Selasa, 15 Mei 2012

Majlis Akikah Dhia Fatheeya

Hari Ahad lepas 13 Mei 2012,berlangsung majlis akikah anak aku di rumah mertua.Walaupun dalam kesibukan kerja,aku pulun jugak bagi siap supaya tak perlu bekerja hari Ahad.Itupun dengarnya mak mertua aku agak bising-bising sebab pada dia aku tak perlu kerja.Masalahnya adalah jadual kerja aku padat dan sentiasa berubah.Aku sendiri tak setuju majlis akikah dijalankan waktu aku sibuk ni,tapi apakan daya.Terbaik bagi aku ialah win-win situation.Kerja aku siap,kenduri pun jalan.Beres!

Sikit sebanyak aku upload gambar yang sempat aku capture untuk tatapan kawan-kawan atau saudara mara yang tidak dapat menghadirkan diri.Maaf juga sebab jemputan lambat diberitahu,aku sendiri pun was-was dengan tarikh yang dipilih.Tak berapa nak confirm pada awalnya.

 

Acara yang penting iaitu ‘tahnik’.Tahnik bertujuan untuk menguatkan mulut bayi dengan menyuapkan kurma,madu dan air zam-zam.Tahnik dijalankan oleh orang yang mempunyai ilmu agama tinggi dan dalam kes anak aku,imam jurunikah aku dulu sudi mentahnikkan anak aku.Terima kasih Ustaz!

IMAG0046

 

Ibu Dhia Fatheeya tersenyum lebar walaupun mata mengantuk gila…

IMAG0047

 

Buaian yang direkabentuk mengikut konsep fairytale Cinderella.Aku sebut chariot ni sebagai kereta bawang,dan setelah mendapat bantahan hebat bahawa fakta aku salah,baru aku tau ianya bukan kereta bawang,sebaliknya adalah kereta labu.

 

IMAG0050

 

Semua happy-happy belaka!

IMAG0052

IMAG0053

 

Dalam majlis ni juga aku sempat berjumpa dengan suami kawan wife aku yang berpangkat kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia.Aku rasa aku pernah buat entri pasal majlis kahwin diorang yang penuh protokol dan dihadiri kawan-kawan pengantin perempuan semasa belajar di Dublin,Ireland.

Aku pulak memang suka bercerita bab militari ni,dan kapten tu agak kagum dengan aku sebagai orang awam yang tahu agak banyak tentang dunia ketenteraan.Biasanya anak askar je suka bidang ketenteraan.Banyak sangat tahu tu jauh sekali,aku pun tau dari pembacaan dan internet.Selebihnya classified.Pokok pangkalnya minat.Military dan kejuruteraan tidak dapat dipisahkan.

Beberapa topik dibincangkan dengan kapten tu termasuk isu Bersih 3.0,dan aku boleh simpulkan yang sesetengah rakyat Malaysia sebenarnya ‘dahagakan’ peperangan.Sekali terjadi perang,aku berani bertaruh takkan ada satu manusia kat Malaysia ni yang berani sebut Bersih lagi.Kita terlalu selesa dengan kehidupan kita sekarang.Nanti aku ulaskan dengan lebih spesifik,tak kena gaya boleh dapat komen maki hamun,haha!

Barang Rare Yang Boleh Dimakan

Tadi tu bodypart kereta,ni part lain pulak.Walaupun bukan aksesori Passo,benda ni kira rare jugaklah.Firt time aku tengok.

 

IMAG0057

Amacam,rare tak?

Susah nak jumpa telur ayam ada dua yolk ni.Itu jelah update untuk hari ni.Gila malas buat entri,haha!But wait,aku sedang menantikan satu kiriman yang akan aku ulaskan panjang lebar nanti.Tungguuuu!

Bumper Myvi Untuk Dijual

Iklan sebentar.

Masa aku ke Rawang hari tu,En.Naruto ada berpesan mintak tolong aku iklankan part kereta.Ingatkan banyak,rupanya dah tinggal satu je.Ini je benda yang En.Naruto nak jual:

 

IMAG0021

 

Item: Bumper depan Myvi first model

Kondisi: Seperti didalam gambar

Harga: –(Boleh call En.Naruto/Iswan di talian 012-2454125).Murah-murah je.

Lokasi: Bukit Sentosa,Rawang

 

Oh ya,sesiapa nak join kelab Myvi En.Naruto pun boleh call dia.Atau korang boleh lawat blog diorang dulu untuk tengok aktiviti kelab ni,kat sini.

Sabtu, 12 Mei 2012

Kira Dulu Baru Tukar

Aku rasa bukan aku je,kebanyakan orang yang ada kereta akan rasa risau untuk pakai rim saiz besar sebab takut kereta rasa berat.Yep!Aku pun macam tu.Sebenarnya bukan tak boleh,tapi kena ada kiraan yang betul.Yang pertama kita kena pastikan radius tayar yang kita nak pakai sehampir mungkin dengan saiz tayar asal.Radius yang perlu diambil berat ialah radius paling luar sebab sikit sahaja perubahan mungkin korang akan rasa keberatannya.

Aku buatkan chart untuk tunjukkan beberapa contoh kereta yang popular kat Malaysia ni.

 

 

Saiz Tayar Asal

Saiz Sesuai
Saga BLM 1.3

185/60/R14

205/45/R16 atau 205/50/R15
Persona Elegance 1.6

190/60/R15

205/45/R17 atau 205/50/R16
Myvi 1.3

175/65/R14

205/45/R16 atau 205/50/R15
Exora Bold

195/65/R15

205/50/R17 atau 215/55/R16
Toyota Vios G

185/55/R15

205/50/R15 atau 205/45/R16

 

Beberapa kereta diatas sebagai contoh sahaja.Siapa-siapa yang ada Android phone boleh download apps Tire Calculator.Senang untuk rujukan supaya kita tak salah faham lagi.

Selasa, 8 Mei 2012

Kasut Baru

Tengahari 5 Mei aku ke pekan Rawang selepas mengkontek member sekampung aku yang juga seorang pekerja kilang Perodua.Selain dari menjadi pekerja otai kat sana,En.Naruto juga seorang presiden kelab yang bernama MyXVClub.Bila dah nama presiden,apa barang pakai bodypart asal.Pastilah barangan Passo jadi pilihan,tak mungkin beliau memasang bumper Nissan  Sunny 130Y.Huduh amat kalau sama tapak sekalipun.Tapi aku tak cerita panjanglah pasal kereta dia kat sini.Kena buat interview baru detail infonya.
Walaupun aku dan En.Naruto sebaya dan sekelas sejak Tadika Kemas,beliau terlebih dulu berjaya menghensemkan Myvi beliau.Sehingga Myvi beliau hampir lengkap dengan bodypart Passo + Advan RGD 17",Myvi aku masih lagi berkeadaan standard kecuali sekeping spoiler TRD kedai aksesori menjadi penyeri.Selepas bertahun menunggu,maka sampailah masa untuk kereta aku ditukar 'kasut' baru.Bukan sekadar tayar baru,rimnya pun terus tukar sekali.Memula aku nak ambik saiz maksimum 16" je.Tapi selepas dituba bersungguh-sungguh dan mencuba kereta beliau,takdelah rasa berat pun rim 17.Setau aku mamat tu cuma pakai injektor Avanza je.Ekzos pun takat buang tabung belakang dan diganti muffler trompet cap apa tah.
So,aku pun yakin untuk menyarung tayar baru pada rim 17".Lima minit buat penilaian,calon yang terpilih ialah SSR Type C RS.Aku tau aku seorang pekerja kilang,mana mampu beli SSR ori.Nak mampos.Beli beras lagi baik.Maka aku berbelanja dengan bijak untuk nampak hensem.List barang-barang dan servis yang aku bayar:
-SSR Type C RS 17"
-Tayar Aderenza 205/40/17
-Wheel nut
-Centre cone + valve
-Lock nut
-Koniwa Sport Spring
-2X absorber mounting
-2X camber screw
-2X pelapik getah spring belakang
Kasut OEM
Sudah kacak sikit
Close up sebelum tukar ekzos
Walaupun ada beberapa jenama yang mungkin korang tak pernah dengar,tolong jangan ketawa dulu.Tak guna sarung tayar TOYO T1R kalau hari-hari kena cekik megi.Kalau duit tak berapa nak ada,berbelanjalah dengan bijak macam aku,hehe!
Bila semua dah setel,aku drive keluar dari kawasan kedai.Alamak....agak terasa la beratnya.Apasal kereta aku tak power macam kereta En.Naruto?Untuk mengatasi masalah kehilangan tork akibat peningkatan jejari roda,beliau terus membawa aku ke kedai ekzos.Potong sana potong sini,maka Myvi aku berbunyi manja ketika RPM dibawah 3500 dan garang sehingga redline.Sambil driving balik ke Bukit Sentosa,aku cuba dapatkan feel untuk rasa perbezaan,manalah tau hilang pikap kaw2.Rupanya tak,susah aku nak kesan kehilangan pick up.Gear rendah menjadi sedikit panjang dan yang penting pada 3000rpm,meter kelajuan masih kekal sama macam asal,100kmj.
Muffler SPOON yang tonenya memang merdu
Geng-geng MyXV Club Rawang.Myvi kaler biru tu milik En.Naruto
Semalam lepas balik dari training kat Menara TM,aku berkejar ke kedai aksesori untuk lampu belakang Passo.Memang aku kalau boleh nak pasang lampu original Passo brand Koito.Tapi harga yang jadi kekangan.Sampai 4 rat pun ada.Pilihan lain ialah lampu kedai aksesori yang berharga RM200++.Lampu LED asal Myvi simpan baik-baik.Nanti boleh pakai semula.
Tinggal dua tiga benda je lagi yang belum setel,tinted gelap cermin belakang,splitter depan dan carbon vinyl.Pastu cukup dah.Member Rawang cuba menuba aku dengan bodypart Passo 06,tapi aku  takmau la nampak 'jahat' sangat.Leceh nak kesana-kemari,JPJ kacau.Layan bodykit asal facelift 2008 sudaaa...