ni set pancing tu tak ada masalah langsung,cuma mungkin tangsinya dah reput.Itu saja.Macamanapun tak mungkinlah aku nak pakai set pancing tu sampai bila-bila.Semalam aku beli rod pancing baru jenama Lemax model Starmax-Z Series.Jenama Lemax ni taklah grand sangat,tapi dari respon yang aku baca kat forum-forum pancing,semuanya berpuashati dengan jenama tempatan ni.

34ceb1e4-056c-4cbc-ba99-11da129a0b5b
Nombor model Starmax-Z Series yang aku beli ialah STS-Z 90HF2 berukuran 9 kaki dengan dua section.Baru puas baling umpan kelaut!Sesetengah spesifikasi rod ni aku tak berapa faham sangat,tapi yang jelasnya rod ni dibina dengan material grafit,tujuh cincin,pemegang gabus,seat kekili grafit,dan dibina dengan ciri GCF(Gradual Curve Fighting).Entah apa kelebihan GCF ni aku tak tahulah,ikan cepat surrender kot.Memandai jerr!
Rod ni dikategorikan sebagai berat,aksi pantas,kekuatan tali 12-40lbs dan berat umpan maksimum sehingga 60 gram.Harganya RM166,tak ada diskaun ahli.
Tali yang aku pilih ialah tangsi monofilamen jenama Tomman Elephant BigFoot berkekuatan 25 paun dengan diameter 0.30mm.Mulanya aku nak beli tali sulam,tapi bila memikirkan bajet…lain kali sajalah.Lagipun tali sulam ni menyerap air,ditambah lagi aku ni agak pemalas dalam menjaga alat-alat pancing,potensi untuk tali mahal mereput adalah sangat tinggi.
Kekuatan tali 25 paun aku rasa dah mencukupi walaupun ada juga terlintas niat dihati nak padankan rod dengan tali 40 paun.Mengikut sejarah pemancingan aku,belum pernah aku daratkan ikan lebih 2kg,hahaha!So,jalan paling bijak adalah memilih tangsi yang patut padan.
Peralatan seterusnya adalah yang paling penting,kekili.Mulanya aku dah pilih kekili jenama Ajiking model Airmaxx 5000.Model ni dilengkapi 7+1 gegalas(bearing),termasuk satu one-way clutch bearing.
Tapi disaat akhir aku perasan tuil on-off one-way clutchnya macam tak ada spring,agak loose gitu.Kebetulan itu je unit yang ada,maka tak jadilah aku beli kekili.Kat kedai TCE Tackle ni tak banyak jenama pilihan,yang ada cuma jenama Tomman,Ajiking,dan Banax.Kekili Banax jenama Korea ni agak ok juga prestasi dan harganya tapi model SX nya kelihatan old school sikit.
Balik rumah buat sikit survey,aku terjumpa satu model yang bersesuaian dengan bajet dan jenamanya yang agak baik iaitu RYOBI AP Power II 8000.

ryobi

Ini antara jenama Jepun tapi harganya berpatutan.Dulu semuanya dibuat di Jepun,tapi sekarang dihasilkan di China.Semuanya berkaitan dengan tujuan untuk menawarkan harga yang kompetitif.Kat Selangor ni tak tahulah berapa harganya,kena rajin meronda dalam minggu ni.

Mesin Masa?

Percaya dengan pengembara masa?

So far belum ada mesin yang berjaya membawa manusia ke masa silam atau masa depan.Pagi tadi aku baca news kat Dailymail tentang satu lagi video penggunaan gadget yang kelihatan seperti telefon bimbit dan ianya dirakam pada 1938.Klip video ini menunjukkan seorang wanita bercakap dan memegang sebuah telefon bimbit ketika berjalan keluar dari sebuah kilang di Massachusetts.

 

 

Untuk makluman,telefon bimbit mula dicipta sekitar pertengahan 1970-an.Diperingkat ini,telefon bimbit masih lagi bersaiz kotak kasut dan didalam video diatas,wanita tersebut memegang gadget bersaiz kecil,umpama model telefon akhir 90-an.

Berikut adalah beberapa kisah ‘pengembara masa’ yang aku jumpa di Strangerdimension.com.

1.Pada Disember 2005,di wilayah Shanxi arkeologis China membuka sebuah keranda Si Qing berusia 400 tahun yang dipercayai masih belum terusik.Apa yang mengejutkan,sebutir ‘batu’ yang jatuh ketika proses pembersihan keranda adalah sebuah jam tangan cincin dengan jarumnya berhenti pada kedudukan 10.06.

 

timetravelartifactwatch1

Lebih menarik lagi,dibelakang jam tertera tulisan "Swiss”.Hahahah!

Benar atau hoax semata-mata?anda tentukan.

 

2.Gambar dibawah dipercayai ditemui dalam laman web Virtual Museum of Canada dengan captionnya bertulis,’Kekayaan Sejarah dan Budaya Kanada’.Ianya adalah gambar pembukaan jambatan South Fork di Gold Bridge,B.C,Kanada pada awal 1940-an.

Apa yang menjadi tandatanya ialah kewujudan seorang lelaki memakai pakaian dengan fesyen moden,jauh berbeza dengan pakaian kebanyakan lelaki dalam gambar tersebut.

 

timetravelermuseumphoto (1)

 

3.Ini adalah keratan dari filem Charlie Chaplin bertajuk ‘The Circus’ yang dibuat pada tahun 1928.Kelihatan dua orang berjalan dibelakang kuda belang,seorang lelaki dan diikuti seorang wanita yang agak berumur.Wanita tersebut bercakap dan memegang sesuatu yang kelihatannya seperti telefon bimbit.

 

 

Contoh ni pulak adalah pengembaraan ke masa depan.Seorang lelaki Sweden bernama Hakan Nordkvist mengatakan pada 30 Ogos 2006 beliau telah mengembara ke tahun 2042 dan menemui dirinya sendiri yang berumur 72 tahun.Beliau sempat mengambil gambar dirinya membandingkan tatu yang sama dilengan.Videonya korang boleh tengok kat sini.Korang nilaikanlah ya?Nampak macam publicity stunt jerrr!

 

timetraveltattoo (1)

Jumaat, 22 Mac 2013

Tahniah Adikku Nurul Farhanim

Pertama sekali,setinggi tahniah untuk adik perempuan aku Nurul Farhanim bt.Arsad yang bersekolah di Sekolah Menengan Kebangsaan Agama TAHAP(Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang) kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2012,iaitu 11A.

Walaupun bukanlah semuanya A+,ianya tetap membanggakan kami sekeluarga.Seingat aku,adik aku ni bukanlah ulat buku sangat.Tak tahulah macamana dia belajar disekolah,yang pasti bila balik bercuti dikampung aktivitinya sama juga macam orang lain,bersantai.Tak kisahlah,yang penting keputusan dahpun keluar,dan perjalanan hidup sebagai pelajar masih panjang.

Alangkah bagusnya kalau semalam dapat bersama-sama meraikan kejayaan beliau.Tetapi apakan daya,tanggungjawab kerja harus diutamakan.

Bila aku dirumah melayan karenah anak sulung aku Dhia Fatheeya,aku teringat zaman adik aku ni membesar depan mata aku.Disebabkan jarak umur dengan yang paling bongsu agak jauh(6 tahun),dia agak manja tapi sangat kurang karenah.Hampir setiap petang aku akan bawa dia membonceng motorsikal mengambil angin petang,ataupun melihat burung-burung belaan dalam sangkar di Pejabat Felda Lepar Utara 7.

Satu lagi fakta menarik,beliau ‘diajar’ menggunakan tangan kiri untuk menulis.Sebabnya,aku nak tengok sorang lagi ahli keluarga aku bertangan kidal selain dari aku.Hasilnya memang sampai sekarang beliau kidal.Entah sebab diajar ataupun beliau memang ditakdirkan bertangan kidal,wallahua’lam.Rasanya pernah aku tulis pasal ni masa beliau cemerlang dalam PMR dulu.

Begitu cepat masa berlalu,sejak tingkatan 1 tinggal diasrama hinggalah tamat tingkatan 5.Kalau dia terbaca tulisan entri blog kepam abangnya ini,ketahuilah bahawa kami tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaannya.Agaknya dia pun tak tau abangnya ada blog.

Untuk adik-adik yang lain,berusahalah untuk berjaya di bidang masing-masing.Kejayaan dalam hidup bukanlah semata-mata ditentukan dengan peperiksaan.Masih banyak ruang untuk diteroka,masih banyak peluang untuk dicuba,dan yang penting sekali menjadi kaya bukanlah matlamat sebenar dalam kehidupan.Hidup sederhana tak apa,asalkan hati bahagia.