Selasa, 19 Julai 2011

Salahkah Aku Tidak Membantu?


Hari ni aku cukup terkesan...

Pagi tadi sebelum pakai baju nak pergi kerja,aku terdengar suara budak menangis.Bila aku jenguk keluar tingkap,aku nampak seorang budak perempuan berpakaian sekolah dalam lingkungan umur 9-10 tahun.Aku rasa mungkin dia nak ke sekolah agama sebab berkain hijau.Tiba-tiba fikiran aku melayang teringatkan adik bongsu aku kat kampung.
Sambil menangis di celah-celah kereta,aku nampak dia melihat-lihat di kejauhan macam mencari seseorang.Sambil dia menangis,perlahan-lahan dia berjalan.Tapi haluannya tak teratur...maksud aku dia macam tak tahu nak kemana.Sekejap-sekejap dia tukar arah langkah kaki dia.Agak lama aku perhatikan,rasa nak pergi tegur budak tu pun ada.Tapi aku takut jadi isu pulak.
Bukan apa,katakan la budak tu hilang.Mana la tau ada yang ternampak aku approach budak tu.Nanti kuar statement dalam paper macam ni,"menurut saksi,kali terakhir dia dilihat bersama seorang lelaki berbaju biru,...." Huh!!Tak pasal-pasal polis cari aku.
Dalam masa yang sama,aku nampak dua orang wanita berhampiran kereta,nak pergi kerja.Tapi diorang ignore je dengan budak perempuan tu.Aku yang duduk tingkat empat pun boleh dengar suara dia menangis,takkan la budak tu lalu depan diorang pun diorang tak perasan situasi dia.Takde rasa nak tanya kenapa dia menangis,atau cuba nak membantu.Aku panggil wife aku yang tengah goreng pisang kat dapur.Aku cakap kat wife aku yang aku sangat sedih tengok keadaan budak tu.Wife aku jawab,dia tak rasa apa-apa pun,maybe budak tu lari dari sekolah.
Ehhh!kalau lari dari sekolah,kenapa dia menangis.Terus jela balik rumah.Kalau rumah dia dekat-dekat area rumah aku,kenapa dia macam hilang arah tak tau nak kemana.Dalam hati aku,boleh pulak wife aku tetiba hati kering ni,macam dua orang wanita yang nak pergi kerja tadi.Aku cuma fikirkan yang positif,mungkin budak tu ketinggalan bas.
Siap sarung baju,aku terus perhatikan budak tu berjalan.Sekejap-sekejap dia berhenti,terus melihat-lihat dan macam menunggu seseorang.Sampai la dia menghilang disebalik blok bangunan yang paling hujung...

Sepanjang jalan ke tempat kerja,aku rasa sangat menyesal sebab tak tolong budak tu.Aku cuma dapat berdoa supaya budak tu selamat berjumpa dengan orang yang dia cari atau ada insan lain yang membantu.

Sampai kat tempat kerja,aku ceritakan kat kawan-kawan aku tentang hal budak perempuan tadi.Sorang kawan aku,Izham,pernah alami perkara yang sama.Dalam perjalanan balik kerja,dia terserempak budak perempuan berbaju sekolah sedang berjalan kaki di tepi tol Subang susur keluar ke Lebuhraya NKVE.Waktu tu sudah agak gelap,tapi muka budak tu jelas kelihatan.seorang kanak-kanak perempuan berwajah comel,berambut lurus tapi air mukanya kelihatan takut.
Situasi kawan aku ni pun macam aku,dalam dilema samada nak membantu atau tak.Cuma dapat mengharap agar terpelihara keselamatan budak tu.Kalau korang mengalami situasi yang sama,apa korang buat?

*Sedang aku kunci pintu rumah untuk keluar bekerja,wife aku sempat cakap yang maybe aku homesick,terkenangkan keluarga dan adik bongsu aku dikampung.Betul ke?Adakah itu membuatkan emosi aku cepat tersentuh pagi ni?Rasanya masih terngiang-ngiang lagi suara tangisan budak perempuan tu di telinga aku..

Isnin, 18 Julai 2011

Maybach Xenatec Coupe

Tiap-tiap hari aku buka website DailyMail untuk survey berita-berita menarik.Hari ni ada satu berita pasal wealthy Arabic yang 'menerbangkan' kereta-kereta mewah diorang ke London untuk bersantai.Sebabnya sekarang musim panas,lepak kat London sedap sikit.
Yang menariknya semua kereta mewah tu berwarna putih,antaranya Ferrari 599,Bugatti Veyron,Maybach Xenatec,Rolls Royce Phantom Coupe dan jugak Koenigsegg Agera R.Berita pasal Arabic kaya gilababi tayang kereta mewah ni dah biasa.
Aku teruja kat salah satu kereta-kereta yang aku sebut tadi,Maybach Xenatec.Pasal apa harga dia tiga kali harga Ferrari 599.Bugatti Veyron toksah cakaplah,dah tentu lebih sejuta pound.

Image from Dailymail
Yang paling kiri Maybach Xenatec Coupe.Rupa huduh je,tapi apehal mahal sangat?Ini ceritanya...

-Kereta ni dikategorikan sebagai ultra-luxury sedan dan merupakan kolaborasi antara Maybach dan juga Xenatec.Nama lain untuk kereta ni ialah Xenatec Cruiserio.
-Dibina oleh Karosserie Manufaktur Weinsberg-divisyen Xenatec Group dan direka oleh Fredrik Burchhardt.
--Diasaskan dari casis Maybach 57S iaitu sebuah limousin,lalu diubahsuai menjadi coupe.
-Enjinnya bersesaran 6000cc twin turbo dengan susunan silinder V12 60 darjah berupaya menghasilkan 612 hp dan daya kilas 998Nm.
-3 injap/silinder,SOHC(???)
-5 kelajuan automatik,FR(rear drive)
-Kelajuan maksimum 275km/j.
Rimnya bersaiz 20 inci dan kereta ni handmade in Germany.Biasanya kereta macam ni memang boleh ditempah mengikut selera pembeli.Hanya 100 unit akan dibina.
-Harganya 675,000 Euro atau dalam ringgit Malaysia RM 2,795,850 tidak termasuk cukai...

Takde pulak aku terjumpa informasi yang ceritakan material kereta ni.Memula nampak huduh,tengok lelama nampak cantik pulak...




Images from http://www.ultimatecarpage.com

Kosmo Online Tak Cukup Tidur




NAMUN,APA YANG MENAKJUBKAN TIADA SESIAPA PUN YANG CEDERA DALAM NAHAS ITU.


LAND ROVER ITU DINAIKI TUJUH ORANG DENGAN DUA DARIPADANYA CEDERA PARAH MANAKALA PEMANDU TEKSI HANYA MENGALAMI KECEDERAAN KECIL.




APAKAHHHH???

Jumaat, 15 Julai 2011

Monster Machines;Typhoon Submarine

Malam tadi sempat aku tengok dokumentari pasal scrapping Typhoon Class submarine.Minggu ni hari-hari balik malam,nak menyembang dengan wife pun tak sempat.Dapat la tengok drama Korea Lie To Me sambil makan malam.Pastu sambung dengan dokumentari bila wife aku dah tido.
Sebenarnya aku nak share info pasal kapal selam kelas Typhoon ni.Macam best jer.
-Kapal selam Russia ni adalah submarine yang terbesar pernah dibina.Berkuasa nuklear dan dibina Severodvinsk Shipyard pada tahun 1980-an.
-Asalnya enam buah submarine kelas Typhoon ni dibina,tapi hanya satu yang masih beroperasi iaitu TK 208 yang ditauliahkan pada 12 Disember 1981 sebagai platform ujian misil Bulava.Dua lagi iaitu TK-17 dan TK-20 masih disimpan untuk proses peningkatan upaya.
-Bakinya tiga unit,TK-202,TK-12 dan TK-13 telahpun dikitar semula.

Sepuluh lubang dibahagian tengah adalah tiub misil
-Seberat 24,500 tan,kuasa tujahan untuk menggerakkan monster laut ni datang dari dua buah OK-650 pressurized water nuclear reactor berkuasa 190 MW setiap satu serta dua turbin stim 50,000hp setiap satu.Kelajuan maksimum 50km/j dalam keadaan menyelam dan boleh berada bawah air selama 180 hari.
-Digerakkan dengan dua propeller 7 bilah,kedalaman selaman maksimum ialah 400 meter.Dilengkapi dengan enam tiub torpedo,empat daripadanya untuk misil RPK-2 dan dua lagi untuk misil RPK-7.
-Selain dari itu,ia mampu membawa 20 misil balistik R-39 dengan 10 peledak nuklear MIRV.
-Keputusan untuk memencenkan kapal selam ni adalah satu keputusan yang amat berat untuk diterima ahli politik disana sebab ia adalah kebanggaan Soviet ketika Perang Dingin.
-Peningkatan kos penyelenggaraannya dan berakhirnya Perang Dingin menjadikan kewujudannya tidak lagi praktikal.
Dua kelasi berdiri di bahagian ekor kapal selam


Sejak zaman dulu lagi kuasa nuklear dah mula menggantikan bahanapi fosil sebagai penjana tenaga mesin-mesin peperangan.Contohnya kapal selam berkuasa nuklear pertama Amerika,USS Nautilus mula berkhidmat sejak 1954.

Rabu, 13 Julai 2011

Malaysia VS Arsenal;Ryo Miyaichi

Rasa lega bila ternampak kelibat Samir Nasri menjalani latihan untuk perlawanan menentang pasukan Malaysia sempena Asia Tour Arsenal.Sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan persahabatan di Asia walaupun pintu perpindahan musim ni masih terbuka.
Robin van Persie,Jack Wilshere,Theo Walcott,Bacary Sagna,Alex Song,Tomas Vermaelen dan pemain yang baru diserapkan ke skuad utama iaitu Ryo Miyaichi kelihatan menjalani latihan.



Berumur 18 tahun,Ryo Miyaichi menyertai Arsenal pada musim panas 2010,dipinjamkan ke pasukan Feyenoord dan setelah tamat tempoh pinjaman,dia kembali ke Arsenal.Dilahirkan pada 14 Disember 1992,dan mula bermain bola untuk kelab sekolahnya iaitu Sylphid F.C di Nagoya.Ujian larian 100  meternya dikatakan 10.84 saat,dibawah sedikit dari Theo Walcott,10.30 saat.
Sepanjang tempoh pinjamannya ke Feyenoord,dia mendapat pujian untuk prestasinya yang mengagumkan sehingga media disana mengatakan corak permainannya adalah campuran antara Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo. Asia Tour memberikannya peluang untuk menunjukkan kualiti sebagai pemain tengah yang layak berada dalam pasukan utama.
Perlawanan malam ni jam 8.30pm di Stadium Bukit Jalil,dan bagi aku tak kisahlah siapa yang menang.Kalau pasukan Malaysia menang lagi bagus,sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat sebelum menentang Singapura.

p/s:dengarnya ada tayangan live di Astro Supersport 8.30 malam ni,sumbernya di aizatshafiq .Masa aku taip entri ni,takde plak announcement dalam website Astro.Kalau ada baguslah,tak jadi nak o.t lelama,hehe!