Ahad, 6 Februari 2011

Kemana Hilangnya E01e?


Masih ingat lagi enjin Petronas E01e?Seingat aku,enjin ni siap dibangunkan ketika aku masih menuntut di sekolah Teknik Temerloh sekitar tahun 98/99.Spesifikasinya adalah seperti berikut:

Isipadu sesaran (cc): 2000cm3/2l dengan Continuous Control VVT,DOHC
Induksi : Naturally Aspirated (NA)
Silinder : 4 Sebaris
Injap : 16
Material blok enjin :Aluminium
Berat : 108.9kg
Kuasa Maksimum :204.3PS @ 7300RPM
Tork Maksimum :203Nm @ 5300RPM

Sebagai perbandingan,Honda Civic 2.0l DOHC i-VTEC hanya menghasilkan 155PS @ 6500RPM.Enjin Petronas E01e yang dibangunkan lebih 12 tahun dulu mampu menghasilkan kuasa setinggi 204.3PS,dan ianya adalah satu pencapaian teknologi yang mengagumkan,hampir menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin Honda K20A Type-R.
Pada tahun 98/99,dikhabarkan enjin ini akan dikomersialkan untuk kereta tempatan pada tahun 2000.


Enjin E01e terpasang pada Proton Waja berwarna tema Petronas.Perasan tak apa kelainan layout enjin E01e bila terpasang pada engine bay Waja?
Kebiasaannya intake manifold akan terletak dibelakang dan manifold ekzos berada berhampiran radiator.Tapi berlainan dengan E01e,enjin tahun 98/99 ini meletakkan intake manifold dihadapan.
Jom kita tengok susunan enjin K20A yang terpasang pada Civic FD2 Type-R tahun 2007:


Nampak persamaannya sekarang?Terdapat perbezaan 22hp antara K20A dan E01e.Mungkin kerana K20A menggunakan roller bearing pada rocker arm untuk pengurangan geseran.
Sebenarnya kita mempunyai ilmu yang baik dalam pembinaan enjin yang berkuasa tnggi.Persoalannya ialah,dimana dan apa sudah jadi dengan E01e?

*Pada tahun 2012,Proton telah membeli semua harta intelek,paten dan teknologi berkaitan enjin Petronas ini termasuklah teknologi 'suntikan terus' serta 'suntikan terus turbo' pada nilai RM63 juta.

Khamis, 27 Januari 2011

Inikah Rupa Alat Untuk Mencuri WiFi???

Kelmarin aku dengar kawan aku mengadu internet dia slow,biasa la kot bila pakai broadband.Dia pernah adukan masalah dia ke Celcom.Selain jawapan skema dari customer service,pihak Celcom jga memaklumkan ada kewujudan alat penarik gelombang broadband dan WiFi.
Kebetulan ada salah sorang kawan kepada kawan aku ni jual alat tu.Member tu pun promote la barang dari China ni.Siap demokan alat tu dapat tarik dan boostkan signal yang dapat dikesan.Apa yang lebih mengejutkan,alat tu mampu decrypt password WiFi!Maknanya dengan pembelian alat tu,penggunanya dapat melayari internet percuma dengan menjadi parasit kepada WiFi orang lain.Dengan hanya bermodalkan RM200-RM300,internet percuma seumur hidup.Dan member dia yang menjual tu mendapat berbakul-bakul maki hamun percuma dari kawan aku yang memang hangin internet dia perlahan.
Aku pun agak curious dengan produk macam tu,tapi tak mustahil memang ada.Gadget dari China memang berlambak,macam-macam gadget ada.Antaranya menatang WiFi Booster/Hacker ni la.Mula-mula aku syak alat ni cuma nak boost signal WiFi je,tak sangka pulak boleh hack password.Bila boleh hack,dah jadi cerita lain la kan.
Aku pun buat sikit research tentang barang-barang ni.Ini antara bukti kewujudan barangan yang kawan aku maksudkan:



Penjualan alat ni di sebuah online forum.Besarkan gambar untuk baca isi topik yang dibincangkan.


Antara ayatnya berbunyi macam ni:

Wat mase sekarang hanya WEP je yang boleh crack(100% gerenti)..crack pn bergantung pada berapa panjang password tu dan kekuatan signal tu gak..kalo 5 angka jer dalam 1-2 minit dah leh dapat...saya pernah crack 20 angka dalam 15-20 minit...(kekuatan signal 4-5 bar)


angka saja ke hexadecimal atau huruf semua sekali?


angka dan huruf sume skali...asalkan WEP


Petikan iklan penjualan alat ni di sebuah forum jugak:




Korang baca la sendiri,leceh nak menaip time internet berat cam skarang ni,:P
Tapi aku gagahkan jugak untuk kesedaran korang diluar sana.


Rupa benda alah/gadget parasit ni:








Dua jenis ni je yang aku jumpa.Cukup la untuk korang kenal macamana rupanya.

Sekarang aku nak tanya,berapa kos bulanan korang untuk melanggan internet?RM60?RM100?RM200?Atau lagi mahal lagi?
Tapi ada dikalangan kita yang menumpang internet yang kita bayar MAHAL tiap-tiap bulan,tapi diorang dapat free je dengan gadget parasit ni.Sesiapa yang ada WiFi kat rumah,berhati-hati dengan jiran korang.Setakat ni gadget ni cuma dapat decrypt/hack password WiFi yang menggunakan WEP.Setau aku security protocol yang biasa orang pakai untuk WiFi ni WEP,WPA & WPA-PSK.Next time aku tak tau la kot-kot makin advance.
Cuma sebagai pengguna internet berbayar dan mahal pulak tu,adalah tak adil bagi penggunaan gadget parasit ni 'mencuri' kemudahan asas ni.Mencuri air dan elektrik boleh didakwa,kenapa tak jika mencuri internet?

Aku harap pihak berwajib akan memantau dengan ketat kemasukan gadget-gadget dari luar dan mengharamkan produk ni sepertimana kerajaan mengharamkan penggunaan parabola.Kenapa parabola haram?Sebab boleh tengok banyak channel.Kenapa gadget ni mesti diharamkan?Sebab mencuri adalah berdosa disisi agama.

**Kalau nampak jiran anda meletakkan benda ni diluar rumah dan anda menggunakan Streamyx/UniFi,berjaga-jaga dan tukarlah password WEP kepada WPA.Aku tau banyak orang search benda bodoh ni kat internet,harap-harap anda yang beragama Islam diluar sana sedar MENCURI ADALAH BERDOSA.Seronok mencuri kat dunia ni sekejap je,akhirat kena fikir jugak.

Yamaha LC 135 Coolant Cover:Is It Necessary?

Images from motomalaya.blogspot.com
Korang ada motor LC135?
Ada pakai benda alah ni tak?

Benda ni adalah pelindung radiator untuk Yamaha LC135.Tujuannya adalah untuk melindungi radiator daripada kemik atau bocor akibat lentingan batu yang berterbangan.Selain melindungi,ia juga menambah kecantikan motorsikal LC135.

Tapi...
Pada pendapat aku,kecantikan pelindung radiator ni mungkin memberi kesan kepada kecekapan radiator menyingkirkan haba.Aliran udara dari hadapan untuk melalui fin radiator akan terganggu akibat terhalang dengan plat bercorak Yamaha tu.
Ditambah lagi dengan ketiadaan meter suhu,pemilik LC135  tak dapat mengetahui suhu sebenar bendalir penyejuk enjin.Yang ada cuma meter amaran yang hanya menyala bila suhu enjin terlalu tinggi.
Untuk tujuan melindungi radiator dari batu,rasanya jaring meshwire sudah memadai.Dengan posisi radiator terletak dibelakang mudguard,agak sukar untuk batu terkena radiator.
LC owner,relax.Ni cuma pendapat aku je.Aku pun takde LC135,haha!Ingat ye,pendapat aku tu ada perkataan mungkin.Apa pendapat korang?

Rabu, 26 Januari 2011

Tahniah Cik Umu (ownstress.blogspot.com)

Seperti yang aku janjikan semalam,blogger bertuah yang menjadi follower ke-100 jatuh kepada.......

Cik Umu !


Gambarnya blurrrr...maklumlah,rembat dari Blogger profile,haha!Hmm..Tak banyak detail yang Cik Umu letakkan,ditambah dengan kelemauan broadband aku ni.Cik Umu cuma tulis 'selamat berkenalan' je!


Ini adalah header blog Cik Umu.Rasanya Cik Umu masih belajar di IPT(i guess).URL Cik Umu ni http://ownstress.blogspot.com .Kenape pilih stress Cik Umu oi..Gurau je,hehe!Stress pasal handphone hilang ya?Sabarr..


Blog Cik Umu ni baru sangat,entri pertama dia 23 Januari 2011.Entri pun baru ada 7 je.Emmm...isi kandungan entri Cik Umu kelihatannya lebih kepada luahan perasaan beliau.Rasanya Cik Umu patut manfaatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris beliau untuk membuat entri yang lebih serius,sekurang-kurangnya dapat apply Google AdSense,boleh approve rasanya,hehe!
Apepun terpulang la kepada matlamat Cik Umu ya,kalau memang blog Cik Umu ni sebagai tempat luahan perasaan atau virtual diary,tak ada masalah.Cuma galakan saya kalau Cik Umu berminat nak jadi penulis berbakat,perlu diasah lagi dengan membuat entri isu-isu semasa,Seimbangkan antara penulisan dan tambah foto bagi entri lebih berseri.

Mak aii...bukan main lagi nasihat orang,aku ni pun banyak lagi kena belajar dalam dunia blog ni.Blog kat Malaysia ni je ada berpuluh ribu,fikirkan cara terbaik untuk menempatkan diri di tempat teratas.Manfaatkan keyword,dan gunakan perkataan yang betul.Aku pun tak suka ayat skema cam ni,tapi ni lah caranya.Penat je buat entri kalau tak ada orang baca,am i rite?

Owhh...Cik Umu ada kehilangan seorang kawan karib,lost contact agaknya.Ada siapa-siapa kenal Hanim Nur Sakinah bt Mazlan?Gambarnya ada di blog Cik Umu .Cik umu bagi reward 50k tuuu!

Cik Umu,rajin-rajin buat entri and happy blogging!

Waiting For 100th Follower

6 bulan berblogging dan 98 follower.Ok,sebenarnya angka tu sangat perlahan.Aku pernah terjumpa blog yang baru sebulan berblogging dan followernya hampir 200.Amazing kan?How he did that?Follow setiap blog yang dia jumpa?Entahlah,strategi masing-masing la yek?
Dari pemerhatian aku,most of the reader blog ni sebenarnya orang baru,atau pembaca artikel biasa kat internet.Angka follower bukan jaminan untuk kelangsungan satu-satu blog tu.Kecuali,blog yang dah establish.Am  i rite?Tapi,ia tetap diperlukan sebab followerlah yang akan tau apa entri terbaru kita.Syaratnya,keyword entri yang menarik dan menimbulkan curiousity.
Jauh lagi nak kejar Fatin Liyana punya follower,perlukan 12392 orang pengikut tegar.Hanis Zalikha lagi lerrr.......
Ape yang aku nak buat dengan follower ke 100?
Aku plan nak buat review blog orang yang bertuah tu.Baikkk punya!Nak bagi hadiah pun,belum ada sen.Duit Nuffnang ada RM6.08sen,'banyak' sangat.Amacam korang,setuju?


*Apehal entri aku berbau serius?