1.Chopard
Ditatahkan tiga berlian berbentuk hati-15 karat berlian pink,12 karat berlian biru dan 11 karat berlian putih.Berlian kecil terdiri dari gabungan berlian putih dan kuning seberat 163 karat menjadikan keseluruhan berat batu-batu berharga berjumlah 201 karat.
Harganya?
$25 juta dan merupakan
timepiece yang
termahal di dunia.
2.Patek Calibre 89
Dibina dengan 1728 bahagian dan seberat 1.1kg,Patek Calibre adalah sebuah jam poket yang
paling rumit di dunia.
Disiapkan pada tahun 1989 sempena ulangtahun Patek Philippe yang ke-150,hanya empat unit dihasilkan dengan empat material berbeza.Emas putih,emas merah jambu,emas kuning dan platinum.Jam ini mempunyai 33 fungsi berbeza.
Dilelong dengan harga US$5,002,652.
3.Vacheron Constantin Tour de I'lle
Merupakan
jam tangan paling rumit termahal didunia.Terdiri dari 834 bahagian dengan 16 fungsi berbeza.Jam ini juga mempunyai dua belah muka.
Material bahan ialah emas(5N)18K 750 dan kaca sapphire.
Dijual pada harga $1.5 juta dan hanya 7 unit dihasilkan.
4.The Royal Mecca Clock
Dibina diatas sebuah menara hotel Abraj al-Bait setinggi 1972 kaki dan diameter muka jam 43 meter.
Terdapat lebih 90 juta keping mozek kaca berwarna menghiasi empat muka jam.
Dua juta LED mencahayai tulisan Allah dan 21,000 lampu berwarna putih serta hijau menyala setiap kali masuk waktu solat.
Isyarat cahaya setiap kali masuk waktu solat dapat dilihat sejauh 30 kilometer.Royal Mecca Clock adalah
jam yang terbesar di dunia.
5.Jaeger -LeCoultre Calibre 101
Mula diperkenalkan pada tahun 1929,ia adalah
jam tangan mekanikal terkecil di dunia.Dengan saiz 14mm panjang dan 3.4mm tebal,jam ini hanya seberat 0.9 gram.
Terdiri dari 98 bahagian jam ini dihasilkan sehingga tahun 1953.