Khamis, 13 Oktober 2011

Membezakan Barang Wajib dan Harus

Baca tajuk muka depan paper Kosmo semalam?Berpuluh ribu belia diisytiharkan muflis,sebelum ni akhbar The Star dah pun highlightkan isu ni dan aku ulas dalam entri Jangan Terbabas Dalam Perbelanjaan .
Puncanya simple je,tak tau beza keutamaan antara keperluan dan kehendak.Apa yang kita perlu dan apa kehendak nafsu serakah kita?

Keperluan
-Tempat tinggal,makanan,pekerjaan,pengangkutan,pakaian,hiburan asas(TV,radio etc.)

Kehendak
-Rumah teres dua tingkat,rusuk lembu panggang Tony Roma's,kereta dua-tiga bijik,pakaian mahal,hiburan lengkap(UniFi,Astro Super Pack)...sebagai contoh la.

Tak kisah.Nak apa pun boleh,duit masing-masing.Tapi utamakan perkara wajib,bil-bil elektrik,air,hiburan,internet,pinjaman peribadi,kad kredit..Lepas tu kira baki gaji berapa.Barang dapur dah beli ke belum?Perbelanjaan harian minyak,tol,makan tengahari,rokok?
Dah berumahtangga perbelanjaan memang lain macam sikit.Lain la bujang,bayar ansuran kereta,bayar sewa rumah(share 4 orang),enjoy sikit-sikit,tengah bulan dah start belasah megi pun apa ada hal.
Aku suka share kisah-kisah yang berlaku sekeliling aku.Sorang kawan yang aku kenal;baru-baru ni dia kesempitan wang dan cuba minta bantuan kewangan.Katanya nak bayar bil utiliti yang tertunggak.Sedikit keraguan kat situ bila dinilai balik dari cara hidup kawan tadi.Isterinya bekerja dan berkelulusan tinggi,ada dua unit kereta(baru dan lama),pengguna siaran TV berbayar dan melanggan perkhidmatan jalur lebar.
Jumlah bil utiliti yang tertunggak agak banyak.Mustahil bil tu tiba-tiba melambung dalam satu bulan.dah tentu bil tu accumulate sejak beberapa bulan lepas.
Bagi aku adalah sangat tidak bijak membiarkan bil tertunggak tapi masih melanggan jalur lebar.Kalau langganan tu sekadar digunakan untuk menziarah laman sosial,main game online,memang tak berbaloi langsung.
Pendek kata kena bijak buat keputusan mana yang wajib dan mana yang kurang penting.Kalau mampu,lain cerita ye dak?

Rabu, 12 Oktober 2011

Sony Recall LCD Bravia 40

Siapa pakai TV SONY?


Sony menjalankan prosedur memanggil balik sebanyak 1.6 juta unit TV LCD model Bravia 40 inci kerana terdapat beberapa laporan kegagalan fungsi termasuk beberapa bahagian 'cair'.Kesemua 11 kejadian dilaporkan di Jepun,tapi model tersebut dijual diseluruh dunia.
Model yang terlibat dihasilkan sekitar tahun 2007 hingga 2008.

Ada sesetengah orang cukup obses dengan barang Sony.Semua nak jenama Sony.Barang Sony yang aku pakai cuma PlayStation.LG win!

*Sumber DailyMail

Remaja dan Adrenaline Rush


Aku agak jarang balik kampung sebelum ni.Tapi lepas adik lelaki aku decide nak kerja kat bandar semula,tinggal mak aku dengan adik perempuan aku darjah empat.So,kena rajin sikit jenguk mak aku.Aku ada tiga adik lelaki bawah aku,semuanya dah habis sekolah.Sesekali bila ronda kampung ternampak bebudak baru kenal motor main wheelie tengah jalan,nak gelak pun ada bila tengok.Remaja la kononnya.Semua orang pernah lalu zaman remaja.

Tukar cerita asal balik...
Perjalanan hidup adik lelaki aku yang tinggal kat kampung tadi agak berwarna-warni.Sejak masuk sekolah menengah memang dia sekor ni je dalam keluarga aku yang selalu bikin hal.Hal dadah,gaduh,cuma tak semua benda jahat kat mukabumi ni dia buat.Arwah bapak aku cukup pening dengan adik aku sekor tu.Habis sekolah,pernah masuk lokap dua minggu.Kes gaduh kalau tak silap aku.Orang puasa kat rumah,dia 'puasa' dalam lokap.
Arwah bapak aku hantar dia masuk IKBN.Masuk IKBN Dusun Tua,jadi rusuhan pulak dah.Pernah keluar paper dulu,dah lupa tahun bila.Lebih kurang 2001-2002 mungkin.Habis belajar dia kerja optometris.Bila dia ditukarkan ke Melaka,dia buat perangai semula.Rumah sewa dia kena rush,jumpa barang(ice),dalam bilik dia.Masa tu bapak aku dah arwah.
Turun naik court jugak la mak aku.Dapat ikat jamin,lepas tu tahanan daerah dua tahun.Tu yang duduk kampung temankan mak aku.Sepanjang dua tahun,ada la dia buat kerja-kerja kampung,dapat kontrak sikit-sikit buat wiring.
Tapi apa la sangat hasilnya.Jarang dapat projek.Akhirnya dia terpaksa keluar dari kampung,kerja kat bandar.Umur dah tahap bapak budak,kerja tetap tak ada lagi.Sekarang sambung kerja optometris semula.Harap-harap dah cukup matang untuk fikirkan masa depan.

Itu kisah hidup remaja dia.Kehidupan remaja aku biasa-biasa je.Nak kata pandai,belajar pun biasa-biasa,bangang sangat jauh sekali.Heheh!Hidup sebagai remaja ada dua perkara menarik.Keterujaan buat benda baru(benda bodoh paling banyak)dan sukakan adrenaline rush.

Dari forum.lowyat.net
Sejak zaman sekolah menengah aku teruja dengan mesin.Bukan mesin basuh.Aku suka enjin.Kitar piston empat dan dua lejang cukup menarik perhatian aku.Apa kaitan mesin dengan zaman remaja?Nah...bawak motor laju atau istilah komersial media tempatan;mat rempit.
Istilah rempit digunapakai secara komersial agak baru jugak rasanya.Zaman aku dulu dah mula gunakan istilah rempit.Bezanya zaman aku dulu,rempit secara berhemah.Tak paham?
Berlumba pun ada,cuma jauh dari orang ramai.Tak menunjuk-nunjuk.Zaman tu nak menunjuk kat siapa,henpon 3gp pun belum wujud lagi.YouTube pun tak kenal.Lingkungan masanya lebih kurang zaman chatting guna MiRC32.
Mesin yang glemer zaman tu biasalah RXZ(model Catalyzer belum keluar),Yamaha SS/SS Two,EX5,Suzuki Panther ada la sikit-sikit.Cuma tak pernah aku jumpa mat resing pakai Suzuki Best.
Setakat ada motor je tak cukup,mesti mau laju.Nak bagi laju motor bukan susah.Dulu mesin aku cuma Yamaha SS 110 YPCS tahun 93.Tapi masih virgin masa bapak aku bagi aku pakai.Modified yang aku buat cukup light,saiz piston pun 0.50 je.Buat port & polish liang intake+ekzos,karburetor 'usik' sikit(maintain mainjet & pilot jet asal),tukar spring clutch resing dan dua bijik bearing crankshaft FAG.
Zaman tu belum glemer bearing SKF.Ekzos manifold aku biar standard.Body pun standard kedai.Bukan apa,buat mod tahap CubPrix kang relai enjin bila jalan jauh.Aku buka nak ajar orang merempit,bikin enjin pun kena buat calculation.Ada parameter yang kena amik kira.Main tarah je,jahanam enjin.
Hasil mod yang light tadi pun dah cukup untuk lari habis meter.Tak percaya?Kena percaya beb...
Keterujaan ada mesin laju ni lain macam sikit.Bukan untuk berlumba,cuma seronok ada mesin laju.Tak la kena tinggal bila join member-member round bandar Kuantan.

Tapi tu kisah lama.Cuma sesekali bila balik kampung terserempak budak-budak belum baligh bawak motor macam gampang,rasa macam nak sepak pun ada.Nak tayang wheelie kat siapa.Tak akan dapat kerja best hatta pandai wheelie keliling kampung sekalipun.Bebudak sekarang tau bawak motor je,servis fork depan pun tak pandai.
Besar nanti diorang taula betapa bangangnya sesetengah jenis keterujaan zaman remaja.Zaman sekarang ni bebudak tak berapa matang.Ramai budak Melayu dah kenal apa tu liquor,wiski dan beer.Patutnya pihak berwajib lebih tumpukan perhatian macamana nak halang bebudak Melayu minum benda haramjadah tu.Yes.Rokok memang mendatangkan mudarat,tapi arak???Think about it.
Hasilnya Mat rempit zaman sekarang adalah kombinasi alkohol+motor pekak+betina.Ianya bukan lagi semata-mata keterujaan terhadap mesin...

Panjang tak aku membebel?

Sesekali Tergelincir Juga


Gambar hiasan.Pinjam dari omaq.org

Hidup umpama roda...

Cuma dari pandangan mata aku,rodanya bukan seperti roda motorsikal atau roda Ferris.Aku lebih nampak kehidupan ni macam gear;bentuk macam roda cuma ada gigi gear.
Sebab apa aku cakap hidup macam gear?Apa yang kita buat setiap hari,semuanya selaras dengan apa yang berlaku sekeliling kita.Atau kata lainnya,synchronize.Macam gear berfungsi,gigi gear akan bercantum tepat dengan gear yang lain;sempurna setiap kali menjadikannya lancar bergerak.

Apa jadi bila 'gear' tak selaras?
Jawapannya simple.Disaster.Atau lagi senang nak faham,malang menimpa.

Petang semalam siapa yang lalu jalan dari lampu isyarat dekat Politeknik Shah Alam menghala ke Lebuhraya Guthrie(depan NST),tentu nampak satu kemalangan.Mangsanya seorang wanita.Aku tak pasti apa yang melanggarnya.Dari cerita kawan aku yang berhenti kat tempat kejadian,khabarnya langgar lari.Lori pulak tu.Betul ke tidak,wallahua'lam..Masa aku lalu kat situ,mangsa dah kaku tertiarap,aku rasa baru sangat berlaku.
Orang yang berhenti pun tak berbuat apa-apa kat mangsa.Aku rasa tindakan diorang agak tepat,sebab risiko menggerakkan mangsa tanpa prosedur yang betul hanya akan menambah kecederaan mangsa.Biarlah mereka-mereka yang ada pengalaman dan terlatih saja menguruskan mangsa.
Harap mangsa kemalangan semalam selamat.
Itulah namanya kemalangan.Kita tak cari kemalangan pun kadang-kadang kemalangan datang kepada kita.Itu yang kita taknak.Tapi tu semua dah tertulis,sesekali 'gear' kehidupan kita akan tergelincir dan tak synchronize dengan persekitaran kita.
Siapa-siapa yang memandu setiap hari,ingat satu perkara.Jangan jadi hantu bila pegang stereng.Pesan ni untuk aku sekali sebab kadang-kadang aku memandu.Wajib sentiasa alert dengan penunggang motorsikal.Disebabkan motorsikal bergerak dengan konsep gyroscopic(keseimbangan),senang nak tergolek.Kita mengalah sikit takpe.Keluar kerja awal,jangan kelam kabut guna lorong kecemasan bila sesak.Bagi la can kat mat/minah motor guna lorong tu.Bukan diorang meresing pun,pergi balik kerja macam kita jugak.
Kereta dah ada tiga lane,cukup la.Kang aku bagitau Menteri Kerja Raya tambah semua highway jadi enam lane sehala,amacam?


Selasa, 11 Oktober 2011

Barang Murah Jangan Dikenang...

Kebelakangan ni;senang cerita tahun ni aku rasa harga barang keperluan makin tak masuk akal.Sekarang mana nak jumpa ayam sekilo harga bawah RM8?Tu harga kat pasaraya besar,orang cakap kat pasar borong lagi murah.Mana ada...
Lebih kurang macam tu jugak la harganya.Semalam aku beli barang dapur kat sebuah mini market berhampiran rumah aku.Kebetulan pagi semalam member aku cerita pasal kicap Kipas Udang.Katanya harga yang tertera kat botol RM8 untuk saiz besar.Aku pun tengok la,memang betul dicetak harga RM8.Tapi harga jualan RM6.99.
Ada kenaikan harga,maybe sebab harga soya naik?Atau kos overhead meningkat sebab operator mogok demand gaji lebih??Aku tak taulah..
So,aku tak beli kicap,botol besar kat rumah yang dah guna dekat dua bulan pun belum habis lagi.Lepas tu aku usyar harga sardin.Sardin pun sekarang dah masuk kategori makanan separa premium.Dulu(15 tahun lepas mungkin),sardin ni lauk pilihan bapak aku bila masuk fasa hujung bulan.Sedap ape makan sardin?
Tapi itu cerita lama...cuba tengok berapa harga sardin Ayam Brand?Tin saiz sedang (230g kalau tak salah),dekat RM5 baii!!King Cup,Adabi pun lebih kurang la harganya.Yang murah ada,bukan tak ada.Macam-macam brand,tak payah la kot aku listkan kat sini.Tapi dia punya rasa,peh!Korang sendiri pun tau la macamana rasa sardin murah.
Satu je brand sardin murah yang aku suka,jenama Pertima.

Semalam aku beli beras 5kg,telur 10 bijik,tepung gandum cap Sauh(boleh buat cucur malam-malam),sardin dua tin,Maggi Kari Letup dua paket (x 5pcs),sirap sebotol,total dekat RM50.Amacam?

Aku selalu dengar orang mengeluh harga barang naik,lagi pulak dok bandar.Kalau kat kampung semua murah.Iye ke?
Tu cakap-cakap orang tak ada kampung,lahir-lahir je dah nampak KLCC.Nak tau hal sebenar?Ni aku nak cerita.Orang kampung kebanyakannya 'kaya' dari orang bandar.Bukan terma kaya macam dalam drama Melayu.Maksud kaya kat sini,dalam keadaan segala macam barang mahal,orang kampung masih mampu survive.
Orang bandar pun boleh survive apa?

Survival kat bandar ni jauh bezanya dengan kampung.Kat kampung ada Giant?Tesco?Pasaraya Ong Tai Kim?Tak ada kan?Yang ada cuma kedai runcit.Bila dah nama kedai runcit,ada jual tak sardin cap Giant harga RM2.29?
Kat kampung sayur banyak keliling rumah.

Iyelah sangat.Hari-hari nak cekik kangkung?Sayur keladi?Biasa aku tengok rumah-rumah kampung tanam cili padi,serai,pisang,kacang botol,pokok kari...Pernah jumpa rumah kampung ada tanam kobis bulat?Siew pak choy?Ada la kot kat Cameron sana.
Berapa jauh rumah kita kat bandar ni dengan pasaraya besar?Aku amik contoh rumah aku kat Seksyen 4,Kota Damansara.Jarak ke Carrefour lebih kurang 1km.Giant Kota Damansara pun sama.Tesco je jauh sikit,tu pun tak jauh mana sebab banyak trafik light yang jadi malas nak merayap sampai sana.
Pendek kata sekangkang kera je.
Nak tau jarak kampung aku ke pasaraya terdekat?50km.Itupun pasaraya cap ayam,B5.Korang pun tak pernah dengar.Kos minyak pergi balik RM15,harga barang mana ada murah macam kat bandar.
Kesimpulannya kat sini,satu soalan timbul.Sampai tahun berapa kita harap harga barang masih sama macam hari ni?
Sebagai sorang pekerja(swasta terutamanya,koje gomen takpe dipupuk dibelai dengan increment & bonus tiap kali bajet tahunan dibentang),dah tentu mengharap gaji naik tiap tahun.Dari mana datang duit untuk naikkan gaji?Dari harga barang yang syarikat kita jual.Lama-lama kos operasi meningkat untuk bayar gaji pekerja yang naik tiap-tiap tahun.Kilang ada 10 staff ok la lagi.Kalau 2000 staff naik gaji?Kira sendiri.

Pernah aku baca statement seorang peniaga dalam akhbar parti XXX,katanya harga minyak masak sekilo RM2.50 mahal.Dulu sekilo 80sen je.


Zaman nenek dia boleh la harga 80sen sekilo.Sekilo minyak masak 80sen,berapa harga sawit satu tan kat stesen timbang?Makan hampas sawit la peneroka Felda,buat serunding.Bengong punya statement.