Ahad, 19 Disember 2010

Pemandu Wanita dan Gear Manual


Biasa tengok pemandu wanita kat jalanraya Malaysia macam ni tak?

Jumlahnya mungkin tak ramai tapi realitinya,memang ada!Tapi yang aku nak bincangkan kenapa wanita susah nak memandu kereta bertransmisi manual sedangkan masa ujian memandu dah tentu belajar pakai kereta manual.Mujurlah tak lama lagi akan disediakan kereta automatik untuk belajar di sekolah memandu.Makin kurang la awek-awek hot.Sebab aku memang respek awek drive kereta manual.
Apa yang aku nak cerita ni adalah kerana kesian dengan beberapa kawan aku yang terpaksa berulang alik menghantar dan menjemput isteri di tempat  kerja,sedangkan isteri diorang ni ada lesen memandu.
Punca masalah kenapa wanita semakin susah nak memandu kereta bertransmisi manual adalah kerana lenguh kaki tekan klac bila jalan jem,dan yang penting sekali aku rasa jawapannya adalah perempuan tak faham apa yang dinamakan KLAC(CLUTCH).Yang diorang kenal hanyalah clutch bag!

Komponen klac manual
Clutch bag!

Masa belajar untuk ambik lesen memandu,diorang cuma tau bila nak masuk gear,kena tekan clucth.Tapi apa yang berlaku kat dalam enjin diorang tak tau dan tak boleh nak imagine.Memang la mudah pakai kereta bertransmisi automatik terutamanya bila terpaksa berhenti di tengah bukit,tapi tujuan aku menulis ni untuk meningkatkan kefahaman wanita tentang transmisi manual.
Banyak kelebihan transmisi manual ni.Antaranya:

-Kurang penyelenggaraan.Tak payah pening kepala,confirm tahan lama dan tak banyak songeh
-Maintenance cost yang rendah
-Penggunaan bahanapi(fuel consumption) yang lebih rendah berbanding transmisi automatik.Minyak makin mahal,tak akan jadi murah punya!
-Memandu dan memilih tahap RPM menggunakan otak,bukan dikawal oleh komputer.Manfaatkan puncak kuasa(peak power) dalam setiap gear,baru la rasa nikmat memandu babe!

Fungsi klac
"Klac berperanan menyambung dan memutuskan kuasa putaran yang dijanakan oleh enjin ke kotak gear"

Tak faham?
Tengok gambar ni:

Nampak kat mana kedudukan klac?Klac terletak antara flywheel dan gearbox.
-Bila enjin dihidupkan,piston bergerak turun-naik dan memusingkan crank(crankshaft) yang bersambung dengan flywheel.
-Semasa dalam keadaan gear neutral(free),klac dan flywheel melekat.Pusingan crankshaft menyebabkan flywheel dan klac berpusing sekali tapi tak ada apa-apa berlaku sebab gear free.
-Untuk memasukkan gear pertama,perkara pertama kena buat ialah memutuskan sambungan klac dan flywheel.Kenapa kena putuskan?Sebabnya macamana gigi gear nak masuk kalau shaft gearnya berpusing.Mesti kena putuskan dulu.Barulah shaft gearnya berhenti berpusing dan dapat bercantum dengan gigi gear dalam kotak gear.Inilah yang berlaku bila kaki MENEKAN PEDAL KLAC.
-Klac dah tekan dan sekarang masukkan gear satu.Senang je kan?
-Step yang paling susah untuk perempuan,melepaskan klac perlahan-lahan.Susah sebab tak dapat imagine apa yang berlaku masa ni.Bila melepaskan klac,permukaan klac akan bercantum semula dengan flywheel dan kereta pun bergerak.Tetapi kena perlahan-lahan kalau tak nak kereta kesayangan korang melompat.
-Caranya dengan melepaskan klac perlahan-lahan sampai enjin terasa macam nak mati,tapi tak mati.Dalam masa yang sama tekan minyak sikit sampai kereta mula bergerak dan bolehlah lepaskan pedal klac.Slowlyy...
-Untuk gear seterusnya,dah tak jadi masalah dan enjin tak akan mati walaupun klac dilepas agak cepat.Sebabnya kereta dah berjalan dan enjin ada momentum putaran.
-Step seterusnya,PRAKTIS.Ulang-ulang step ni di kawasan lapang sampai cekap.Tutup radio dan dengar bunyi enjin masa lepaskan klac.Nak best lagi,buka kasut mahal korang dan rasa getaran halus di tapak kaki.Getaran tu menandakan enjin kereta korang masih hidup.

Bila dah faham dan dapat rasa tugas klac,mesti boleh gerakkan kereta yang berhenti kat bukit tanpa skil handbrake yang dipelajari kat sekolah memandu.Tapi terer pakai skil handbrake pun dah sangat memadai.
Perkara ni juga berlaku kat aku bila aku serahkan Myvi manual kesayangan aku untuk tunang aku pakai.Aku plak cukuplah pakai motor je.
Tapi tugas aku tak susah sebab tunang aku pernah memandu dengan transmisi manual cuma dah agak lama ditinggalkan ditambah lagi dia membeli Viva Elite Automatik.Alhamdulillah dengan kesabaran aku mengeksplain sambil membebel dan kerajinan dia belajar,dalam seminggu dia dah cekap semula.
Tahniah Mizz Pucca !Jaga dan bawak elok-elok Myvi abang ye?huhu!Sedihnya berpisah dengan Froggy!

Spring Potato Cafe;Hidangan Menu Korea

Hari ni buat kali kedua aku merasa makanan Korea selepas pertama kali mencuba di Restoran Licki-Licki.Bezanya cuma konsep Licki-Licki menghidangkan makanan secara layan diri dan menunya seperti steamboat(atau memang steamboat kot?!),dan di Spring Potato Cafe,menu seperti kimpab,sundubu jigae dan kimchi sebagai menu percubaan.


Hasil tontonan drama Korea yang melampau,(tapi nak sebut 'selamat menjamu selera' dalam bahasa Korea pun tak reti,haha!),ditambah dengan kolum khas dalam Harian Metro,tunang aku dengan terujanya mengajak aku mencuba makanan Korea sebab nak ambik mood Korea la kunun-kununnya.
Terletak di No.11,Jalan Sri Gombak,Batu Caves,Spring Potato Cafe baru seminggu dibuka dan menu istimewanya ialah spring potato(macam french fries,tapi dipotong dengan mesin khas) berbagai perisa.Selain dari tu,menu lain ialah masakan popular di Malaysia dan western food turut disediakan.Mengikut penerangan Marketing Managernya yang peramah dan Bahasa Melayunya yang agak fasih,kafe ni adalah perniagaan keluarga mentuanya.
Encik Haikal atau nama Koreanya Jin Woon adalah warga Korea dari daerah Daegu,berkahwin dengan wanita Melayu dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia.
Dan hari ni adalah hari pertama kafe Spring Potato menghidangkan beberapa menu Korea sebagai percubaan untuk maklumbalas pelanggan.

Bahagian dalam kafe yang dihias sederhana dengan warna-warna ceria disulami alunan lagu dari drama popular Korea
Artikel-artikel akhbar yang menunjukkan menu utama kafe ni,spring potato yang sedap!
Spring potato yang besar berperisa black pepper dan Perfect Taste,minuman campuran jus laici dan rambutan
Makanan dah sampai!
Sundubu jigae;campuran tofu,udang dan telur.Macam tomyam je, tapi tak pedas

Ini pulak kimpab,rupanya macam sushi.Diberikan oleh pemilik restoran untuk kami rasa dan yang penting sedap dan percuma!
Yang ini namanya kimchi.Tak cukup sifat Korean kalau tak ada kimchi.
Secara keseluruhannya aku rasa money value dan apa yang dihidangkan sangat berbaloi dan juga satu pengalaman baru bila merasa makanan negara luar.Apa yang penting ialah semuanya halal dan mengikut penerangan Encik Haikal@Jin Woon,bilangan menu Korea akan ditambah sedikit masa lagi dan masakan Melayu yang ada akan diberikan sentuhan citarasa Korea.
Menu yang dihidangkan adalah menyihatkan dimana minyak untuk gorengan menggunakan minyak zaitun(olive oil tanpa kolestrol),dan teknik masakan lebih kepada sup dan kukus.Rakyat Korea sangat mementingkan kesihatan dan amalan memakan kimchi dapat menjaga kecantikan kulit dan mengurangkan risiko kanser.Dat's why awek Korea berkulit bersih agaknya,huhu!
Sempat juga Encik Haikal@Jin Woon mencadangkan aku dan tunang aku honeymoon di pulau Jeju(Jeju/Cheju Island).Dia cakap tempat tu lebih berbaloi untuk dilawati berbanding Seoul.Emm...boleh kot,duit Nuffnang dah ada RM4.16sen,lagi 20 tahun boleh la pergi melawat Korea,haha!
Untuk maklumat lanjut,kunjungi laman web http://www.springpotato.com.my/ dan blognya http://potatoboom.blogspot.com/ .

Jumaat, 17 Disember 2010

Segmen Khas BioUsahawan,BiotechCorp:Biotropics Malaysia Berhad

Anda semua tentu perasan satu segmen khas dalam Buletin Utama yang memaparkan segmen BioUsahawan bersama BiotechCorp.Rancangan tu khas untuk highlight syarikat bumiputera yang mendapat status Bio Nexus dari Biotech Corp.
Kali ni giliran syarikat Biotropics Malaysia Berhad,iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang menjalankan kajian tentang potensi biodiversiti bumi Malaysia.Selain menjalankan kajian,pihak Biotropics bertanggungjawab memasarkan produk ekstrak tongkat ali ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Produk ekstrak tongkat ali yang mendapat paten US ini dipasarkan dalam bentuk serbuk yang 100% larut air dan terjamin mutunya kerana proses pengekstrakan menggunakan mesin yang canggih hasil teknologi Jerman dan pengeringan beku(freeze drying).
Teknik pengeringan beku merupakan teknik pengeringan ekstrak herba terbaik kerana suhu pengeringan adalah antara 30 darjah selsius dan suhu terendah sehingga -75 darjah selsius.Maka,khasiat dan nilai-nilai klinikal yang terkandung didalam ekstrak tidak akan terjejas.
Berbanding kaedah komersial yang kebanyakannya menggunakan spray dry,haba yang digunakan untuk mengeringkan produk menyebabkan banyak kandungan aktif didalam produk tongkat ali akan rosak.Oleh kerana itu,kaedah freeze drying dipilih untuk memastikan produk ini dapat dipasarkan ke negara US yang mempunyai syarat-syarat piawaian yang ketat.
Bagi segmen khas Bio Usahawan yang akan disiarkan Selasa depan,pihak TV3 telah datang untuk melihat dan merakamkan perjalanan proses pengekstrakan tongkat ali bermula dari raw material hinggalah proses penyediaan untuk mengeringkan liquid concentrate menggunakan freeze dryer.

Biotropics Malaysia:Verified Herbal Actives
Merakamkan perjalanan tongkat ali chip dari pneumatic feeder ke extractor
Dibawah percolator hasil teknologi E&E Verfahrenstechnik GMBH dari Jerman 

Wartawan segmen BioUsahawan membincangkan sesuatu berhampiran stesen sterilisation

Wartawan sedang praktis skrip dihadapan freeze drying room
"lupa skrip pulak!!"

Kawan-kawan jangan lupa saksikan segmen khas produk tempatan yang berkualiti antarabangsa didalam Buletin Utama jam 8.00 malam,hari Selasa,21 Disember 2010.(alamak,birthday aku daa!)

Isnin, 13 Disember 2010

Seminggu Meninggalkan Kesibukan Kota...

Pertamanya,aku nak minta maaf kat semua visitor yang dah menjejakkan kaki ke blog ni sejak seminggu lepas tanpa lawatan kembali dari aku.Selama seminggu aku 'menghilangkan' diri sebab menenangkan fikiran di dua kampung.Pertamanya tempat kelahiran aku,Tali Air 8 Sungai Leman,Sekinchan dan kampung halaman aku di Lepar Utara 3,Jerantut.
Memandangkan annual leave aku banyak lagi,dan tempat kerja pun tak sibuk,tanpa was-was aku apply cuti seminggu penuh untuk berehat dikampung dan itupun balance cuti still ada 10 hari setengah lagi.Seminggu cuti semuanya aku tinggalkan,Facebook,Blog,Tagged(main game masak-masak,huhu!)...walaupun dalam masa yang sama aku agak risaukan blog aku.
Memang aku ada broadband tapi serius bullshit,coverage tahap GPRS kat Sekinchan,jadah ape nak blogging.Nak buka webpage Google pun terkial-kial.Sudahnya blog ni terabai selama seminggu.
Dah agak lama aku tak menjengah kampung aku kat Sekinchan,kali terakhir sejak nenek sebelah mak aku meninggal.Lebih kurang 3 tahun agaknya.Malam hari Jumaat,aku bergegas balik Jerantut ambik mak dan adik-beradik aku(semua sumbat dalam Myvi),pagi Sabtu terus gerak balik Sekinchan.


Sepanjang perjalanan ke TaliAir 8,Sungai Leman.Rasa peace gila bila tengok sawah padi yang terbentang menghijau kat sebelah kiri jalan.Sekarang padi dah nak masak.


Close up padi depan umah nenek aku.Gemuk-gemuk butir padinya,compare dengan zaman aku kecik-kecik dulu.Klon baik dah kot?Dulu masa kecik-kecik,bila sampai musim mengetam padi,aku suka tengok mesin padi.Arwah abah aku selalu bawak aku naik motor pusing kampung.Mesin padi aku suka,yang aku tak suka,mesin membajak Kubota.Masa kecik aku cukup takut dengan Kubota.



Rumah peninggalan nenek sebelah arwah abah aku.Masih sama macam dulu.Kat rumah ni aku membesar sampai umur 5 tahun.Aku suka main kat tingkap kecik tu.Kat bawah rumah la kepala aku terhantuk rasuk masa didukung sepupu aku.Walaupun masa tu aku masih kecik,semuanya masih jelas dalam ingatan aku.


Koko keliling rumah yang banyak kenangan kat aku.Dulu aku selalu tolong makcik aku kutip koko,korek isi dia dan jemur bagi kering.Kadang-kadang selamba je makan mentah-mentah,sedap gak!Sama jugak macam kelapa.Kelapa dibelah dua,dijemur sampai lekang dan dikorek isinya untuk dijual.
Selain padi,koko kering dengan kelapa kering menjadi pendapatan sampingan untuk petani sawah kat Sekinchan ni.


Satu benda yang wajib tiap kali aku balik Sekinchan,melepak tepi pantai.Pantainya tak la cantik dan tak ada orang nak mandi-manda.Tapi syok dengar deruan ombak yang menenangkan.Airnya dah agak bersih berbanding sebelum ni yang agak keruh.Pantai ni pernah tercemar dengan sisa-sisa minyak sekitar tahun 1993 atau 1994,aku pun tak pasti sangat.
Kerana sisa minyak tu lah pukat arwah atuk aku rosak dan terus botnya sekali dijual.Aku sempat merasa naik bot arwah atuk aku sekali je.



Memancing hukumnya 'wajib'!Haha!Satu lagi aktiviti setiap petang.Aku empat beradik memang kaki pancing.Pantang jumpa air.Dah memang siap-siap bawak enam batang pancing.Mujur bawak lebih,dua batang patah.Sebatang joran MGFA siri Viper adik aku punya aku dah terjahanamkan sebab gopoh masa keluarkan dari dalam bonet.
Dengarnya sembilang tengah banyak,tapi sekor pun tak dapat.Layan gelama pun jadilahhhh.....


Tugu sauh kapal kat Jeti Sekinchan.Sauh real ni beb,bukan cement craft.Tak pasti la sauh dari kapal apa yang besar bagak ni.Dalam banyak-banyak gambar,satu pun takde gambar aku.Sebabnya,aku tak suka bergambar,haha!
Hari terakhir,aktiviti barbeku.makcik aku beli ayam,udang,jagung dan kerang utuk buat kerang bakar.Meriah bila dapat berkumpul dan makan sama-sama.Sepanjang tiga hari kat kampung,memang lega dapat buat aktiviti kegemaran.Cuma belum sempat aku merasa siput mentarang.Kat kawasan Sekinchan ni memang terkenal dengan deretan gerai-gerai tepi jalan yang menjual mentarang.Harga pun murah,RM10 untuk 3 kilo.
Kalau tak buat makan pun,pemancing kat sini guna isi mentarang untuk umpan sembilang.
Baki cuti aku habiskan kat Jerantut,Pahang.Sebelum ni pun memang dah jadi aktiviti tahunan untuk keluarga aku meluangkan masa agak lama di Sekinchan bila sampai musim cuti sekolah.Bila arwah abah aku dah tak ada,aku plak yang bertanggungjawab sambung aktiviti tahunan ni.



Khamis, 2 Disember 2010

Me @ MAHA 2010

Semalam,aku ditugaskan untuk menjadi photographer bidan terjun untuk syarikat aku sempena penyertaan didalam MAHA(Malaysia Agriculture,Horticulture and Agrotourism Show) 2010.Ni kali pertama syarikat aku menyertai event terbesar di Malaysia yang akan berlangsung setiap dua tahun.
Dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan FAMA.


Lebih 1000 penyertaan dari syarikat tempatan dan 25 negara menyertai MAHA tahun ni.Bertepatan dengan musim cuti sekolah,pengunjung membanjiri MAEPS(Malaysia Agro Exposition Park Serdang),walaupun bukan pada hujung minggu.Mengikut statistik pengunjung,sehingga semalam sahaja jumlah pengunjung mencapai 1,354,000!
Memandangkan respon dari kawan-kawan aku yang bertugas sebelum ni,aku dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan ketiadaan parking.Tepat jam 8.15am,aku dah terpacak depan Hall D bersama En.Suffian yang turut ditugaskan menjadi photographer untuk hari Rabu.Acara bermula pukul 10.00am,tapi tak rugi datang awal.
Aku dimaklumkan setiap pengunjung yang membawa kenderaan akan dikenakan bayaran RM3 untuk parking.Tapi entah macamana,aku tak payah bayar. :P


Hall D yang menempatkan gerai-gerai makan yang banyak untuk pengunjung menjamu selera.Di hadapan Hall D ialah tapak parking yang terdekat kalau tak nak jalan kaki jauh.


Sekitar jam 8.45am,tak berapa ada pengunjung lagi.Di sebelah kiri ialah Hall C yang menempatkan booth syarikat International,di bahagian tengah Hall A,booth syarikat-syarikat kerajaan,dan di sebelah kiri yang terlindung menempatkan booth syarikat tempatan yang memasarkan produk makanan dinginbeku.


Booth syarikat aku,Biotropics Malaysia Berhad yang berkongsi dengan syarikat Blue Archipelago dan MAFC.Semuanya adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Hall C dan merupakan booth yang terbesar dalam hall tu.
Kepada pengunjung yang membeli produk kapsul tongkat ali Nu-Prep,berpeluang masuk kedalam wind tunnel dan berpeluang memenangi hamper bernilai RM500.Ini bukan sebarangan tongkat ali,tongkat ali high tech maa!Tak percaya,tanya aku.Serius aku akan explain.


Weapon for image 'shooting',Canon EOS 50D.Bukan aku yang punya.Semua gambar dalam entri ni menggunakan Sony Ericsson Aino U10i.



Bersama Mr Loke Wai Kong,sales manager sebelum masul kedalam bilik seminar di Hall D.


Seminar mengenai tongkat ali yang di sampaikan oleh Tengku Shahril dan Dr.Ismail Tambi(gambar).Sesuatu yang agak menarik mengenai seminar ni ialah lebih 65% perserta seminar adalah wanita.Seminar adalah berkenaan kajian sains terhadap kesan ekstrak tongkat ali tulen terhadap tubuh badan manusia.Seminar juga bertujuan untuk menerangkan penggunaan tongkat ali sebagai suplemen dan menjawab soalan berkenaan kefahaman dan tanggapan rakyat Malaysia terhadap tongkat ali.



Sekitar jam 1.15pm.Pengunjung semakin ramai memenuhi setiap dewan pameran

Antara gambar menarik yang sempat aku rakamkan sebelum bateri handphone habis...


Pisau dan parang buatan tangan bersarungkan kayu hanyut.Ada satu lagi produk unik yang tak dapat aku rakamkan gambarnya iaitu tumbuhan bernama 'mati hidup semula'.Dikatakan tumbuhan tu hidup di kaki gunung berapi.Apa yang dikatakan mati hidup semula ialah bila tumbuhan tu direbus,warnanya bertukar menjadi hijau.Khasiatnya aku tak pasti la.
Kalau nak tengok,cari di dalam dewan pameran aras 1 Hall D.


Udang karang dari laut Acheh.Sekilo RM120 jerr.......


Pengunjung tak putus-putus datang walaupun masa ni jam dah pukul 3.30pm.Pukul 4.15pm semua hilang masuk dalam hall sebab hujan lebat amat sangat.
Ekspo MAHA 2010 ni memang menarik cuma pastikan datang awal dan penuhkan la kereta.Jangan pergi sorang dua je.Bawa anak-anak sebab sekarang kan cuti sekolah.Lokasinya disini:

Image from www.mahaexpo2010