Kekadang bila idea tak mari,semak jugak kepala.Time ni la peluang nak update pun,balik rumah kang dah takde masa nak buat entri(sebenarnya dirumah tiada perkhidmatan internet,uhuk!).Nak cerita apa agaknya ni....
Jom masuk mesin time travel buatan anak tempatan................BUZZZ!!(bunyi mesin ke bunyi YM?)
Tahun awal 90an
Zaman ni aku kecik lagi,tapi rangkum sekali la memana tahun dalam 90an tu.Kira time yang sesuai la ni.Apa sebenarnya yang aku nak cerita sampai kena time travel ni?Hahaha!Sebenarnya saja-saja aku nak mengenang balik permainan-permainan yang dah tak dimainkan bebudak zaman IPhone.Sekarang kan dah nak dekat cuti sekolah.Aku suka cuti sekolah,macam-macam akitiviti outdoor boleh buat.
Masa aku bebudak dulu,permainan ada musim.Terutamanya cuti sekolah.Kalau musim layang-layang,semua main layang-layang,jenis mak ayah senang hulur duit(takpun seluk kocek seluar bapak),beli je kat kedai,baru 50sen.Apa jenis gambar superhero,semua ada.Jenis yang taknak menyusahkan bapak,buat sendiri guna kertas suratkhabar.Rangka layang-layang guna buluh kering yang diraut.Bebudak sekarang?Raut lidi pun tak pandai gamaknya.
Bosan main layang-layang,tukar main guli.Aku dulu tak la jaguh sangat main guli.Bawak modal berentap 20 biji,balik kosong.Biasanya dalam banyak-banyak guli,mesti ada sebijik guli 'master'.Ada 'ong' punya guli la orang kata.Zaman bebudak dulu iman tak kuat lagi,percaya benda-benda karut,guli semua sama je.Sebenarnya pandai baling dengan tak je.Tapi betul,main guli memang aku tak terer,terjebak tetap terjebak.Kena follow trend kalau nak berkawan dengan anak jiran.
Tinggal musim guli,masuk musim gasing pangkah pulak.Haaaa....main gasing gua boleh kerek sikit.Main gasing pun ada beberapa teknik karut jugak.Paku gasing tu dipipihkan jadi macam mata lembing,so bila memangkah,sompek badan gasing kengkawan,haha!Tak tau sompek tu apa?Sompek tu maksudnya terserpih.Nak mengelakkan gasing kita pulak tersompek dipangkah orang,senang je...Tepek paku tekan banyak-banyak keliling gasing,takde la badan gasing tembus kena paku bila dipangkah.Amacam,genius?Cuma satu jela,permainan gasing ni bahaya sikit.Laman rumah dah tentu hancur.Bayangkan kalau gasing tu landing kat kepala,huuuuuu!!!
Zaman aku dulu,main permainan macam ni memang serius.Merantau ke blok-blok lain(perkampungan felda ada banyak blok,satu blok satu puak),bukan cari gaduh,ajak lawan main game kampung.Main badminton pun macam tu jugak.Kongsi duit beli shuttlecock,libas sampai bulu tertinggal dua-tiga helai.Bukan kemenangan yang dicari,kepuasan bermain tu yang penting.Sifat tu aku terbawa-bawa sampai sekarang.Entah kenapa aku tak kisah sangat kalau tak menang,asalkan semua orang seronok.
Yang aku dapat ceritakan ni cuma sikit je dari warna-warni kehidupan zaman kanak-kanak aku bila cuti sekolah.Banyak lagi kisah yang menarik dan mungkin juga sama dengan orang yang hampir sebaya dengan aku.Ada masa aku cerita lagi.Jadi budak kampung memang best!
Khamis, 17 November 2011
Demam Sudah Pergi Jauh
Akhirnya,dapat juga kembali meneruskan kerja lepas didiagnosis menghidapi acute pharyngitis.Duduk melepek kat rumah pun bosan,nak tidur tak boleh,kepala sakit.Malam tadi baru dapat tidur lena,siap mimpi jadi superhero lagi.Punyalah penat berlawan,sampai sakit badan.Yang peliknya tiap kali aku hampir nak kalahkan musuh,boleh pulak keluar menu pilihan,'Retry?' Yes,No.Dua tiga kali aku terpilih Yes,dok ulang-ulang lawan enemy yang sama.Haii....demam-demam ni mimpi pun merepek habis.Hari ni,giliran wife aku pulak melepek,dah terjangkit agaknya.
Dua hari MC,lain macam persekitaran jalanraya masa on da way nak ke tempat kerja.Hari ni ramai pulak driver bawak kereta sesuka hati nak potong kiri,masuk emegency lane,rushing macam nak terberanak.Minta maaf la kalau ada pihak yang terasa.Selalu aku perhatikan,biasanya driver Cina,sama je lelaki perempuan.Nanti aku buat research tabiat memandu mengikut klasifikasi bangsa.Baru la adil,tak main la tuduh semberono.Kang orang kata aku racist pulak.
Sebelum buat entri yang sesuai dengan keadaan semasa,jengah-jengah dulu blog lain.Apa cerita terbaru agaknya sehari-dua ni.

Isnin, 14 November 2011
Boleh Tahan Filem Indonesia Ni
Sejak malam semalam,badan aku sejuk menggigil lepas makan malam,ditambah dengan sendi-sendi yang sakit.Sampai ke pagi,rasa macam ok sikit,maka malas aku nak mc.Sampai kilang,makin parah pulak.Dari pagi aku mengerekot dalam bilik 'tahanan' sampai jam 3 petang.Itu pun sebab lapar.Besok,aku terpaksa mc.
Semalam balik rumah aku tengok wife aku layan Astro Box Office,cerita Indonesia,Istri Bo'ongan.Maksudnya Isteri Olok-Olok.
Jalan cerita agak menarik,cuma untuk anak-anak kecil memang tak sesuai langsung.Filem ni dilakonkan oleh Fahrani dan Julia Perez.First time aku tengok Julia Perez berlakon.Sebelum ni aku tau dia ni menyanyi je,kagu 'Belah Duren'.
Pegi kat Youtube,tengok macamana videoklip lagu tu.Filem ni tak sesuai untuk penonton yang belum matang sebab agak kelucahan sikit,ditambah lagi dengan pakaian Julia Perez yang 'seadanya'.Semalam aku heran jugak,kenapa diblurkan area dada Julia Perez,besar sangat ke(agak provokatif jugak la saiznya).Rupanya dari sudut tepi,nampak ada benjolan sikit.Mak aiii....tak pakai bra rupanya.
Mujur channel ABO agak tersorok jauh,(952,953).Filem ni memang ratingnya 18 tahun keatas,tapi mana la tau terpasang depan anak-anak.Aku yang tengok ni pun boleh demam.

Ahad, 13 November 2011
Animasi Terbaik;The Adventures of Tintin
Petang semalam aku dah pergi tonton filem ni.Awalnya aku rasa nak komplen je kat staff Cineplexes pasal gambar blur masa awal-awal filem ni dimainkan.Memula aku ingatkan diorang termainkan filem versi 3D,aku tak beli tiket 3D pun.Mujur tak sempat aku bangun,gambar dah cantik semula.Baru nak lega,kumpulan bebudak baru nak mimpi basah duduk barisan depan aku buat hal.Kejap-kejap bertukar-tukar seat.Rasa nak terajang pun ada.Dah beli tiket,ada nombor seat memasing,duduk ajelah diam-diam ye dok?
Oklah,cerita pasal filem pulak.Filem animasi CGI Tintin ni bermula dengan seorang wartawan bernama Tintin bersama anjingnya Snowy,yang membeli sebuah model kapal terkenal suatu masa dulu bernama Unicorn.Rupanya tersembunyi klu lokasi harta karun dalam model kapal tersebut,menyebabkan Tintin dikejar orang yang nak merampas klu tersebut dari beliau.Secara tak langsung Tintin terlibat dalam pencarian lain-lain klu bersama musuhnya.
Tintin bertemu Kapten Haddock iaitu waris kepada kapten kapal Unicorn ketika dalam perjalanan diatas kapal Karaboudjan.Pengembaraan Tintin boleh aku umpamakan macam Indiana Jones,tapi dalam versi animasi.Penuh aksi,animasi yang teliti dan cantik buat kita tak perasan filem ni hampir dua jam.
Juga satu watak penyanyi opera bernama samaran Milanese Nightingale yang aku nampak macam penyanyi Adele.Di penghujung filem,harta karun kapal Unicorn tak banyak ditemui tapi rasanya akan ada sambungan filem pengembaraan Tintin ni.Secara keseluruhan,filem animasi ni memang menarik,tak membosankan langsung.Cuma sikit rasa kosong sebab tiada awek sidekick menemani pengembaraan Tintin.Aku pun tak pernah baca komik Tintin,harap penah dengar gitu-gitu jela masa zaman sekolah dulu.
Langgan:
Catatan (Atom)