Jumaat, 11 November 2011

Filem Angry Bird?

Angry Bird jadi filem?Tak sure samada trailer ni fanmade movie atau memang dalam produksi.Tapi burung-burungnya FAIL siot.Apesal tak buat CGI je?


Lawak Sukan SEA Ke-26 Dari Indonesia

Lawak apakah yang Indonesia buat sekarang ni?

Beberapa venue pertandingan seperti stadium,pusat akuatik,arena bola tampar pantai dan juga padang baseball masih belum siap.Khabarnya Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Jakarta Palembang dicemari kes rasuah berkenaan tender projek sehingga mengganggu kelancaran pembinaan.
Sebelum ni dalam segmen sukan Buletin Utama,pasukan bolasepak Malaysia terpaksa berlatih sejauh 2 jam perjalanan dari tempat penginapan.Tuan rumah main serangan psikologi nampaknya.Yang terbaru,dalam akhbar The Star,kapal-kapal tentera laut dijadikan ruang tidur tambahan dan keracunan makanan berlaku kepada beberapa pasukan negara yang bertanding.




-Rasuah banyak,pekerja binaan lari ke Malaysia pun banyak,sebab tu tak siap.

*Sumber The Star

Gurau Jangan Melampau

Semalam aku tertonton rancangan Wakenabeb yang bersiaran di NTV7.Dah lama aku tak tengok Wakenabeb,rupanya pengacaranya pun dah lain.Selalu aku tengok Bang Bang Boom dengan beruk Bobo je.Pengacara untuk musim baru Wakenabeb yang dengarnya lebih licik,berani,ganas,dan lebih Zionis ialah Awie,Wahid,Tam Suhaimi dan Shiera Aiyob.


Episod malam semalam dimulakan dengan kes apa tah,nampak macam geng mat Kelantan buli budak kecik.Aku tak bagi tumpuan sangat sebab tengah makan.Lepas tu masuk part two,scene 'mengenakan' Kilafairy dalam sebuah butik.Muncul mamat psiko yang konon-kononnya nak buat jahat kat Kilafairy dengan bantuan dalang Shiera Aiyob.Tak jelas kedengaran apa yang dikatakan oleh mamat psiko tu kepada Kilafairy...rogol-rogol macam tu la.
Tak paham aku rancangan TV percuma zaman sekarang ni.Mungkin ada segelintir penonton yang suka tengok mangsa menangis ketakutan,tapi bagi aku nak bergurau biarlah berpada-pada.Patutnya Kilafairy sepak je telor mamat tu.Pastu cakap 'Lukenasepakteloramacamsenaktakbeb!'

Anak buah aku yang umur 6 & 4 tahun tercengang-cengang tengok rancangan macam tu.

Miranda Kerr dan $2.5M Fantasy Treasure

Tersarung kemas di badan isteri Orlando Bloom adalah pakaian dalam Victoria Secret yang bernilai $2.5 juta.Miranda Kerr,model yang berasal dari Australia menggayakannya di pentas catwalk semasa Victoria Secret Fashion Parade yang berlangsung di Lexington Armoury,New York.


Untuk harga setinggi itu pada sehelai bra Fantasy Treasure,harganya termasuk kira-kira 3,400 butir permata,142 karat berlian dan beberapa jenis batu berharga seperti mutiara,citrine dan aquamarin.Sehelai bra berjenama Victoria Secret siri Dream Angels dijual pada harga $48 hingga $98(aku terpaksa melayari laman web Victoria Secret untuk mendapatkan tahu harga ni).
Fantasy Treasure mungkin bukan untuk dijual.Siapa yang sanggup keluarkan duit sebanyak tu hanya untuk sehelai bra.Jadi untuk sesiapa yang kreatif,beli saja sehelai Triumph,sulamkan dengan manik-manik atau kristal untuk menggembirakan suami.

Adakah aksesori seperti kasut dan objek seumpama ekor merak termasuk dalam pakej harga $2.5 juta?
Rasanya tak.



*Sumber DailyMail

Khamis, 10 November 2011

Antara blog berbahasa Melayu yang mmempunyai rating PageRank yang baik.Banyak lagi blog berbahasa melayu yang baik PRnya dalam list BlogMalaysia,tapi kebanyakannya berkaitan politik.

alkisahnyalah PR4
Pakcu PR4
norfanil PR4
wangerrard PR4
akusebuahblog PR3