Jumaat, 17 Disember 2010

Segmen Khas BioUsahawan,BiotechCorp:Biotropics Malaysia Berhad

Anda semua tentu perasan satu segmen khas dalam Buletin Utama yang memaparkan segmen BioUsahawan bersama BiotechCorp.Rancangan tu khas untuk highlight syarikat bumiputera yang mendapat status Bio Nexus dari Biotech Corp.
Kali ni giliran syarikat Biotropics Malaysia Berhad,iaitu anak syarikat Khazanah Nasional yang menjalankan kajian tentang potensi biodiversiti bumi Malaysia.Selain menjalankan kajian,pihak Biotropics bertanggungjawab memasarkan produk ekstrak tongkat ali ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Produk ekstrak tongkat ali yang mendapat paten US ini dipasarkan dalam bentuk serbuk yang 100% larut air dan terjamin mutunya kerana proses pengekstrakan menggunakan mesin yang canggih hasil teknologi Jerman dan pengeringan beku(freeze drying).
Teknik pengeringan beku merupakan teknik pengeringan ekstrak herba terbaik kerana suhu pengeringan adalah antara 30 darjah selsius dan suhu terendah sehingga -75 darjah selsius.Maka,khasiat dan nilai-nilai klinikal yang terkandung didalam ekstrak tidak akan terjejas.
Berbanding kaedah komersial yang kebanyakannya menggunakan spray dry,haba yang digunakan untuk mengeringkan produk menyebabkan banyak kandungan aktif didalam produk tongkat ali akan rosak.Oleh kerana itu,kaedah freeze drying dipilih untuk memastikan produk ini dapat dipasarkan ke negara US yang mempunyai syarat-syarat piawaian yang ketat.
Bagi segmen khas Bio Usahawan yang akan disiarkan Selasa depan,pihak TV3 telah datang untuk melihat dan merakamkan perjalanan proses pengekstrakan tongkat ali bermula dari raw material hinggalah proses penyediaan untuk mengeringkan liquid concentrate menggunakan freeze dryer.

Biotropics Malaysia:Verified Herbal Actives
Merakamkan perjalanan tongkat ali chip dari pneumatic feeder ke extractor
Dibawah percolator hasil teknologi E&E Verfahrenstechnik GMBH dari Jerman 

Wartawan segmen BioUsahawan membincangkan sesuatu berhampiran stesen sterilisation

Wartawan sedang praktis skrip dihadapan freeze drying room
"lupa skrip pulak!!"

Kawan-kawan jangan lupa saksikan segmen khas produk tempatan yang berkualiti antarabangsa didalam Buletin Utama jam 8.00 malam,hari Selasa,21 Disember 2010.(alamak,birthday aku daa!)

Isnin, 13 Disember 2010

Seminggu Meninggalkan Kesibukan Kota...

Pertamanya,aku nak minta maaf kat semua visitor yang dah menjejakkan kaki ke blog ni sejak seminggu lepas tanpa lawatan kembali dari aku.Selama seminggu aku 'menghilangkan' diri sebab menenangkan fikiran di dua kampung.Pertamanya tempat kelahiran aku,Tali Air 8 Sungai Leman,Sekinchan dan kampung halaman aku di Lepar Utara 3,Jerantut.
Memandangkan annual leave aku banyak lagi,dan tempat kerja pun tak sibuk,tanpa was-was aku apply cuti seminggu penuh untuk berehat dikampung dan itupun balance cuti still ada 10 hari setengah lagi.Seminggu cuti semuanya aku tinggalkan,Facebook,Blog,Tagged(main game masak-masak,huhu!)...walaupun dalam masa yang sama aku agak risaukan blog aku.
Memang aku ada broadband tapi serius bullshit,coverage tahap GPRS kat Sekinchan,jadah ape nak blogging.Nak buka webpage Google pun terkial-kial.Sudahnya blog ni terabai selama seminggu.
Dah agak lama aku tak menjengah kampung aku kat Sekinchan,kali terakhir sejak nenek sebelah mak aku meninggal.Lebih kurang 3 tahun agaknya.Malam hari Jumaat,aku bergegas balik Jerantut ambik mak dan adik-beradik aku(semua sumbat dalam Myvi),pagi Sabtu terus gerak balik Sekinchan.


Sepanjang perjalanan ke TaliAir 8,Sungai Leman.Rasa peace gila bila tengok sawah padi yang terbentang menghijau kat sebelah kiri jalan.Sekarang padi dah nak masak.


Close up padi depan umah nenek aku.Gemuk-gemuk butir padinya,compare dengan zaman aku kecik-kecik dulu.Klon baik dah kot?Dulu masa kecik-kecik,bila sampai musim mengetam padi,aku suka tengok mesin padi.Arwah abah aku selalu bawak aku naik motor pusing kampung.Mesin padi aku suka,yang aku tak suka,mesin membajak Kubota.Masa kecik aku cukup takut dengan Kubota.



Rumah peninggalan nenek sebelah arwah abah aku.Masih sama macam dulu.Kat rumah ni aku membesar sampai umur 5 tahun.Aku suka main kat tingkap kecik tu.Kat bawah rumah la kepala aku terhantuk rasuk masa didukung sepupu aku.Walaupun masa tu aku masih kecik,semuanya masih jelas dalam ingatan aku.


Koko keliling rumah yang banyak kenangan kat aku.Dulu aku selalu tolong makcik aku kutip koko,korek isi dia dan jemur bagi kering.Kadang-kadang selamba je makan mentah-mentah,sedap gak!Sama jugak macam kelapa.Kelapa dibelah dua,dijemur sampai lekang dan dikorek isinya untuk dijual.
Selain padi,koko kering dengan kelapa kering menjadi pendapatan sampingan untuk petani sawah kat Sekinchan ni.


Satu benda yang wajib tiap kali aku balik Sekinchan,melepak tepi pantai.Pantainya tak la cantik dan tak ada orang nak mandi-manda.Tapi syok dengar deruan ombak yang menenangkan.Airnya dah agak bersih berbanding sebelum ni yang agak keruh.Pantai ni pernah tercemar dengan sisa-sisa minyak sekitar tahun 1993 atau 1994,aku pun tak pasti sangat.
Kerana sisa minyak tu lah pukat arwah atuk aku rosak dan terus botnya sekali dijual.Aku sempat merasa naik bot arwah atuk aku sekali je.



Memancing hukumnya 'wajib'!Haha!Satu lagi aktiviti setiap petang.Aku empat beradik memang kaki pancing.Pantang jumpa air.Dah memang siap-siap bawak enam batang pancing.Mujur bawak lebih,dua batang patah.Sebatang joran MGFA siri Viper adik aku punya aku dah terjahanamkan sebab gopoh masa keluarkan dari dalam bonet.
Dengarnya sembilang tengah banyak,tapi sekor pun tak dapat.Layan gelama pun jadilahhhh.....


Tugu sauh kapal kat Jeti Sekinchan.Sauh real ni beb,bukan cement craft.Tak pasti la sauh dari kapal apa yang besar bagak ni.Dalam banyak-banyak gambar,satu pun takde gambar aku.Sebabnya,aku tak suka bergambar,haha!
Hari terakhir,aktiviti barbeku.makcik aku beli ayam,udang,jagung dan kerang utuk buat kerang bakar.Meriah bila dapat berkumpul dan makan sama-sama.Sepanjang tiga hari kat kampung,memang lega dapat buat aktiviti kegemaran.Cuma belum sempat aku merasa siput mentarang.Kat kawasan Sekinchan ni memang terkenal dengan deretan gerai-gerai tepi jalan yang menjual mentarang.Harga pun murah,RM10 untuk 3 kilo.
Kalau tak buat makan pun,pemancing kat sini guna isi mentarang untuk umpan sembilang.
Baki cuti aku habiskan kat Jerantut,Pahang.Sebelum ni pun memang dah jadi aktiviti tahunan untuk keluarga aku meluangkan masa agak lama di Sekinchan bila sampai musim cuti sekolah.Bila arwah abah aku dah tak ada,aku plak yang bertanggungjawab sambung aktiviti tahunan ni.



Khamis, 2 Disember 2010

Me @ MAHA 2010

Semalam,aku ditugaskan untuk menjadi photographer bidan terjun untuk syarikat aku sempena penyertaan didalam MAHA(Malaysia Agriculture,Horticulture and Agrotourism Show) 2010.Ni kali pertama syarikat aku menyertai event terbesar di Malaysia yang akan berlangsung setiap dua tahun.
Dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan FAMA.


Lebih 1000 penyertaan dari syarikat tempatan dan 25 negara menyertai MAHA tahun ni.Bertepatan dengan musim cuti sekolah,pengunjung membanjiri MAEPS(Malaysia Agro Exposition Park Serdang),walaupun bukan pada hujung minggu.Mengikut statistik pengunjung,sehingga semalam sahaja jumlah pengunjung mencapai 1,354,000!
Memandangkan respon dari kawan-kawan aku yang bertugas sebelum ni,aku dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan ketiadaan parking.Tepat jam 8.15am,aku dah terpacak depan Hall D bersama En.Suffian yang turut ditugaskan menjadi photographer untuk hari Rabu.Acara bermula pukul 10.00am,tapi tak rugi datang awal.
Aku dimaklumkan setiap pengunjung yang membawa kenderaan akan dikenakan bayaran RM3 untuk parking.Tapi entah macamana,aku tak payah bayar. :P


Hall D yang menempatkan gerai-gerai makan yang banyak untuk pengunjung menjamu selera.Di hadapan Hall D ialah tapak parking yang terdekat kalau tak nak jalan kaki jauh.


Sekitar jam 8.45am,tak berapa ada pengunjung lagi.Di sebelah kiri ialah Hall C yang menempatkan booth syarikat International,di bahagian tengah Hall A,booth syarikat-syarikat kerajaan,dan di sebelah kiri yang terlindung menempatkan booth syarikat tempatan yang memasarkan produk makanan dinginbeku.


Booth syarikat aku,Biotropics Malaysia Berhad yang berkongsi dengan syarikat Blue Archipelago dan MAFC.Semuanya adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.Terletak betul-betul di hadapan pintu masuk Hall C dan merupakan booth yang terbesar dalam hall tu.
Kepada pengunjung yang membeli produk kapsul tongkat ali Nu-Prep,berpeluang masuk kedalam wind tunnel dan berpeluang memenangi hamper bernilai RM500.Ini bukan sebarangan tongkat ali,tongkat ali high tech maa!Tak percaya,tanya aku.Serius aku akan explain.


Weapon for image 'shooting',Canon EOS 50D.Bukan aku yang punya.Semua gambar dalam entri ni menggunakan Sony Ericsson Aino U10i.



Bersama Mr Loke Wai Kong,sales manager sebelum masul kedalam bilik seminar di Hall D.


Seminar mengenai tongkat ali yang di sampaikan oleh Tengku Shahril dan Dr.Ismail Tambi(gambar).Sesuatu yang agak menarik mengenai seminar ni ialah lebih 65% perserta seminar adalah wanita.Seminar adalah berkenaan kajian sains terhadap kesan ekstrak tongkat ali tulen terhadap tubuh badan manusia.Seminar juga bertujuan untuk menerangkan penggunaan tongkat ali sebagai suplemen dan menjawab soalan berkenaan kefahaman dan tanggapan rakyat Malaysia terhadap tongkat ali.



Sekitar jam 1.15pm.Pengunjung semakin ramai memenuhi setiap dewan pameran

Antara gambar menarik yang sempat aku rakamkan sebelum bateri handphone habis...


Pisau dan parang buatan tangan bersarungkan kayu hanyut.Ada satu lagi produk unik yang tak dapat aku rakamkan gambarnya iaitu tumbuhan bernama 'mati hidup semula'.Dikatakan tumbuhan tu hidup di kaki gunung berapi.Apa yang dikatakan mati hidup semula ialah bila tumbuhan tu direbus,warnanya bertukar menjadi hijau.Khasiatnya aku tak pasti la.
Kalau nak tengok,cari di dalam dewan pameran aras 1 Hall D.


Udang karang dari laut Acheh.Sekilo RM120 jerr.......


Pengunjung tak putus-putus datang walaupun masa ni jam dah pukul 3.30pm.Pukul 4.15pm semua hilang masuk dalam hall sebab hujan lebat amat sangat.
Ekspo MAHA 2010 ni memang menarik cuma pastikan datang awal dan penuhkan la kereta.Jangan pergi sorang dua je.Bawa anak-anak sebab sekarang kan cuti sekolah.Lokasinya disini:

Image from www.mahaexpo2010

Isnin, 29 November 2010

Harry Potter & Deathly Hallow(Part One).Mengantukszzzz....



Agak lama aku tak menjengah ke e@Curve sejak menonton filem Takers.Tunangan aku ajak aku tengok cerita Rapunzel Ahad tadi,tapi seat filling fast plak.Session yang berikutnya pukul 5.15pm sedangkan masa tu baru jam 2.00pm.Bosan plak nak menunggu.
Aku suka cerita sains fiksyen,kalau ikutkan ati aku,cerita Skyline la jadi pilihan.Tapi saje nak hepikan tunang aku,kitorang pilih filem Harry Potter & Deathly Hallow.Dia minat sangat,aku tak berape follow kisah Harry Potter ni sebab last Harry Potter yang aku tengok,teramat la mengantukkan mata aku.Asik membebel je,ingatkan ada la lawan-lawan.
Akhirnya jam 2.15pm,dua keping tiket berjaya dibeli untuk tayangan jam 2.45pm.Ada masa setengah jam ni.Now,isi perot dulu.Turun bawah tengok McD..Mak aiiii...ramainya manusia.Kat mana nak menyekik ni?
Teringat ada satu lagi McD kat The Curve.Penat menapak,hasilnya pun sama,pun ramai manusia.Diorang ni takde tempat lain nak makan ke?Huhu!


Last resort,TESCO Damansara sebelah The Curve..Fuuuuuu!!!Lega...KFC nampak clear je.
Tepat 2.45pm,rushing terus masuk Hall 9.Huh!Mujur sempat,Tapi mengah la bjalan lelaju dari TESCO nak ke e@Curve.
Pasal ape aku merepek panjang-panjang?Honestly,ceritanya yang memang panjang tu buat aku miss banyak scene pasal gelap je(mata tpejam,haha!).Yelah,katanya ni la movie Harry Potter yang paling dark skali.Absolutely dark!
Dua reason utama yang bagi aku punca filem ni agak fail di mata aku.
Pertamanya,aku tak ikut sangat perjalanan budak sihir Harry ni.Dat's why aku tak faham beberapa perkara dalam filem terbaru ni.
Keduanya,filem ni banyak bercakap dan masih kurang aksi-aksi mendebarkan.Maybe sebab filem ni Part One.Part Two banyak action kot.

Bagi korang yang dah tengok,ok ke tak?

Ahad, 28 November 2010

Aston Villa 2-4 Arsenal (27 November 2010)

Andrey Arshavin menjaringkan gol pertama Arsenal.
Empat gol diperolehi Arsenal ketika berkunjung ke Villa Park menentang pasukan tuan rumah,Aston Villa.Kemenangan yang 'wajib' untuk Arsenal setelah tewas dua perlawanan berturut-turut iaitu kekalahan kepada Tottenham Hotspur dan yang terbaru dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara ketika menentang Braga.
Gol pertama Arsenal menerusi percubaan leret Andrey Arshavin yang menerjah sudut kiri gol Aston Villa pada minit ke-38.Gol kedua melalui rembatan cantik Samir Nasri yang menyambut bola sepakan sudut pada minit ke-44.Samir Nasri merupakan pemain Arsenal yang mempamerkan peningkatan prestasi yang ketara musim ini.
Selepas rehat,separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah memperolehi gol pertama hasil sepakan kaki kiri Ciaran Clark setelah mendapat bola hantaran Bannan.Gol dijaringkan pada minit ke-51.Arsenal bertindak pantas menjarakkan defisit gol setelah Marouane Chamakh menyempurnakan through ball dari Tomas Rosicky.
Tandukan pemain Aston Villa yang terkena palang dan melepasi garisan gol menjadikan kedudukan 2-3 pada minit ke-70.Sekali lagi hasil usaha keras Ciaran Clark.
Minit ke-84,Arsene Wnger melakukan pertukaran dua pemain,Kieran Gibbs dan Denilson menggantikan Samir Nasri dan Andrey Arshavin diikuti  Johan Djourou yang menggantikan Tomas Rosicky pada minit ke-89.
Di minit-minit terakhir permainan,Marouane Chamakh  melakukan hantaran didepan pntu gol Aston Villa dan ditanduk masuk oleh Jack Wilshere.Gol tersebut merupakan gol pertama Wilshere untuk Arsenal.
Kedudukan pasukan buat masa ini Arsenal mendahului tangga liga dengan 29 mata setelah 15 perlawanan dan bakal dipintas Manchester United yang mencatat jaringan 6-0 menentang Blackburn ketika perlawanan masih berada pada minit ke-68 buat masa ini.

Jaringan:
Aston Villa:Ciaran Clark(51',70')
Arsenal:Andrey Arshavin(38'),Samir Nasri(44'),Marouane Chamakh(55'),Jack Wilshere(90')

Foto dan informasi diolah dari arsenal.com