Selasa, 22 Mei 2012

Zaman Mini Kompo dan Hi-Fi

Malam semalam sebelum tidur aku layan la lagu I’m In Love nyanyian John The Whistler.Lagu ni lagu lama,so aku teringat macamana aku dengar lagu ni dari kaset yang dirakam dari member.Part yang memorable tu bukan tang kaset,tapi pemain kaset tu sendiri memang memorable sebab ianya sebuah walkman yang diubahsuai dan disambung ke speaker kereta.
Bebudak sekarang ni tak kenal kaset dah agaknya ya?
Masa zaman aku sekolah menengah,lebih kurang tahun 96-97 mini kompo Sony la jadi sumber hiburan aku.Disebabkan zaman tu aku agak berjiwa Ombak Rindu,stesyen radio feveret aku dah tentulah Radio Muzik.Siapa ingat lagi dulu-dulu tiap hari ada rancangan Pilihan Bersama.Kalau ada yang mintak lagu tengah top,memang dah standby kaset kosong untuk rakam lagu tu.Lawak siot!Sekarang lagu main bluetooth/download dari PC je.Dulu takde benda-benda canggih macam tu.Nak rakam lagu dengan baik kena cekap tekan butang REC dan STOP sebelum suara DJ dirakam sekali.Lagenda betul kaedah tu.Haha!
Selain lagu-lagu pop leleh yang memang meriah zaman tu,tak ketinggalan juga muzik underground yang mula menjadi ikutan remaja.Aku cuma ingat dua je album yang paling best masa tu tapi bukan underground,Nirvana Unplugged In New York dan jugak band local,Subculture.Tah mana band tu sekarang.
Bila aku masuk asrama,kurang sikit dah dengar radio.Kalau dengar pun sebab pinjam radio portable kecik jenama Palito member aku punya.Memang kecik betul,besar sikit dari kotak mancis je.Ada sekali tu aku balik kampung,aku tengok mini kompo Sony dah tak berbunyi.Tengah dok baraikan radio tu,abah aku tegur.Dia cakap kalau aku boleh bagi radio tu keluar bunyi,dia belikan radio besar.Come on la bah,ni anak abah ok?Pantang dicabar.Aku pun godek-godek la dan entah macamana terkeluar bunyi lagu Cindai.Lagu Cindai Siti Nurhaliza masa tu memang top,rasanya hampir setiap rumah ada kaset dia.Termasuk lah rumah aku sekali………….hehe!
Balik pada cerita radio tadi,masa abah aku cabar aku,mak aku pun dengar sekali.Mak aku pun cakap,”haaa…siapa suruh cakap nak belikan radio besar,kan dah bunyi’.Sengih je bapak aku…
Tak lama lepas tu masa abah aku jemput balik dari asrama,dia singgah kedai barang elektrik.Tapi dia tak beli apa-apa pun.Aku yang membelek hi-fi kat kedai tu teruja tengok satu model Aiwa yang graphic equalizer dia memang cun habis.Tapi dapat tengok je.Aku sendiri tak harap abah aku tunaikan janji.
Sampai je kat rumah…wow!Dah terletak elok VCD Hi-Fi Aiwa NSX-S708 2300W atas rak TV.Memang best la abah aku.Seronok la berdentum kat rumah,lawan dengan jiran.Buka la volume besar mana pun,tak ada yang marah.Dengan VCD player bina dalamnya,masa tu dah kira canggih bangat.Tapi TV pulak kecik,Toshiba CRT 14 inci yang dibeli tahun 1991.
Lepas empat lima tahun Aiwa tu memekak,akhirnya mereng jua…Abah aku dah tak mau beli yang baru.Itu yang layan walkman buruk sambung kat speaker kereta di awal entri ni tadi.Bila aku imbas balik,lain sangat dah cara kita mendengar muzik.Dulu disebabkan ada satu output je,lagu jenis apa pun satu keluarga layan,rela atau tak belakang kira.Menonton VCD cerita merapu pun jadi seronok.
Sekarang dah lain,memasing ada handphone.Semua dengar lagu dari handphone memasing je.Handphone paling bangang yang ada kat market sekarang ni pun aku rasa ada abiliti baca format mp3.Semua benda mudah zaman sekarang kan,Tapi apesal tak rasa seronok macam dulu-dulu ya?

Khamis, 17 Mei 2012

Smartphone mana Yang Baik?

Antara kerja aku bila takde idea nak buat entri,aku akan membelek statcounter dan menengok-nengok ape benda yang orang search.Satu yang menarik perhatian aku adalah search berbunyi ‘one x ok ke’.Haaa….nilah yang pakcik nak cerita ni.

Sehingga ke saat entri ni ditulis,pendapat aku takhta Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang sebelum ni dipegang HTC One X dah pun dirampas oleh Samsung Galaxy S3.Agak menyedihkan sebab tak lama HTC One x jadi king.Tapi tak apa,itu bukan ukuran sebenar dalam memakai smartphone.Sememangnya setiap benda best akan ada lagi yang jauh lebih best,dan macam tulah sampai kiamat nanti.

Sejak aku pakai HTC One X yang dibeli 1 Mei lepas,semuanya baik-baik belaka.Baik dari segi kepantasan cip 1.5 Quadcorenya,ketajaman resolusi skrin,multitasking dan bagi aku smartphone ni user friendly.Bateri 1800mAh yang dibekalkan cukup sebenarnya untuk penggunaan biasa,tapi awal-awal dulu sehari dua tiga kali charge.Asyik kena godek je.

Walaupun tak mempunyai expansion slot MicroSD,memori sebanyak 25GB setakat ni aku tak pakai pun.Tak tau nak letak apa,so soal memori ia bergantung kepada pembeli/pemakai tu sendiri.Setakat ni aku boleh kata HTC One X ni veeerrrryy nice,dengan harga RRP RM2099.Benar,akan wujud smartphone tahap alien tak lama lagi tapi harga tak pasti boleh letak separas lingkungan 2k.Galaxy S3 ‘lebih’ sedikit dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan software seperti S Voice dan Smart Stay dan dari segi hardware,ia lebih nipis dan skrinnya lebih besar (4.8 inci).Kita tunggu ajelah bila Samsung umumkan harga pasarannya nanti.Kelebihan Samsung Galaxy S3 adalah ‘ehsan’ daripada persaingan yang serius oleh One X yang diletakkan sebagai penanda aras untuk diatasi.Maka terhasillah S3 yang lebih baik sedikit.

Ok,aku rasa macam nilah.Aku listkan jenis smartphone yang aku rasa agak baik mengikut ranking yang ada dipasaran.Galaxy S3 adalah winner buat masa ni,tapi still not available on market.

 

1.HTC One X

2.Samsung Galaxy Note

3.Samsung Galaxy S2

4.iPhone 4S

5.Sony Xperia S

 

OK,ka?

Lagi Kereta Kebal

Macam yang aku cakap semalam,dua bijik tanks lagi akan memasuki inventori aku.Modus operandi masih sama,cuma kali ni 7-Eleven The Curve menjadi sasaran.Jenuh tunggu line clear,hampeh tak berenti orang masuk beli barang.sampai turn aku depan kaunter,dengan hati keringnya aku mintak dua set kereta kebal.Yess!

 

2.Polish Army T-55A 1968

IMAG0071

 

3.1st USMC M1A1HA Abrams 2003

IMAG0072

Tak ketinggalan barang FOC iaitu binder untuk meletakkan majalah berkenaan tanks yang disertakan sekali untuk setiap model.Complete semua,benda ni akan jadi umpama ensiklopedia combat tanks.

IMAG0069

IMAG0070

Rabu, 16 Mei 2012

Combat Tank Collection oleh DeAgostini

Aku dah lama nampak benda ni kat kaunter 7-Eleven,tapi tak berkesempatan nak beli.Tah berapa kali kirim kat adik aku suruh beli,still tak beli jugak.Rupanya bukan lupa nak beli,malu punya pasal.Ape daaa……

Semalam baru aku teringat nak beli.Lepas pekena nasik goreng ayam,cepat-cepat aku masuk ke 7-Eleven yang tak ada orang.Tapi segan jugak nak terus sambar benda ni atas rak,aku pun cover up sikit dengan menyambar sebungkus Twisties Tomato sebelum membelek bungkusan tank collection.Modus operandi ni hanya digunakan di kedai selain dari kedai toys.Asalnya aku nak model tank M1 Abrams tapi takde.Sebat ajelah apa yang ada,nampak cun jugak.

The Combat Tank Collection ni dikeluarkan oleh DeAgostini yang berpusat di UK dan disertakan dengan majalah berkenaan sejarah tanks.

Model yang aku beli ni ialah German Tiger tahun 1943.Ciri-ciri model tank keluaran DeAgostini ni ialah berskala 1:72,hand painted finish dan plastic mouldingnya berkualiti baik untuk harga RM9.90 jer!

Kalau diperincikan lagi detailnya dengan pen Gundam sure lagi cun.Sangat berbaloi dengan harga semurah tu.Serius!Malam kang aku akan pastikan dua tank lagi berada di rak TV.

 

IMAG0063

IMAG0065

IMAG0066

Selasa, 15 Mei 2012

Majlis Akikah Dhia Fatheeya

Hari Ahad lepas 13 Mei 2012,berlangsung majlis akikah anak aku di rumah mertua.Walaupun dalam kesibukan kerja,aku pulun jugak bagi siap supaya tak perlu bekerja hari Ahad.Itupun dengarnya mak mertua aku agak bising-bising sebab pada dia aku tak perlu kerja.Masalahnya adalah jadual kerja aku padat dan sentiasa berubah.Aku sendiri tak setuju majlis akikah dijalankan waktu aku sibuk ni,tapi apakan daya.Terbaik bagi aku ialah win-win situation.Kerja aku siap,kenduri pun jalan.Beres!

Sikit sebanyak aku upload gambar yang sempat aku capture untuk tatapan kawan-kawan atau saudara mara yang tidak dapat menghadirkan diri.Maaf juga sebab jemputan lambat diberitahu,aku sendiri pun was-was dengan tarikh yang dipilih.Tak berapa nak confirm pada awalnya.

 

Acara yang penting iaitu ‘tahnik’.Tahnik bertujuan untuk menguatkan mulut bayi dengan menyuapkan kurma,madu dan air zam-zam.Tahnik dijalankan oleh orang yang mempunyai ilmu agama tinggi dan dalam kes anak aku,imam jurunikah aku dulu sudi mentahnikkan anak aku.Terima kasih Ustaz!

IMAG0046

 

Ibu Dhia Fatheeya tersenyum lebar walaupun mata mengantuk gila…

IMAG0047

 

Buaian yang direkabentuk mengikut konsep fairytale Cinderella.Aku sebut chariot ni sebagai kereta bawang,dan setelah mendapat bantahan hebat bahawa fakta aku salah,baru aku tau ianya bukan kereta bawang,sebaliknya adalah kereta labu.

 

IMAG0050

 

Semua happy-happy belaka!

IMAG0052

IMAG0053

 

Dalam majlis ni juga aku sempat berjumpa dengan suami kawan wife aku yang berpangkat kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia.Aku rasa aku pernah buat entri pasal majlis kahwin diorang yang penuh protokol dan dihadiri kawan-kawan pengantin perempuan semasa belajar di Dublin,Ireland.

Aku pulak memang suka bercerita bab militari ni,dan kapten tu agak kagum dengan aku sebagai orang awam yang tahu agak banyak tentang dunia ketenteraan.Biasanya anak askar je suka bidang ketenteraan.Banyak sangat tahu tu jauh sekali,aku pun tau dari pembacaan dan internet.Selebihnya classified.Pokok pangkalnya minat.Military dan kejuruteraan tidak dapat dipisahkan.

Beberapa topik dibincangkan dengan kapten tu termasuk isu Bersih 3.0,dan aku boleh simpulkan yang sesetengah rakyat Malaysia sebenarnya ‘dahagakan’ peperangan.Sekali terjadi perang,aku berani bertaruh takkan ada satu manusia kat Malaysia ni yang berani sebut Bersih lagi.Kita terlalu selesa dengan kehidupan kita sekarang.Nanti aku ulaskan dengan lebih spesifik,tak kena gaya boleh dapat komen maki hamun,haha!