Isnin, 30 Ogos 2010

Tunguska M1:Anti-Aircraft Gun/Missile System

Pertahanan negara sangat penting.Macam kita rakyat Malaysia,perlu memahami betapa pentingnya usaha mempertahankan negara.selain mempertahankan negara,kita mempertahankan agama,bangsa dan tanah air kesayangan kita.Aku sedikit emosi bila terbaca betapa jahilnya soalan berbunyi,'siapa musuh kita?',siapa nak serang Malaysia?'Sakit hati bila hal pertahanan negara dipersoalkan.
Pleaseee!!Jangan la tanya soalan bangang macam tu.Kita tak perlu menunggu diserang baru nak terjaga dari tidur lena.Aku bukan la pandai dalam bidang militari ni,cuma aku minat.Niat aku nak educate rakyat kita menyayangi negara kita sendiri.
Ingat,tanpa tanah air kita,kita bukanlah siapa-siapa.Agama kita,bangsa kita akan dihina.Sure kita marah,melenting bagai nak rak bila bangsa lain cuit hal agama kita.Dah,malas aku nak explain banyak,aku xnak blog aku jadi blog politik.Aku benci politik.
Ok,kali ni kita berkenalan plak dengan salah satu pertahanan anti-pesawat milik Russia,Tunguska M1.



 Tunguska(NATO name SA19 Grison),ialah pertahanan darat anti-pesawat yang dibekalkan cannon 30mm dan juga misil 9M311 untuk menghalang kemaraan musuh dari udara dan juga darat.
Design asal ialah 2K22,diikuti dengan 2K22M,2K22M1,dan 2K22M+57E6(dilengkapi misil dan radar baru dengan jarak keberkesanan misil sehingga 18km dan radius pengesanan radar 38km).

Spesifikasi Tunguska :
Berat: 34 tan
Panjang: 7.93 meter
Tinggi: 4.01 meter
Kru: 4
Persejataan: Primary-8 x misil 9M311/misil 57E6
                   Secondary- 2x 30mm 2A38M Autocannon




Misil 9M311 mampu memusnahkan sasaran pada jarak antara 2.4km hingga 8km,pada ketinggian 3.5km.Tunguska M1 menggunakan 9M311-M1 yang ditingkatkan jarak capaian sehingga 10km.Ia dibina dua peringkat iaitu peringkat pertama,booster dengan 4 sirip berlipat akan meningkatkan pecutan misil sehingga kelajuan 900 meter/saat dan selepas itu booster akan tertanggal.Peringkat kedua dilengkapi sirip tetap dan sirip pandu.Panjangnya 2.56 meter dan berat 57kg.




Cannon 2A38M direka oleh KBP Instrument Design Bureau dan dihasilkan oleh Tulamashzavod Joint Stock Company.Berkemampuan menembak antara 3900 hingga 5000 peluru 30mm seminit.





Tunguska M1 menembak peluru 30mm kearah pesawat yang terbang rendah.
 Contoh peluru 30mm

Ahad, 29 Ogos 2010

Adakah Highway Karak Jem Lagi?

 Tengok gambar je dah serabut kepala!

Lagi 11 hari umat Islam akan menyambut Syawal.Kebanyakan orang dah mula buat persiapan membeli baju raya untuk diri sendiri atau anak-anak,sebab nak mengelakkan kekalutan disaat akhir.Maklum la semua pusat beli-belah tengah rancak buat sale.
Rasanya ramai yang bercuti panjang raya Aidilfitri kali ni.Yang mana kampungnya jauh,boleh la balik awal sikit.Aku sendiri ambil cuti dari 8/9/2010-19/8/2010.Jarang balik kampung,so balas dendam la!Hehe!Saki-baki musim buah ada lagi.Malangnya bos aku plak nak mintak aku stay jaga kontraktor hari Khamis(sehari sebelum raya).
Balik last minute ni bukan apa,aku malas nak mengadap sesak kat highway Karak macam tahun lepas.Sepatutnya perjalanan normal dari Gombak ke kampung aku di Lepar Utara 3,Jerantut,Pahang ambik masa lebih kurang 2 jam stengah ke 2 jam 45 minit je.Tahun lepas,4 jam lebih baru sampai!Berpinar mata aku  tengok lampu brek kereta.
Aku pun tak pasti la waktu bila yang tak sesak nak balik raya nanti.Pihak penyelenggara highway Karak,pleaseeee...jangan la buat maintenance highway nak dekat-dekat raya ni.Siapkan la awal-awal(boleh ke aku mintak camni kat diorang??)Dah la highway dua lane je.Highway PLUS yang tiga lane pun boleh jem walaupun bukan musim raya.
Memandangkan aku kena kerja sampai Khamis(tu pun aku nak cabut lepas tengahari!),redha jela apa yang berlaku nanti.Tak sempat gak aku nak merasa buka puasa kat kampung,nak anyam ketupat,cat rumah...HUhu!
Kepada pemilik kenderaan bermotor,servis-servis la apa-apa yang patut.Takde la kereta korang buat dajal tengah jalan nanti.Kalau jem tak bergerak kat highway,bsepah la kereta yang overheat.Jangankan kereta tempatan,Merc ngan BMW pun kantoiii!Kereta mahal,tapi kalau owner bengap pun tak guna.Dia ingat kereta mahal tak payah check ke,main lenjan je.
Simple checklist yang owner kereta boleh buat sendiri:

1.Perkara paling basic;periksa tekanan udara tayar.Tambah angin ikut saranan pengeluar kenderaan.Jangan memandai-mandai nak bubuh angin lebih-lebih.
2.Periksa bunga tayar.Make sure tebal lagi.Jangan kedekut duit.Kalau nyawa melayang,ape pun dah tak guna.
3.Kalau dah sampai masa untuk servis,dengan pantas korang pegi servis.Tukar air filter,minyak enjin,filter minyak,spark plug dsb..
4.Periksa air radiator.Tambah coolant kalau perlu.Jangan periksa time enjin panas dah la.Kang tak pasal-pasal muka korang kena rebus.
5.Segala bendalir brek,power steering,clutch..perlu diperiksa.Tambahkan kalau perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Kalau tak tau,buka buku manual kereta korang,heee!

Apa yang aku senaraikan tu tahap basic gile untuk pemilik kereta.Untuk orang lelaki aku rasa takde masalah sangat.Untuk kaum hawa yang almost 'zero' pasal penjagaan kereta.Sori ye orang perempuan!Realiti beb.
Bila kereta dah ok,bawak pun kena berhemah.Maksud aku berhemah tu bukan maknanya SLOW.Bawak slow kat lorong memotong paling kurang pun kena maki,kalau nasib tak baik orang langgar dari belakang macamana??
Bawak berhemah ni(bagi aku la),ikut flow traffic.Orang depan speed 100km/j,kita ikut jela.Dia slow kita pun slow.Jangan tailgating(cucuk angin,heee!) rapat sangat.Nak memotong or tukar lane,bagi signal then baru masuk.Masuk pun pelan-pelan,Kang tak pasal pasal melatah plak orang yang kita potong tu.Ni tak,bawak kereta Saga BLM ah-beng pun baik sikit je dari setan.
Bagi penunggang motorsikal(mat rempit aku tak peduli,lantak korang),bawa motor dengan konsisten.Kadang -kadang aku tengok kejap laju,kejap perlahan.Berenti rehat merata-rata.Konvoi lak beriringan,kena rempuh ngan kereta nanti nak marah sape?Salah korang bawak macam tu.Elakkan la perangai macam tu.Korang nak jumpa parent di hari raya yang best ni kan?So,jadilah bijak sikit...Jangan gopoh-gapah,semua selamat.Tiap-tiap tahun dapat jumpa parent ngan adik bradik,bermaaf-maafan di pagi raya...
Itu jela nasihat dari aku bila mata tak mau lelap...

Khamis, 26 Ogos 2010

Gundam+Gashapon

Hari ni boleh dah aku upload gambar koleksi Gundam aku.Tak la banyak pun tapi cukup buat aku teruja tiap kali belek koleksi aku.
Sikit info pasal Gundam:
1.Siri TV pertama Gundam,Mobile Suit Gundam disiarkan pada 7 April 1979
2. Bandai merupakan pemegang lesen untuk mengeluarkan Gundam Model Kit.
3.Diasaskan oleh seorang animator bernama Yoshiyuki Tomino.
4.Designer terkenal Gundam ialah Katoki Hajime,yang masyhur dengan rekaan khas siri Ver.Ka(Version Katoki Hajime)
 XXXG-00W0 Wing Gundam Zero Custom

Koleksi pertama aku,Keroro Robot MK2;

Sergeant Keroro dan Robot MKII.Koleksi pertama yang aku beli masa bulan puasa tahun 2007.Harga masa tu RM33++.Tadi aku tengok kat http://www.yesasia.com/ harga dia MYR62.55!Mahalnya.
Start pada tu aku rajin beli sekurang-kurangnya 1 Gundam HG (High Grade) sebulan.Ni antara seciput koleksi Gundam HG yang aku ada:

Gundam Exia 
GAT-01A2R Slaughter Dagger

















                                                                                                     
ZGMF-1000A1 Lunamaria Hawke Custom
MSV01+I.W.S.P Strike Rouge

















                                                       

ZGMF-X23S Saviour Gundam

Koleksi terbesar yang aku ada,ZGMF-X20A,Strike Freedom Gundam (MG)Master Grade:


Kat sudut bawah kanan gambar korang perasan tak AE86 Takumi Fujiwara dari siri famous yang mencetuskan fenomena drift kat Malaysia ni,Initial-D.Ada kisah menarik macamana aku boleh dapat AE86 ni.Asalnya dia dijual dalam kotak yang serupa dengan 9 lagi kotak model kereta dalam siri Initial-D.Tapi aku tak nak kereta lain,aku nak jugak AE86 ni.

Tapi takkan nak kena beli 10 kotak kot.Kita tak tau apa kereta yang ada dalam setiap kotak.So,kena tawakkal la.B4 dat,pekedai dah buka satu kotak yang ada AE86 standard.Bila aku datang balik kedai tu,dah ada orang beli.Aku dah kecewa giler!Aku pun gamble jela,beli mana-mana kereta pun takpelah.Aku goncang kotak tu pelan-pelan...Hehe!Nak dijadikan cerita,bila aku dah bayar(harga RM 20),buka kotak n surprise!!

Dalam kotak tu ada AE86 dengan kaler hood hitam.Kereta AE86 Takumi Fujiwara ni berhood kaler hitam lepas bapak dia tukar enjin 4A-GE yang pecah masa lawan dengan EVO 3.Enjin baru bawah hood hitam ni 4A-GE 20V Silvertop dari kereta AE101.Ni la koleksi selain dari Gundam yang aku sayang gile.
Selain tu jugak,aku rajin beli mainan kapsul Gashapon.Tiga keping token(RM4 each) untuk satu kapsul.Seronok main Gashapon ni sebab kita tak tau apa yang kita dapat.Kat bawah ni koleksi Gashapon and Gundam.

Son Goku dan rakan-rakan

Kenapa Aku Rasa Raya Tahun Tak Best??

Sape yang pernah keje time raya memang aku respek la.Raya pose lak tu.Stakat raya haji tu aku dah biasa la.Tahun ni nampaknya bakal hampeh la raya aku.Last day sbelum raya boss mintak ada staff stay kat kilang,tunggu kontraktor wat kerja.aku tak salahkan permintaan dia,tapi yang aku rasa betapa tak professionalnya expansion project ni punya arrangement.
Production Plant shut down at the end of May.
 Machine from Germany sampai kat kilang pada akhir Jun,sedangkan dah masuk Malaysia pertengahan Mei.Kat delivery machine je dah buang masa sangat banyak.Aku tak faham apa masalah diorang tapi yang aku tau bila dah bertangguh ni banyak bazir masa dan duit.

Start bulan Jun projek pun jalan..sampai skarang end of August lebih kurang 95% siap.si mamat German ni dah tak sabar nak buat commissioning.Kepala hotak dia nak buat commissioning dekat-dekat raya ni.banyak spare part belum sampai.Dah nak raya baru kalut nak siapkan kerja.Tak pasal-pasal menyusahkan orang lain.

Hajat aku nak balik awal sikit,dapat la buka puasa kat kampung.Memandangkan aku anak lelaki sulung,bapak aku pun dah takde,aku memang banyak kerja nak buat sbelum raya.Stakat ni belum pernah lagi la aku balik lewat-lewat macam ni.

Lepas raya pun satu hal,Isnin dah nak suruh masuk kerja.What the.....!!
Semak betol kpala aku..Mak aku suruh aku pegi Johor Isnin tu antar adik aku balik Matrik Tangkak.Ujung minggu lak nak enggage.Preparation for enggagement tu yang buat aku risau tak cukup masa.

Last minute macam ni sape nak stay.Masing-masing ada kampung,jauh plak tu.Memang la sometimes kena sacrifice,untuk tahun ni je.But,benda ni boleh dielakkan kalau plan baik-baik.Kerja ngan kompeni yang relate ngan Gov. ni mcm ni la..Management terlalu ramai,macam kereta banyak driver.Tak tau nak kemana,masing-masing ikut kepala sendiri.Yang tanggung malapetaka orang bawahan cam aku ni la...Huhu!Tensen siot!Mengenangkan ni 1st time bos aku request mcm ni,aku mengalah jela.Taun depan ganti balik.

Selasa, 24 Ogos 2010

Sembelih Anak Sendiri

Macam-macam hal la skarang ni.Kes buang anak pun tak setel lagi,tambah plak satu kes sembelih anak.

Lokasi:Kota Bharu,Kelantan
Mangsa:Mohd Adam Muzaffar Muhaimi
Umur:3 tahun
Pemangsa:Bapa(suspek)
Umur:33 tahun

Suspek merupakan pesakit mental yang dah lama tak makan ubat.(Huuhh!?)

Orang zaman skarang dah tak sayang anak agaknya ya?Bulan-bulan puasa ni kalau ye pun lapar,jangan la sembelih anak.Ayam kampung kan ada.Maknya sibuk tolong jiran lapah ayam kat umah jiran,bapaknya sembelih anak kat umah,sadisssssss!!
Realitinya ramai rakyat Malaysia yang ada penyakit mental tapi tak dapat rawatan yang sebaiknya.Ada jugak teori konspirasi yang mengaitkan masalah ni berkait dengan ekonomi negara,pemerintah negara,bla,bla,bla....
Ada la satu blog buat teori macam tu,tapi bila aku mintak satu fakta/contoh negara mana yang perfect,senyap terussss...Sbelum tu siap dia cakap lu pikir la sdiri.Tapi sembang hal agama kemain rancak.Lu ape??Takde adab tol.
Sedih la bila jumpa orang melayu (meleis kata Obe) mengaku Islam  macam ni...Takziah kepada keluarga mangsa..