Rasa lega bila ternampak kelibat Samir Nasri menjalani latihan untuk perlawanan menentang pasukan Malaysia sempena Asia Tour Arsenal.Sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan persahabatan di Asia walaupun pintu perpindahan musim ni masih terbuka.
Robin van Persie,Jack Wilshere,Theo Walcott,Bacary Sagna,Alex Song,Tomas Vermaelen dan pemain yang baru diserapkan ke skuad utama iaitu Ryo Miyaichi kelihatan menjalani latihan.
Berumur 18 tahun,Ryo Miyaichi menyertai Arsenal pada musim panas 2010,dipinjamkan ke pasukan Feyenoord dan setelah tamat tempoh pinjaman,dia kembali ke Arsenal.Dilahirkan pada 14 Disember 1992,dan mula bermain bola untuk kelab sekolahnya iaitu Sylphid F.C di Nagoya.Ujian larian 100 meternya dikatakan 10.84 saat,dibawah sedikit dari Theo Walcott,10.30 saat.
Sepanjang tempoh pinjamannya ke Feyenoord,dia mendapat pujian untuk prestasinya yang mengagumkan sehingga media disana mengatakan corak permainannya adalah campuran antara Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo. Asia Tour memberikannya peluang untuk menunjukkan kualiti sebagai pemain tengah yang layak berada dalam pasukan utama.
Perlawanan malam ni jam 8.30pm di Stadium Bukit Jalil,dan bagi aku tak kisahlah siapa yang menang.Kalau pasukan Malaysia menang lagi bagus,sekurang-kurangnya menjadi pembakar semangat sebelum menentang Singapura.
p/s:dengarnya ada tayangan live di Astro Supersport 8.30 malam ni,sumbernya di aizatshafiq .Masa aku taip entri ni,takde plak announcement dalam website Astro.Kalau ada baguslah,tak jadi nak o.t lelama,hehe!
Rabu, 13 Julai 2011
Selasa, 12 Julai 2011
Khamis, 7 Julai 2011
Gervinho;Dari Lille ke Arsenal
Selepas kehilangan Gael Clichy yang berpindah ke Manchester City,adakah rumor yang mengatakan Samir Nasri dan Cesc Fabregas bertukar kelab akan menjadi kenyataan.Samir Nasri menjadi sasaran Manchester United dan Manchester City,serta Cesc Fabregas teringin kembali ke kelab semasa zaman remajanya,Barcelona.
Apalah nasib Arsenal musim akan datang ni.Harapnya Samir Nasri belum terdesak untuk meninggalkan Arsenal.Untuk musim lepas,Samir Nasri lah pemain Arsenal yang paling ketara peningkatan prestasinya.Gael Clichy pulak,padanan seimbang kiri dan kanan bersama Bacary Sagna.
Untuk mengubati kekecewaan peminat Arsenal,kelab Arsenal telah pun melengkapkan perpindahan pemain Ligue 1 dari kelab Lille,Gervinho dengan nilai 11.2 juta pound.Pemain yang berasal dari Ivory Coast ni menyertai perpindahan masuk kedua ke Arsenal selepas Arsenal mendapatkan pemain pertahanan Charlton dan pemain Finland Bawah 19 tahun,Carl Jenkinson.
Gervinho atau nama asalnya Gervais Yao Kouassi dilahirkan di Anyama pada 27 Mei 1987 mula bermain di akademi bolasepak ASEC Abidjan dan kemudiannya menimba pengalaman di Toumodi FC.Hujung musim 2006/2007,dia memulakan karier dalam Ligue 1 bersama kelab Le Mans membantu pemain tengah,Romaric.Dalam 67 penampilan,beliau menjaringkan 14 gol.
Kemudian menyertai Lille pada 2009 dan dalam musim pertama,sebanyak 13 gol dihasilkan dalam 32 penampilan.Musim kedua menampakkan lagi keberkesanan Gervinho dalam membantu Lille apabila menjaringkan 18 gol dalam 42 penampilan seterusnya menjulang Lille sebagai juara Ligue 1,iaitu pertama kali dalam tempoh 57 tahun.Beliau juga bersama-sama pasukan Lille ketika memenangi Coupe De France,juga pertama kali untuk Lille sejak 1955.
Bagi Arsenal pula,sebagai persediaan jika kehilangan Samir Nasri dan Fabregas yang pastinya menjatuhkan moral penyokong dan pemain,Arsenal juga bersedia untuk mendapatkan penyerang Real Madrid,Karim Benzema.

Rabu, 6 Julai 2011
Indonesia;Bayi Tanpa Bapa,Hadiah Dari Tuhan?
Ini berita serius dari Indonesia.
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bernama Uswatun Hasanah melahirkan seorang bayi perempuan.Ibu bapa remaja perempuan tersebut mendakwa anak perempuannya masih dara!
Uswatun Hasanah adalah pelajar sekolah Agama Putat di daerah Pasar Kemit.Hasanah telah melahirkan bayi yang sihat seberat dua kilogram.The Jakarta Post turut mengunjungi rumahnya di Kampung Kongsi Baru daerah Rajeg.
Menurut bapanya seorang ustaz,Yono berusia 44 tahun yang juga mengendalikan sekolah agama Al Istiqomah,beliau tak dapat menerima kenyataan yang anaknya telah hamil.Walaubagaimanapun oleh kerana anaknya telah bersumpah dan beliau pun telah berbincang dengan tiga orang ulama',beliau akhirnya menerima kehamilan itu adalah kehendak Allah SWT.
Awal bulan lepas isteri beliau dan anaknya Hasanah menghadiri majlis Isra' Mikraj di sekolah,dan Hasanah mengadu kekenyangan berkemungkinan akibat makan terlalu banyak.Keesokannya ibu Hasanah membawanya berjumpa bidan dan menurut bidan Hasanah mengandung sekurang-kurangnya empat bulan.Untuk mengesahkan lagi kehamilan tersebut,ibubapa Hasanah membawanya ke Hospital Sari Asih di Tangerang dan hasil pemeriksaan di hospital,bayi tersebut berusia enam bulan.
Hari Sabtu lebih kurang jam 8.30 pagi,Hasanah melahirkan seorang bayi,dan menurut jirannya Saenah 90 tahun,yang turut membantu mengakui Hasanah tidak berdarah dan masih dara.
Namun,seorang tokoh agama di Penampang,Achmad Chaerudin mengesyaki keluarga itu cuba menyembunyikan perkara sebenar.
-Maryam zaman moden?Aku pun tak berani nak komen.Apa yang berlaku sememangnya atas kehendak Allah SWT,apepun aku akan update lagi kalau ada susulan kisah Hasanah ni.
*Sumber berita Jakarta Post

Jumaat, 1 Julai 2011
Bugatti Veyron Grand Sport L'Or Blanc'
Berharga 1.4 juta pound,Bugatti 16.4 Grand Sport L'Or Blanc' dihasilkan sebagai tanda usahasama antara Konigliche Porzellan-Manufaktur Berlin (KPM) dan juga Bugatti.
L'Or Blanc' adalah bahasa Perancis yang bermaksud white gold,tapi bukanlah bermakna Bugatti ni bersalut emas putih.Ia merujuk kepada penggunaan porselin di bahagian luaran dan dalaman kereta ni.Konigliche Porzellan-Manufaktur ialah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam porselin.
Porselin biasa digunakan untuk menghasilkan pinggan mangkuk dan peralatan tandas.Bahagian dalaman hampir sepenuhnya berwarna putih.Spesifikasi lanjut belum didedahkan dan yang pastinya kereta ni bukan untuk orang kaya yang tak expert driving supercar macam driver Lamborghini Kemalangan Di Sepang hari tu.

Langgan:
Catatan (Atom)