Walaupun aku dan En.Naruto sebaya dan sekelas sejak Tadika Kemas,beliau terlebih dulu berjaya menghensemkan Myvi beliau.Sehingga Myvi beliau hampir lengkap dengan bodypart Passo + Advan RGD 17",Myvi aku masih lagi berkeadaan standard kecuali sekeping spoiler TRD kedai aksesori menjadi penyeri.Selepas bertahun menunggu,maka sampailah masa untuk kereta aku ditukar 'kasut' baru.Bukan sekadar tayar baru,rimnya pun terus tukar sekali.Memula aku nak ambik saiz maksimum 16" je.Tapi selepas dituba bersungguh-sungguh dan mencuba kereta beliau,takdelah rasa berat pun rim 17.Setau aku mamat tu cuma pakai injektor Avanza je.Ekzos pun takat buang tabung belakang dan diganti muffler trompet cap apa tah.
So,aku pun yakin untuk menyarung tayar baru pada rim 17".Lima minit buat penilaian,calon yang terpilih ialah SSR Type C RS.Aku tau aku seorang pekerja kilang,mana mampu beli SSR ori.Nak mampos.Beli beras lagi baik.Maka aku berbelanja dengan bijak untuk nampak hensem.List barang-barang dan servis yang aku bayar:
-SSR Type C RS 17"
-Tayar Aderenza 205/40/17
-Wheel nut
-Centre cone + valve
-Lock nut
-Koniwa Sport Spring
-2X absorber mounting
-2X camber screw
-2X pelapik getah spring belakang
Walaupun ada beberapa jenama yang mungkin korang tak pernah dengar,tolong jangan ketawa dulu.Tak guna sarung tayar TOYO T1R kalau hari-hari kena cekik megi.Kalau duit tak berapa nak ada,berbelanjalah dengan bijak macam aku,hehe!
Kasut OEM |
Sudah kacak sikit |
Close up sebelum tukar ekzos |
Bila semua dah setel,aku drive keluar dari kawasan kedai.Alamak....agak terasa la beratnya.Apasal kereta aku tak power macam kereta En.Naruto?Untuk mengatasi masalah kehilangan tork akibat peningkatan jejari roda,beliau terus membawa aku ke kedai ekzos.Potong sana potong sini,maka Myvi aku berbunyi manja ketika RPM dibawah 3500 dan garang sehingga redline.Sambil driving balik ke Bukit Sentosa,aku cuba dapatkan feel untuk rasa perbezaan,manalah tau hilang pikap kaw2.Rupanya tak,susah aku nak kesan kehilangan pick up.Gear rendah menjadi sedikit panjang dan yang penting pada 3000rpm,meter kelajuan masih kekal sama macam asal,100kmj.
Semalam lepas balik dari training kat Menara TM,aku berkejar ke kedai aksesori untuk lampu belakang Passo.Memang aku kalau boleh nak pasang lampu original Passo brand Koito.Tapi harga yang jadi kekangan.Sampai 4 rat pun ada.Pilihan lain ialah lampu kedai aksesori yang berharga RM200++.Lampu LED asal Myvi simpan baik-baik.Nanti boleh pakai semula.
Tinggal dua tiga benda je lagi yang belum setel,tinted gelap cermin belakang,splitter depan dan carbon vinyl.Pastu cukup dah.Member Rawang cuba menuba aku dengan bodypart Passo 06,tapi aku takmau la nampak 'jahat' sangat.Leceh nak kesana-kemari,JPJ kacau.Layan bodykit asal facelift 2008 sudaaa...
Muffler SPOON yang tonenya memang merdu |
Geng-geng MyXV Club Rawang.Myvi kaler biru tu milik En.Naruto |
Tinggal dua tiga benda je lagi yang belum setel,tinted gelap cermin belakang,splitter depan dan carbon vinyl.Pastu cukup dah.Member Rawang cuba menuba aku dengan bodypart Passo 06,tapi aku takmau la nampak 'jahat' sangat.Leceh nak kesana-kemari,JPJ kacau.Layan bodykit asal facelift 2008 sudaaa...